ENTRY-ENTRY BARU..JOM JENGUK

Tuesday, January 7, 2020

Kem Cuti Sekolah di Madrasah Darul Atiq

Hampir 2 tahun kami menunggu nak hantar anak2 ke sini. Kali pertama tak dapat hantar rasanya masa tue husbd tak ada di rumah kerja luar. Kali kedua husbd dengan Arief pergi tunaikan Umrah.

Alhamdulillah tahun nie Allah izinkan. Dapat lah kami jumpa Ustaz Azizan untuk bincang kan hal selanjutnya selain urusan kem cuti sekolah nie.

Moga2 Allah pandang usaha kami untuk urusan agama anak kami. Syukur alhamdulilah Allah bukan jalan. Syukur Allah lorongkan hati suami Dan saya ke jalan2 begini di usia meniti 40. Kalau saya atau suami sorang mungkin jalannya agak sukar..

Tapi saya percaya kalau Allah berkehendak walaupun kita sorang tetaplah Allah bukakan jalanNya.

Perjalanan kita tak sama. Ada yg dari muda2 sudah Di jalan agama. Ada yg dah meniti usia 40 baru bermula. Ada yg bermula dari muda Tapi diuji dipertengahan dengan ujian dunia dan tergelincir.. Bertatih semua untuk menapak dengan beban dosa di bahu. Apa kita tahu? Apa hak kita menilai?

Sebab itu faham Sgt bila melihat ada rakan2 yg sukar istiqamah dlm perubahan. Mereka Cuba.. Jatuh.. Cuba lagi dan lagi.. Jalan Allah itu luas.. Dia tetap menunggu.. Jangan lah kita berputus asa..

Saya sendiri nk melabuhkan tudung entah umur berapa.. Sekarang nak istiqamah stokin dan sarung tangan pun pakai cabut pakai cabut.. Ya Allah.. Susah sungguh.. 


Budak dua orang nie bukan kira..panas terik pun diorang main jugak





Aman memandang.
Pertama kali datang sini dah rasa "sesuatu". 
Kali pertama kami datang gelap-gelita sebab sampai malam.


Masa tue tak tau jalan.
Keluar dari rumah lepas asar.
Sampai sini dah nak habis Magrib.
Bayangkan follow waze tiba2 waze tue tak bergerak2.
Aduhhhh kiri kanan hutan.

mak Amana nie Penakut ya rabbi. Saya tutup semua tingkap keta. Tak pandang luar pun. Anak bukak je tingkap kena marah. Nie semua angkara cerita kereta kodok kuning lah. Dari kecik semua dok citer hantu kodok kuning tue😅..
Alhamdulillah sempat kami solat magrib. Sempat kami dengar tazkirah Ustaz Rizam. Balik rumah Puas hati. Bila saya Tanya bila nak dtg lagi? Suami cakap nie dah gaya balik kampung nie.. Haha.. Almaklum kami dua2 org kl dan Selangor je. Pg umh mak /mak mertua dlm sejam dah sampai.. Datang Darul Atiq lebih 2 jam 😆Suami cakap "nanti kita dtg lagi htr anak2"
Ye betul. Sampai juga kami kali ke dua hantar anak. Hantar amirul arief. Dia yg beria mintak dan bapaknya pun nak hantar.


 Arief memang mudah dapat kawan. Nie masa mula2 datang. Ustaz dia hantar gambar
Muka macam sedih lagi. 


 Nie dah happy dah jumpa kawan satu geng le tueee



Ustaz hantar gambar Arief ❤️❤️❤️
Wowww makan dalam talam.
Balik nanti memang Arief suruh semua semua makan dalam talam nampaknya.

Ustaz bagitau.. Arief siap jerit suruh tambah Ayam.. Haishh Arief kalau tak buat selamba dia memang tak sah.. Dia ingat kedai mamak keeee?

 Kawan baik dia..  Kem dua minggu. Lepas seminggu saya datang. Alhamdulilah Arief happy je..

Kami sampai waktu Asar. Jadi suami Dan anak2 lelaki terus pergi surau. Saya tak solat kat surau sebab penuh budak2 lelaki. Tak lama lepas tue Husbd siap msg Tanya mana Arief sebab tak jumpa Arief kat surau. Rupanya Arief bantai tidur tengah2 surau. Selamba badak dia je. Ustaz bagi tazkirah wirid dia tidur. Adohaii Arief.

