ENTRY-ENTRY BARU..JOM JENGUK

Friday, November 15, 2019

meniti usia 40

Tenang di penghujung usia 30 an.

Masa saya umur 27 tahun, saya tengok rakan sekerja saya yang sudah masuk ke usia 37 tahun ke atas ni, memang 'temper' selalu. Saya tak faham kenapa. Benda kecil pun boleh melenting. 

Asyik melenting sahaja!

Tapi bila saya yang berada di tempat mereka sekarang ini, barulah saya faham.

Mereka yang berusia 36 tahun nak ke usia 40 tahun ini, mamang Allah uji kesabaran Tahap 6 lah 😌😅. Kaw kaw punya!

Usia 36, 37 dan 38 tu memang kemuncaklah senang cerita. Tak kira lelaki atau perempuan.
Cuba kalian tengok sendiri rakan sekerja yang dalam lingkungan usia 36, 37, 38 dan 39 tahun.
Tak pun cuba kalian semak diri sendiri. 

Diusia itulah juga penentu bagaimana sikap kalian nanti apabila mencecah usia 40 tahun!

Pang!!

Masa usia 36, 37, 38 dan 39 tahunlah ujian bertalu-talu.

Kesihatan.
Keluarga.
Sahabat.
Kerjaya.
Ibubapa.
Adik-beradik.
Ipar duai.
Kebendaan.

Sampai kalian akan rasa macam tak cukup tanah nak berlari 😅.

🌷 You have to face it!🌷

Masa inilah ada yang rumahtangga goyang.
Masa inilah ada rumahtangga yang gagal. 
Masa inilah ada yang hilang kerjaya.
Masa inilah ada yang mula sakit-sakit.
Masa inilah ada yang dikhianati sahabat sendiri.
Masa inilah ada yang berada dalam dilema macam-macam hal. 
Masa inilah kenderaan rosak.
Masa inilah rumah yang beli 5 tahun lepas dah kene 'repair' sana sini.
Masa inilah anak-anak membesar dan banyak akal. 

Ya! Usia 36 tahun sehingga usia 39 tahun ini adalah usia kemuncak ujian Allah paling dahsyat!

Menguji keimanan.
Menguji kesabaran.
Melatih diri dengan reda dan ikhlas.
Mendidik hati belajar memaafkan dan melupakan. 
Mengajar diri menjadi lebih beriman.

Kenapa? Kenapa semua ini berlaku?

Tidak lain tidak bukan, jawapannya adalah
               
- ALLAH SAYANG-

DIA jemput kita perlahan-lahan untuk meniti usia 40 dengan tenang. Bersedia untuk masuk ke alam lebih dewasa. Meninggalkan usia fasa muda yang lalu.

DIA nak kita sujud dan istighfar kepadaNya atas silap dan kealpaan yang lalu. 30 tahun hidup di dunia. Apa yang kita sudah buat?

Masuk sahaja usia 40 tahun, ALL IS NEW!

Hati lebih sabar.
Hati lebih tenang.
Hati lebih ikhlas.
Hati lebih tawaduk.

Hidup lebih bahagia.
Hidup lebih sempurna.
Hidup lebih nampak arah tujunya.
Hidup lebih mensyukuri nikmat dan reda dengan kekurangan. 

Kerana Allah sayang, dia jentik dengan ujian sebagai teguran. Dia suruh kita bersedia ke alam kekal. 

Masuk usia 40, sepatutnya kita sudah tenang. Sudah tidak fikir lagi hal-hal dunia. Sudah tidak kelam kabut lagi dengan urusan dunia. Semua amalan diikhlaskan untuk akhirat kelak. Sedetik lebih pun tidak akan mengeluh.

Semua urusan diniatkan ibadah.
Sudah mula ke rumah Allah.
Sudah mula perbaiki diri.
Sudah mula perbaiki solat.
Sudah mula perbaiki akhlak dan adab.
Sudah mula perbaiki tutur kata agar tidak menyakiti hati orang lain.

Itu pun, jika kalian selesai dengan jayanya menduduki 'final exam sebelum usia 40' 😌.

Take a second to think about how blessed you are.

Tapi, jika kita ini asyik mengulang silap yang lepas, diusia 40 nanti tidak ada yang berubah. Macam itu sahajalah. Rugi.

