ENTRY-ENTRY BARU..JOM JENGUK

Sunday, July 30, 2017

Artis pukul isteri? Status ini paling tenang dibaca

Perkara pertama saya lakukan apabila baca kisah Masalah rumah tangga,suami curang. Saya istiqfar banyak-banyak.  Saya pesan kepada isteri.
 
"Awak Tolong  doa untuk saya ya. agar tidak termakan godaan syaitan dengan mencurangi awak. Tolong doakan saya ya"
 
Sepanjang hari saya fikir tentang ini. saya takut baca kisah begini. Takut sangat untuk herdik,perli,maki,hina orang lain,takut sangat terjadi kepada diri sendiri.. Setiap lelaki akan diduga dengan wanita-wanita cantik.
 
Saya harap para suami  yang pernah curangi isteri agar lebih menghargai sidia. Bagi  tumpuan sepenuh hati kepada isteri dan anak. Tidak lekang di bibir memohon maaf, tunaikan HAK ISTERI,tulis setiap hari kebaikan isteri,ingat sentiasa keburukan kita. Buka buku baru. Hidupkan TA'LIM  dirumah,luangkan masa dimasjid.  Kita semua ada kesilapan dan kesilapan itu bukan sahaja berhajat kepada kemaafan bahkan perlu taubat nasuha.
 
Suami mana tidak sayangkan isteri. Namun tewas dengan godaan syaitan,lemah diulik nafsu,tergoda dengan lunakan suara,rebah dek kerana kecantikannya.Namun pujuklah hati,ini semua dugaan dan ujian untuk kita. Fikir apa jika curangi isteri.
 
Nabi s.a.w teladan yang terbaik dalam melayani isteri-isteri baginda. Tenang,bahagia saat isteri  bersama baginda s.a.w,bahkan Nabi s.a.w melarang kita untuk memukul wajah,mengherdik isteri.Lihatlah cinta Nabi s.a.w terhadap khadijah r.ha. Setelah 3 tahun wafatnya khadijah r.ha barulah Nabi s.a.w berkahwin dengan Saudah rha dan Seterusnya Aisyah R.ha dLL.
 
Saya selalu pesan kepada anak-anak muda. Jika sayang awek, jaga sidia betul-betul, niat untuk kahwini dia. Belajar dan kerja sungguh-sungguh. Jangan lupa mantapkan ilmu agama. Ambil tahu basic ilmu KELAHIRAN,PENYUSAAN dan Ilmu bagaimana untuk jaga emosi isteri ketika berpantang.(POSTPARTUM).
 
Kenang balik jerit perih mereka kandungkan anak kita,betapa sakitnya untuk lahirkan anak. Setiap minit contraction berlaku sehingga ada yang lebih rela untuk dibedah. Bang,mereka pernah 'mati' untuk lahirkan anak kita, lagi sedih setelah bersalin bermacam penyakit pula dapat.
 
Saya pernah jumpa seorang ibu dukung anak Epidermolysis Bullosa(Penyakit kulit rapuh). Kuatnya ibu itu setiap masa lap darah anak sehingga darah menitis ke lantai. Beginilah seorang ibu,seorang isteri 100% jiwanya untuk keluarga ini.
 
Tiada lagi istilah ME TIME untuk mereka,tiada lagi reunion bersama rakan perempuan,sanggup berhenti kerja demi menjaga anak yang sakit. Tiada lagi masa untuk ziarah ibu bapa di kampung,bahkan kadang-kadang setahun sekali  dapat jumpa ahli keluarga yang lain. Ini  semua  untuk kita para suami.
 
Kadang-kadang merekalah doktor,misi,merekalah cikgu,merekalah ustazah,merekalah chef,merekalah security untuk anak-anak.
 
Sebagai suami kita adalah pemimpin untuk isteri dan anak-anak. Bagaimana kita dapat PERBAIKI mereka untuk taat Allah dan Rasul. Bagaimana agar kita pertaruhkan nyawa kita untuk MELINDUNGI mereka dan bagaimana untuk kita beri PERHATIAN kepada mereka setiap massa.
Jika kita fikirkan kecantikan semata ia akan pudar ditelan usia. Sememangnya Wanita  diciptakan Allah  cantik dimata lelaki. Sedangkan perkahwinan bukan untuk 'bersedapan' sahaja,bahkan ia satu amanah yang besar dari Allah. Boleh jadi  perkahwinan ini asbab kita masuk syurga, sebaliknya akan menempah bara api neraka.

Perbaiki niat kita,kahwin untuk dapat redha Allah,untuk pegang tangan pasangan sama-sama masuk syurga.
"Jagalah Allah pasti Allah jaga kita"
-EncikMatt-
#LelakiBurQa
 
 

Tuesday, July 25, 2017

Pandora Watch For Sale


 
Saya nak jual Pandora Watch nie

Saya beli jam  rm550 (boleh refer bil)
Saya beli tali rm69 (jangan tengok harga tali pada bil yang RM140 tue sebab yang harga  tali dalam bil tue tak sampai dengan jam.tapi seller pulang balik harga tali.so saya beli tali jam dengan seller lain)
Saiz tali 20.
 
So total harga yang saya beli: RM619
NAK JUAL :RM500 TERMASUK POS  (tali bagi FOC)
 
Conditon:
Jam nie saya tak pernah pakai walaupun dah lama beli sebab talinya tak sampai sampai sekali dengan jam. Bila beli tali baru dah tak eager nak pakai. Takde rezeki dengan pandora watch gamaknya
Jam nie memang ada pada saya bukan pada kawan, bukan pada adik, bukan pada mak etc etc. Memang ready stok. Nak cod pun boleh area kajang atau bangsar
 
 
Saya beli jam Pandora nie melalui seller dalam group Pandora Original New OR Prelove Sale
 
Memang elok lagi.sebab duduk diam daam kotak
 
Tue rupa tali yang saya baru beli
Tak berkenan langsung
Halus yang amat
So saya decided bagi free je pada yang nak beli jam nie
 
 
kalau uools beli jam nie
korang boleh carik tali macam nie
Ini jenis leather  rasanya
Gambar nie ada sorang member yang baik hati send pada saya gambar Pandora watch dia
lawa kan pakai macam nie
 
Ini tali jam ikat emas
Say kurang pasti emas plated atau original emas
Tapi kalau nak macam nie cuba cari kat group PANDORA 916(Pandora Emas)
 
 
macam nie cara ikatannya
 
kalau minat dengan jam nie wassup  017-3201998
nego nipis
janganla nego gileer2 ye
tengokla harga saya beli tue
 
 
 
 
 
 
 

Friday, July 21, 2017

Nasihat jumaat

Saya tertarik dengan artikel ini. Ada antaranya pasti per nah kita lalui dalam hidup.

