ENTRY-ENTRY BARU..JOM JENGUK

Tuesday, April 30, 2013

Terima Jemputan Event Yang Sangat Mengujakan


Bayangkan betapa syoknye bila saya dapat emel ne dari PIC
Jemputan ne special utk parenting blogger rasanya
Belum kuar kat tv lagi tau citer ne
kalau hadir event ne dapatla goodies bags utk kanak2
saya dah dapat bayangkan betapa happeningnya majlis tue sebab saya baca kat blog Suzz kena pakai baju tema Princess/ Prince..huwaa happening bangat punya 
Cecepat bagitau En Papa tapi hurmmmmm tak dapat hadir..
Outstation.. takpelah takde rezeki
Nampaknya bacalah blog kawan2 yg hadir event nie...
Cianlah si Amana Princess Mama tue :(


Monday, April 29, 2013

Cerita Katil Pulak

Nak tau story penuh tentang camana dapatkan katil ne secara free
baca kat sini & sini ye 

yang patung barbie Amana pegang tue dapat dari contest kat majalah Princess
Dari Viola
Bagus jimat duit mama utk gembirakan anak2
Nak harap saya beli? kim salam...
Arief sibuk je masa En Papa tengah pasang2 katil
Kengkonon dialah yg pasang siap dengan tempat ukur semua tue

Inilah rupanya katil tue dari sisi depan
Alhamdulilah
Bertambah kelengkapan rumah tanpa perlu keluar sesen pun
Tak perlu beli POP (bukti pembelian contest)
Cuma satu emel yang saya hantar kepada PIC mengatakan "mengapa saya nak sangattttttt katil ne" ;)
SYUKUR ALHAMDULILAH




Friday, April 26, 2013

Cerita Bibik Menipu. Sebagai pedoman di luar sana-Part 5

final episod..jeng je jeng... ikut color ye kalau nak tau sapa yg bercakap...

saya
ibu syarifah aka agen maid
maid penipu
en papa
amana

masa ne mil saya dah bawak arief naik atas.melalak2 si arief. ariefkan suka jadi penyibuk hihi.. si amana dah banyak kali suruh naik atas pun tak nak. dia berteleku kat tangga.. nak tengok sinetron maid ne kot :)  ibu syarifah sampai dalam kul 10 mlm dgn 2 maid lagi.. pakai baju kelawar je haha..nampak sangat dia pun penat & memang datang dari rumah. en papa bagitau maid tue ada dalm bilik& bagi kebenaran ibu syarifah masuk bilik utk bincang sendiri. tapi ibu syarifah menolak cara baik & mintak panggil ke depan utk semua dengar penipuan maid ne & saya pun faham dia sakit ati sebab imej dia pun tercalar depan kami. bagus jugak.. saya boleh tengok sapa yg menipu sekarang.. kalau ejen yg first dia tak bagi saya & en papa dengar perbincangan diorang.. maid tue bersimpuh depan semua, depan dia ibu syarifah.. saya tepi ibu syaraifah & en papa  sebelah saya..

sekarang aina.. bagitau apa masalah kamu?
saya sakit bu...
apa sakit kamu! kamu tak ada sakit langsung! jangan kamu nak menipu..
saya ini sedari kecik ada sakit bu.. sakit paru2. sepatutnya saya dioperate di singapura. tapi saya masih kecil tak boleh naik flight..

(kahkahkah.. ko datang malaysia naik flight tak pulak ko mati. tak pulak paru2 ko pecah?wah kaya ko ek nak operate sampai singapore? anak pelakon sinetron mana ko ne?)

kamu jangan nak menipu. saya dah buat medical kamu. semua ok.kamu fit utk bekerja.
medical itu hanya air kencing & luaran sahaja ibu syarifah ..bukan dalaman.
(cer korang tengok? tak padan dengan kecik.menjawab bukan main! muka ibu sayarifah masa ne dah merah padam!)

en khairul. rumah ini ada internet?
(alamak rumah ne kan baru. baru duduk berapa hari je. tapi sebelum tue ibu syarifah bagi saya tengok biodata maid penipu ne. sebab ibu syarifah dah janji nak bagi kat saya.konon dalam biodata pandai masak. konon kata belajar tinggi.. cettt )

internet takde tapi nanti saya buat hotspot guna hp saya..
( hotspot.. tapi terkial2lah.. lembab connection internet.. kesian pulak tengok agen nie terkial2..  ok ko nak aku bersuara sekarang kan? ko tunggu!)

jangan nak menipu kamu sakit ye!
iya ibu.. saya ada sakit paru2..
SUDAH! kamu boleh tipu semua orang dalam rumah ne. tapi kamu jangan nak menipu saya!  kamu boleh tipu semua orang tapi bukan doktor! doktor cakap ini semua lakonan kamu! kamu sihat! jantung ok, pernafasan ok, paru2 ok.apa yg tak ok? jangan nak berlakon lagi! doktor itu pun berlakon saja depan kamu... doktor sendiri cakap kamu nie pura2 pengsan!

apa yg kamu mau tipu lgi?  ibu ini sudah bawak kamu jumpa doktor dan dokter bilang  kamu sihat. kenapa kamu menipu. kamu ingat semua org bodoh macam kamu ya. kamu mengaku kamu belajar sampai sekolah tinggi.kamu ingat kamu hebat dari maid2 yang lain?!! kenapa kamu menipu? kamu mau saya lempang kamu  depan ibu ini dan tuan? saya ini nampak lembut tapi kalau saya marah tangan saya berjalan ya!!

(terus tunduk. saya nak tunggu apa lagi skrip baru yang keluar dari mulut dia)

kamu ini mak jenis apa? sanggup kamu kata anak kamu mati? seorang ibu yang mengandung 9 bulan takkan sanggup kata anak mati utk menipu! kamu relex je bila tau anak kamu sebenarnya tidak mati. kamu ingat saya tak tahu semua ne menipu? seorang ibu takkan relex macam kamu! dari situ saya sudah tahu ini semua rancangan kamu! dasar penipu!
siapa yang bagitau anak kamu mati?
jiran
dia kata mak ayah kakak dia semua takde telefon.
menipu! ibunya ada telefon!huh..kamu jangan menipu ya aina! suami saya ada sakit darah tinggi. bila dapat panggilan tuan ini (en papa)   bagitau anak kamu mati. suami saya terus mengigil2. terus darah tingginya naik! kematian bukan utk dibuat main. kalau apa2 jadi pada suami saya. kamu saya bunuh sebelum saya bunuh kamu; saya seksa sampai mati!!!
(diam je si maid penipu tue.buat muka kejung)

selepas saya call, kemudian ibu syarifah call semula dan bagitau anaknya mati kelmarinkan? siapa yang ibu syarifah call di indonesia?
saya call satu nombor ini..
siapa yang bagi no itu?
(ibu sayarifah tanya bibik yang ikut sekali dengan ibu syarifah dan jawap bibik pengiring ibu syarifah ialah..  bibik penipu ne yang bagi no itu jika berlaku kecemasan.. saya terus tersenyum..komplotlah ne dengan orang kat indon tue)
ibu syarifah.. sebab itu ada sesetengah majikan tidak benarkan maid pegang hp. indon bukannya dekat pun diaorang boleh buat komplot sampai begini dan semuanya hampir percayakan?

kenapa kamu menipu? kenapa? apa kamu nak?!!!
(panggg.. kena sepak.. kuat pulak ibu syarifah ne menjerit . terkejut baby dalam perut saya dengar.. bergema satu rumah.  kalau saya dah lama tumbang. tapi budak ne masih keras kat situ & tak menitik langsung air mata.menunjukkan betapa keras hati dia & sanggup buat apa sahaja.. seram pulak..hish..)

apa kamu nak? cakap!!
saya mau pulang ke indon..
(see? betul tak firasat saya? semua hanya  lakonan utk dihantar pulang.. saya sorang je ke yang sedar semua ne? haiyaaaaaaaaaa.. mak mehla tolong lempang sekali budak ne.. )

boleh! kamu bayar gantirugi saya! bayar! kamu ingat kamu artis!! nak naik turun flight?!
saya pernah cakap kalau kamu tidak mahu kerja di rumah ini. cakap sahaja terus terang. jangan nak berlakon sampai kata anak mati. berlakon pengsan macam ini. saya boleh bincang sama ibu syarifah. saya tahu bekas suami kamu call suruh kamu pulang ke indon kan?