Nabi Muhammad, Allah tingkatkan darjatnya di usia 40 kepada Rasulullah. Baginda mula berdakwah secara terang. Sebelum menjadi Rasulullah, berapa kali baginda dihina dan dikasari. Baginda sabar.

Hidup ini, yang perlu ditanam dan pasak dalam hati adalah sabar. Yang perlu diamalkan setiap malam adalah tahajud. Yang perlu dizahirkan dengan bibir adalah kata-kata yang tidak menyakiti hati orang lain. Yang perlu dihulurkan oleh tangan adalah pemberian tanpa balas. Yang perlu dilihat oleh mata adalah kesilapan sendiri. Yang perlu ada dalam hati hanya Tuhan Yang Maha Esa.

Apa juga yang kita miliki setelah 30 tahun hidup, waktu inilah kita akan mula buat pilihan, buang atau kekal. Ambil yang baik, atau kekalkan yang tidak baik.

Jangan tidak percaya, segala ujian akan berulang lagi dan lagi. Ketika itu, kita akan hadapi dengan lebih tenang. Kerana apa? Kerana kita sudah ada pengalaman itu. Tuhan sudah didik kita bagaimana mahu hadapinya. Tuhan sudah beri pengajaran pada pengalaman yang lepas. Segalanya tidak lain tidak bukan, hanyalah untuk perbaharui iman yang kian kusam. Bukankah iman kita ini boleh bertambah dan berkurangan. Itulah fungsi ujian! 

Baik, 'kan Allah. 💕
Yes. Life is simple. Do good and good will come to you.

Please share it to save more people out there. 

#PuanRashidahAhmad 
#taswamconsultancy

Thursday, November 14, 2019

mama suka surah apa?



Magrib tadi Arief bawak Quran. Sana sini diusungnya Quran tue.. Sampai kena bebel sebab Quran bukan letak sana sini. Kena jaga dan ada adabnya. Rupanya ada benda nak ditanya. '

Mama, dlm Quraan nie surah apa mama paling suka?

Al Waqiqh, Al Mulk, Sajadah, Yasin....

Yang paling suka?

Kecik2 dulu mama suka baca Yasin. Mama selalu tengok nenek baca Yasin bila malam Jumaat. Sekarang mama suka Al Waqiah. Al Mulk kan mama dengar sebelum tidur. As Sajadah mama suka baca sebab mama dengar tiap2 solat subuh hari Jumaat ustaz tue baca surah As Sajadah. Lepas tue ustaz akan sujud.. Kalau org tak tau ingat solat Subuh tue 3 rakaat.

Kenapa al waqiah?

Sebab nenek yg suruh mama baca masa khairy sakit dulu. Nenek cakap kat mama mcm nie "masa khairy tdo angah sembahyanglah duha. Bacalah al waqiah" mama ikut je. Lagipun masa tue mama sedih.. Mama ikut je apa nenek cakap...

Okey ke surah tue?

Okey sgt. Bila mama baca mama dapat rasa sedih mama berkurang sikit2 bila baca surah tue. Mama ada cakap dengan nenek.. Surah tue susah. Mama baca tersekat2. Ayat2 surah tue pendek2. Kalau tak biasa mmg susah. Tapi nenek cakap "bila angah lancar dan rasa mudah baca surah tue.. Semudah tuelah perjalanan hidup angah" betul sangat apa nenek cakap. Makin lancar mama baca al waqiah.. Mama rasa hidup mama pun selancar dan mudah jugak..

Ooooo.. Jap arief bukak dlm hp mama.. Arief ikut..

Tabarakal lazi biadihil mulk...

Ehhh tue al mulk.. Bukan al waqiah..

Takpelah.. Niekan surah tido mama.. Arief rasa nak tidur..

Pulak dahhhh...

Semoga dia jadi anak yg cintakan Quran walaupun anak nie belum nampak cenderungnya dlm akademik.. Dia dengan dunianya.. Happy pg surau.. Happy main bola.. Main lego.. Nie sibuk pulak dengan catur tapi main ikut suka dia stail main dam🙃

Melompat tak berenti tapi mudah kesian dengan maknya. Suruh buang sampah.. Buang.. Malam2 akan tanya mama nak arief urut ke? Mama pening kepala ke? Mama sakit kaki? Mana minyak mama?

Anak2 ada kelebihan dan kekurangan. Jauh lagi masa depan. Semoga Allah pelihara. Full stop

Tuesday, November 12, 2019

tips mendiamkan isteri yg suka membebel haha

Ini betul. 