1. Kalau kita bergaduh dengan pelanggan, walaupun kita menang, Pelanggan tetap akan lari.

2. Kalau kita  bergaduh dengan rakan sekerja, walaupun kita menang, Tiada lagi semangat bekerja  dalam satu kumpulan.

3. Kalau kita bergaduh dengan boss, walaupun kita menang, Tiada lagi masa hadapan di tempat itu.

4. Kalau kita  bergaduh dengan keluarga, walaupun kita menang, Hubungan kekeluargaan akan renggang.

5. Kalau kita bergaduh dengan guru, walaupun kita menang, Keberkatan menuntut ilmu dan kemesraan itu akan hilang.

6. Kalau kita bergaduh dengan kawan, walaupun kita menang, Yang pasti kita akan kekurangan kawan.

7. Kalau kita bergaduh dengan pasangan, walaupun kita menang, Perasaan sayang pasti akan terguris.

8. Kalau kita bergaduh dengan sesiapapun, walaupun kita menang, Kita tetap kalah.
Yang menang adalah cuma ego diri  sendiri.
Yang ini yg susah, mengalahkan ego diri sendiri.

9. Renungan bersama....
Apabila kita menerima teguran,  kesilapan dan kesalahan usahlah terus melenting dan marah bersyukurlah masih ada orang yang mahu menegur kesilapan kita.

10. Mendengar isteri membebel di rumah, bererti kita masih punya keluarga.

11. Mendengar suami masih berdengkur di sebelah, bererti kita masih punya suami.

12. Mendengar ayah dan mak menegur dengan tegas, bererti kita masih punya mak ayah.

13. Merasa letih dan jemu menasihati anak yang nakal, bererti kita masih punya anak untuk saham akhirat ku nanti.

14. Merasa letih setiap ptg selepas penat bekerja, bererti kita mampu bekerja keras.

15. Membersihkan pinggan dan cawan kotor setelah menerima tamu di rumah, itu bererti kita punya teman.

16. Pakaian terasa agak sempit, itu bererti kita makan cukup.,

17. Mencuci dan menggosok timbunan baju, itu bererti kita memiliki pakaian.

18. Membersihkan halaman rumah, mop lantai, itu bererti kita memiliki tempat tinggal.

19. Mendapatkan banyak tugasan, itu bererti kita dipercayai dapat melakukannya.

20. Mendengar bunyi ekzos & hon dan anak jiran bising, itu bererti kita masih boleh mendengar.

21. Melihat anak-anak bermain riang, itu bererti kita masih boleh melihat.

22. Kita masih bernafas, itu bererti kita masih diberi peluang oleh pencipta yang agung untuk bertaubat dan beribadah.

Akhirnya banyak hal yang dapat kita syukuri setiap hari. Kita juga bersyukur mendapatkan pesan ini, kerana secara tidak sedar kita masih memiliki orang yang peduli pada kita.

Berhenti mengeluh dan bersyukurlah. Bersyukur dalam setiap keadaan meskipun tak ada alasan untuk bersyukur sekalipun. Kita sama2lah mencuba utk bersyukur walau diri ini selalu mengeluh tanpa berfkir hikmah di sebaliknya. Bersyukur diberi kehidupan yang baik pada masa ini dan akan dtg. InsyaAllah..

Semoga shbt2 yg pernah saya kenal saat kita pernah bekerja/belajar bsama dulu dan juga shbt yg baru bertaup di silaturahim dlm group ini...semoga diberkati hidup kita semua dan ambillah pesanan ini sbg satu pesanan kecil untuk dimanafaat bersama pada tahun 2017 ini.

Akhir kata doa agar shbt semua diberikn kesihatan yg baik...kerana kesihatan yg baik itulah yg memudahkan kita utk melakukan ibadah. Teruskn istiqamah dan bermujahadah dlm jalan Allah swt..

-- Nukilan perkongsian sahabat-sahabat.

Wednesday, July 19, 2017

Her tamper is another story 😆

 
Ada member di FB share statement nie
saya tergelak sendiri je
rasa kena batang hidung
kalau jadi mak tak jadi "mak lampir" kat anak2 memang tak sah
kalau ada mak2 kat sini yang boleh lemah lembut 24 JAM tabik springla
tapi yang pasti walaupun kita membising kat anak-anak
kasih saying sebagai mak nie memang takde tepinya
dah anak tue keluar dari perut kita
takkan tak sayang ye tak?
 
 
Adam Ziqri
anak bongsu saya
sebagaimana saya monitor khairy dulu
macam tue jugak saya monitor adam
walau doc cakap adam sihat don't worry
tapi sebagai ibu hati kita memanag tak pernah lepas dari bimbang
lebih-lebih dah ada history lama
alhamdulilah adam dah 10 bulan
adam dah merangkak
dah boleh carik saya sampai dapaur
gigih tue dari ruang tamu sampai dapur carik saya
 
 
kalau saya jemur kain pagi-pagi
kebiasaan adam dah bangun saya bawak adam teman saya
saja bagi adam kena cahaya duha
sama mcm khairy dulu
adam nie anak yang ikut peraturan haha
nak jaga pun mudah
adam bangun pagi, poo..mandikan terus..bagi makan..
adam main2 then tidur
alhamdulilah
anak yang baik dan mudah diurus
agaknya dia paham  camana mencabar mak dia nak jaga dia dengan abang khairy sekaligus
nak buat keja pejabat dengan urusan rumah
bukannya mudah
tima kasih anak
 
adam the debot
adam the baby boss
post kat FB gambar nie
member2 semua comment "amboii bos kecik..amboi kaki"
muahaha
 
 
adam rajin study
kalau bukak ABC 
boleh dia mengadap lama-lama
siap bertepuk tangan sensorang
siap goyang-goyang badan menari snsorang
senangla saya nak buat keja
 
si khairy sekarang asikla main tab saya
kekadang bos saya call dia pulak cancle 
adusss
apalagi kelam-kabut saya call balik
kadang-kadang memang saya tak perasan bos call
sebab khairy selamba je cancle pastu tak cakap apa-apa pun grrr
 
 
kalau dua-dua tidur serentak
fuhh memang syukur yang amat
terus saya berdesup buat keja office
diorang kalau tidur adalah sejam lebih
dapatla buat beberapa fail
 
menyengih je dua beradik nie
sebenarnya adam tersepit celah katil haha
tak tau sapalah yang jarakkan katil tue
adam golek2 terus terselit
yang si kahairy bukan nak tolong
dia pun sama menyelitkan diri
pastu dua-dua tergelak
 
 
 
Adam the Body Builder
 
Saya tak taula
saya rasa adam dah berat
mungkin sebab saya ada sakit tulang belakang
saya yang uruskan dia dari pagi sampai papa dia balik
saya dukung dia..mandikan dia
naik turun tangga
tulang saya dah mula rasa sengal balik
kalau duduk depa pc..sejam pun saya dah mula rasa tak sedap
 
papa diorang dah balik pun bebudak nie menyempit jugak kat mak dia nie
adam je takpelah jugak
ini smua okeyy
dari yang sulong sampai yang bongsu
melompat2..kau usik aku..aku usik kau..lepas tue bergaduh
adoii stress mak korang dengar
dengan kita yan nak siapkan diri nak magrib lagi
 
walau mak dia membebel
sorang pun takde rasa takut agaknya
sanggup dengar saya membising
tapi sorang pun tak nak berganjak keluar bilik
boleh bayang tak?
 