(diam je.. pandang lantai..  tak yahla nak bohong. ko saja nak buat2 lari dari indon tue. ko ingat rumah aku ne persingahan ke?)

kamu boleh tipu ibu mertua saya ya. tapi bukan saya! berani kamu gunakan ibu mertua saya ya!! kenapa kamu tak pengsan depan saya sedangkan saya ada lama di dapur? kenapa kamu tunggu saya naik atas baru kamu mau pengsan? depan ibu mertua saya kamu pengsan pulak? sebab kamu takut mahu berlakon depan saya kan? sebab saya sahaja dalam rumah ini yang  tahu kamu nie PENIPU!!
(sebab semua dah terbongkarkan? diam je tak menjawab langsung)

satu lagi berani kamu bilang saya yang ajar kamu menipu tentang status kamu?
bila masa saya suruh bilang kamu ini isteri orang kerana takut kamu tidak dapat kerja? bila saya suruh begitu! dasar penipu! kamu tidak pernah cakap kamu sudah bercerai. kalau begini perangai kamu memang patut kamu kena cerai dengan suami kamu!! BODOH!

saya masih tak percaya kamu bohong anak kamu mati.. sampai begitu sekali kamu menipu ..
kalau anak kamu mati betul2. apa raeksi kamu hah? CAKAP!
kau nak sangat anak engkau matikan. engkau balik ne aku doakan anak engkau mati terus!
(terus nangis dengar en papa cakap.. eh maid gedik ne.. kena tampar kuat2 dgn ibu syarifah tak nangis, kena marah dengan saya tak nangis, kena sumpah sikit dengan suami saya terus nangis. dasar gedik. ko memang kena berambus cepat dari rumah ne. memang ada harapan dengan laki aku sekali ko seret  balik indon nanti . GRRR )

ibu, saya bawak dia balik dulu.. lepas 3 hari kita tengok macam mana?
(lepas 3 hari? no way!! saya cakap dengan tegas)

IBU SYARIFAH, SAYA TIDAK MAHU MAID INI JEJAK RUMAH SAYA LAGI. DASAR PENIPU! IBU INGAT SAYA BERANI NAK TINGGALKAN ANAK2 SAYA DENGAN MAID NE? BERAPA HARI LAGI SAYA KENA CUTI KECEMASAN UNTUK HAL2 MACAM NE. BOS DI PEJABAT PASTI MARAH. HARI INI SAYA DAH TERLEPAS SATU METING DENGAN BIG BOS SAYA. SIAPA YANG NAK JAWAB?

BUAT KEJA SIKIT PENGSAN. SAYA YANG MEMASAK..IBU MERTUA SAYA YANG URUSKAN ANAK2.. BUAT KEJA SIKIT BOLEH PENGSAN! LAMA2 SAYA&IBU MERTUA SAYA YANG JADI BIBIK DIA JADI MEM DALAM RUMAH NE!

 KALAU LAMA LAGI DIA DI SINI ..PENIPU MACAM NE .. LAMA2 DIA AKAN TUDUH SUAMI SAYA SUKA DIA!

kalau maid macam ne. saya mahu bagi sama majikan lain pun saya malu..

silap besarlah saya nak bagi dia jejak rumah saya. agen tue pun dah malu dengan saya. katanya akan carikan maid yg matang sebagai gantinya. belum lagi saya bukak citer berlakon tasbih & kain sembahyang. belum lagi saya citer kes goreng telur tak reti & masak nasi lembek.. dalam biodata konon boleh masak.. cett.. telur pun tak boleh goreng? kalau anak indon susah.. setakat goreng telur tue kacang je.. indon2 yg susah lagila muda2 dah pandai macam2.. tak taula maid ne angkut dari mana..

ibu syarifah suruh dia amik kain baju. siap ugut nak tinggalkan tepi jalan tanpa pasport & kain baju. takut pulak. iyela sebab tak pernah masuk Malaysia. kalau dah pernah masuk Malaysia memang dia suka kot ditinggalkan tepi jalan. boleh dia merewang kemana2.. dia bawak kain baju dia & lalu depan amana yg kat tangga. saya tengok je dengan ekor mata. sekali dia sentuh Amana memang saya baling cawan ke apa2 kat situ biar berdarah muka dia!

keluar dari situ..ibu syarifah sempat lagi cakap "kamu niekan tak payah jadi maid. jadi pelakon sinetron lagi bagus sebab kamu pintar berlakon menangis & pengsan"

en papa pun keluar dengan ejen untuk tunjuk jalan keluar dari area umah kami. saya tutup pagar dengan amana sambil borak2 dengan princess kecik ne..

amana.. mama dah halau orang jahat tue keluar dari rumah kita.kalau mama lambat tak taulah apa jadi dekat anak2 mama & papa & mak tok (mil saya)

tak pe..takpe..  mama tak payah cakap. amana dah dengar semua. amana tau dia jahat. amana pun tak suka dia. tak macam bibik yati!

saya terus naik bilik . saya rasa satu beban & iblis dah keluar dari rumah saya. saya peluk amana erat2. saya cium arief yang dah tertidur. saya lega anak2 saya selamat. saya lega mil saya tak diapa2kan.. kalau apa2 jadi kat mil saya apa saya nak jawab dengan adik2 ipar saya? saya tunggu en papa balik. bila kereta en papa sampai saya rasa lega yang amat dan saya sambung baring sebelah Amana yang dah tido2 ayam.... tetiba en papa masuk bilik & cakap

LA( singkatan nama saya -ila) ada PISAU kat bawah tilam dia. kalau saya jumpa awal sebelum dia pergi ; saya hiris tangan dia dengan pisau ne. biar dia tau rasa sakit kena hiris pisau. nasib budak2 tak apa2..

b tak risau pun kat anak2.. risaula jugak, tapi takkan papa tak nampak anak2 mana ada duduk dekat dia. tak macam bibik yati. amana siap request nak tidur kat bilik bibik yati. ada nampak amanaarief duduk dekat2 penipu tue? anak pun tahu lah dia tue jahat. b risau mama je.. 24 jam dengan bibik tue..

en papa terus msg ibu syarifah.. kot2 dia nak bunuh agen tue peulak ke? sapa tahukan? entah bila dia amik pisau tue agaknya. dia memang dah rancang dari awal.. en papa dah amik semua pisau sebelum magrib dan sepanjang lepas pegi klinik memang dia takde kuar bilik. cuma keluar sekali sahaja masa mintak pinjam tepon kat saya. cuba kawan2 bayang kalau lambat lagi apa jadi kat saya & family? maid penipu ne memang dah rancang semuanya! memang macam IBLIS!

alhamdulilah keluarga kami selamat & semua ne memang jadi pengajaran..
banyak yang saya dapat dari cerita 3 hari nie..
dan banyak rule yang kena dipraktikkan kalau ada ganti maid lain.
saya rasa hati saya memang keras lepas ne..












Cerita Bibik Menipu. Sebagai pedoman di luar sana-Part 4

sori ye semalam takde update cite maid penipu.. saya sambung sikit lagi.. ini mungkin 2nd last episod. ada lagi satu final episod ye.. sinetron amukan agen tue utk final episod..

lepas si maid tue pura2 sakit. doktor bagi dua ubat. ubat pening dgn ubat apa tah. bil rm60. buat membazir je! baik mkn khepc dgn anak2.. selepas doktor sahkan semua nie lakonan saya memang tak nak satu ahli keluarga saya pun melayan maid penipu ne! tak payah nak gunakan air mata dia, sikap lembut manja dia tue  & lakonan  gedik dia utk raih simpati sesiapa. ada jugak yang kena tampar kang. saya yang langsung tak berbunyi dari hari pertama nie .. saya simpan2 dari hari pertama lagi.. ada jugak  pecah kaca kat umah kejap lagi dengar saya menjerit nanti...

balik je dia terus masuk bilik & merengkot. saya suruh dia makan ubat. tapi buat perangai degil dia merengkot jugak dalam selimut. saya tahu sangat sikap indon2 nie. diorang sanggup sakitkan diri sendiri supaya org percaya diorang ne sakit.. saya suruh en papa jerit suruh dia makan. tak payah nak cakap elok2. jangan bagi muka kat si penipu nie! tak padan dengan kecik.. en papa suruh makan dia tak nak makan. sampai en papa cakap "ada jugak yg mati kena paksa makan ubat ne"

bila mil masuk je bilik maid ne..ehhhhhhhhh dia terus bangun.. saya memang tahu dia akan gunakan mil saya.. org tuakan lembut.. saya dengar dia mengadu "ibu(mil saya) tolong saya.. saya sakit.. saya ada sakit bla bla bla.. masa ne saya tak dengar bijik butir sangat sebab sibuk makan nasik pulak+saya tak minat nak dengar penipuan dia yang pastinya ada skrip baru! lagipun saya  lapar mana cukup baby dalam perut makan roti canai & roti bakar je :) and ayat terakhir saya dengar "saya takut ibu syarifah marah.. nak pulang.. nak bayar ganti rugi.. bla bla bla"

masa ne saya dah tak tahan.. saya jerit dari meja makan "dah tak payah nak layan penipu tue. kalau dia tak nak makan biar je! tak payah nak bagi muka sangat! memang dasar penipu! satu rumah dia tipu!  biar je dia!"

