ENTRY-ENTRY BARU..JOM JENGUK

Thursday, November 29, 2018

Jaga arief bersunat

Hari nie jaga anak bersunat nie sensorang
Semalam papa dia ada jadi tugas boleh bahagi dua.
Fuhh! Baru jaga sunat dah penat.
Belum lagi jaga anak bersalin
Masa tue lagilah dah berumur..mesti penat
mak jaga saya berpantang dulu😑

Mandikan Arief,
Siapkan air berendam,
lap-lap,
pakaikan ubat dengan jerit pekik "mama sakitlahhh bla bla bla"
Siapkan dia solat
Siapkan makan
Tukar cadar tilam takut dia gatal-gatal

Belum lagi urusan lain dalam rumah
Capekkk Gile!

Tapi lepas siapkan Arief dan dia baring selesa
Dia pandang mata saya dan cakap "terima kasih ya mama"
Nak luruh air mata mama..

Yang tembam sebelah Arief tue jangan suka sangatlah ye..jangan nak manja sangat.. masa Adam akan tiba 😜

Tuesday, November 27, 2018

Bila arief bersunat

Dah bujang anak lelaki saya
Anak kedua tetapi anak lelaki yg pertama

Arief dah sunat tak boleh tidur dengan mama tau
Ye ke?
Khairy boleh? Adam boleh?
Boleh sebab diaorg belum sunat
Tidur kat bawah katil pun tak boleh ke?

Hurmmm nie yg mil saya cakap "semua nak melekat je dengan mamanya.masuk balik dalam perutlah!" 😝

Baru hari kedua sunat.anak kalau sakit memang mak jugak disebut.mak jugak dicarik..

Pengalaman anak lelaki pertama sunat..tak taulah anak korang camana..sakit pinggang saya tenangkan Arief. Tudung saya dah senget benget. Nurse yang tiba-tiba masuk pun cakap"ya Allah tudung mak nak tercabut"
4 orang control dia.doktor 2 orang. Papa dia kat kaki, saya kat tangan..doktor kiri dan kanan. yang kelakarnya sebab saya dengan papanya tak layan ragam dia .dia jerit nama nenek dia pulak iaitu mak saya.."nenek.. nenek tolong Arief..mama call nenek.nenek selamatkan Arief"😂

Adik-adik yang lain punyalah nakal.siap record suara Arief menjerit dari luar.. bila keluar muka budak2 lain dah cuak. Dah arief menjerit nangis bagai nak rak .mana budak yg menunggu kat luar tak  takut kan? bayangkan org lain setengah jam je bersunat.arief sampai 1 jam. Doktor pun berpeluh2lah😅😅😅 doktor siap cakap "fuhh nasib ini antara yg last .kalau awal macam nie hadoiii"

Arief bersunat cara laser. Ada bau mcm terbakar masa sunat tue.. Arief tanya "mamaaa, bau apa tue?" Saya jawab spontan "doktor tengah masak!"🤣🤣🤣

Sebelum bersunat amana Khairy dok mengacau Arief..
"MAIL CAKAP BERSUNAT TUE MACAM KENA GIGIT HARIMAU!"

Mail: salah satu pelakon Upin dan Ipin 🙄

Pengalaman yang takkan dilupakan😀

Monday, November 26, 2018

Khairy Bintang Hatiku

Dulu masa jaga Khairy masa dia kecil-kecil selalu lagu ini jadi penguat semangat saya dan hari ini Khairy nyanyi dengan kawan-kawan..
Menahan takungan air mata dari terlepas😭

Dengarlah bintang hatiku,
Aku akan menjagamu,
Dalam hidup &matiku hanya kaulah yang ku tuju
Dan teringat janjiku padamu
Satu hari pasti akan ku tepati
Aku akan menjagamu semampu dan sebisaku
Kerna kutau RAGAMU TAK UTUH
KU TERIMA KEKURANGANMU &KU TAK AKAN MENGELUH
KERNA BAGIKU KAULAH NYAWAKU

Terima kasih pada cikgu Suzila Majid owner Tadika Gemilang Wawasan sudi terima Khairy sebagai pelajar walaupun tahu Khairy ada maslah jantung.. terima kasih cikgu-cikgu sama bantu dan nasihatkan Khairy supaya rajin makan ubat.. bertuah sebab dalam hidup kami anak beranak jumpa ramai orang yang baik-baik..