mak korang dah habis tenaga nie
dari pagi non stop tak rehat
kalau jaga budak kecik
jangan sebut perkataan rehat
belum lagi urusan rumah plus keja pejabat mesti buat
kalau ko tangguh nanti meroyan hujung bulan nak siapkan statistik haha
 
 
haiiila anak2
mak dah habis "temper"
tapi anak-anak tetap melekat dengan mak
tak taulah sebab kesan air tangan (saya memang selalu masak untuk anak-anak)
atau saya je perasan saya garang tapi sebentarnya tak pun :P
itula bak kata statement tue
A MOTHER LOVE'S IS UNCONDITIONAL
HER TAMPER IS ANOTHER STORY
 
 
 
 
 

Syukur saya masih bertahan

Saya C&P sahaja artikle ini untuk perkongsian semua.. bila baca setiap tulisan penulis nie ..rasa sangat bersyukur saya mampu bertahan lepas lahirkan khairy.. yang saya share hanya maslah kesihatan khairy sedangkan masa tue bertimpa2 lagi maslah yang tak terbendung dalam jiwa..syukur alhamdulilah..mungkin berkat doa mak saya walau dia langsung tak tau apa2 kecuali keadaan kesihatan khairy...

Bukan semua orang "bertuah" merasa pantang di hospital.. mandi air sejuk..tdo dlm bilik sejuk,kejung..kdg2 tdo atas kerusi..perut ceser ye..takde bengkung bagai..temgok anak kena cucuk sana sini.,test ubat sana sini.. camana nak sihat? Camana tak meroyan? Alhamdulilah sy stress tapi tak meroyan lagi..

cuba baca artikle penulis... meroyan bukan masa pantang atau lepas pantang je..anak2 dah besar pun boleh meroyan.. kesan dari tak jaga elok masa pantang, kepenatan mengurus anak2, masalah yg bertimpa2 etc etc..jadi take note ye ibu ibu..bapak..bapak.. dan tqk lupa meroyan juga ada masa mengandung.. alamak..jadi jagalah seboleh2nya perasaan isteri.. tak kanlaaaaa tak tau fikir apa yang melukankan hati isteri..apa yang dia suka..apa yg dia tak suka..memang masa preggy perangai isteri lain macam tapi selagi suami2 tak melukakan hati isteri samapi dia makan hati pedal jantung limpa..ok lagi.. ini dengan citer makan belakang.,dengan kaki pukul... panas baran ... entah apa2 lagi..manalah isteri tak meroyan dari start  mengandung..susah jadi isteri kalau dapat suami "pelik2" nie..mudah jadi isteri kalau suami elok perangai..

Eh sambung ..ye..saya jadi pemarah.. penat mengurus anak2..semua anak2 saya jaga masa cuti tanpa gaji tue.. kena monitor khairy..2 anak yang juga perlu ditengok..urusan rumahtangga. ...  tenaga saya cuma boleh bertahan sampai magrib sahaja..haha..itupun sebab saya makan supplement ekstark kacip fatimah utm tue.. sebelum saya makan ekstrak kacip fatimah tue..sampai tenghari je saya rasa nak pitam.. bila penat mulalh naik angin...sian anak2..kiki... cuba baca artikle penulis nie sampai habis.. mak dia pun ada bagi dia makan herba2 supaya dia sihat dari meroyan... so suami2 silalah sediakn budget ataupun sarankn isteri beli herba2.. isteri pun jangan banyak alasan ye..nak sihatkan? Kalau takut bayi kuning etc etc..usahalah carik yg sesuai..mak saya selalu cakap..kalau badan ibu tak sihat, ingat bayi boleh sihat? Bayi nak ibu dia yang sihat!

Lagi satu masa tue bila saya sedih saya buka quran.. saya letak khairy kat tepi..kadang2 saya tak baca pun..saya tak nampak tulisan jawi tue langsung..air mata je penuh.. mana nak nampak..saya selak2 je quran tue..akhirnya sy cuma peluk alquran dengqn air mata berjurai2..lama juga saya macam tue... bila saya dah boleh baca.. saya boleh kawal air mata..sy baca dengan jiwa yg sgt kosong tapi sy tetap baca terutama alwaqiah dan yasin..berulang-ulang sampai jiwa dan hati saya jadi kuat..alhamdulilah... lagipun masa khairy kecil saya memang tak bergerak dari tepi dia sampai dia buka mata.. khairy akan bangun lepas dengar saya baca quran..jadinya saya bacaaaaaaaa selagi khairy tak bangun.. saya percaya jantung khairy akan tenang dengan bacaan quran sebagaimana saya tenang tiap kali baca quran... kalau ada maslah janganlah jauh dari Allah dan Quran sebab itula yang akan menyelamatkan kita

Saya juga bersyukur saya ada blog..jadi setiap kali saya  menulis di blog saya rasa relese..lebih2 lagi bila brcerita tentang khairy.setiap usia khairy yang bertambah walau sehari satu kekuatan untuk saya..saya share segala perkembangan khairy.... sampai sekarang kalau ada masa sy baca balik blog dan baca di bahagian adlan khairy..mcm tak percaya saya dan kahairy sekuat tue melalui semuanya bersama.. termasuk dgn anak2 lain..amana dewasa dengan kehadiran khairy.. anak2 saya jadi anak2 yg sgt memahami... alhamdulilah..

Cuba baca penulis buat apa yg mengembirakan hatinya.. penulis keluar ambil angin di luar rumah! suami2 kalau isteri tue nak keluar berila..dia perlukan masanya sendiri..dah penat dia menguruskan anak2..hiruk pikuk anak2.. badan penat lepas bersalin..takkan jaga anak kejap pun jadi maslah dunia? Nak kawin bukan main..nak anak tak menyempat2 tapi ilmu sebagai suami dan bapa tak pulak nak amik tau! Perasaan isteri yang mudah pun tak amik tau..selalu sangat ke isteri tue keluar?cuba tengok sikap dia sebelum kawin dgn selepas kawin.. kalau dia nampak bahagia sama macam ketika jadi seorang anak ..tahniah pandai anda jaga isteri..kalau tidak..lu pk lah sendiri 😆😆😆😆

Laaa meleret pulak membebel..ok sambung..masa khairy dulu walaupun saya cuti tak ada gaji..tapi alhamdulilah Allah berikan rezeki yang tak putus2 melalui jualan online ekstrak kacip fatimah.. habatusauda..zaiton.. etc etc.. jadi saya masih ada duit poket sendiri.. saya kerap keluar dengan anak2..makan dengan anak2 kat luar..  tengok anak2 ketawa..buat saya bahagia..mcm saya ibu yg sangat sempurna..balik je rumah mula jadi mak lampir balik haha..tapi anak2 tetap melekat dengan saya.. pantang saya naik je tangga ..semua berlari sekali kiki...

Ya kita ibu..tpi kita perlu masa kita..kadang2 dapat 5 minit pun jadilah..kebiasaanya hampir waktu magrib semua urusan saya berhenti setakat itu..masa nie lauk malam dah siap anak2 dah mandi ..rumah dah kemas.. saya akan naik bilik dan kunci.kalau tak kunci semua anak2 masuk dan mulalah sorang mengusik..sorang melalak..sorang melompat..masa nie badan dah penat.. sy dah tak larat nak dengar semua tue..jadi saya kunci bilik..mandi2..siapkan diri.. nak solat magrib baru sy benarkan anak2 masuk.. kami jemaah sama2..saya ajar anak2 mengaji...