saya terus naik atas. badan saya penat..penat sepenat2nya. smlm tak tido. hari nie pulak banyak sangat kejadian yg buat hati & otak penat. sakit ati dgn satu peristiwa yang saya takkan lupa sampai bila2... dalam hati memang tunggu saat nak meletup je... badan saya dengan usia kandungan yang dah 6 bulan memang rasa tak mampu nak layan semua nie.. saya mandi. asar dan terbaring penat menunggu magrib.. yang saya tahu malam kang ejen nak datang rumah selesaikan semua ne..

tiba2 en papa masuk bawak segala parang & pisau masuk bilik.. otak saya dah penat saya tak leh pikir apa pun.. "apa papa bawak pisau2 dalam bilik kita  ne? en papa cakap "bahaya..kang dibuatnya budak nie tikam sesiapa. buat naya je..  ada pisau lagi tak?" saya yang dah habis energy ne cuma jawab "ada kat tempat keringkan pinggan" terus saya flat & tertidur kejap.. tapi saya sempat dengar en papa cakap "lepas ne tugas awak, kira pisau dalam rumah ne ada berapa banyak.." HAAAA..KIRA PISAU PULAK KE? hikhik

saya dapatla tidur dalam setengah jam. en papa kejut. dia nak keluar tunggu agen tue. agen tue tak tau umah kami sebab dulu dia datang umah mak. en papa suruh saya duduk kat ruang tamu. en papa kata mesti ada sorang jaga kat ruang tamu.takut budak ne lari ke apa ke.. saya pun duduk la kat ruang tamu. mil & anak2 dah naik atas.. saya ne dudukla mengadap tv tak habis2 dengan citer politik.. bosan!

dalam saya terlelap2 sikit nie.. maid penipu  ne keluar & tanya "ibu boleh saya pinjam telepon" saya jeling & cakap "takde. tuan bawak keluar" masih berani lagi dia nak mintak pinjam tepon kat saya? aku sepuk jugak kang...

lamanya menunggu sampailah ke jam 10mlm baru en papa balik.. dengan ibu sayarifah (agen) dan 2 lagi maid...

to be continued...


Wednesday, April 24, 2013

Cerita Bibik Menipu. Sebagai pedoman di luar sana-Part 3

adehhh penat nak menaip tapi nak jugak citer supaya kawan2 belajar dari citer nie. jadikan pedoman utk lindungi anak2 dan keluarga kita

HARI KE 3-sambungan

-saya memasak sendiri kat dapur. saya izinkan dia tidur tengahari tue.kengkonon dah penat buat keja sangatkan? saja je saya nak tengok dia akan masuk tidur atau tak.. ehhhhhhh betul2 tidur haha.. tak macam maid yg first. maid 1st  takkan tidur kalau bukan malam.  bangun pun jam 6.00 pagi. macam2 keja dia buat. tak berenti2. yang ini.. haiiiiiiiiiiiiiii... time pagi maid ne dah makan ye.. ok kenapa saya nak bagitau dia dah makan ? sebab .... berkaitan lakonan seterusnya...

-penat gile saya memasak sensorang. lepas masak saya terus naik atas. dengan tak makannya.walau saya lapar. sebab badan saya tak leh tahan lagi berdiri lama2.memasak lama2. lagipun saya tak cukup tidur malam sebelum tue akibat kes bohong anak maid mati .. saya terus mandi & baringkan diri atas katil. tetiba amana masuk "mama kakak tue nangis" saya senyum dan cakap "sapa kat bawah?" amana jawab "mak tok ada kat bawah" hikhik.. saya ketawa dalam hati ne mesti nak start lagi berlakon.. "ok biarlah.. meh amana tido dgn mama ye" saya peluk dan tido dengan amana.. penat seh.. ko nak berlakon melalak aku peduli apa.. tido lagi best :)

-baru nak terlelap en papa dah kejutkan saya.. "bangun2..budak tue pengsan..apa lagi ne?" saya yang mamai2 ne bangun.. en papa tanya "dia tak makan ke? awak tak suruh dia makan ke?" dalam mamai tue saya menjawab "pagi dah makan. takkan setiap masa saya nak tanya. dia ingat dia siapa?tuan puteri?"  tapi saya turun ke bawah. tgok jugak dia yg terbaring. saya mintak en papa call ejen. dan masa yg sama bawak jugak ke doktor. hihi.. saya pun panik jugak. tapi bila mengingatkan saya perlu bukti saya ok je bawak dia g hospital.. saya akan buktikan yg  ini bukan mainan perasaan saya.. kuar duit pun kuarlah... aku halau kau lepas ne.. ko cabar aku sangat kan?

-sampai je klinik.angkat kat whell chair dan doktor start cek. doktor lelaki cina. dia tanya sapa ne. saya jawab maid. your first maid? yes.. dipendekkan citer doktor cek & buat sikit ujian. doktor pandang mata saya. tepat. walau doktor tak cakap lagi  saya boleh tahu apa yg doktor ne nak sampaikan. DIA PENIPU!!

-doktor cakap -"dia ok, jantung ok, pernafasan ok.pendek kata semua ok" terus saya cakap "napa dia pengsan?dia cakap dia period,maybe ke sebab tue dia pengsan?" doktor pandang lagi mata saya. seolah2 cakap "you are women too.dont you know? shes lying" doktor senyum je & geleng. "no,no bukan sebab period. meh sini you tengok ye.." doktor amik tangan maid ne and angkat ke atas dan lepaskan.. tangan tue jatuh perlahan & tangan tue tak menyentuh muka... doktor pandang saya & cakap "u nampak? kalau betul dia pengsan. bila saya lepaskan tangan dia.. tangan dia akan jatuh laju dan terus langgar muka dia. u nampak tak dia cuba elak tangan dia dari kena muka dia?dia boleh bangun tapi dia yang tak nak bangun" ne saya colorkan & bold merah. kawan2 pun boleh test kalau maid kawan2 pura2 pengsan.ingat tau kawan2 ku sayang . kalau maid buat macam ne..test ikut cara doktor ne.. kalau sama keputusannya  jirus je dengan air sebaldi.. air panas lagi bagus kot haha. adik perempuan saya lagi best -  lain kali cucuk dengan jarum dulu tak payah susah2 doktor nak bagi drip :)

-haha.. ko belum cukup primadona MAID PENIPU! terus saya cakap "shes pretend?" doktor antara nak mengangguk dengan tidak tapi saya faham ada benda lagi doktor ne nak buat. doktor cakap kat saya "u pegi makan dululah ye. i will handle this. i will drip her.nak bagi badan dia kuat sikit" muahahaha..padan muka. amikla ko kena drip tak pasal2.hasil lakonan cemerlang. doktor senyum sumbing jer... eh hensem plak doktor ne senyum macam tue. antara serius & nak tergelak gaya senyuman tue..

-saya lapar gile. saya order roti bakar kat kedai mamak. pastu lapar lagi order lagi roti canai. lepas makan baru saya cakap dengan en papa.. "pa, maid ne dia tak mo keja sini. dia menipu. dia buat alasan nak kita hantar dia balik" en papa diam je & dengar je saya cakap..saya sambung lagi " dari awal dia menipu. anak dia mati tue pun dia yg create story.  ada kita dengar org kat dalam tepon tue yg cakap direct dgn kita anak dia mati. takkan? mama je yg sampaikan kan? pastu tau anak hidup balik nampak relex  je. macam tue ke seorang ibu? b pun tak mo maid penipu ne. dahla penipu. buat keja tak reti. urus arief tak reti, masak tak reti. buat keja lembab! berani dia masuk bilik tido b tanpa kebenaran! apa yang nak diharap sanagt. b nak deal dengan ibu syarifah b tak mo dia kat umah kita lagi. percayalah cakap b. kalau papa tak caya. kejap lagi b akan tanya doktor tue..maid ne bangun sebelum kena drip atau lepas kena drip. kalau sebelum maksudnya dia tipu. kalau selepas b yang prasangka"

- en papa pandang saya tepat. caya tak wife awak bijak? sampai ke situ saya boleh kesan taktik dia menipu.. saya bukan bijak tapi ini semua anugerah khas  Allah untuk setiap isteri yang akan sedaya upaya lindungi keluarga .. rasa macam CSI pulak...  haha.. tinggal takde cukup peralatan je.. hello ne budak sains biologi hokey.. tapi tah camana tersesat masuk amik komputer lepas matrix.. setakat penipuan biologi ne..haiyaaa... tikus pun mati kat makmal dulu tau.. erkk sebenarnya geli kat tikus tue tersalah potong terus mati tikus tue.. itu yang saya tobat & tukar bidang..  banggg oiii.. b bukan budak sekolah kay. b ne mak dah didik macam2.. nampak b ne manja tapi papa takkan tahu apa yg b dah lalui sejak kecik. setakat penipuan macam ne.. hurmmmm... saya takat manja berhantar beramik je tapi kalau benda lain memang saya tak manja ye.. mak penah cakap "angah ne semua boleh harap.otak cepat berjalan tapi part bawak keta hafal jalan..hurmmm fail habis" kiki dan paling penting ayat2 keramat mak yang saya ingat sampai sekarang "dalam banyak2 anak mak, angahla yg mak tak bagi duit sangat  sebab angah pandai uruskan diri sendiri dan rezeki angah murah .tapi angah kena tau doa mak selalu iringi angah supaya angah selamat selalu"  ingat ye doa ibu yang tak putus membuatkan instinc saya lebih kuat. saya akan sentiasa selamat hasil doa mak saya.. dan pastinya dengan izin ALLAH jugak.