Kawan saya tanya. Wife kau suka bebel,merungut tak? 

saya kata jarang sangatlah. Dalam tahun ini boleh kira berapa patah dia bebel. 

Lalu kawan saya ini minta nasihat bagaimana untuk kurangkan wife dia membebel dan merungut. 

Saya bagi 2 tips: 

1. Bagi dia tidur kau jaga anak-anak.  Bila dia tidur,mulut dia akan tertutup. 

2. Ajak dia pergi makan kau jaga anak. Apabila dia sedangkan mengunyah dia takkan membebel. 

Ada tambahan lagi tak matt? kawan saya tanya. 

Ada...Jawab saya. 

Ini kau kena buat betul betul.(Muka saya serius) 

Kau jangan buat kepala otak dia serabut. Biasanya wife bebel ini sebab rumah bersepah,pinggan mangkuk penuh singki,kau suka melepak sehingga larut malam,kau tak kemas tempat tidur dan kau biarkan isteri kau buat rutin yang sama setiap hari. 

Dan paling teruk,jika kau ada di rumah, isteri dan anak anak tidak merasa keberadaan kau. 

Saya berhenti sekejap hirup kopi panas. Dan sambung semula. 

Dua tips diatas nampak agak kelakar,tapi cukup besar bagi mereka yang perlu masa untuk rehat,perlu masa untuk makan dan minum dengan tenang. 

Jadi keluarkan sekejap isteri kau  dari toksik keserabutan itu.Tunaikan nafakah semampu mungkin,jadi imam solat fardhu dan solat sunat. Bawa pergi cuti walaupun ke rumah mentua,buat kerja rumah bersama,kemas tempat tidur kau,kemas apa yang patut kat rumah,sebelum tidur sental tandas,susun pinggan di rak. 

 Nanti kau akan tengok hasilnya nanti sebagaimana aku dapat kira berapa patah perkataan dalam setahun jika isteri membebel atau merungut.

Dan bukan mulutnya membebel lagi,bahkan ucap terima kasih yang dah lama kau tak dengar.

Fikir fikirkan semoga dapat beramal.  

-EncikMatt-
#LelakiBurQa

Saturday, November 9, 2019

Bila Sakit kritikal lebih cepat kita ingat Allah berbading sakit biasa

https://www.facebook.com/OnlineMajlisIlmu/videos/471057887087355/UzpfSTEwMDAwMDAxNTc3MTYyODoyODYxNzIzNjM3MTcxNDY3/ 



Selaju itu jantung annaku khairy berdegup.
Selaju itu membelek doa2 perlindungan dan sembuhkan penyakit di dalam Al Quran. Semakin yakin Quran itu shifa.
Selaju itu kaki ini melangkah tunaikan umrah.
Selaju itu buat kebaikan atas nama Adlan Khairy.
...
Betul kata ustaz rizam
Setakat sakit demam, selsema tak sekuat itu kita ingat pada Allah tetapi bila berkaitan jantung cepat saja kita ingat pada Allah.
Setiap kali tengok Khairy
Setiap kali rasa syukur yang amat Allah anugerahkan maslah jantung itu padanya.
Setiap kali jantung khairy berdegup setiap kali itu juga tak putus serahkan nasib diri dan anak pd Allah.
Khairy kuat semangat luaran dan dalaman dan kekuatan itu Allah yabg beri. Jadi pemangkin semangat ibunya utk berdiri juga.

Satu masa pernah rasa penat sgt dengan didikan Allah yg tak putus2 tapi bila sujud.. Bila baca Quran sampai tulisan pun tak nampak yang penuh hanya air mata.. Dan mengadu pada Allah "Aku tak perlukan yg lain hanya perlukan pelukanmu ya Allah" Seseungguhnya dengan mata manusia memang tak ada pun pelukan Allah tetapi dengan mata hati kita merasa pelukan rahmat Allah. Bantuannya satu per satu hadir.. Bila kita perlukan ia hadir.. Bila kita sesak ia turunkan rezeki.. Bila kita buntu dia berikan jalan.. Mudahnya meminta pada Allah berbanding meminta pada manusia.