Isteri2 dan ibu2 jagalah diri sendiri.. maafla cakap nak dapat suami yg kekal di sisi waktu isteri tak sihat lebih2 kalau meroyan umpama cari emas dalam lombong! Isteri sihat pun carik lain acaner? Haha...Jadi belajar2lah pentingkan diri. Sebab kalau sakit yang merasa azab sengsara kita bukan orang lain.. kalau dah tau nak bersalin..ketepikan duit utk berurut.. herba.. etc etc.. ada suami pejam mata je..dia ingat lepas beranak..pandai2la nanti sihat sendiri.. kalau demam pun kelamkabut carik doktor.. luka sikit mcm nak mati.. tapi bila bersalin nak amik mudah ke? mengandung 9 bulan kan? Jadi pandai2la atur kewangan.. bukan hari nie mengandung esok bersalin..

Lepas bersalin jagalah perasaan sendiri kalau tiada sokongan dari suami.. kita sebagai ibu pun kena kuat..takkan semua nak harap orang.. tapi masa dlm pantang..dengan badan tak sihat.,baby melalak2..haishh memang hati tak kuat mana punnn..carikla kekuatan tue mungkin dari ibu..dari adik beradik.. dari rakan2.. dan tak lupa dari suami yang berperikemanusiaan..

Bacalah artikle penulis nie..meroyan tue ada..antara sedar dan tidak.. jaga diri ye semua.. saya dah tutup cerita mengandung ,bersalin beranak nieeee😉

SAYA CAPAI PISAU DAN HAMPIR TIKAM ANAK-ANAK
(#pengakuan terbuka)
.
Itu kenyataan yang harus saya terima sampai bila-bila.
Memori menakutkan yang akan tetap diingat sampai mati.
Watak berubah sekelip mata. Ibarat drama yang ditonton di TV.
.
Waktu jiwa terlalu kacau, badan terlampau penat, sakit, saya hampir hilang kewarasan. Berhalusinasi sentiasa sambil badan menggigil menahan marah dan benci. Jeritan marah memecah rumah setiap hari juga menjadi biasa.
.
Sebenarnya susah nak buat pengakuan secara terbuka.  Mungkin juga akan dianggap pernah gila.
.
Tapi disebabkan pujukan dan kata-kata semangat dari Ibu Rose untuk bersama-sama muncul di PM LIVE ASTRO RIA pada 13/7/2017, saya mula terbuka untuk berkongsi dan dah bersedia. Mungkin pengakuan ini dapat membantu anda di luar sana, supaya lebih bersedia dan tidak malu untuk mendapatkan rawatan.
.
Sebelum ini saya malu, sangat malu, sebab saya pasti orang lain tidak akan faham malah akan mula memandang serong. Apa taknya, meroyan ni dianggap hanya terjadi ketika di dalam pantang saja. Tapi rupanya, boleh terjadi selepas pantang dan waktu anak dah mula membesar.
.
Serius, saya tak ada ilmu waktu tu. Tak tahu apa perlu dibuat.
.