-lps makan call ibu syarifah. saya cerita semuanya. mengucap panjang ibu syarifah termasuk tuduhan maid ne yg ibu syarifah suruh dia menipu tentang status dia.. mengamok sakan ejen nie. saya jugak tanya tahap pendidikan maid ne. ibu syrifah mati2 cakap dia level ala2 pmr sahaja. saya jugak cakap saya tak percaya anak dia mati sejak mula sebab dia relex dan ibu syarifah jugak bagitau yang masa dia call bagitau maid ne yg  anaknya masih hidup, maid ne baru bangun tido dan selamba je. tak macam susah hati pun. dan agaknya sakit ati ibu syarifah sampai cakap "stupit punya budak!" dan diakhirnya ibu syarifah cakap akan datang malam ne jugak tapi jangan bagitau yang dia nak datang umah saya..

-lepas cakap dengan ejen saya ke klinik balik. en papa terus tanya kat nurse kat klinik yg maid ne sedar sebelum drip ke lepas drip. si nurse jawab tak tau sebab doktor yang uruskan. saya tanya doktor dan doktor cakap "DIA SEDAR SEBELUM CUCUK DRIP!" hihih.. tau ko takut dengan jarum ye.. tapi nasibla drip tetap drip.. saya asenyum je .. so sekarang dah terbukti. bukan saya yang prasangka melebih2. hati isteri dan ibu ne memang kuat. dari hati pertama lagi saya boleh rasa bahayanya maid ne pada keluarga saya..

saya tengok maid tue dah sedar & tangan pasang drip. en papa tengok air drip & cakap "alaaaa lama lagi nak tunggu habis air drip ne" saya senyum "ye ke?kejap ek b tanya doktor lagi " saya jumpa doktor & doktor tue senyum je siap tanya "dah makan ke? dah call agen?" saya angguk je.. "so doc bila nak bukak drip tue?" doktor tue selamba "kalau u nak i bukak sekarang.sekarangla i bukak" muahahah.. haiii nakal betul doktor cina ne tau..

-masa doktor tue bukak drip  saya ada kat situ. dia pura2 lemah & buat2 tekan dada.. berlakon  sakit paru2 pulakkkkkkkkkk... saya masa tue nak gelak habis.. senyum je pandang lakonan dia. yg doktor ne pun  berlakon sama "sakit ye? pelahan2 ye" muahaha.. doktor pandang saya & pura2 buat serius.. hebat lagi lakonan doktor ne.. doktor cakap kat saya.. i dah biasalah dengan semua ne.lakonan maid macam ne..macam2... i pun penah kena..

ok nanti kita sambung story ejen datang mengamok kat umah saya pulak ye..












Tuesday, April 23, 2013

Cerita Bibik Menipu. Sebagai pedoman di luar sana-Part 2

meh sambung novel maid penipu . dah ramai yg tunggu sambungannya kan? :)

HARI KEDUA- MALAM (ALA LEPAS BALIK KEJA TUE)

-terus call agency. en papa yang call.  katanya akan uruskan. dalam hati saya masih ada rasa percaya pada agency ne. macam agency dulu mmg tak boleh pakai. tapi dgn wanita indon separuh umur ne saya panggil  ibu syarifah jela.. saya ada rsa sedikit percaya. harap2nya..

-agency call en papa semula & agency ne nampak gayanya macam tak mo hantar dia balik. katanya anak maid ne dah mati sejak kelmarin, diorang call org kat sana. perjalanan nak balik je dah makan 7/8 jam bukannya dekat. takkan nak tunggu kebumi sampai 2/3 hari. busukla mayatkan? saya terdiam.. anak dia mati sejak kelmarin? eh kan maid ne kata baru hari ini/semalam. ibu syarifah   kata anak maid ne meninggal sebab demam panas. eh maid tue kata sakit telinga... walau saya kepenatan balik meting; saya masih dengar dengan jelas ye. tapi saya ne jenis dengar je dulu.. saya serap semua maklumat..pastu saya dok diam2 memikir. haha..ini ikut perangai mak saya. kalau dilanda masalah lebih suka diam dari pok pek sana sini.  masalah takkan selesai masa tue & buat keputusana masa masalah tue timbul adalah tindakan yg sangat tak bijak. baik duduk diam pikir dulu apa patut buat.

-dan kenyataannya malam tue saya mmg tak boleh tidur. anak dalam perut asik mengeras. apa yg saya rasa mestilah baby rasa. saya tidur2 ayam.sikit2 terjaga.. mmg hati saya tak tenang. saya rasa ada sesuatu. saya tak percaya maid ne. gerak hati saya kuat. saya isteri.saya ibu. macam mak kata bila kita dikurniakan anak; Allah dah naikkan darjat kita. Doa kita pun tiada hijab kalau tentang anak2. Allah akan beri kita rasa.. Rasa supaya keluarga&anak2 kita selalu selamat. Sudahhhh.. hati saya mmg tak tenang sampai ke pagi. pura2 tidur sedangkan saya asik bangun & menatap anak2 dan suami saya satu persatu. mendoakan mereka selalu selamat.. sedih hati saya sedih sangat.. saya nak pembantu bukan letakkan anak2 dan suami dalam keadaan macam ne..

HARI KE TIGA-PAGI

-en papa kejut pg opis. saya tak nak pegi.. dan saya memang lupa langsung yang saya ada mesyuarat dengan big boss. tiap2 hari khamis. dengan hp yang tak on lagi la saya tak ingat. saya nak setel hal maid ne hari ne. saya rasa semacam. saya nak cakap dgn ibu syarifah tue. belum sempat tunggu cerah hp en papa berbunyi. itupun lepas en papa bukak tepon. bateri weak pulak. ibu syarifah msg sejak jam 6 pagi rupanya. semata2 nak bagitau ANAK MAID NE MASIH HIDUP! dia hantar orang dia sendiri siasat kat rumah maid ne..dia pun sama tak percaya maid ne agaknya..

-saya terdiam & rasa macam blur....tapi dalam blur cepat je saya terfikir..  THATS IT!! INI BANGSA PENIPU! SAYA KENA LEBIH HATI2.JANGAN INGAT SAYA BODOH YE! sedang takde satu pun anak buah saya menipu saya kat opis dengan maid tak guna ne dia nak menipu saya! kat umah saya pulak tue! anak buah saya kat opis kekadang diorang sendiri mengaku kalau nak "tipu". nak  "tipu" pun mtk kebenaran sebab diorang takkan boleh tipu saya. kadang2 saya tahu anak buah saya tipu tapi saya lepaskan kalau penipuan tue masih boleh consider. setakat hal kecik2 saya paham diorang segan nak mengaku.. ok saya lepaskan.. saya boleh baca mata diorang &muka diorang yg tunduk tak berani nak tatap mata saya. kalau hal kecik saya pura2 je diamkan silap diorang. tapi kalau saya rasa melampau..saya bukak satu2 sampi lepas tue tak berani nak buat lagi.. ini pulak dengan maid.. sakit betul hati saya! eh bukan sakit ati dgn anak buah yek . sakit ati dengan maid.. anak2 buah saya baik2 belaka :)  nakal sikit jer..

- saya turun ke bawah. en papa tanya itu ini. saya tengok je. saya dengar dan saya tahu itu semua tipu. dan masa sesi soal-selidik ne  kesabaran saya memang diuji dengan satu perkara. tak perlu saya cerita tapi memang saya rasa ...mmm.. tak boleh nak describe.. ALLAH je yang faham rasa hati saya.. ALLAH je tahu rasa hati saya...

-THATS IT! Saya akan buktikan semuanya. tapi saya bukan jenis pung pang sana sini.. saya akan buktikan dan masa dah terbongkar tue jangan nak argue dengan saya lagi! SAYA AKAN BUKTIKAN SAMPAI BIBIK NE  TAK BOLEH PUSING CERITA TUE WALAU SATU SEN PUN! SAYA HALAU MALAM NIE JUGAK! INI RUMAH SAYA. SAYA YANG SUSAH PAYAH BINA. DIA SAPA NAK TUNJUK BELANG KAT SINI! mata saya pun dia tak berani tentang. alasan bodoh yg saya pun nak gelak dalam hati.. org yg call dia bagitau anak dia mati tue (malas nak guna perkataan meninggal sebab tipu je kan?) adalah  jiran dia yg saja2 call sebab dengki dia berjaya keja di malaysia. mak ayah kakak miskin. takde tepon. hello gaya miskin ko tue aku tak nampak sejak mula2 jejak rumah mak saya.