Melihat Adlan Khairy itulah anak yg memanggil ibunya dekat.. Dekat.. Dekat dengan Allah..
Sekarang hidup Alhamdulilah makin lega dqn tenang.. dipermudahkan urusan.. tapi ketakutan itu tetap ada..Ketakutan jika ketenangan ini boleh melupakan kita pada Allah. Kelalaian itu sangat bahaya.. Semoga sentiasa berada di dalam rahmat dan kasih sayang Allah. Sentiasa dlm perlindungan Allah..


















Tuesday, November 5, 2019

bila fikir anak perempuan sendiri terus rasa nak taubat nasuhakan?

Waktu mula-mula berkerja dahulu, saya selalu sebut kepada pelajar saya.

"Cuba kamu tengok kawan sebelah. Andai satu hari nanti kamu ada anak, mahukah jika kawan sebelah itu menjadi cikgu dan mengajar anak-anak kamu?"

Masing-masing menggeleng.

"Tak ingin saya cikgu. Rosak anak saya nanti."

Bersipongang tawa ke segenap penjuru kelas.

"Jika, tak mahu, maksudnya pasti ada sikap kita yang menjengkelkan rakan-rakan yang lain. Betul tak?"

Masing-masing mengangguk.

"Jadi apa yang perlu kita buat?"

Ada satu suara kecil yang menyebut, "berubah."

Saya melemparkan senyuman semanis gula buat pelajar itu.

Bila dewasa ini, lain pula ceritanya.

Ayah-ayah sekalian.

Cuba pejamkan mata dan bayangkan anak-anak perempuan kalian. Jika masih belum ada, fikirkan andai satu hari nanti kalian dikurniakan seorang anak perempuan.

Apakah kita suka dan bahagia, andai anak kita berkasih-kasihan dengan lelaki seperti kita?

Jika tidak, usahalah untuk berubah. Jadilah seperti lelaki yang kita senang untuk mendampingi anak-anak kita.

Ada yang fikir, life begin at 40. Kenapa 40?

Sedarkah kita, Allah telah menyebut tentang usia 40 tahun secara jelas dalam Al-Quran?

Dalam surah Al-Ahqaf ayat 15, Allah berfirman maksudnya, “Apabila dia telah dewasa dan usianya sampai empat puluh tahun, dia berdoa, “Ya Tuhanku, tunjukkanlah aku jalan untuk mensyukuri nikmat Engkau yang telah Engkau berikan kepadaku dan kepada ibu bapaku dan supaya aku dapat berbuat amal yang soleh yang engkau redhai; berilah kebaikan kepadaku dengan (memberi kebaikan) kepada anak cucuku. Sesungguhnya aku bertaubat kepada Engkau dan sesungguhnya aku termasuk orang-orang muslim.” 

Nah. Usia 40 telah disebut dengan jelas dalam ayat ini. Pada usia inilah manusia telah mencapai kemuncak hidupnya. Sama ada dari segi fizikal, emosi dan spiritual.

Jika kita berada dalam zon ini, fikirkan tentang apa yang perlu kita lakukan.

Andai kita sendiri tidak suka anak perempuan kita berhubungan dengan lelaki bersikap seperti kita, fikirkan juga apa perasaan isteri yang selama ini menjadi tulang belakang kepada hidup rumah tangga kita.

Andai dijentik hati untuk berubah, berusalah ke arah itu. InsyaAllah masih ada masa.

#BikinPanasLayanCKMembebel2

kawan2 yg berpantang jaga diri. jgn rasa kuat semua nak buat. C n P

Sorry tuan tanah sebab ss tanpa izin tapi sekadar ingin berkongsi dengan semua ibu ibu yang bakal jadi ibu or tunggu masa nak bersalin/ tengah berpantang. 
 .
Mitos - Pantang Larang Orang Melayu