BAGAIMANA IA BERMULA?
.
Sejak melahirkan Bilal Miqdad pada Februari 2015, badan saya tak pernah sihat akibat tak dapat berpantang dengan betul. Bilal prolonged jaundice. Ketika di hospital, luka c-sect pecah semula pada hari ke-7. Darah membuak-buak keluar hingga bertakung di wheelchair dan lantai hospital.
.
Dalam keadaan terpinga-pinga, saya hampir dimasukkan semula ke OT untuk buka dan jahit semula luka lama. Alhamdulillah doktor dan nurse di Hospital Ampang banyak membantu dan memberi semangat supaya luka boleh baik dengan sendiri. Saya tidak digalakkan berurut selama setahun supaya tidak mengganggu proses pemulihan di kawasan perut.
.
Kemudian, saya ditegah oleh doktor dari memakan apa-apa saja jamu atau herba yang boleh memberi kesan pada kuning Bilal. Badan Melayu, kalau tak pantang, tak berjamu, tak berbengkung, mana nak sihat.
.
Kuning Bilal sembuh  sepenuhnya bila dah nak habis pantang sedangkan baby orang lain, 1 minggu pun dah hilang kuning. Sangat penat dan stress bila tiap-tiap hari perlu ke hospital atau klinik untuk ambil darah Bilal.
.
Asal balik saja ke rumah, saya bentan. Darah menitik-nitik ke lantai, ari-ari sakit melampau dan demam urat menjadi perkara biasa.
.
Februari 2016, saya keguguran pula. Jadi bayangkan, badan yang lemah bertambah sakit. Kegembiraan menerima ahli keluarga baru setahun lalu semakin pudar.
.
Saya masih trauma memikirkan luka yang pernah pecah setahun lalu. Terbayang-bayang situasi di mana bila saya sarat mengandung nanti, parut c-sect pecah dan meletup macam belon.
.
Anak-anak yang lain pula masih kecil, perlukan perhatian, hyper dan aktif buatkan fikiran tambah berserabut. Mereka mula dirasakan sebagai beban.
.
Saya mula menjadi pemarah yang melampau. Setiap hari asyik menjerit-jerit. Rumah bersepah-sepah dan anak tidak terurus. Kadang-kadang saya tak tahu pun apa yang saya marahkan sangat. Menangis ketika mandi perkara biasa, sambil menggigil menahan marah dan benci yang datang secara tiba-tiba.
.
Orang luar nampak seperti tiada apa-apa. Sebab ketika berada di luar rumah, saya bersikap seperti biasa. Tapi bila balik ke rumah, saya mula jadi panas dan menggelegak.
.
Saya mulai membenci ahli keluarga sendiri. Lama-kelamaan saya benci dengan semua orang. Saya rasa tiada siapa pun yang memahami sedangkan mak paling banyak membantu dan berkompromi.
.
.
SIAPA YANG MULA MENGESAN PERUBAHAN SAYA?
.
Junior sekolah saya iaitu Rida Baharudin, dengan hanya melalui tulisan di Facebook waktu saya menulis tentang meroyan dan tindakan orang meroyan.
.
Rida dapat rasakan saya sebenarnya sedang bercakap tentang diri sendiri. Malu, tapi lega bila ada yang sedar dan cuba membantu.
.
Percaya tak, saya tak tahu pun apa yang sedang terjadi pada diri sendiri. Saya agak mungkin disebabkan terlampau tertekan, cerita-cerita di Facebook menjadi sangat emosional hingga disedari Rida.
.
Rida juga pernah mengalami meroyan yang teruk, jadi saya fikir, orang sebegini sangat memahami dan sensitif dengan perubahan sekeliling.
.
Rida juga menasihati saya untuk mendapatkan rawatan doktor. Tapi perkara paling saya takuti, saya akan dicop gila bila diketahui berjumpa dengan doktor pakar sakit jiwa.
.
.
APA TINDAKAN PALING TERUK SAYA PERNAH CUBA BUAT?
.
Banyak.
.
Waktu ni, saya lebih suka mengurung diri di dalam bilik. Anak-anak berterabur. Mak yang bagi makan, masak dan uruskan kain baju saya dan anak-anak. Kakak nombor 2 juga selalu bantu dengan menjaga anak-anak.
.
Waktu ni juga, saya tidak boleh masuk ke dapur. Saya jadi serabut.
.
Pernah waktu sedang memotong sayur, anak-anak bergaduh dan masuk ke dapur sambil menangis, tiba-tiba saya capai pisau pemotong daging, dan meluru sambil mengacah akan menikam mereka. Anak yang ketakutan terus berlari keluar sambil menjerit dan menangis. Dah beberapa kali ini terjadi sampaikan saya tak boleh langsung pegang pisau di dapur.
.
"Bunuh Mas! Bunuh semua!", terngiang-ngiang waktu tu.
.
Memasak jadi perkara paling dibenci. Sebab saya takut hilang kewarasan diri.
.
Sentiasa berhalusinasi bila berseorangan atau ketika mendengar bunyi bising suara anak-anak, buat saya semakin teruk. Nampak baldi, saya teringatkan muka bilal. Rasa nak rendam dia dalam air. Suara-suara jahat di belakang telinga sentiasa mengganggu.
.
Saya menangis. Rasakan diri ibu dan isteri yang paling tak berguna. Yang paling jahat di dunia. Suami balik ke rumah, lauk pun belum dimasak apa-apa. Kadangkala saya hanya goreng telur saja.
.
Tak tahu nak mengadu pada siapa.
.
Kemuncak hilang kewarasan diri adalah bila saya whatsapp kakak, saya katakan saya mahu membunuh diri. Baru lepas solat waktu tu, tapi  jiwa saya kosong. Otak bercelaru.
.
Kakak punyalah risau, dia telefon saya berkali-kali, saya tak angkat. Waktu tu saya dah nekad. Tapi tiba-tiba terbayang gelak ketawa anak-anak. Terbayang wajah  suami yang penat bekerja dan menunggu masa nak balik ke rumah. Terbayang saat senang dan susah yang dilalui bersama. Terbayang wajah dia yang sangat sayangkan saya dan anak-anak. Terbayang rupa dia mencari dan memeluk Bilal selepas balik dari kerja.
.
Saya terus menangis tanpa henti. Menggigil-gigil bencikan diri.
.
Saya hanya nakkan MASA UNTUK DIRI SENDIRI SAJA. SAYA PENAT. BADAN YANG SAKIT BUATKAN PERGERAKAN TERBATAS.
.
Sambil menangis, saya paksa diri untuk tidur, dan bila bangun saja, saya rasa lega yang amat sangat.
.
.
APA YANG SAYA BUAT UNTUK STABILKAN EMOSI DIRI?
.
Sepanjang tahun lepas, waktu kemurungan belum memuncak,  saya mula buat bekal untuk di jual Shariff Miqdad di sekolah. Lepas tu berhenti walaupun ramai kawan-kawan dia minta saya jual semula burger RM1. Gembira sekejap, tapi murung semula lepas tu. Waktu ni saya tak fikir langsung untuk mengambil untung. Hanya satu kebajikan untuk membuat budak-budak kecil gembira dan menyerap aura gembira mereka.
.
Kemudian, saya mula aktifkan diri menjual kimchi dan tteokbokki dengan kakak di Jamae Shop 자매 가게. Tapi disebabkan terlampau penat, dengan kakak pula selalu ikut suami outstation, saya tangguhkan jualan. Murung makin bertambah.
.
Kemudian, saya bantu pula adik ipar menjual bento untuk lunch.
.
Namun, semua pun masih tak dapat mengembalikan kegembiraan.
.
Jadi, saya mula menulis di Facebook. Bermacam-macam cerita saya kongsi terutama sekali tentang anak-anak dan keluarga. Saya juga banyakkan membaca untuk memberi ketenangan. Saya mula rasa lega, kerana menulis ibarat terapi.
.
Saya banyak berborak dengan Rida, dan keluar mengopi dengan kakak nombor 2. Walaupun sering ditegur suami akibat selalu keluar dan tinggalkan anak-anak di rumah dengan mak, tapi saya tetap buat apa yang saya rasa suka. Rasa lega kepala setiap kali balik dari mengopi.
.
Suami takkan pernah faham, sebab saya pun tak tahu nak mula cerita dari mana.
.
Waktu ni, mak dah mula paksa saya minum dan makan apa yang dia buat. Iaitu air ubat dari herba dan rempah yang dibuat sendiri, dan daun hutan yang dipanggil daun harimau beranak untuk mengubati orang meroyan dan sakit badan.
.
Mak pengamal herba dan natural remedy. Jarang sekali dari muda hingga tua makan ubat doktor.
.
Perubahan yang pertama, adalah emosi.
Perubahan kedua, kesihatan diri.
Perubahan ketiga, saya mula menyayangi kembali anak-anak dan suami.
.
Saya juga dah tiada rasa bencikan diri sendiri.
.
Setakat artikel ini ditulis, saya dah sihat sepenuhnya dari segi mental dan fizikal.
Langsung tak ada rasa nak buat perkara bodoh seperti dulu.
Saya tahu, Allah sayangkan saya, dan masih memberi kegembiraan.
.
Bila baca buku "You Can Be The Happiest Woman In The World", saya jadi sebak. Kenapa saya tak jumpa buku ni lebih awal waktu kemurungan tahun lepas. Setiap kali dah habiskan 1 topik, saya mendapat semangat baru, kerana tahu Allah sayangkan dan menunjukkan jalan keluar bagi saya.
.
Bukan saya tidak solat, bukan tidak mengaji, bukan tidak berzikir, tapi dalam keadaan otak bercelaru, jiwa kosong, badan sakit, kita memang tak punya apa-apa daya pun untuk menolak sebarang gangguan pada jiwa.
.
.
APA PESANAN UNTUK ANDA YANG LALUI PERKARA SAMA SEPERTI SAYA?
.
Berkongsilah cerita. Luahkan perasaan dengan orang yang paling kita percayai.
.
Dapatkan sokongan keluarga, dan jika perlu, berjumpa doktor dan dapatkan khidmat kaunseling.
.
Tak ramai tahu jika diri sendiri mengalami kemurungan. Perlu ada seseorang yang sedar dengan perubahan diri kita.
.
Apapun, sokongan keluarga sangat penting.
.
Jangan hiraukan jika ada yang mengata anda pemalas, tak jaga anak-anak. Sebab mereka bukan tahu apa kondisi kesihatan anda, malah sebenarnya mereka taknak ambil tahu pun sebab sikap pentingkan diri. Tau mengata dan membawa cerita saja.
.
Cari aktiviti yang boleh buat kita keluar dari kemurungan dan kesedihan.
.
Antara perkara paling saya gembira, adalah bila mula membuat perkongsian tentang herba dan rempah yang boleh digunakan sebagai natural remedy dengan anda semua. Petua yang dikumpul dari mak, tukang urut, orang tua, bidan lama dan pembacaan buatkan saya gembira.
.
Bila nampak sokongan, dan ucapan terima kasih di atas petua mak dan cerita dikongsi, semangat makin berkobar-kobar. Walaupun kadangkala saya melalut dan bahasakan diri sebagai fiona, tapi tetap berasa gembira. Aura gembira melimpah ruah.
.
Sentiasa tersenyum bila "fiona" adalah usikan comel yang suami berikan kepada saya sejak Shrek ditayangkan. :)
.
Rasa gembira dan manis bila dapat sebarkan kebaikan.
.
Ingat, jika anda dah mula ada rasa benci tiba-tiba, rasa nak mencederakan anak, bertukar watak, tolonglah terus dapatkan rawatan. Jangan bertangguh, anda tak tahu nyawa siapa yang akan anda rentap.
.
Berita ibu meroyan bunuh anak bukan main-main. Bukan untuk dijadikan berita pandang sekali lalu saja. Ibu tak sedar pun siapa yang dia pegang, siapa yang dia tikam, siapa yang dia buang.
.
Untuk anda yang tiada kaitan, perilaku ibu meroyan, kemurungan ni, berubah-ubah. Sekejap baik, sekejap garang, sekejap sayang. :)
.
Jangan hairan jika anda jumpa mereka di luar, mereka boleh tersenyum-senyum, melayan anda dengan baik, tapi bila balik ke rumah, anak di rotan hingga patah kaki.
.
Sokongan suami dan keluarga sangat penting. Berikan rehat secukupnya buat ibu berpantang. Jangan biarkan emosi ibu berpantang naik dan turun. Pastikan kesihatan mereka di dalam keadaan terbaik supaya emosi sentiasa stabil. Menangis adalah permulaannya.
.
Semoga perkongsian ini boleh dijadikan teladan. Ibu kemurungan memang cenderung membunuh diri dan mencederakan anak-anak. Cari punca mereka murung, dan bantulah mereka keluar dari perangkap itu.
.
Tak ada siapa pun nak bunuh diri dan mencederakan anak sendiri, kalau bukan disebabkan gangguan pada jiwa.
.
Anda suami?
Bantulah isteri. Perhatikan perubahan isteri. Jika sebelum ni dia bidadari dari syurga, tapi tiba-tiba menjadi rasaksa, carilah masa berbual dengan dia. Penat badan lelaki yang bekerja, tak sama dengan penat seorang isteri yang membawa anak dalam perut selama 9 bulan dan keluarkan pula dengan pelbagai masalah.