- masa mula2 lagi saya nampak ini semua penipuan. masa en papa bagitau pada maid ne anak dia masih hidup. dia sangat relex.hello!! ini soal mati anak hokey. anak yg dikandung 9 bulan dengan susah payah! anak kita demam panas kat nursery pun kta dah tak tentu arah. ini pulak berita anak mati. dia kata ibu syarifah dah call bagitau anak dia masih hidup.relexxxxxxxxxxx yg amat masa citer tue..  belum cukup primadona lagi nak menipu2 saya ne.. pg masuk kelas wayang dulu..  kalau kita sbg ibu pasti kita sedaya upaya akan usaha nak dengar suara baby tue merengek walau hanya kat hujung tepon. betul ke anak kita ne hidup? betul ke memang hidup lagi & berita pertama tue cuma mainan orang?  betul tak? bila saya tanya masa kat dapur selepas sesi tue .. dah dapat cakap dgn mak/sapa2 yg dapat sahkan anak dia masih hidup ..  maybe pinjam tepon sapa2.. dengan selamba "belum. lain kali saja pun boleh ibu.." FINE! AKU NAMPAK KO MENIPU! Orang lain mungkin tertipu tapi bukan saya yang seorang ibu.. ko boleh tipu suami aku ye tapi bukan aku yg dah dua kali beranak ne! hishhhhhhhhhhhh!! aku tampar jugak kang!

-saya buat selamba tapi otak ne memikir je. saya masih menunggu apa lagi lakonan dia.. saya ke dapur. nak masak. saya tengok bilik dia. oh lupa nak bagitau. masa hari pertama dia datang  dia tabur tasbih depan bilik &kain sembahyang depan bilik. masa tue saya dah rasa.. kalau org jenis solat tak perlu tabur tasbih & kain sembahyang depan ne... apa tujuan dia.. nak menunjuk dia baik? dia patuh pada agama? masa tue hati dah berdetik-detik..tik ..tik..tik.. dan saya tanyalah dia untuk hari ke 3 di rumah saya "kamu dah solat.kalau belum; pg solat zohor sebelum buat keja" ..jawapan "tak boleh buk. datang bulan" saya gelak dalam hati.. mil mencelah "oh sebab tue ke kamu pening semlam" hihi.. ok tipulah semua dalam umah ne.. bukan aku! nak je cakap pgla belajar dulu dgn biduanita indon yang tersohor baru menipu depan saya!

-RULE 1 YANG SAYA CAKAP BILA DIA NAK JEJAK RUMAH SAYA: BILIK TIDUR SAYA ADALAH KAWASAN LARANGAN! SAYA SAHAJA YANG AKAN KEMAS DAN URUSKAN BILIK SAYA. tapi dia cabar saya! saya suruh dia gosok baju sebab dia kan pemalas. buat apa pun tak reti.melongo je. lepas gosok baju dia boleh masuk bilik saya dan nak bukak almari saya! sedang saya depan pintu bilik!!! memang melampau! sebelum dia bukak almari saya. saya tanya dengan tegas tapi terkawal "nak buat apa tue?" buat muka selamba bagitau "nak simpan baju" . terus saya cakap "tak payah!pegi gosok yang lain" wahhhhhhhh... ini sudah lebih.. ko memang nak tengok aku tampar muka ko kot! masa gosok baju kat bawah ..baju bukan banyak tapi lembab gile menggosok. pulak tue siap bukak lagu2 dari hp dengan senang hati. ITU KE GAYA ORANG YANG BARU TERIMA BERITA  ANAK MATI?

-serius saya tahu semua ne permainan dia. tapi macam mana saya nak cakap yang semua ne lakonana dia. alasan ikut instinc seorang ibu memang langsung tak kuat. oh lupa nak bagitau dia ne tak penah jejak malaysia kata agen. tengok pasport pun baru sekali cop je. masa kengkonon kes anak dia mati tue. dia cakap dia sebenarnya dah bercerai dengan suami dia tapi ejen suruh menipu sebab kata agen nanti takde org nak amik dia bekerja kalau tau dia ne janda muda. dia jugak cakap dia paham bahasa ingeris sebab dia belajar sampai ala2 kat malaysia ne taraf spm. saya dengar je.. semua yang dia cakap saya tak percaya ye.. saya nak tengok siapa yang tengah mainkan siapa. agency ne menipu atau budak mentah ne menipu. tapi hati saya ne memang tak percaya maid penipu ne...

nanti sambung ek.. novel banyak episod walau hanya 3 hari  :)


Monday, April 22, 2013

Cerita Bibik Menipu. Sebagai pedoman di luar sana-Part 1

Salam semua.. sebenarnya citer ini hampir2 reda di rumah saya tetapi saya ingin coretkan di sini supaya kawan2 berhati2 juga.. bukan tak ada maid yang baik tetapi nak berjumpa yg baik tue payahla kot.. maid yg baik yang pernah saya sendiri jumpa adalah kak mar. maid di rumah ibu saya. jujur orangnya.hampir 4 tahun jugak dia asik berulangalik mengemas umah mak.. umah saya pun pernah dan umah adik2 saya.. bayangkan kalau jumpa emas pun pulangkan balik. pernah satu ketika saya boleh tinggalkan rantai kawin, cincin & jam kawin semua masa dia sibuk mengemas. wahhhhhhhh cepat2 saya call mak. mak dengan yakin " mak percaya kak mar takkan amik. kejap mak tengok. kat mana angah simpan" dan benar bagai dikata.. kat mana saya letak kat situlah kedudukan tanpa berubah.. kak mar siap lap lagi atas rak tue..mustahil tak jumpa barang2 kemas tue.. kalau jumpa duit berpuluh2/beratus2 pun pulang balik.. dah bnyak kali mak saya test :)

maid yg penipu ne hanya 3 hari di rumah saya.. senang citer tak sampailah 3 hari sebab malam ke 3 tue dah hantar semula kepada agency. dia dipulangkan bukan isu tak reti masak tak reti jaga anak atau bla bala bla.. tapi isu PENIPU!

HARI 1
-perjumpaan dibuat di rumah mak saya. agency nie adalah wanita indonesia. lebih tua dari saya.mungkin sebaya emak. orangnya nampak educated.datang pun naik honda hokey... di akhir pertemuaan speking london sbb dia tak mo maid dia paham apa kami cakap. suami dia pun ala2 indon yg belanda tue.. yg hensem2.. LOL.. walau tua nampak hensem haha..

-masa mula2 nampak maid ne sebenarnya hati saya tak sedap. kenapa? yes sebab dia tersangat muda.malah muda dari adik bongsu saya! 21 tahun! dah kawin anak sorang. ini bukan seorang cemburu atau tidak tapi kalau saya nak cemburu pun apa salahnya. itukan rumah saya itukan istana saya. sebelum benda buruk jadi lebih baik kita berhati2. betul tak? saya nak org yg membantu saya bukan membawa masalah dalam rumahtangga saya. maid ne akan duduk setiap hari di rumah saya bukan jumpa sesekali dalam seminggu, bukan sehari dalam sebulan. setiap hari! dan saya ne kerap juga keja luar. adakah elok meninggalkan suami dan anak2 dengan maid yang muda? maniskah begitu? tak timbul fitnah ke? syaitan ada di mana2. tak kira masa.  setiap isteri pun akan fikir begitu. kalau ada isteri yang tak fikir seperti mana saya berfikir  maksudnya isteri itu tidak sayangkan suaminya dan suami itu  hanya sekadar patung di rumah. untuk perhiasan je.. ada ke takde sama je..  DAN SAYA ADALAH ISTERI YANG SANGAT SAYANGKAN SUAMI SAYA. KALAU SAYA TAK SAYANG BAIK SAYA KAWIN DENGAN LELAKI LAIN.. KAN BANYAK PILIHAN DULU..ekeke.. muahaha.. heppp... bukan sikit yang kami tempuh utk jadi suamiisteri dan kekalkan rumahtangga selama 7/8 tahun ne.. mustahil saya nak biar rumah tangga saya tergadai macam tue je kan? langkah mayat saya dulu..eh silap..lawan ARIEF dulu haha..