Bukan tak pernah  jumpa tak baik atau melukakan hati tapi biasalah pengalaman hidup. Letak tepi je sebab mereka tak tau jalan hidup kita..jalan hidup kita tak sama.. pengalaman hidup kita tak sama.. pandangan hidup pun berbeza..

Yang penting kita tuju pada kasih sayang dan keredaan Allah dan bukan pandangan mata manusia semata-mata..
Khairy banyak mengajar mama..
Anak yang kecil ..yang tak bermaya..tunjukkan mama erti kehidupan yang sangat luas maknanya..
Semoga Adlan Khairy dipermudahkan urusan akhirat dan dunianya..

Friday, November 23, 2018

Marah kerana cinta

Ustaz Salim A Fillah menyebut, "Marahnya seorang isteri adalah marah kerana CINTA. Jika ia marah kerana cemburu.  Maka cemburunya kerana Cinta."

Lalu apa yang diajarkan Rasulullah Shalallahu alahi wasallam ketika menghadapi isteri yang sedang marah? Satu akhlak yang mulia dicontohkan nabi.

Dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim, pada hari itu Rasulullah saw didatangi tetamu yang terdiri daripada sahabat Rasulullah saw.

Tiba-tiba Rasulullah saw terdengar bunyi pinggan pecah di dapur. Pinggan atau bekas makanan yang pecah itu datangnya daripada pinggan atau bekas yang dibawa oleh pembantu Zainab, isteri Rasulullah saw.

Ia pecah apabila dipukul atau ditepis oleh Aisyah ra gara-gara cemburu kerana pembantu Zainab menghantar makanan untuk Rasulullah saw sedangkan masa itu adalah giliran Rasulullah di rumah Aisyah radialahuanha.
Hal ini menimbulkan rasa cemburu di hati Aisyah ra.

Tindakan Rasulullah saw apabila menyaksikan Aisyah ra memecahkan pinggan atau bekas makanan itu, Rasullulah hanya tenang sambil memungut makanan (kurma) yang jatuh itu. Kurma yang jatuh itu dibersihkan lalu dihidangkan kepada para tetamu (sahabat) yang hadir. Lalu Rasulullah saw bersabda:"Maaf . Isteriku cemburu".

Nasihat ustaz lagi apabila isteri itu marah2 ia bukan lagi suatu fakta atau kenyataan namun hanya sekadar pandangannya atas perasaan yang bila2 masa boleh berubah. Maka tindakan terbaik sebagaimana yang dicontohkan Rasulullah Shallallahu alaihi wasallam adalah diam selama mana ia tidak melampaui batas.

Di pihak isteri pula sejauh mana kemarahan pada seorang suami haruslah diingat, jangan sampai melupakan segala kebaikan2 suami sepanjang pernikahan. 

Andai marah itu datangnya dari cinta. Maka utamakanlah cinta sementara redakanlah api kemarahan yang tidak tentu hala itu agar perkahwinan itu terus dihiasi dengan yang indah2.

Suami dan isteri harus saling berperanan demi mencuba sebaiknya contohi nabi dalam mengharungi Asam Garam Rumahtangga.

Agar damai dan tenteram menghiasi seisi kehidupan mereka meski ada ketika ditimpa gelora sekali sekala.

Bawa bertenang.

Thursday, November 22, 2018

Seumur hidup itu terlalu lama

Perceraian ?
Sebenarnya baik atau buruk?

Papa dan mama bercerai, aku juga tidak tahu puncanya kerana setiap kali aku bertanya, mama hanya tersenyum dan menyeka airmata. Mamaku adalah seorang cantik bahkan untuk ke depan rumah beli sayur pun akan berpakaian super rapi dan tampil cantik. Sewaktu aku 3 tahun, papa dan mama sudah tidak tinggal serumah, cuma aku tak mengerti apa puncanya kerana aku tidak pernah melihat mereka bertengkar tapi tangan mama selalu cedera dan luka.