Bantulah isteri dalam membuat kerja rumah. Isteri bukan orang gaji, tetapi bidadari anda sendiri.

لرِّجَالُ قَوَّامُونَ عَلَى النِّسَاءِ بِمَا فَضَّلَ اللَّهُ بَعْضَهُمْ عَلَى بَعْضٍ وَبِمَا أَنْفَقُوا مِنْ أَمْوَالِهِم  (سورة النساء: 34)

“Kaum laki-laki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh karena Allah telah melebihkan sebahagian mereka (laki-laki) atas sebahagian yang lain (wanita), dan karena mereka (laki-laki) telah menafkahkan sebagian dari harta mereka.” SQ. An-Nisaa’: 34

Jangan hairan jika bidadari anda mula bersikap seperti rasaksa bila bersama-sama anak-anak. Masa anda pulang ke rumah, adalah masa untuk isteri berkongsi cerita, berborak gelak ketawa, anak-anak bergurau, dan bukan masa untuk anda menonton Maharaja Lawak atau konsert, main game di telefon atau keluar lepak dengan kawan-kawan. Isteri bukan tunggul, bukan mak guard.
.
Saya bersyukur suami mula memahami. Salah sendiri kerana tidak pernah cuba buat luahan hati. Kesibukan suami bekerja buatkan saya hilang mood.
.
Mak dan kak Shidah Ab Rashid paling banyak membantu. Saya akan ingat sampai mati jasa dan budi mereka. Kalau tidak, mungkin sekarang saya sedang menangis di tepi kubur, meratapi kematian anak-anak. Mungkin juga dah masuk hospital gila.
.
.
Jika rasa boleh membantu yang lain, kongsilah supaya semua pun dapat manfaat. Tapi jika anda berkongsi hanya untuk mengecam perilaku saya waktu kemurungan, saya hanya mampu doakan yang terbaik saja untuk anda. Apa lagi yang boleh saya katakan jika orang taknak faham?
.
Semoga anda semua mendapat manfaat dari perkongsian hari ini.
.
Saya kongsikan juga doa hilangkan rasa sedih dan resah gelisah.

إِنِّيْ أَعُوْذُ بِكَ مِنَ الْهَمِّ وَالْحُزْنِ، وَالْعَجْزِ وَالْكَسَلِ، وَالْبُخْلِ وَالْجُبْنِ، وَضَلَعِ الدَّيْنِ وَغَلَبَةِ الرِّجَالِ

“Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepadaMu dari (hal yang) menyedihkan dan menyusahkan, lemah dan malas, bakhil dan penakut, lilitan hutang dan penindasan orang.”
.
— HR. Al-Bukhari 7/158. Rasulullah senantiasa membaca doa ini, lihat kitab Fathul Baari 11/173.
.
.
Amalkan juga zikir ini di pagi hari.
.
Zikir Pagi No. 4

اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَسْأَلُكَ الْعَفْوَ وَالْعَافِيَةَ فِي الدُّنْيَا وَاْلآخِرَةِ، اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَسْأَلُكَ الْعَفْوَ وَالْعَافِيَةَ فِي دِيْنِيْ وَدُنْيَايَ وَأَهْلِيْ وَمَالِيْ اللَّهُمَّ اسْتُرْ عَوْرَاتِى وَآمِنْ رَوْعَاتِى. اَللَّهُمَّ احْفَظْنِيْ مِنْ بَيْنِ يَدَيَّ، وَمِنْ خَلْفِيْ، وَعَنْ يَمِيْنِيْ وَعَنْ شِمَالِيْ، وَمِنْ فَوْقِيْ، وَأَعُوْذُ بِعَظَمَتِكَ أَنْ أُغْتَالَ مِنْ تَحْتِيْ

  

“Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kebajikan dan keselamatan di dunia dan akhirat. Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kebajikan dan keselamatan dalam agama, dunia, keluarga dan hartaku. Ya Allah, tutupilah auratku (aib dan sesuatu yang tidak layak dilihat orang) dan tenteramkanlah aku dari rasa takut. Ya Allah, peliharalah aku dari muka, belakang, kanan, kiri dan atasku. Aku berlindung dengan kebesaran-Mu, agar aku tidak disambar dari bawahku (oleh ular atau tenggelam dalam bumi dan lain-lain yang membuat aku jatuh).” (Dibaca 1 x)
.
Tonton temuramah saya dengan Ibu Rose di sini selepas selesai di Astro tempoh hari.
.
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1499127666800527&id=127087467337894
.
Mastura Ab Rashid
.

#like dan #share untuk educate lebih ramai lagi wanita di luar sana.
.
Semoga saya mendapat #komen yang positif yang boleh memberi semangat di atas perkongsian terbuka saya.
.
INGAT, MEROYAN BUKAN PERKARA RINGAN.
YOU ARE NOT ALONE.
BUT YOU ARE STRUGGLING TO LOVE.
.
PS:. lihat screenshot perbualan.