Pantang larang orang Melayu tradisional sebenarnya kepercayaan masyarakat Melayu zaman lampau berkaitan dengan adat dan budaya warisan nenek moyang. 
Kalau difikir secara logik sebenarnya 
Pantang larang orang tua-tua bertujuan untuk mendidik masyarakat, khususnya generasi muda or generasi akan datang. 
.
Sekarang dah moden, kebanyakkan kita banyak pertikaikan zaman tok nenek kita punya kepercayaan. Ada benda kita boleh ikut ada benda kita akan rasa mengarot,
.
Sebagai contoh macam pertanyaan puan isu : 
"MENYAPU DALAM TEMPOH BERPANTANG" 
Mek nak share pengalaman mek berpantang anak no 3 ni. Ikutkan rasa macam "erhhh knp tak boleh sapu rumah pulak?" Takkan nak biar rumah bersepah? 
Ok nak dijadikan cerita, mek ni berpantang sendiri dan dibantu oleh suami. Ada anak kecik umur 5 & 3 tahun yang boleh tahan lasak & excited nak "tolong" jaga baby baru ni. 
.
Sumpah nak cakap bersalin no 3 ni rasa kuat betul, lepas bersalin boleh turun katil berjalan pergi wad. Lepas bersalin setengah jam masuk bilik air. Tak macam bersalin anak no 1 & 2 tu. 
.
Esok harininya boleh discaj dah balik rumah biasa la mata serabut tengok rumah bersepah penuh mainan berterabur sana sini, sakit mata wa! Mula la aktiviti gatal tangan hari ke 4 pantang start menyapu bawah meja selepas makan sebab anak2 makan nasi terabur. Masak, basuh pinggan macam biasa (walaupun suami dah jeling tak kasi buat) 
.
Petang tu mandikan baby siap2 kita pulak nak bertungku, suami keluar bawa anak2 ke taman sebab kesian 2 org kakak abang dia nak perhatian. Baby tidur lena, Jadilah cerita mek "ringan tangan" pergi sental bilik air. Kemain syok tonyoh tonyoh sental sental berkilat bersinar menyinari hidupku. Lepas tu dalam hati ni rasa syukur sebab rasa kuat lepas bersalin no 3 ni. Suka sgt. 
.
Hari ke 7 seminggu rutin macam biasa nurse akan datang cek postnatal. Masa ni nurse dah tegur kata muka mek pucat, mek anggap mcm biasa je sebab normal la baru lepas bersalin kan. 

Elok hari ke 8 tu birthday encik suami dan anak sulung mek pun bz buat suprise dekat dorang, biasa dalam pantang tengah malam kita akan "tukar shift kerja malam" masa tu rasa sakit kepala sangat sangat ! Tp boleh bangun menyusu macam biasa sebab ingatkan tak cukup tidur. 
.
Jam 12.30am mula la turun darah macam air ketuban tu banyak sgt2 😭 org tua kata "tumpah darah" terkejut gila bebi. Bagitahu dekat husband, husband ajak pergi hospital tp pikir anak2 nanti sape nak jaga pepagi mcm ni. Biar je dulu dalam sejam kalau jadi lg baru pergi hospital. Tengok takde dah, dia stop sendiri. Arghh lega mujur takde pape. 
.
Hari ke 9 nurse datang cek lagi, cerita la dekat nurse apa yang jadi malam td. Dia tanya sekarang pening ke rasa nak pitam ke, mek jawab rasa pening sikit je. Dia pun cek BP (masa ni tengah baring) lepas dah siap semua cek ibu & anak, nurse nak balik elok mek berdiri jadi lagi weiii turun darah kali ke 2 😭
Dia turun macam air paip sekali gus tu. Allahu seram kalau ingat balik. 