-kalau saya suarakan hati saya..suami akan gelak besar punyalah ..kiki.. saya pun nak gelak jugak kalau nak cakap "bang takmolah..muda sangat.nanti awak suka dia pulak.lupa kat b nanti " muahaha memang kelakar.. jeles dgn indon.. .. mesti en papa pun akan cakap "la..itu indon je.. tak payahla nak jeles sangat" HAHA.. gelak..gelak jugak ye.. realiti is realiti.. kalau maid tue lelaki lainla.. kalau pondan saya risau gak sebab dua alam haha... oh pada yang tak tau.. saya & hsbd satu opis. isu cemburu ne tak penah timbul untuk saya. lagila depan mata keja dgn ofiser muda ke, cleark muda ke.. dah namanya keja.. tak logik la nak cemburu buta tapi entah kenapa kali ini hati ne lain macam..    pernah dengar pepatah "kalau pasal perempuan tok imam pun tanggal songkok/kopiah" jangan gelak ek.. masa mula2 saya dengar ayat ne saya pun gelak habis. itulah perumpamaan sikap lelaki yang "kalah" dengan perempuan. sedangkan yang beriman pun ada yg tersungkur inikan pulak hanya lelaki biasa.. TAPI walau ketika itu hati dah rasa tak sedap (tak sedar ne Allah dah beri petunjuk ada sesuatu nak jadi)

-SATU PETUA DARI KENALAN yang dah banyak pakai maid "pesan kat suami tak payah nak bercakap dengan maid, biar semuanya isteri yang uruskan sebab maid ne akan naik lemak bila suami banyak berbual dgn mereka. tengoklah arahan dari isteri tak akan diendahkan kalau suami mua2kan mereka.suami cuma perlu berbunyi bila nak mengamok je kat maid" ye ke? siapa boleh sahkan petua ne?

lagi satu.. mereka datang sikit punya jauh takkanlah takde bawak "bekal" sebab tue suami2 tolonglah jangan "bermulut manis" dengan maid. mungkin anda tak ada apa2 tetapi sekali diorang pulak jatuh hati..anda yang tersungkur kena guna2..  ini kisah benar dari mak saya. kawan mak saya chinese lady. pakai maid jugak. saya pun penah tgok maid ne. sorry tue say bukan nak menghina ciptaan tuhan tapi bezanya langit dengan bumi dengan si isteri. mula2 ok lama2 si suami dah lain macam. yg mula2 sedar adalah abang chinese lady ne bila si suami memuji maid tue cantik. bayangkan tetiba puji maid tue cantik kat meja makan. depan family tue. rasional tak rasional.   menyirap darah si abang.. tak lama lepas tue chinese lady ne menangis2 cerita dengan mak. mak cakap perkara pertama hantar maid ne balik sebab mak pernah dengar "ilmu tue akan tawar jika merentas lautan" hantar balik dan dipendekkan citer rumahtangga kawan mak tue kembali aman. so tolonglah ye suami2 jangan nak bermulut manis sangat seperti petua kawan dan citer mak saya.

-tapi i kan menidak kan deria rasa ke 6 ? saya masih terima. saya tak bolehla nak dengar hasutan hati jekan? saya kena rasional... saya tanya direct je . muda sangat ne reti ke buat keja. anak2 boleh jaga ke? baby boleh jaga ke? cakap sikit punya lembut. saya pun ada anak.. ok ... kita tengok.

-bawak balik rumah. saya tengok je dia buat keja. tengok cara dia keja. saya cuma bagi arahan. kali pertama je saya dah tak suka. salin pakaian utk buat keja rumah diganti dengan seluar pendek. dan seluar pendek itu jarang ye kawan2. boleh nampak underwear. mil saya pun cakap benda yang sama. bukan perasaan saya sahaja... apa tujuan dia ye?  sakit mata tengok! oh masa datang umah mak tue pakai tudung. tapi gaya pakaian tak pulak macam org susah. up to date jugak. macam budak2 kita pulak.. iye ke nak keja ne? tapi ok fine rasional lagi. budak ne miskin kot .. seluar panjang  pun takde nanti saya belikan. tapi saya tak tegur (lepas ne kalau maid masuk umah saya; on the spot saya tegur kalau saya tak suka dari apa segi pun. tak boleh bagi muka diorang ne). keesokan hari dah pakai suar panjang. rupa2nya mil saya dah tegur dulu.

-dia memang cakap tak tau masak. tapi saya kata yg simple2 utk anak tau ke tak? katanya boleh. so takpe saya pikir takkan goreng telur pun tak reti.mesti reti. tak reti bukak gas api nak masak  saya pahamla.. rupanya goreng telur pun failll! saya tengok dia pecahkan telur atas kuali(masa ne api dah pasang.saya ajarla cara pasang gas masak ) tak semena2 dia pegi tabur garam atas telur yg tgh mengelegak atas minyak. rupa2nya mil saya kata kalau goreng dua bijik telur kena campur garam , maksud mil saya  telur dadar . dan kocak dalam mangkuk atau pinggan then baru goreng. tapi dah gaya macam ne nampak sangat tak reti masak langsung! nasik guna periuk leterik pun jadi bubur..lembek.. astargfirullah.. ok pasal masak ne ok lagi..boleh diajar .. hari itu saya yang masak & dia jadi tukang makan! cuma kopek bawang dgn terkial2!

-uruskan arief. nak handle arief pun tak reti. "arief tak nak buk..arief tak nak" saya tengok je.. memang arief melawan dengan dia. tak bagi sentuh (anak pun tak sukakan? instinc anak lebih cepat dari mamapapa dia rupanya.  sedang masa bibik first arief yg berlari kat bibik tue. en papa nak mandikan arief pun arief lebih prefer dimandikan dgn bibik first tue)   .  pada mata saya dia yang tak nak uruskan / berusaha amik ati arief.. dia nak mil saya yang tengah memandang tue uruskan.. tak payahla dia buat. boleh bersenang lenang. last2 sebab sakit ati mil saya yang mandi & siapkan arief. haiiiiiii ini nampak gaya mil saya & saya yang jadi bibik! fail lagi!

HARI KE DUA
-seharian mil kat umah dengan bibik. saya & en papa pulak keja sampai malam. dah nak 12 malam baru balik umah.  sampai je umah dengan badan yg penat. jejak je umah mil bagitau bibik cakap anak dia meninggal. ehhh? tapi naluri saya yg juga ibu mmg jatuh kesian. melalak2 melutut nak balik indon. mata dah bengkak2 kengkonon menangis dari siangnya. dalam naluri kesian tue saya teringan kat agency jugak. saya cakap nanti saya akan contac agency. melalak2 lagi cakap "jangan bagitau ibu syarifah nanati saya dimarahi. saya janji akan kembali lepas 5 hari.org di sana menunggu saya utk kebumi. tolong ibu tolong pak. " aku sepak jugak kang! kihkih.. masa nelah baru  terpikir nak sepak..masa tue kesiannnn sangat. saya kata nantilah saya fikir terus saya naik ke bilik.

-saya termenung dalam bilik.istigfar banayk2. baby dalam perut pun terus mengeras. stress penat keja.stress dgn citer terkini.kesian pun ada. terbayang kalau anak2 kita hilang tiba2 di saat kita carik rezeki di tempat yang jauh. lama jugak saya menung & akhirnya saya terdetik.. "eh lum solat isyak.baik solat mintak petunjuk Allah" terus mandi & solat.

-Sebab itu kalau nk  buat apa2 keputusan lebih baik kita solat & dapatkan petunjuk Allah. Saya ne bukannya kuat sangat agamanya. banyak kekurangan. menutup aurat pun tak sempurna mana. baca quran pun entah betul ke tidak tajwidnya tapi satu yg saya diterapkan oleh mak saya dan saya sangat yakin. Kita mesti solat 5 waktu supaya kita dalam perlindungan Allah. Kita mungkin akan tersilap perbuatan/pilihan dalam kehidupan kita tapi Allah takkan biar kita jatuh tersungkur sampai tak boleh bangun balik & tebus kesilapan2 kita. Allah akan lorong kita.jaga kita. keselamatan kita dalam perhatian Allah. Allah tue penyelesaian segala masalah. Itu yang saya yakin.. Alhamdulilah ..  ajaib sungguh lepas je sembahyang saya terus buat satu keputusan. masa tue saya yakin anak dia memang meninggal .. situasi masa tue.. sebelum saya tahu itu semua kisah bohong si maid penipu!

-keputusan saya ialah "apapun yang jadi saya tak nak maid ne lagi. saya akan pulangkan dia ke agency. walau dia kata akan balik bekerja selepas 5 hari saya tak nak! sebabnya saya tak yakin seorang ibu yang kematian anak mampu menjaga anak2 org lain. ada harapan anak saya kena dera ne! lebih baik saya lindungi anak2 saya dari sibuk nak kesian pada org yang hanya baru satu hari jejak umh saya"
 AM I RIGHT? Siapa dia untuk saya kesian?dan tak semena2  saya teringat cerita mil camana mil saya suffer hampir berbulan2 selepas kematian aruah fil. camana nenek en papa menguatkan semangat mil saya..bukan senang..  eh takkan saya pulak nak menguatkan semangat org luar yg kematian anak ne. sapa yg jaga sapa nanti? lagipun dia siapa dalam kehidupan saya? bukan adik saya/kakak/mak. takde ikatan darah!