Thank you sis NurMaizatul Akmal Abd Hamid sharing gambar sewaktu dia sedang dapatkan sesi kaunseling. Pergi ke KK dulu, dan doktor akan evaluate condition kita dan rujuk ke hospitak jika terlalu teruk.

Sunday, July 16, 2017

Selamat hari lahir adlan khairy ke 4 😍

 Assalamualaikum semua
16/07/2017 alhamdulilah genaplah khairy 4 tahun
bersyukur melihat khairy masih di sisi
makin tinggi tapi makin kurus
makin manja tapi dah pandai berdikari sedikit sejak-sejak ada adik si Adam Tembam
 
 Kelam kabut sambut besday khairy
dahla kek yang ditempah pun silap xoxo
miscommunication
takpe janji khairy tahu ada kek utk dia
mulanya nk makan kat kat restauran cina muslim homst kat bangi gateaway
tapi sampai2 je ..hanya tinggal setengah jam je utk makan
jam 10 dah tutup
teus keluar
makan je kat burger king
khairy tetap happy
dalam kereta waktu balik khairy cakap
"mama terima kasih.khairy gembira sangat"
bertuah saya dapat anak-anak yang tidak banyak meminta-minta
mungkin dah biasa dengan apa yang ada
sejak khairy sakit saya didik anak2 cukup dengan apa yang ada 
sesekali je boleh "berhibur"


 
 tengok tue manja sangat buat memek muka macam tue
khairy nie boleh merajuk kalau dia tak dapat duduk tepi saya
boleh sampai bergaduhla
kesian jugak tengok arief asik mengalah
makan kat luar mesti duduk tepi saya..makan dalam rumah pun mesti dia yang duduk tepi saya
kalau oang laian amik tempat tepi saya..dia sanggup tak makan..aduhaii
amana senang..lantak korangla nak berebut..yang pasti amana sorang je anak perempuan haha

 adam tak paham lagi
tapi selalunya adam pun duduk tepi saya
sebab saya yang nak suap dia makan
kalau orang lain suap dia bukan nak makan sangat
habislah perangai dah nampak stail khairy
 
horey khairy potong kek
 
arief dah tanya
birthday dia nanti mama buat macam nie jugak ke?
saya cuma jawab "nanti kita sambut berdua je"
 
selamat hari lahir jantung hati mama
mama doakan khairy membesar menjadi lelaki beriman dan budiman
semoga yang berada di sisi khairy menyenangi sikap dan tingkahlaku khairy
doktor cakap.. bila usia khairy 8 tahun jantung khairy mungkin akan normal macam anak-anak lain
tinggal lagi 4 tahun
mama harap khairy dan mama dapat bertahan hadapi semuanya bersama
insya allah khairy sihat dan tak perlu lalui apa-apa operation
insya allah jantung khairy normal macam anak-anak lain
mama akan teruskan appoiment dengan doktor, makan supplement zaiton, minum air zam-zam
mama akan usahakan semua selagi khairy bernafas

jadi ibu walaupun banyak dugaan melanda
walau hati kita sendiri tak tenteram dan bersedih
tapi demi anak kita akan terus bertahan
satu hari nanti setiap pengorbanan nie 
Allah akan ganti dengan semanis-manis hadiah
insya allah juga seindah-indah syurga di sana nanti
dah banyak Allah beri "hadiah"sejak khairy lahir
yang pahit saya telan
yang gembira saya kongsi dengan anak-anak

semoga anak-anak jadi orang beriman
tahu bezakan yang halal dan haram
itulah kejayaan sebenar seorang ibu
bila anak hidup berpegang pada agama
kebijaksanaan dan lain-lain tue satu bonus untuk saya sebagai ibu 

seperti juga bila kita lahirkan anak
yang penting anak sihat sejahtera
comel itu hanya satu bonus

kalau anak "terlebih sihat" seperti khairy pula itulah "hadiah istimewa dari syurga"
janganla kita sebagai ibu berputus asa
pasti ada yang tersembunyi dalam setiap yang berlaku

Mama sayang Khairy sebelum Khairy ada dalam perut mama lagi
Mama sayang Khairy sejak mama tau mama kena lepaskan semua demi Khairy
Mama bertambah-tambah sayang Khairy bila tahu Khairy ne MAGIC
sebenarnya mama memang sayang Khairy tanpa sebab!

SELAMAT HARI LAHIR YANG KE 4 ADLAN KHAIRY


Thursday, July 13, 2017

Duit raya dan hamper raya dari Intech Kitchen

SEDEKAH TIDAK PERNAH MEMBUAT KITA JATUH MISKIN!

Semalam mak berbual-bual dengan saya. Dalam telefon je.

Mak: hari nie mak mengajar mualaf yang selalu datang umah kita masa raya  tue mengaji.Angah ingat lagi tak si R tue? Dia tue setiap kali lepas subuh mesti mengaji kat sudut-sudut masjid tue.

Saya: Dia tak kerja ke mak? Hari-hari kat masjid?

Mak: tak keja.tapi dia kata kawan dia keja hotel.kalau ada event dia ajakla si R nie sekali.

Saya: Mak bagi RM nie sikit kat R ye.

Hari ini saya ke pejabat. Jadi lambat sampai rumah lagipun saya ke rumah mak sebab park keta di situ sebelum naik tren ke pejabat. Dalam 10 malam baru sampai rumah sendiri sebab berbual-bual dengan mak ayah. Sampai je rumah saya lihat ada hamper setinggi saya! Eh sapa pulak bagi nie? Anak-anak dah melompat-lompat tengok saya balik.Amana hulurkan sampul berisi duit RM300.eh sapa pulak bagi nie?

MAMA, CINA YANG BUAT KITCHEN KABINET KITA TUE BAGI DUIT RAYA DENGAN HAMPER RAYA.

Terdiam..teringat RM yang saya sedekahkan semalam pada mualaf R melalui mak saya. . Betullah sedekah kita hanya "secubit" Allah ganti semula "sepinggan". Sekelip mata sahaja Allah pulangkan.Betul sangat seperti yang dijanji..dari satu sedekah akan bercambah 7 pokok..dari setiap pokok bercambah lagi 7..pernah dengar?

Nak diikutkan kenapa Cina nie tiba-tiba nak bagi saya duit raya? Hamper raya pun dah best sangat ... Last saya buat kitchen kabinet 3 tahun yang sudah.Duit hasil kemenangan contest. Tapi Cina nie memang panjang umur 😆😆😆baru semalam saya berbual-bual dengan adik tentang dia..

Saya tak kaya..gaji bolehlaaaa..meniaga bolehlaa... tapi alhamdulilah sejak-sejak saya berazam melunaskan semua hutang..tak kiralah hutang credit card..personal loan.. pinjaman pendidikan atau apa-apa sahaja hutang ...usahakan jelaskan hutang..jangan buat selamba..hutang dibawa ke mati walaupun pinjqman PTPTPU haha...bila kita cuba selesaikan hutang walaupun berdikit-dikit Allah akan luaskan rezeki kita.... ada sahaja rezeki yang datang dan cukup untuk saya dan anak-anak.. tak lebih dan tak kurang..CUKUP..