Mama tidak punya banyak kawan ketika itu. Mama hanya punyai keluarga, mereka datang untuk mencegah, mama selalu menjawab, "Dia orang yang baik, cuma 1 hal sahaja saya tidak boleh terima.." Tokwan ku marah besar waktu itu, nenek pesan sama mama, "Kamu pandai, jadi tak kan menguruskan hal yang sebegini pun tidak mampu."

Di mata mereka, anak mereka adalah seorang yang hebat, gentle, pandai cari wang dan boleh melindungi keluarga, malahan menantu sendiri dia nilai sangat egois dan tidak pernah peduli akan perasaan orang tua dan anak. Mama hanya diam menunduk sambil menangis tanpa menjelaskan apa apa, namun aku mengerti ada sesuatu yang mengecewakan mama.

Aku masih ingat dengan jelas, waktu mama membawaku dan adik keluar dari rumah kami dulu, mama menangis dan berkata padaku, "Semoga nanti kalian memahami mama, seumur hidup itu terlalu lama.."

Waktu aku 10 tahun, papa tiriku datang, dia tidak tinggi dan segagah papa, wajahnya juga biasa saja, tapi memang penampilannya bersih dan senyumnya lembut, aku sendiri berasa selesa.

Papa tiriku rajin membantu mama mengganti pot-pot tanaman yang sudah rosak, dia juga membelikan mama taplak meja baru dan satu set alat makan baru, dia membelikan mama sepasang sepatu putih yang sangat sesuai dengan baju merah kesukaan mama. Bahkan, dia membelikan aku gantungan kunci cantik untuk mengganti gantungan kunci lama yang kusam.
Papa tiriku akan memegang tangan mama dan pergi jalan-jalan petang bersama untuk melihat matahari terbenam, mereka akan pergi berdua melihat bunga di taman depan rumah dan akan memberi tahu mama setiap nama bunga itu. Bahkan papa tiriku akan membawa pulang beberapa tangkai ranting yang cantik sudah jatuh dan menaruhnya di dalam sebuah pot lalu meletakkan di atas meja belajarku.

Mama sangat suka belajar masak, setiap kali mama masak resepi barunya, papa tiri selalu mengajakku duduk di meja makan dengan rapi sambil menunggu mama menghidangkan makanannya dan mulai memuji makanan mama, mama selalu tersenyum.

Suatu hari, penyakit mama semakin parah dan mama sakit tenat dan dirawat di hospital, waktu aku pergi ke sana, aku melihat ada satu jambak bunga lily di sebelah katil mama. Di atas meja ada buah yang sudah dipotong, dan papa tiriku duduk di sebelah mama sambil membaca Yassin sambil memegang tangan mama. Seorang pesakit yang ada di katil sebelah selalu memandang ke arah mama dengan tatapan iri.

Beberapa hari selepas kematian mama, aku akhirnya mengerti apa yang dimaksud dengan "Seumur hidup itu terlalu panjang".

Pernikahan bukan cuma perlu dua orang yang baik, tapi perlu dua orang yang boleh merasa bahagia satu sama lain. Sama seperti membeli sepasang kasut baru, kamu hanya boleh berasa selasa setelah kamu memakainya, bukan hanya melihat keindahannya. Kerana seumur hidup itu terlalu panjang, penting sekali untuk menikahi orang yang membuat kita selesa, bukan hanya orang yang baik. Setiap kita memiliki sifat berbeza, maka kita memerlukan orang berbeza untuk melengkapi pernikahan kita.

Memang bercerai bukanlah hal yang seharusnya menjadi tujuan kita, kalau boleh menikah dengan orang yang tepat, kenapa harus mencuba dengan orang yang tidak tepat kemudian bercerai? Kerana kita perlu melaluinya dahulu.
Ternyata cinta saja tidak cukup, rasa selesa yang diinginkan setiap orang.
memang jauh lebih bijak mencari pasangan yang mengerti keperluan kita dan perempuan pun harus tau perlunya calon suami seperti  apa. Ada yang suka suami yang tenang, ada yang senang suaminya gokil, ada yg petualang. kalau kamu? :-) namun kita Allah hanya berikan apa yang kita perlu, bukan apa yang kita mahu.