Kakak nurse tu pun terkejut, menjerit, cuak eh semua ada bila tengok reaksi muka dia haritu. 
Dia buat surat kena refer ke hospital manjung. 
.
Kali ni baru rasa takut dalam kepala ni 
" aku nak mati dah ke " kalau aku mati sape nak jaga anak² aku, sape nak susukan baby yang baru 9 hari tu. Penuh emosi, fikir dugaan dtg sebab mengandung no 3 ni mcm² ujian datang. 
Ingat dah bersalin takde apa dah, rupanya dtg lagi dasyat. Sedih emosi tak boleh cakap masa ni 😭 
.
Sampai hospital biasa la doktor cek sana sini scan sana pergi sana pergi sini sebelum masuk wad, rupanya ada baki darah beku lagi. Rahim luka teruk, 
Time dorang cek tu jadi lagi darah turun sekali gus, maknanya kali ke 3 la jadi yg banyak ni. 
.
So doktor pakar pun datang cek semua, biasa la on antibiotic sebab dah ada jangkitan dekat rahim kalau darah non stop dalam masa 24jam kemungkinan buang rahim terus. Tapi alhamdulillah, keluar sikit sikit tak banyak mcm air paip sebelum ni. 
.
Dalam duduk hospital tu emosi dia kemain, down sangat², doktor dtg sorang sorang "interview" tanya buat kerja apa, ada angkat berat ke, berdiri lama ke pun mek sok seh sok seh nagis tak benti takleh jawab. Sedih betul. Semua family/ org call mek reject takleh cakap sebak dia tu tak tau nak ckp macam mana. Tengok muka husband mek dtg pun mek banjir, mmg taknak jumpa sapa2 pun masa tu 😭 tak pasal duduk 5hari 4malam dekat hotel 5star tu. 
.
Dah keluar wad pun kena follow up untuk cek rahim, darah beku. Alhamdulillah beransur pulih. Tp yang buat mek emosi tu sebab orang cakap kalau tumpah darah ni antara hidup & mati je. Allahuakbar 🥺
.
Punca bleeding ni sebab kita guna tenaga dalam keadaan kita yang masih lemah, kita rasa diri kita kuat tapi sebenarnya dalaman kita masih tak okey, semua tu ambil masa nak jadi macam sebelum ni. Sebab tu la orang tua dulu² pesan jangan menyapu, menyapu ni paling pantang ! 
.
So daripada peristiwa pahit berpantang anak no3 ni baru mek sedar apa orang tua dulu larang tu ada la sebab dia. Bukan suka suka tak bagi buat. Mula-mula tak percaya sebab anak no 1 & 2 tak pernah pun jadi macam ni, tiba dia kasi pengajaran utk anak ke 3 ni. 
Padanla muka kau mek! 
.
Sekarang pun masih dinasihatkan oleh doktor jangan angkat berat lagi, jangan lasak sangat dalam masa 3 bulan ni. 
Ok baiklah doktor saya memang serik 😌
.
TQ yang baca sampai habis, sebab panjang berjela ni gagah ye kome. Tq sgt ! 
Cerita ni kisah benar bukan rekaan semata mata, hanya utk berkongsi pengalaman untuk semua yang membaca post ni.
Jadi berpantang la betul2 ye mommies.
Terima Kasih ♥️

Sunday, November 3, 2019

to manage your family, manage your wife first!

Ada sorang pakcik ni, saya tak ingat jumpa dia kat mana. Tapi dia cakap macam ni ngan saya;

“Orang pompuan ni, datanglah masalah besar mana pun, kerja banyak, rumah bersepah, baju bertimbun tak lipat, suami nak kahwin lagi... semua tu boleh setel kalau kita bagi duit cukup kat dia.

Dia boleh shopping apa dia nak, dia boleh makan apa dia suka, dia boleh berjalan ke mana je dia nak pergi. Yang penting, duit dia tak tersekat”.

You all setuju ke dengan pakcik tu?

Boleh lah, nak setuju ke, taknak setuju ke. Terpulang.

Tapi pagi ni saya nak cakap benda lain sikit.

Perkahwinan ni partnership. Setiap orang ada tugas masing-masing. Ada tugas yang spesifik untuk suami isteri, ada tugas yang kena buat bersama atas dasar timbang rasa dan tolong menolong.

Dan orang pompuan ni, memang kita kena tabik la. Sebab Allah jadikan diorang makhluk yang unik. Boleh buat banyak benda, boleh fikir banyak benda, ambil tahu banyak benda dan cuba nak jadi sempurna walau dalam keadaan apa pun.

Orang lelaki kena tahu fakta ni.

Basically dalam satu rumah atau keluarga, ada 4 department yang besar dengan kerja yang banyak :

✅ Department perkemasan - yang ni mula dari kemas rumah, bersih kipas, sapu sampah, mop lantai, cuci bilik air dan buang sampah.

✅ Department perkainan - yang ni mula dari kutip baju kotor, basuh baju, jemur baju, angkat baju bila dah kering, lipat baju dan susun dalam almari.

✅ Department permasakan - yang ni mula dari beli bahan mentah, masak nasi, masak lauk, buat air, kemas meja bila dah siap makan dan cuci pinggan mangkuk.

✅ Department peranakan - yang ni mula dari proses mengandung dan bersalin, baju anak masa baby hingga boleh bawa diri sendiri, urusan sekolah dan peribadi anak-anak, urusan akhlak dan pergaulan diorang dan lain-lain sampailah diorang dah ada keluarga sendiri.

Yang orang pompuan duk jadi tension tu, sebab dapat suami yang tak reti nak fikir kecuali fikit pasal diri sendiri je.

Kononya suami sibuk cari nafkah untuk seisi keluarga. Padahal isteri pun kerja jugak

Lepas tu suka-suka hati keluar siang malam pagi petang. Alasannya urusan kerja. Anak-anak tinggal kat si isteri. Kesian isteri.