Betul mak cakap...nak rasa CUKUP... lengkapkan tiga perkara
1.SELESAIKAN HUTANG
2. BERSEDEKAH

3.NAFKAH IBUBAPA,ANAK DAN ISTERI

Pada anak-anak jangan lupa nafkah ibu bapa..kalau kita fikir ... hidup kita pun tak cukup..sampai kertu pun tak akan cukup..bila nafkah ibu bapa kita lunaskan  Allah akan lapangkan rezeki kita dan bantu kita dalam pelbagai sudut..

Pada suami..isteri ada hak nafkahnya..kalau hak isteri tak diberi ..sempit rezeki.. istrri tak halalkan camana agaknya? sedangkan isteri kalau yg berkerja tue dengan ehsan (bukan tanggungjawab) telah bantu urusan financial rumahtangga dengan kadar yang banyak.pernah tengok camana seorang suami yang bekerja mampu menangung anak isteri yang tak bekerja? Itula salah satu contoh Allah melapangkan rezeki  kerana si suami menunaikan tanggungjawab sebagai suami.. mungkin tak kaya tapi cukup dan tenang.. 

Pada isteri bekerja.. anda dapat kebenaran bekerja..jadi tak salah pun yuran nurseri anak anda yang bayar..tapi bukan semua benda dalam umh anda yang banyar...kalau gitu elokla tukar jawatan jadi suami... tetapi kalau dqlam keadaan diduga financial dengan ehsan.. bantula suami.. dapat pahala..dapat kebahagiaan keluarga.. sebagai suami pun jangan biarkan isteri berkurun2 abad lead keluarga..hilang rasa hormat nanti..kan dah dinyatakan jelas dalam Al Quran suami adalah ketua keluarga..


Tengok bunga tue..
Lagi besar dari kepala anak-anak haha
Boleh bayang tak sebesar mana hamper tue kalau bunganya pun dah besar gitu?
Mama, cina kitchen cabinet bagi duit raya

Horeyy mama nak beli emas Public Gold edisi Sultan Kelantan

Wednesday, July 12, 2017

Menang Peraduan Make Over Rumah -Sanggar


Assalamualaikum
Meh saya share citer 9 bulan yang lepas
Saya baru share sebab rancangan nie baru ditayangkan di TVi


Tue nama saya ye
Kot2 kang ada yang tak kenal sebab rupa mengandung mestilah tak sama dengan tak mengandung
kang kata saya auta pulak haha


Ya rabbi mcm nie ye rupa saya mengandung? Serius mmang sy takde simpan gbr mengandung.. sebab alahan tue hurmm..tiap2 kali mengandung mesti tekad nak lawa2 tak mo lembek2..tak mo alahan..tapi nan hadooo..kalau selama nie time preggy jangan harap nak amik gambor tapi rupanya preggy kali terakhir siap shooting utk rancangan tv..hahahaha.. bertuah punya adam ziqri..kecil2 dalam perut dah buli mama dia suruh masuk tv.. tapi shootingnya kejap-kejap je..yang diorang make over umah yang lama..saya siap membuta dalam bilik tauuu


inilah perekanya adi waridi..followlah FB beliau
adi nie bukan sahaja pereka hiasan dalaman tau
beliau ada label baju sendiri
 
 
 
 
 
habis lampu saya pun kena cabut..diganti lampu lain kiki
 
ala2 princess pulak senyuman si adi haha


tengok adi sketch make over umah saya
hasilnya dan sketch sama
sukeeee
 






 

 
 
 
 okey nie Nampak jelas sikit
pokok tepi tue pun sponsor haha
 

 haha basikal senaman yang tak pernah saya guna
terus diangkut tempat lain
anak saya arief yang suka naik


 
sapu jangan tak sapu ye

 apa ko senyum2 pandang akak adi?
control jangan tak control haha


  actually saya tak sangka secantik nie adi makeover untuk rumah saya
sebab member contest saya ada yg menang rancangan nie sebelum nie jugak
 tapi tak le seglam nie haha
semua kat ruang makan tue semua sponsored masa make over
kecuali meja makan je saya punya
meja konsul belakang tue sponsor
cermin , frame dan karpet pun sponsor
lampu pun sposor
bungaa2 tiruan pun sponsor
alhamdulilah
jangan harapla saya nak make over rumah cantik2 mcm nie
takde budget
khairy didulukan haha..make over dikemudiankan

 muka teruja kahkahkah
nak kuar duit sendiri entah bilalahkan?

 sebelum dan selepas
mesti korang terfikir rajin benor masuk contest dgn preggy2
mabuk kemain
kalau nak tau inilah antara contest paling mudah
bila member2 comper share ada contest make over
dan bila syaratnya cuma hantar gambar bahagian yang nak di make over
amboii mudahnya
saya hantar jelah gambar ruang makan nie
tup-tup diorang datang inspec dan tak lama lepas tue call bagi tau terpilih
rezeki baby dalam perut
mudahkan?

nilai make over di rumah saya
tapi diorang nie terlupa letak harga meja konsul
meja tue berat
mahal jugak tue
rm700 above jugak meja konsul tue
 
 
 nie gambar bila selesai make over
dari pagi membawa ke magrib
huwaaa lama kan?
sabar krew2 nie buat keja
padahal make over cenonet je
 
cuba lihat pada gambar atas tue
adi tue berbaju biru
sebelahnya nama adam..partner si adi nie..diorg memang designer sama2
mcm2 business diorg buat
samakan macam nama anak saya si adam
kebetulan pulak saya letak nama adam untuk anak bongsu saya
masa letak nama adam nie langsung takde terfikir dia pun
 
baru-baru nie adam nie meninggal kerana masalah buah pinggang
sekejap kan?
tak sangka orang yang kita jumpa..baru jumpa.. tiba2 meninggal
muda lagi pulak tue
masa kat rumah saya ..adam nie suka dengan khairy
lebih2 lagi bila tahu khairy sakit jantung dan masih bertahan
lagi dia dok memeluk khairy
sapa sangka nyawa beliau sekejap je
sedekahkan alfatihah untuk adam nie ye..
 
nak tengok full episode saya nie klik di sini

 

Monday, July 10, 2017

Customer beli set Pandora 916 by Geliga Gold

 
Salam semua
nie story sebelum raya
tapi tak sempat nak share
I is busy muahaha
 
 
First time saya Berjaya jual 1 set Pandora 916
Selalunya saya jual bead-bead
Atau jual rantai tangan sahaja
Tapi customer kali nie dia nak satu set
Hampir 5K tau set nie
Perghhhh
saya pun takde beli one shoot sekali haha
 
 Customer nie suka beli sepasang
Nie pun pestimelah dapat customer yang nak beli bead sepasang haha
Cuba tengok smeuanya sepasang
! je yang takde sepasang
Yang bead love signature tue
mayb sebab bead tue memang dah Nampak besar dan memanjang

Lawakan rantai  love clips tue?
Semoga saya pun dapat one day nanti haha
 
JEMPUT LIKE FB SAYA BERKAITAN EMAS

017-3201998