Wednesday, November 21, 2018

2 jenis sabar

Ada 2 jenis sabar:
Sabar dalam melakukan ketaatan , sabar dalam menahan diri dari melakukan kejahatan.

Ada lelaki, taat solat, taat puasa, jaga nafkah isteri dan sebagainya, tapi tak dapat sabar dari mengurat wanita yang dilihatnya cantik dan berkenan di hati. Bergejolak rasa hati nak menghampiri dan berkenalan lebih jauh dan jauh dan jauhh lagi..

Ada pulak wanita dapat menolak gangguan dan godaan, pandai menjaga diri dari bergaul bebas mahupun bergurau senda dengan lelaki2 lain di tempat kerja, tapi masya Allah, malasnya nak dirikan solat, tutup aurat pun liat dan payah.

Sabar mentaati suruhan tapi tak sabar dalam menjauhi larangan.

Sabar menjauhi larangan tapi tak sabar mentaati suruhan.

Dua-dua jenis sabar ini memang susah. Tapi, antara dua jenis sabar ini, sabar menjauhi larangan lebih susah.

Semua orang mahu masuk syurga, tapi lupa pulak nak hindar neraka..

Teruskan berjuang melawan nafsu bagi menegak perintah Allah dan menghindar laranganNya. Saya tahu ia tidak mudah.. semua orang sedang berjuang dalam diri melawan ujian-ujian kesabaran ini.

Bagaimana?

1. Tambah ilmu
2. Tingkat iman
3. Berlatih dan terus berlatih. Kadang  kalah kadang berjaya, usah putus asa.

#kaunselingSAS
#repost

Sunday, November 18, 2018

Pahalanya melebihi sebulan dari iktikaf di Masjid Nabawi


Ternyata Mengajak Jalan-jalan Istri, Pahalanya Lebih Besar Dari Sebulan I’tikaf di Masjid Nabawi

MasyaAllah, Begitu indah Islam mengajarkan segala kebaikan, untuk umatnya.

Bahkan dalam urusan rumah tangga begitu detailnya diterangkan bagaimana pahala bila suami mengajak jalan-jalan istri dengan perasaan Ikhlas dan bahagia.

Mungkin ada yang baru tahu, ternyata pahala menemani istri jalan-jalan bisa lebih baik dari pahala iktikaf di Masjid Nabawi selama sebulan penuh.

Apa yang anda dapatkan jika dengan ikhlas menemani seorang sahabat atau orang terdekat anda membeli barang barang kebutuhan sehari hari?

Pasti banyak yang berfikir bahwa apa yang telah kita lakukan hanya berbalas pahala dan ucapan terima kasih saja.

Tapi jangan salah, keikhlasan kita tersebut ternyata diganjar pahala besar bahkan lebih besar dari yang kita pikirkan.

Rasullulah SAW bersabda;

“Sungguh aku berjalan bersama seorang saudara (muslim) di dalam sebuah keperluan lebih aku cintai daripada aku beriktikaf di dalam masjid ku (masjid Nabawi) ini selama sebulan.” (HR. Ath-Thabarani)

Syaikh Muhammad bin shalih Al-Ustaimin rahimahullah berkata;

“Menunaikan kebutuhan kaum muslimin lebih penting dari pada iktikaf, karena manfaatnya lebih menyebar, menfaat ini lebih baik daripada manfaat yang terbatas (untuk diri sendiri). Kecuali manfaat terbatas tersebut merupakan perkara yang penting dan wajib dalam Islam (misalnya shalat wajib).”

Bayangkan, ganjaran melebihi pahala beriktikaf di Masjid Nabawi sebulan penuh. Betapa mulianya kita jika ikhlas walau hanya sekedar menemani orang lain berjalan-jalan.

Maka apalagi ikhlas itu dilakukan kepada istri anda sebagai orang yang paling berhak anda bahagiakan di dunia ini.

Rasullulah SAW bersabda;

“Orang yang imannya paling sempurna diantara kaum mukminin adalah orang yang paling bagus akhlaknya di antara mereka, dan sebaik-baik kalian adalah yang terbaik akhlaknya terhadap istri-istrinya.” (HR At-Thirmidzi)

Maka dahulukanlah istrimu dari pada teman-temanmu. Perhatikan keinginan dan temani istri dan anak-anakmu karena sebagaimana mereka adalah paling berhak mendapatkan kebaikan dari dirimu (suami).