-saya pun sikit pelik dengan hati saya yang keras dan takde bolak balik lagi. sikit pun tak sedih. mungkin sebab dah bersedia sejak maid pertama yg bagus hilang tiba2. inikan maid yg buat hapah pun tak reti  ne.. apa yg nak sedih sangat?  apa yg saya nak kesian sangat & masih nak dia tinggal kat rumah ne? atas dasar apa? masak fail. uruskan anak fail. tambah dgn masalah anak meninggal lagi?  dalam satu hari sahaja apa yg dia reti buat & apa yg saya bergantung harap sangat pada dia? tak rasional langsung utk terus bertegas nak dia jadi maid dalam rumah ne.  masa maid pertama tue saya menangis bila medical maid ada problem dan tak boleh buat permit .mungkin juga  masa tue dah 2 minggu bibik first tue jaga anak2 & saya pun agak puas hati dengan kejanya & tingkahlakunya yang tak payah diarah, disuruh dan lain2lah.. tapi kali ini keputusan tue datang tiba2.. saya percaya Allah gerakkan hati saya untuk kali kedua bagitahu bahayanya maid ne pada rumahtangga&anak2  saya.. .. kali pertama yg hati saya rasa tak sedap bila tgok maid tue masa dia jejak umah mak saya..

SAMBUNG NANTI YEEE... LETIH MENAIP ..MCM BUAT NOVEL ANA MUSLIM PULAK HAHA...






Hampir dua minggu apa perasaan duduk di rumah baru?

Buat masa ne memang lum ramai sangat yang pindah ke area umah kami. Fasa 1 macam dah penuh jugak. Tapi Fasa 2 umah saya tue.. dalam satu row tue family kami je lah yang dah masuk umah.

HANTU?
Masa mula2 pindah ala2 takutlah jugak. Nak-nak penah ada yang main cak2 dengan saya.. bunyi guli..cehh.. anak2 mana ada main guli..GRRR.. masa tue saya baru habis solat  malam.. magrib ke isyak ... tak ingat pulak.... bunyi guli tue betul2 belakang saya.. masa tue saya dalam bilik dengan arief.. saya toleh belakang..bunyi guli tue diam.. toleh depan balik ..bunyi lagi.. toleh belakang bunyi senyap.. haiiiiiiiii..ini bikin hati seriau.. saya malas nak layan.. tetiba arief yang ala2 comel lote ne boleh tanya "MAMA, BUNYI APA TUE? HANTU KE?"huwaaaaaaaaaaa.. nape la ko tegur2 nak.. diam2 sudahle.. terus benda tue senyap.. diam tandanya setuju.. memang hantulah tue ye? pulak tue arief penah cakap ramai2 kawan2 kat sini tapi semua dah balik.. huwaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.... mana ada orang nak... kita je.. saya pun silap masa mula2 datang umah ne quran saya tertinggal.. panas jugak rasa rumah ne takde bacaan quran. bukak yassin uztaz kat tv9 tue asik tersekat2 je connectionnya. tapi baru2 ne dapatla baca yasin sekali kat umah. tenang sikit hati saya + mil duduk dah 2 week kat umah ne ada gak baca2 ayat2 sikit.. harap2 "kawan2 arief" tue taulah ye ne rumah manusia..

PEMANDANGAN
alhamdulilah en papa pilih rumah yang depan padang. ikut saya masa nk beli umah, saya main tunjuk je. patutla lama benor en papa belek pelan. rupanya nak carik umah yg sesuai. bila bangun pagi saya terbau bau daun2.. tengok ikut tingkap namapak padang mainan & padang bola.. duduk di rumah ne mengingatkan saya rumah mak yang memang depan padang. kedudukan rumah ne sebijik macam umah mak dulu. saya boleh bayangkan camana anak2 membesar sama macam saya membesar dulu. petang2 je lesap main padang. nanti arief besar sikit mesti main bola. bila tanya amana ..rumah mana amana suka.. jawapnnya dua2 pun suka tapi umah baru ne lagi best ada padang.. amana dah lupa kolam umah lama ke nak?

NAIK TANGGA TURUN TANGGA
dulu dok apartment mana ada tangga. lif adalah :) penat gak nak naik turun tangga. lagi2 kalau angkut kain baju. tapi dah 2 week ne dah terbiasa sikit. rumah sepah & serabut lagi. biarlah. saya malas nak stress. banyak kotak2 lum bukak..saya kemas je sikit2.yg penting baju berbasuh & saya masak. itu je.

DECO RUMAH
lepas bersalin nanti tengokla caner umah ne saya kerjakan haha. masa tue saya nak g ikea, kedai perabot tinjau sana sini.. en papa pun satu2 benda dia pasang. pasang rail etc etc..smlm dah order langsir.. langsir biasa2 je.. janji umah tue bertutup.. sekarang tak de ramai org duduk lagi area ne..ampun lagilah dalam umah terdedah.. lepas ne adoii.. so yg penting tempah langsir dulu. 2 minggu baru siap tau..oh smlm pun en papa dah pasang katil princess yg saya menang tue. sapa yg rasmikan? mil saya .. haha.. tapi risau jugak sbb katil tue besar dari katil single biasa.kena beli tilam lain. nanti saya tepek ye gambar2 pasang katil tue. lama jugak nak pasang katil bertiang ne.. lepas ne nak mintak en papa pasang pulak rak mainan princess amana & rak baju utk baby dalam perut ne. senang saya nak selongkar barang baby yg lama2 & letak dalam rak tue siap2. baju2 baby kena jugak basuh balik. nak beli yg baru mungkinla ada beberapa helai tapi takkan semua nak baru..haiyaaa.

JARAK KE OFIS
ini yang palinggggggggggggggggggggggggggg saya geram. bayangkan kami keluar jam 6.30 hari ne tapi sampai opis jam 8.30! istigfarlah banayk2.. 2 jam.. macam nak pg melaka! dah 2/3 jalan yg kami test tapi takde yg smooth. sapa2 yg tinggal kajang boleh tak bagi jalan yg ok nak g bangsar? tak kisahla ada tol ke tak.. sekarang tol2 ne tak kisah yg penting sampai awal & smooth je laluannya. kalau 2 jam  hari2 pg keja masakla gini..minyak habis..keta pun rosak..lum lagi hatis akit & kaki lenguh.. hati sakit sbb risau tak sampai on time. kang kena bagi surat tunjuk sebba pulak..mencikkkkkkk.. tapi time balik ok pulak..hurmmm.. jangan suruh naik motor ye. dgn prgnant ne nak naik motor? pulak tue kalau kajang ke bangsar naik motor sah2 tiap2 bln saya masuk kpj..sakit tulang belakang :(

BILIK ANAK2
saya dalam proses nak didik anak2 hormat privasi kami. tak suka main masuk & terjah je bilik saya macam tue. anak2 dah besar dah kena didik mulai sekarang. pastu tidur ramai2 dalam satu bilik. no point beli umah lagi besar tapi nak dok celah ketiak mak lagi.next year pun amana dah 7 tahun. sekaranglah dah kena start ajar dia tentang aurat. si arief tue lagi satu.. camana payah nak memahamkan & memujuk dia jangan duduk di pangku saya masa dalam keta sesukar tuelah nak pujuk dia jangan asik nak berkepit tidur celah ketiak saya tiap2 malam.. kalau lepas ne ada baby canerla si arief ne? kang dia sepak baby tue malam2 haha.. ini pulak baby yg tak reti apa2 lagi.. malam2 pun dia selalu main tendang saya.. mengigaula ...gatal kaki lah itulah inilah.. nak mama peluklah..nak mama ciumlah..alahaiiiiiiiiii... tue.. bila saya tengok katil bilik amana yg ala2 lengkap walau takla cun mana.. dengan hadiah katil bertiang yang cantik tue.. bertuah betul si amana ne.. tp masih nak tdo dengan mama lagi.. :) amana request nak aircond.. dah biasa sejak kecik.. nantila mama fikir caner ye.. kalau ada budget apa salahnya.lagipun lepas ne nak kunci bilik saya.. semalam amana dah pandai.. saya ajar dia ketuk pintu.. bagi salam & bagitau nama dulu kalau nak masuk bilik saya.. TOK..TOK.. ASSALAMMUALAIKUM MAMA.AMANA NE.. NAK MASUK BOLEH KEEEE? tapi lum cakap boleh dah terjegul muka dia haha.. takpelah kali pertama ajar... pastu ayat2 nak lepak bilik saya.. WAHHHHHHHHHHH SEJUKLA BILIK MAMA.MAMA PASANG AIRCOND YE? haha

so far alhamdulilah pindah umah baru ne.. walau dugaan2 tue betul2 mencabar kemampuan dan kesabaran saya.. tapi insya allah doa mak dan kasih sayang Allah tue akan sentiasa di sisi saya.. moga Allah sentiasa bagi petunjuk untuk keluarga kecil kami.. sentiasa dilindungi dari yang buruk2 & yang berniat tak baik.. ..sebab kita hanya merancang Allah yang menentukan perjalanan hidup kita ne.. di akhir mana kita nanti.. semoga pengakhirannya adalah yang baik...

