ENTRY-ENTRY BARU..JOM JENGUK

Wednesday, February 24, 2021

CERITA ISTIHARAH

 



Dulu saya tak tau Sy boleh meniaga

Bila dapat khairy...

Sy tak pernah rancang nak niaga pun
Semuanya kebetulan..
Sy mencari penawar or ubat or supplement sebab masa tue Sy sendiri tak sihat sebab tak jaga kesihatan diri masa pantang lepas lahirkan khairy.
Produk utama Sy ekstra kacip Fatimah utm.
Harganya rm90 sekotak.
Sebulan Sy boleh jual 100 kotak tak termasuk produk lain.
So sebulan 9k sales saya tak termasuk produk2 lain.
Jualan Sy seorang. Tanpa ejen.
Tak mampu nak handle ejen2 bagai nie.
Sales ye.. Keuntungan lain. Rendah la dari 9k.
Tetapi memang mengganti gaji pejabat yg saya tinggalkan demi khairy.
Dapat pula tunaikan umrah kurang 2 tahun Sy meniaga online.
Keja pejabat 10 tahun tak pulak sampai tunaikan umrah😪
Anak2 punya statment "mama lagi kaya bila meniaga dari keja pejabat. Mama berhenti kerja jelah. Niaga and jaga kita org je"

Harga kos tak perlulah Sy cakap ye.
Kang bocor plak rahsia terpendam🤣
Btw nak dpt harga kos yg tinggi mesti restok barang juga tinggi pada setiap kali restok.
Kalau takde permintaan ingat berani ke saya nak beli 100 kotak setiap kali restok? Nilainya lebih 5k ye..
Belum produk2 lain..
Btw mak beri saya modal lebih 5k masa sy mulakan perniagaan. Sy pulangkan semula dlm tempoh sebulan sahaja.
Dan saya rolling keuntungan niaga utk restok barang, utk bil2 perubatan khairy, utk tabung mekah dan lain2 lagi.
Sy takde proper akaun pun. Keluar masuk terlalu laju dan Sy tak sempat nak monitor Lebih2 dengan menguruskan 3 anak serentak termasuk khairy yg perlu perhatian khas kerana masalah jantungnya.
Berat badan saya turun mcm zaman anak dara. Rasanya kurang 20-30kg dari asal. Haha.
Tak perlu DSSS.
Badan yg penat dan hati yg sedih pun menyumbang pada penurunan berat badan saya masa tue.

Saya tak pandai niaga pun.
Allah yg bantu.. Dan juga kebetulan saya seorang Blogger ada blog sendiri.
Sy jual di personal blog sahaja.
Dan produk yg Sy jual itu hasil kajian universiti tempatan dan disyorkan doktor.
Doktor tue pulak folowers dia ribu2 lemon😆
Semuanya kebetulan.
Kita manusia tiada daya upaya melainkan dengan bantuan dan kasih sayang Allah.

Jangan melihat sesuatu kejadian itu bala atau malapetaka.
Angaplah ia ujian tanda Allah sayangkan kita.
Kenapa Sy tak resign dan meniaga terus?
Jawapan istikharah menunjukkan Sy perlu masuk pejabat.
Tak semudah itu Sy nak tinggalkan khairy di tangan org lain.
Lilahitaala sy masuk pejabat dengan hati yg berat.
Hasil niaga yg cukup masih tak yakinkah Sy utk resign?
Sy yakin tapi istikharah tak benarkan.

Semuanya ada hikmahnya..
Bak kata seseorang pd saya "Ada perkara yg Allah nak ila selesaikan dulu sebab tue kena kerja semula"
Ya dan salah satunya Allah nak saya selesaikan semua hutang riba saya.
Allah nak Sy siapkan backup yg cukup utk saya tunaikan impian ibu saya.
Allah nak saya memberi pada satu tempat yg kini jadi rumah kedua anak saya dan mcm2 lagi.
Allah juga pasti lebih tahu dengan situasi kobid yg bakal mencengkam ini walau ketika Sy buat istikharah utk masuk kerja atau resign itu di tahun 2015
Dan Sy melihat semuanya dlm sudut kasih sayang Allah.
Bila Allah beri jawapan istiharah gengamlah sampai ke liang lahad.