Sekedar pergi menemani istri dan anak-anak berbelanja, jalan-jalan dengan rasa bahagia dan ikhlas dilakukan, ganjarannya pahala yang menanti bisa melebihi dari iktikaf di Masjid Nabawi sebulan penuh.

Wallahu a’lam..

Semoga bermanfaat dan bisa menjadi perhatian kita semua. Silahkan dibagikan agar makin banyak orang yang tahu.

Indahnya saling berbagi ilmu yang bermanfaat, karena kebaikannya akan terus berlipat dan pahalanya akan terus mengalir sampai kita meninggal kelak.

Sumber: suaramuslimin.com

Tags: #Membahagiakan Istri #Mengajak Jalan-jalan #Menghibur Istri

«


 Facebook


 Twitter


 Pin it


...


»


 Comments


 FB Comments


 Author


 Related


Comments are closed.

Search

© 2014 Powered by Wordpress


Top


Thursday, November 15, 2018

Umrah PU Amin bagi tips

Nanti bila Khairy besar kalau saya cerita saya bawak Khairy ke Mekah untuk tunaikan nazar hidupnya mesti Khairy nak tengok buktinya. Gambar inilah bukti saya sebagai ibu berusaha menunaikan janji saya kepada Allah bila anak masih bernyawa. Alhamdulillah izin Allah sampai juga kami
Anak yang tak pernah tinggalkan saya.. pernah saya cakap "amana duduklah nursery mama garang bila banyak sangat mama kena handle dalam satu masa" jawapan anak sulung snagan jujur " takpe..mama marahlah.amana tau mama penat.amana tak nak duduk nursery.amana nak duduk dengan mama jugak.tengok muka mama hari2. Kalau mama marah amana diamlah sebab amana tau mama penat sangat jaga Adam dengan Khairy." Masa ke Mekah nie saya memang tak nak bawak amana sebab tak ada budget tapi mak saya nak jugak bawak amana.. memang amana belum sampai masanya berpisah lama2 dengan saya..

Tuesday, November 13, 2018

Isteri untuk disewa

Hukum perempuan memakai seluar panjang

Hukum Perempuan Memakai Seluar Panjang.
Bacalah. Islam itu tidak sempit. Wallahhu'alam.

Oleh : Syeikh Aminuddin bin Hj. Abd. Rahim (Jabatan Mufti Kedah)

(1) Menurut Syeikh 'Atiyyah Shaqr (Mantan Pengerusi Lujnah Fatwa Al-Azhar Al-Syarif) :

"Sebenarnya, pada dasarnya seluar panjang itu lebih kemas menutup aurat lelaki dan perempuan, dan tidak ada aib cela pada seluar panjang yang dipakai mereka sekarang ini, cuma bagi perempuan pula, ia mampu menonjolkan/memperlihatkan anggota badan serta punggungnya dengan rupa yang menggiurkan, walaupun tidak berwarna-warni. Tetapi jika di luar seluarnya itu ada kain lain yang menutupi anggota-anggota badan yang menimbulkan fitnah, serta menghalangi bentuk rupanya (daripada dilihat dan diketahui orang lain), maka sudah tentu hukumnya tidak mengapa." (Mausuah Al-Usrah m/s 99)

= = = = =

(2) Menurut Profesor Dr. Wahbah al-Zuhaili (Pengarang Kitab Al-Fiqhul Islami Wa Adillatuh) dalam bukunya Fatawa Mua'sirah muka surat 191, ketika ditanya tentang hukum gadis atau perempuan memakai seluar panjang, Ia menjawab: Hukumnya haram kerana ia sempit (ketat) yang boleh menampakkan bentuk badan yang boleh menimbulkan fitnah. Begitu juga kerana ia menyerupai lelaki, dan Allah Subhanahu Wa Ta'ala melaknat perempuan-perempuan yang menyerupai lelaki. Akan tetapi jika ia memakai pakaian diluarnya (baju atau jubah), dengan syarat pakaian luar itu longgar serta menutupi seluar, dan (pakaian luar itu) labuh sehingga ke paras bawah lutut, maka hukumnya harus.