Masa Arief jumpa saya.. Arief peluk saya. Tak nangis pun. Setitik air mata pun takde 😉. Dia sibuk kenal kan semua kawan2 dia. Kawan dia pun ada sorang tue melepak je dengan kitaorg. Tengah lepak2 dengan saya.. Arief boleh cakap 


"Mama abang nak pegi tangkap belalang. Mama nak balik boleh je. Jangan risau abang OK kat sini. Seronok. Jumaat nanti amik abang ye"

Belalang? Haha. Dia suruh mak dia balik sebab nak tangkap belalang? 😆😆😄
Suara Arief serak. Bila saya Tanya kenapa sura takde nie.. Kawan dia cakap sebab menjerit tangkap belalang...
Eloklah Arief. Mama memang tau Arief memang sesuai tempat2 nature mcm nie. Dia nampak hp saya pun dia tak heran. Belalang lebih utama dari mak dan handphone😅😅



Alhamdulilah minggu ke dua  , imam ke dua saya nie dijemput balik semula ke rumah
Saya sampai je nampak Arief berlari keluar pintu besar madrasah. Pergi area kolam. Saya tak bagi husbd keluar. Saja nak perati apa budak nie buat. Ada kawan dia ikut.. Tiba2 je Arief sedar keta makbapak dia dah sampai. Terus dia datang.


Mama, tunggu kejap. Arief nak tangkap labi-labi.
Haha.labi-labi pulak. Hari tue belalang.😜

Mama, ada orang curi barang. Abang dapat tangkap budak yang curi barang abang tue.
Budak tue curi apa?
Dia curi belalang yg abang tangkap tue!! Abang nak bagi mama. Abang tangkap belalang kayu, askar, paku, tanduk, harimau, Air...Dia pegi lepas kan belalang abang. Penat abang tangkap tau.
Eh camana abang tau nama belalang tue?
Oh abang tengok bahagian atas dia.
Belalang tue pakai name tag ke? 🤣🤣🤣
Abang taulah. Mama mana tau tangkap belalang.
Yelah. Yelah betul lah tue nama belalang tue.
Mama, abang tangkap ikan haruan. Banyak tau. Ikan haruan tue jilat tangan abang. Abg tangkap Guna bakul.
Mana dapat bakul tue? Ustaz bagi ke?
Tak lah. Abang jumpa kat hutan.😳
Kalau biar kat hutan nie boleh jadi tarzan🤣

KHAIRY DAH SEKOLAHHHHHH! ALHAMDULILAH


alhamdulilah
Akhirnya Adlan Khairy jejak darjah satu.
Syukur alhamdulilah.
Semoga Allah panjangkan usia khairy dlm keberkatan.

Khairy merajuk papanya yg htr dia daftar darjah 1. Mama follow kakak daftar Tingkatan 1. sebab kakak rupanya lebih mengada2 dari khairy




Pagi2 kita hantar sikit punya comel hensem. Masa amik ya Allah dah mcm great tecer onizuka. Dengan baju terkeluar.. Dengan rambut bersepah2🤦‍♀️

Setel hal amana terus pegi tempat khairy. Mak bapak dah boleh amik anak. Dua anak pertama saya tak pernah ke sekolah masa daftar darjah 1. Masa amana arief memang sy lebih suka duduk umh. Entahla sy lebih suka belek khairy kat rumah. Sesaat pun tak nak leka.. Punyalah sy nie sebagai ibu tak tau nak membahagikan perhatian pada anak2 lain bila ada Ank yg sakit😭.

Tadi sy jadi mcm mak budak2 yg dok viral kat fb. Dok jenguk2 anak dari tingkap. Nak gelak pun ada. Tapi gelak tue hilang jadi pucat bila khairy takde dlm kelas. Sy carik pulak khairy dlm kelas sepupu dia pun takde.Tanya budak2 siap tunjuk gbr dlm hp. Amana naik turun Cari khairy. Sepupu dia pun carik khairy. Dekat sejam jugakla.. Akhirnya sy diam.. Istigfar dan baca ayat 1000 dinar. Tiba2 nampak khairy depan saya selamba dia je melompat2. Sy tangkap dia.. Punyalah saya bebel. Tiba2 ada bapak budak cakap "nie adik Amirul arief ke?" dlm hati saya.. "sudah ada plak yg cam.. Nampak Sgt abg jenis melompat adik pun jenis melompat" mullah mak dah pk negetive haha

Sekolah nie ada ujian menulis dan membaca. Alah ujian sikit je. Khairy lesap nie sebab dia amik ujian tulis dan baca kat kelas lain. Dia kata ikut member dia.. Adusss. Dah Cikgu kelas dia pg carik kertas jawapan khairy kat kelas lain.