Takleh la macam tu. Isteri pun ada kudrat dia jugak. Semua benda dia nak kena fikir jugak. Dia bukan hamba abdi kita sampai macam tu punya teruk kita buat kat dia.

Jadi, suami kena fikir dan belajar macamana caranya at least separuh kerja isteri yang dalam 4 department tu, suami boleh buat.

Kalau tak boleh buat semua pun, jangan tinggal semua. Buat la yang kita boleh buat. Atau pun, kena belajar la biar boleh buat.

Contohnya :

❤ Department perkemasan : tolong kemas rumah, sapu dan mop lantai. Takde alasan suami tak boleh buat. Tambah pulak kalau ada vacuum cleaner, lagi la boleh buat.

❤ Department perkainan : haaa... yang ni bab-bab melipat kain je orang lelaki takleh buat. Kalau buat pun menyakitkan hati je gaya lipatan tu. Tak pasal-pasal si isteri kena lipat balik semula.

Selebihnya, kutip kain kotor, basuh baju, jemur baju, angkut baju dah kering, masukkan baju dalam almari lepas isteri lipat, semua tu suami boleh tolong kan?

❤ Department permasakan : yang ni saya tak faham, kenapa lelaki tak boleh nak tolong?
Isteri kita tu bukannya kedai tomyam ikut suka kita nak order makan.

Tolong la masak.

Kalau tak tahu masak, kena belajar la.

Saya boleh bagi tips macamana nak bagi si suami atau anak lelaki kita pandai masak.

🌟 Selalu masuk dapur bila isteri tengah masak.

🌟 Tengok dan ambil tahu bila isteri masak apa saja.

🌟 Cuba masak sekali sekala dengan tunjuk ajar dan pengawasan isteri.

InsyaAllah, lama-lama boleh la masak beberapa lauk yang penting.

Masak nasi dengan buat air serta kemas meja dan basuh pinggan. Itu sepatutnya suami boleh buat tu. Ringan la beban isteri. Hilang la stress dia.

❤ Department peranakan : yang ni pun suami kena ambil berat.

Orang pompuan ni, tak kesah kalau nak suruh beranak ramai pun. Berapa nak? 10 orang? 15 orang? Boleh je..

Dengan syarat, suami kena jaga anak tu dari baby lagi. Urus mandi, basuh berak, buat susu, semua-semua ah. Semua tu tanggung beres, beramai ramai mana pun takpe.

(Then you all boleh agak la kan, kenapa saya ada 4 orang anak je. Ngeh ngeh ngeh).

Sama jugak bila anak dah besar. Suami kena ambil tanggungjawab. Ni tak, semua nak humban atas kepala isteri.

Daftar anak sekolah, isteri. Fikir anak belajar dan exam, isteri. Barang sekolah nak kena beli, isteri, anak masuk universiti pun, isteri. Semua-semua isteri lah..

Tak boleh la macam tu. Kena sama-sama fikir. Kena sama-sama buat. Barulah aman bahagia tanpa stress.

Lepas, last sekali.

Apa yang suami boleh buat untuk hilangkan stress isteri ialah :

🌟 Selalu bawa seisi keluarga keluar makan.

🌟 Selalu bawa seisi keluarga pergi bercuti.

InsyaAllah, dengan izin Allah, akan hilanglah stress si isteri.

Ingat pesan saya; isteri stress, keluarga porak peranda. Isteri bahagia, keluarga akan jadi sangat bahagia.

To manage your family, manage your wife first!

#KAB

- ya Allah, semoga suatu hari nanti aku jadi seperti yang aku tulis, ngeh ngeh ngeh -

*copysndpaste*

khairy sambut hari kanak-kanak


Sambut Hari Kanak2 di tadika khairy.
Dah 6 tahun umur khairy.
Tahun depan darjah 1.
Alhamdulilah Allah panjangkan usianya.
Semoga Khairy gembira meniti usia kanak2.
Belajar dengan seronok dan lalui semua zaman kanak2 dengan kenangan manis. 

Mama hanya mampu  jaga khairy dengan kemampuan yg sgt terbatas. 
Tetapi Allah akan jaga Khairy 24 jam dengan rahmat dan kasih sayangnya.

Terima kasih cikgu2 yang sama2 bantu jaga Khairy Suzila Majid Suriyani Ahmad