Soalan :
Adakah wanita harus memakai seluar panjang?

Jawapan (Dr. Wahbah al-Zuhaili):
"Haram bagi wanita memakai seluar panjang kerana ia ketat dan menampakkan susuk tubuhnya. Dan juga kerana ia menyerupai lelaki, dan Allah Subhanahu Wa Ta'ala melaknat wanita-wanita yang menyerupai lelaki. Tetapi jika wanita itu memakai baju (luar seperti jubah) yang menutupi di atas seluar itu sehingga (menutupi) sampai ke bawah dari paras lutut, maka diharuskan kerana illat pengharaman itu sudah tiada ketika itu."(Fatawa Mu'ashirah m/s 191)

= = = = =

(3) Menurut Syeikh Ismail Usman Zain al-Yamani al-Makki (Ulama Besar Mazhab al-Syafii di Tanah Suci Mekah al-Mukarramah), perempuan yang memakai seluar panjang (namun) di atasnya (yakni diluarnya) ada pakaian (baju atau jubah) yang labuh (dan menutupi seluarnya) hingga sampai ke lutut, kemudian seluar tersebut mampu dilihat oleh orang lain hanya dari paras lutut hingga ke kaki sahaja, maka hukumnya tidak haram (yakni harus), dengan syarat seluar (yang kelihatan di bawah lutut) itu tidak jarang atau ketat sehingga menampakkan kecantikan tubuhnya kerana ia termasuk dalam hadis perempuan yang berpakaian tetapi telanjang. Alasannya kerana seluar bukanlah pakaian yang hanya khusus bagi lelaki. Cuma yang haram bagi perempuan ialah membuka auratnya atau sebahagian auratnya dihadapan lelaki ajnabi.

Hukum wanita memakai Seluar Panjang

Soalan :
Apakah pendapat tuan terhadap wanita yang memakai seluar panjang dan juga memakai baju yang labuh di atasnya (menutupi seluarnya) sehingga (menutupi) sampai ke paras lutut, dan seluar panjang tadi hanya boleh dilihat (oleh orang lain di) bahagian bawahnya saja, adakah ia termasuk dalam ertikata haram seorang wanita memakai pakaian lelaki atau sebaliknya?

Jawapan (Syeikh Ismail Usman Zain al-Yamani al-Makki ):
"Pakaian seperti ini tidak haram ke atas wanita untuk memakainya selagi pakaian itu tidak jarang ataupun ketat yang boleh menampakkan susuk tubuhnya yang cantik, kerana yang demikian (jika ketat maka) termasuk dalam  hadis "berpakaian tetapi bertelanjang" kerana ia (seluar itu) bukan dikhususkan kepada lelaki sahaja, tetapi haram ia membuka auratnya atau separuh daripada auratnya di depan lelaki ajnabi." (Qurratu 'Ain m/s 233)

= = = = =

Tambahan Penulis:
Daripada penjelasan para ulama di atas, maka perempuan yang memakai seluar ketat sedangkan bajunya pula singkat (tidak labuh hingga ke bawah lutut untuk menutupi seluarnya), hukumnya adalah haram kerana menampakkan punggungnya.

Kitab : Syarat-syarat Pakaian Muslimah Ketika Keluar Rumah (Syeikh Aminuddin bin Hj. Abd. Rahim)

Cinta tak boleh dipaksa

Kalau dia sayang pada kita maka memang dia akan sayang pada kita tanpa perlu dipaksa atau disuruh.

Islam bukan agama hitam dan putih yang tiada cinta dan perasaan hanya nass dan hukum syariat... BUKAN.. Agak lucu dan menggelikan orang yang bercakap soal hukum dalam hal yang melibatkan ruang lingkup perasaan.

Atau bercakap soal perasaan dalam ruang lingkup yang melibatkan hal permasalahan hukum.

Salah tempat!

Diriwayatkan pernah ibu kita Aisyah RA (wafat 57 H) ketika marah, pernah berkata kepada suaminya, kekasihnya, juga rasul-Nya:

أنت الذي تزعم أنك نبي

'Kamukah yang mendakwa bahawa dirimu seorang nabi?'