Tapi ada hikmahnya sebab saya paling last selesai Urusan dapat lah bagitau keadaan khairy kat Cikgu kelas tanpa ambil masa parents lain. Alhamdulilah

Sebelum balik Cikgu sempat cakap "boleh tahan anak puan nie.. (tak reti duduk diam) tak mcm sakit jantung"


hari ke 2 anak2 sekolah.

Sy masih cuti tapi anak2 dah duduk nursery.
Nak biasa kan khairy dan Adam dengan rutin baru. Khairy pun akan turun naik van di nursery..

Nie gambar semalam lepas khairy balik dari sekolah kebangsaan. 

Khairy OK ke sekolah kebangsaan?

OK mama. Tapi khairy Penat lah. Khairy tdo.

Tdo? Haaa... Lama ke? Cikgu tak marah ke..

Lama.. Dari datang sampai nak balik. Ramai je tdo. Ada 3 kawan khairy tdo sekali..

Adussss... Tdo berjemaah pulakkkk.
Mama rasa mama masa sekolah dulu tak pernah tdo dalam kelas.grrr


 MAMA, KHAIRY SUKA SEKOLAH❤️❤️

Alhamdulillah. Lega dengar. Kalau dia buat statment mcm anak buah perempuan  yg comel tue "school is boring" I is fengsan. Sekurang2nya bila sorang suka sekolah.. Sorang boring tak delah jadi kes mengular bersama. . Takkan jadi kes mengular kalau sorang😆😆😆

Suka sekolah agama ke sekolah kebangsaan?
-Dua2 pun suka. Khairy boleh buat tulisan jawi yg ustazah suruh. Alif ba ta.. Khairy dapat 3 bintang.
Khairy ramai kawan. Sekolah agama khairy makan nasi lemak. Sekolah kebangsaan khairy makan nasi goreng.



Pandai ke khairy beli makanan? Tak rebut2 ke?
-Khairy dah pandai beli makananlah mama. Rebut2 Tapi khairy cakap "oiiii beraturlah. Jangan rebut2!"

Haha. Skema anak mama. Baguslah. Boleh jaga Aisya mcm nie. Kalau Aisya nak ajak ngeteh kat kantin sekolah nasihatkan dia.. Cakap mcm nie nanti hujung minggu kita ngeteh kat Bangi Gate away atau Melawati Mall. Lagi bagus kita lawat abnag arief kat madrasah Darul Atiq. Boleh tangkap ikan, udang, belalang.. Segala jenis hidupan ada.. Syokkk



Melihat khairy yang memang nampak sihat. 
Kadang2 terlupa yang dia ada Kad magic dari IJN.
Bila Surat mcm nie sampai baru mcm sedor diri😆
Insya Allah Adlan Khairy akan bertahan selagi Allah masih mengkhendakinya.
dah masuk darjah satu pun.
kiranya dah 7 tahun khairy jadi anak magic mama.
Bertuah sungguh mama dikurniakan anak yg sakit jantung dan magicnya nampak sihat seperti anak2 lain.

bawak khairy ke pejabat sebelum masuk sekolah
Bos pun cakap..
Nampak sihat ya berlari sana sini.
Sebab itu juga saya  berani kuatkan semangat masuk pejabat semula.
Khairy memang mcm budak2 lain yg sihat❤️


Adam pun dah tadika tau.. Husb cakap tak payahlah tadika kan dia.. Cakap pun pelat..
ehhhhhh mana ada pelat.anak bongsu mama sikit punya bijak dikata pelat..hihhhh 

Si kenit Adam Ziqri yang belum cecah pun 4 tahun tapi dah tak sabar2 nak sekolah.
 Baiklah mama perkenankan.
Hari pertama tadika dah tidur atas meja hahahaha