Allah suruh kerja pejabat.. Sy kerja.
Allah tak bagi niaga sesuatu produk. Sy tak akan buat.
Allah suruh resign.. Sy resign.
Allah suruh bertahan.. Sy bertahan..
Istikharah tak pernah mengecewakan saya sehingga saat ini. 💝










Monday, February 22, 2021

KEAJAIBAN SEDEKAH


 Cubalah buat

Betul semua dlm attachment tue..

Cuba usaha buat:
Sedekah bulanan
Sedekah setiap hari jumat
Sedekah harian

Tak dapat jadi mcm Pusat Zakat / Ebit Lew.
Buatlah yg mampu.
Allah Maha Mengetahui.

Rahmat dari Allah
-anak sihat
-rumahtangga aman. Insya Allah.
-hutang makin berkurang dgn mcm2 cara yg tak terduga
-eh bertambah pulak harta/rezeki. Tak miskin pun. Makin keluar ada je yg masuk balik berkali ganda.
-jiwa yg tenang.. Semoga kitalah yg disebut "wahai jiwa2 yang tenang..."

Terima kasih pd mak yg selalu ingatkan tentang sedekah sejak saya mula2 masuk kerja. Tiap2 bulan mak akan cakap "angah nak sedekah tak kat si polan.. Si polan.. Anak dia sakit.. Dia nak g umrah.. Rumah dia terbakar bla bla.." mcm2 alasan mak nak tarik keluar duit Sy utk sedekah pd org😂

Terima kasih pd doktor Zubaidi Ahmad yg nasihatkan saya supaya sedekah kan atas nama khairy yg masa tue tak sihat kerana sakit jantung. Alhamdulillah khairy kini stabil tanpa sebarang operation. Berjaya "skip" operation walaupun bilik dah book. 😊

Sedekah nie boleh dipupuk.
Sikit demi sedikit.
Lama2 anda pun tak sangka yg ada boleh keluarkan wang dari poket anda begitu saja utk org yg tak ada sebarang ikatan darah pun dengan anda.
Lama2 anda lg sanggup sedekah dari keluar shopping.
Lama2 anda akan allocate tiap2 bulan satu amont special utk sedekah. Dan amonut itu bertambah2 mengikut permintaan semasa.

Ada org yg takut bersedekah kerana katanya tidak ikhlas sepenuhnya ..
Dlm dunia nie banyak perkara bermula dgn tidak ikhlas.
Ikhlas ke solat masa kecik2 dulu?
Kan ke mak yg paksa?
Ikhlas ke pakai tudung?
Kan mak yg bebel?
Ikhlas ke puasa masa kecik2 dulu?
Ke malu kat kawan2 yg posa?

Begitu juga dgn sedekah..
Sy pegang Kata2 ustazah asma Harun dlm salah satu ceramah beliau..
Potong rasa tidak ikhlas atau riak itu dengan istighfar.. Istighfar banyak2.. Tapi teruskan juga amal ibadat..

Sedekah lah sampai satu masa tak rasa apa2 pun.
Sedekah lah sampai satu masa ia jadi keseronokan.
Sedekah lah sampai satu masa ia jadi habit.
Sedekah lah sampai liang lahad.

Harta tak bawak mati.
Sedekah yg tak diterima adalah bila ajal dah sampai ke kerongkong.
Sia2 dah semua harta masa tue.

Ustaz Dato Shamsuri Hj Ahmad dlm satu kuliahnya ada share " sedekah yg paling bagus adalah ketika masih muda dah hati Masih ada rasa nafsu pd harta dunia dan keseronokan. Tapi kita mampu melawan nafsu itu dan keluarkan utk sedekah. Itulah sebaik2 sedekah"

Update : baru je sebut Ustaz Dato Samsuri dah keluar kat wall saya ceramah sedekah beliau. Beliau share Nabi Muhammad bersabda "sedekah yang bagus adalah ketika badan masih sihat, ketika masih berangan2 utk kaya dan ketika takut jatuh miskin. Kalau kita masih dlm 3 kategori ini tetapi masih juga bersedekah.. Itu adalah paling afdal. Sedekah masa sakit, masa dah nak mati.. Tidaklah sebaik seperti 3 kategori tadi..