[HR. Abi Ya'la dalam musnadnya, ya ada yang dhaifkan tetapi masih banyak riwayat lain yang memberi maksud tentang isu ketegangan emosi suami-isteri seperti ini]

Kalaulah orang lain yang mengatakannya, sudah tentu jatuh kufur tetapi ini bukan topik hukum, sebaliknya topik hubungan suami-isteri, topik cinta dan perasaan, topik yang kamu budak-budak jangan ikut campur atau sibuk mahu PM tepi...

Topik ini bukan topik hukum-hakam dan keputusan sebaliknya topik ini ialah soal hati dan perasaan, kematangan dan kasih sayang antara insan...

Sisi lain hadith المرء مع من أحب seseorang itu akan bersama dengan orang yang dicintainya (HR. Abu Daud dan Al-Tirmidzi) bukan sahaja mesti semata-mata di hari akhirat tetapi juga di dunia ini...

Kalau sudah tidak ada cinta, sudah lama mereka akan bercerai dan meninggalkan satu sama lain...

Cuma kadang-kadang mereka sendiri tidak sedar mereka saling mencintai, hanya menganggap perlu duduk bersama kerana ada keperluan dan kerana ada sebab-sebab khusus...

Ada yang telah hidup bersama selama dua puluh tahun sebab malas nak fikir soal kena kahwin dengan orang lain...

Alasannya malas... (itu juga termasuk jenis-jenis cinta)

Kalau sudah benci dan tiada lagi cinta, dia akan menjadi rajin walaupun terpaksa panjat naik turun mahkamah!

Itu pun masih ada yang dapat dipujuk, jika kena betul ayat dan caranya....

Ruang memasuki kezaliman

Biar Ibu katakan di sini, sebenarnya memang boleh hilang sabar bila perlu menguruskan anak-anak yang kecil yang ramai. Mana yang nak menyusu, mana yang perlu disalin lampinnya, mana yang tertumpah air dan pelbagai lagi terjadi dalam masa yang sama dan bertimpa dengan semuanya pula melalak bersama-sama. Superman pun tidak boleh melakukan semua ini. Begitu juga Wonder Woman.

Oleh itu, jika anda mendapati adakalanya anda terhilang sabar dan termarah anak-anak yang tidak berdosa itu, urut dada dan maafkan diri dan ambil masa bertenang. Pilihlah yang mana yang perlu anda lakukan dahulu.

Allah Maha Tahu kemampuan kita manusia. Itulah sebabnya di dalam Agama Islam, seorang suami itu perlu menyediakan seorang pembantu untuk isterinya. Jika dia tidak mampu, maka dia sendirilah yang kena membantu.

Kerana memang tidak masuk akal seorang itu wajib memikul kesemua tanggung-jawab di atas bahunya. Jika dialah yang kena menguruskan anak-anak, dia juga yang perlu memasak,dia juga yang perlu membasuh, menyidai dan melipat kain baju, dia jugalah yang perlu membersihkan rumah dan dia juga yang kena mencari rezeki, itu sudah memasuki ruang melakukan 'kezaliman'. (Zalim bermaksud, tidak meletak benda pada tempatnya).

Itu sebab, Ibu sangat tabik kepada para suami yang sangat prihatin dan peka kepada isteri mereka. Balik kerja sama-sama bantu membantu menguruskan urusan anak-anak dan rumah. Bila isteri menyusukan anak, si suami membasuh baju, menyidai dan melipat baju. Bila isteri sibuk di dapur, si suami mengemas rumah. Ibu sangat salute para suami yang begini.

Itulah yang Ibu didik pada anak-anak lelaki Ibu. Dan hati Ibu gembira melihat mereka sangat ringan tulang membantu isteri dan rapat dengan anak-anak.

Posting Ibu ini bukan untuk menghina para suami yang lepas tangan. No, No, No! JANGAN SEKALI ADA SESIAPA MELEPASKAN GERAM KEPADA SUAMI ATAU LELAKI DI SINI.

Jika pun anda mempunyai suami yang tidak membantu, jangan lepaskan di sini. Ibu akan delete! Kenapa? Sebab posting ini bukan untuk memberi ruang sesiapa mengutuk sesiapa. Posting ini untuk menggalakkan perbuatan baik.

Mereka yang sudah melakukannya kita raikan. Yang terbaca dan tersentuh hati untuk membantu lebih isteri mereka, kita raikan.

Ibu berpegang, jika kita mahukan perubahan positif, kita memperbanyakkan fokus kepada perkara positif.

Oleh itu Ibu menggalakkan anda berterima kasih kepada pasangan anda kerana saling bantu membantu. Isteri kepada suami dan suami kepada isteri.

You wife is not a superwoman, but she will be a superwoman when by her side is a superman.

Saturday, November 10, 2018

Apa kata Fizo Omar tentang Emas. Jom Public Gold

APA KATA FIZO TENTANG EMAS

1. Semua ibubapa perlu wujudkan tabungan emas untuk anak-anak

2. Emas adalah aset terbaik berbanding simpanan lain yang ada dividen.

3. Senang dicairkan untuk digunakan bila ada kecemasan.

EMAS ADALAH SAVING&PENGHAPUS HUTANG
SUHAILA SALEH
DEALER PUBLIC GOLD
PG00097831
www.wasap.my/60173201998

Friday, November 9, 2018

Berhutang dengan anak sulung

Mak Lum sihat tapi fikir bebudak nak makan
Nak drive g kedai beli makanan siap kang ada yang berlanggar 😅
Smlm konon nak lawan sakit..ikutkan Khairy yg nak makan mehun goreng.. nasib nyawa panjang bertembung dengan lori sempat ngelak.... jadi hari nie tobat nasuha duduk dalam rumah je 😂

BTW mostly amana yg siapkan
Mak jadi mandur sambil mulut bebel je
Kang banyak sangat buat kerja mak jugak yang tumbang..
Pegang pinggan pun terlepas..nasib pinggan plastik.. moralnya beli je pinggan plastik banyak2😆

Kain baju pun amana sidaikan
Bertuahkan anak sulung perempuan?
Memang tangan kanan mak
Sebab tue suka senyap2 pg dating berdua dgn amana .. Adam je bawak sbb tue toys kesayangan amana sekarang😍

Saya siap bagitau anak2 lelaki
Jangan kecik hati kalau mama lebihkan kakak..Kakak buat semua yg mama buat.tengok cara kakak sidai kain pun mcm mama, kakak jaga Khairy n Adam.. tak lama lagi mesti kakak masak mcm mama masak jugak..

Kalau semua kakak dah buat apa kitaorg nak buat nanti? Dalam rumah nie ada 1001 kerja yg tak habis2.. antara nak dengan tak je..  bilik air ada 3 bijik? Amik sorang satu pegi basuh!
Tengok2 diorg melompat mandi hujan🙄

Tanpa sedar kita berhutang banyak dengan anak sulung.tak kira anak sulung tue lelaki ke perempuan. Anak sulung memang tangan kanan ibu.. jadilah anak yang baik sampai akhirnya ya.. mak-mak kena bagi credit pada anak sulung yg banyak membantu..

Semoga minggu depan saya sihat.. demam hampir 5 hari..nak pg opis..rindu opis. Tetiba😶

Budak nie sepenuhnya kakak dia yg jaga semalam dan  hari nie. Memang flat habis. Petang semalam  je paksa diri keluar sebab Khairy cakap nak makan mehun goreng. Lagipun tak nak layan sangat sakit.. rupanya Lum baik..kaki rasa bisa2.. kepala denyut tak habis..

Alhamdulillah anak perempuan dah boleh harap..jaga adik..sidai kain 2,3 kali round.. masak pun dah minat. Statment Amanah "mama seronoklah masak.bukan susah pun" kemain lagi ayat dia..

Amana request beli oven nak buat biskut pastry etc etc... Cuba korang share oven apa korang pakai dan berapa rm.. bukan nak heavy duty pun..nak buat makan and main masak2 dengan amana je..

Tak berani nak keluar rumah takut plak sbb smlm hampir accident bawak Keta dengan kepala pening
Amanah tumbuk sambal belacan
Nampaknya amana macam saya
Alah cili
Tergaru2 dia lepas menumbuk
Amanah masak sayur kegemaran arief
Masak kari mudah
Campak je
Amanah yg siapkan bahan2 dengan arahan mandur aka mak