Friday, February 19, 2021

UCAP DAN TULIS BAIK-BAIK



Ucap baik2
Sama ada di FB atau di mana2 saja
Ia merupakan satu doa

Saya perhatikan apa yg sy tulis dan impikan alhamdulillah menjadi nyata.
Walaupun ia menjadi kenyataan hanya beberapa tahun kemudian.
Tetaplah hati ini bersyukur.

Kita bukan nabi.. Hari ini doa. Sesaat dimakbulkan.
Kita manusia biasa.. Doa hari ini entah bila makbul tak taulah.
Tapi tetaplah berusaha jadi org baik dan berusaha jd org yg taat dlm agama.
Dlm berusaha taat pun kita tetap berdosa.
Apalagi ketika dlm berdosa.

Ucap dan tulis lah baik2
Sebab semua itu doa.
Dan yakinlah ia akan makbul kerana Allah itu Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

2015- sy berharap Arief dpt tunaikan umrah juga kerana Arief tidak ikut saya tunaikan umrah ketika itu.
2019- Allah makbulkan doa saya. Arief tunaikan umrah tetapi bukan bersama saya tetapi suami saya.

Kita fikir doa yg kita mohon sudah terbaik.
Kdg-kala Allah makbulkan doa kita dengan cara yg berbeza.
Yakinlah bila doa dimakbulkan walau tidak sama 100% seperti yg kita impikan .
Itulah keputusan yg terbaik Allah anugerahkan utk kita.

Ya sebenarnya hati saya lebih bahagia Arief tunaikan umrah bersama papanya compare Arif tunaikan umrah bersama saya.
Bahagia hati saya melihat org yg saya kasihi berusaha keras mendekatkan diri di jalan agama. 



 

Wednesday, February 17, 2021

HOBI MENGINJAK USIA


Dah lebih 2 bulan untuk tahun 2021
Rasanya dah lama sangat tak berblog
Sebab lebih aktif di FB
BTW tahun nie nak start aktif berblog semula
Sebab di FB tue hanya kawan2 yg approved as friend je

Thaun nie umur saya 41
Rasanya dah lama sangat saya nie berblog
Dari zaman Amana lagi
Amana pun dah 14 tahun
Sayang blog nie sebab di sini banyak cerita anak-anak dan yang membuat lagi sayang sanat 
Di sinilah juga rezeki saya mencurah2 ketika saya cuti tanpa gaji menjaga khairy yang ada msalah jantung.
Oh btw khairy pun dah 8 tahun
alhamdulilah khairy stabil walaupun masih ada appoiment di IJN
Nanti saya sambung cerita anak-anak ye

Umur dah 41 hobi pun dah lain
Haha dah minat tanaman
Sebenarnya hobi nie bermula masa jaga khairy
Sampailah sekarang
Dengan hobi tanaman nie saya rasa seronok dan tenang
Happy melihat pokok2 membesar
Paling happy bila makan hasil tanaman sendiri


Tiap2 pagi saya menyiram
Belek2 pokok kejap sebelum buat kerja pejabat
saja amik udara
Time2 PKP nie kalau takde pokok2 nie boleh bosan dibuatnya


Seronok beli biji benih


ada kucing terberanak dalam mesin basuh kami
Kami bela lah
ini 2 ekor dari 4 ekor


Arief pun tak dapat balik madrasah
Arief nie ikut mak dia pg nursey

Ubah2 susunan ikut mood haha


Nie pokok pucuk manis
sedap masak lemak campur labu
mak suruh tanam

sanggup berhabis utk anak2 kucing nie
dah mcm anak2 sendiri

tak habis2 beli pasu..
tapi sekarang ank kucing dah nakal habis pokok2 saya

kucing nie dah 4 kali beranak kat umh saya
mungkin dia ingta hospital bersalin kot


bunga kunyit

bagi jiran yg meniaga kuih

pokok pisang nie tumbuh sendiri