Friday, April 19, 2013

MAAFKANKU WAHAI ISTERI

COPY PASTE DARI PENULIS YANG SANGAT SAYA GEMARI. MALAH KETIKA PERKAHWINAN SAYA ; PENULIS INI  HADIR DAN  MENGHADIAHKAN SAYA SENASKAH BUKU YANG DITANDATANGANI OLEHNYA.. : USTAZ PAHROL JUOI

http://genta-rasa.com/2013/04/08/maafkan-aku-wahai-isteri/#more-2471


Maafkan ku wahai isteri kerana tidak memaafkan mu! Sesungguhnya ketika ini hati ku tidak menentu. Resah dan gelisah. Puas ku cari puncanya, rupanya segala-galanya kerana tidak memaafkan mu. Tidak memaafkan itu sesungguhnya satu dosa. Dosa itu pasti meresahkan.

Benarlah seperti apa yang pernah ditegaskan oleh  Rasulullah SAW:  “Dan dari Wabishah bin Ma’bad RA, ia berkata : “Aku telah datang kepada Rasulullah SAW, lalu beliau bersabda : ‘Apakah engkau datang untuk bertanya tentang kebajikan?’ Aku menjawab : ‘Benar’
.
Baginda bersabda : ‘Mintalah fatwa dari hati mu. Kebajikan itu adalah apa-apa yang menenteramkan jiwa dan menenangkan hati dan dosa itu adalah apa-apa yang meragukan jiwa dan meresahkan hati, walaupun orang-orang memberikan fatwa kepada mu dan mereka membenarkannya”. (HR. Ahmad)

Ketahuilah aduhai isteri, sebaik sahaja surat ini di sisi, kau telah ku maafkan. Maafkan aku kerana tidak memaafkan mu. Sesungguhnya, aku acap kali dikuasai ego, sehingga terasa aku lebih ‘besar’, lebih penting dan lebih berkuasa…  sehingga dengan itu aku  tidak mampu memaafkan. Sedangkan aku hakikatnya hanyalah seorang hamba… yang kerdil, lemah dan berdosa. Siapalah diri ku sehingga tidak mampu memaafkan, sedangkan Allah, Tuhan yang Maha Besar itu pun sentiasa memaafkan.

Dalam sebuah hadis sahih, Rasulullah s.a.w. bersabda, ”Allah Yang Maha Tinggi berfirman: “Wahai anak Adam, sesungguhnya jika kamu berdoa kepada Ku dan mengharapkan- Ku maka Aku akan mengampuni mu atas semua dosa yang kamu lakukan, dan Aku tidak peduli. Wahai anak Adam, andai kata dosa-dosa mu itu sampai ke puncak langit kemudian kamu meminta ampunan kepada Ku nescaya Aku ampuni dan Aku tidak peduli. Wahai anak Adam, seandainya kamu datang kepada Ku dengan dosa yang besarnya seisi bumi seluruhnya, kemudian datang menemui Ku dan tidak menyekutukan Aku dengan yang lain nescaya Aku akan datang kepada mu dengan ampunan yang besarnya seisi bumi seluruhnya.”

Sungguh, setelah aku teliti dengan hati-hati segala kesalahan mu isteri… semuanya berpunca daripada kesalahan ku jua. Aku yang masih gagal mendidik mu. Aku yang masih kurang sabar dalam menghadapi kerenah mu. Aku yang masih tidak lunak dalam bertindak dan berkata. Hingga dengan itu, kesalahan mu cuba ku tangani dengan satu kesalahan juga. Malah ada kala dengan satu kesalahan yang lebih besar lagi.

Sepatutnya, aku tidak terkesan dengan wajah mu yang mencuka dan layanan mu yang selamba. Tapi entah kenapa, pada hari itu aku menjadi sangat perasa. Mungkin kerana ujian dan cabaran yang begitu berat ketika pulang dari bermusafir. Keletihan, cabaran dan masalah ada kalanya menggugat juga ketenangan kita. Lalu aku rasakan segala-galanya itu hanya aku yang mengalami tanpa ku sedari kau juga sedang diuji. Apa kurangnya ujian dalam rumah dibandingkan ujian di luar rumah. Mungkin tidak dari segi fizikal, namun mental dan emosi mu tentu sahaja teruji.

Belum, belum… aku belum mampu menjadi suami seperti Sayidina Umar RA, yang mampu menghadapi kerenah isteri dengan senyuman. Yang mampu berdiam diri menghadapi leteran isteri. Bukan kerana takut isteri. Bukankah Sayidina Umar adalah insan penuh keberanian sehingga digeruni oleh para syaitan? Namun, begitulah tarbiah Umar kepada isterinya. Leteran dihadapi dengan kesamaran. Api kemarahan akan padam apabila disiram dengan salju kemaafan.

Akan kurenungi kembali nasihat Sayidina Umar kepada seorang suami yang sering menghadapi kerenah isterinya dengan meluahkan suara hatinya sendiri ketika berdepan dengan situasi yang sama: “Hai saudara ku, aku terima keadaan itu kerana jasa-jasa isteri ku pada ku; dia seorang tukang masak makanan ku dan pencuci pakaian ku, dan yang menyusu anak ku, padahal semua itu bukan kewajipannya. Selain dari itu, dia dapat menahan hati ku dari perbuatan haram. Maka kerana semua itulah aku terima saja kecerewetannya.”

Ya, itulah peribadi Sayidina Umar yang sesungguhnya telah dididik oleh Rasulullah SAW. Pernah suatu masa Sayidina Umar masuk menemui  Nabi Muhammad yang ketika itu Nabi sedang berbaring.  Nabi telah menyendiri di biliknya dan sebelum itu telah tersebar khabar angin bahawa baginda telah menceraikan isteri-isterinya.

Sayidina Umar : Ya Rasulullah, adakah kamu telah ceraikan isteri-isteri kamu?
Sayidina Nabi mengangkat kepalanya dan berkata : Tidak
Sayidina Umar : “Allahu akbar Allahu akbar. Tuan boleh lihat sendiri betapa wanita-wanita kita tidak sesekali berani mengungkit dan membalas apa kita cakap. Sekarang mereka mula telah terkesan dengan perempuan kaum ansar yang suka mengungkit dan membalas cakap suami mereka.”

Suatu hari saya marah isteri saya dan dia berkata : “Apa yang peliknya jika saya mengungkit dan membalas cakap awak sedangkan isteri-isteri Nabi pun melakukannya terhadap Nabi.
Sayidina Umar : Agak malanglah sesiapa di kalangan mereka itu yang melakukan sedemikian. Adakah kamu boleh tenang dengan kemurkaan Allah kerana membuat kemarahan Baginda. Habislah kalau begitu.

Nabi Muhammad tersenyum mendengar kata-kata sayidina Umar.

Sayidina Umar : “Ya Rasulullah, suatu ketika saya jumpa Hafsah dan berkata kepadanya : Janganlah kamu terpedaya dengan perasaan kamu apabila melihat mereka lebih comel dan disukai oleh Nabi.”
Nabi tersenyum sekali lagi. Sayidina Umar : “Adakah Tuan sudah merasa lega dan terhibur?”
Nabi berkata : “Ya.”

Semakin ku renung semakin terasa bersalah. Sungguh aku telah bersalah ketika ku tolak rayuan mu untuk dimaafkan tempoh hari.  Aku terlupa akan firman Allah ini: “Dan tidaklah sama (kesannya dan hukumnya) perbuatan yang baik dan perbuatan yang jahat. Tolaklah (kejahatan yang ditujukan kepada mu) dengan cara yang lebih baik. Apabila engkau berlaku demikian maka orang yang menaruh rasa permusuhan terhadap mu, dengan serta merta akan menjadi seolah-olah seorang sahabat karib.” Al- Fushshilat : 34

Teringat aku ‘mauizah’ yang pernah ku terima dalam usrah suatu ketika dulu:“Jika tidak ada orang yang melakukan kesalahan kepada kita, mana mungkin kita mendapat pahala sabar? Jika tidak ada orang yang bersalah dengan kita, kita akan rugi… kerana tidak berpeluang mendapat pahala memaafkan. Sedangkan sabar dan memaafkan itu sangat besar pahala serta nilainya di sisi Allah.”

Begitu pesan para murabbi yang telah sama-sama kita dengar berulang kali. Ya, aku suami yang pelupa. Lupa akan pahala sabar. Alpa akan kelebihan memaafkan. Sedangkan telah lama Allah mengingatkan melalui firmanNya:”Orang yang sabar akan mendapat pahala tanpa hisab.” Allah jua telah mengingatkan:”. “Sesungguhnya hanya orang-orang yang bersabarlah Yang dicukupkan pahala mereka tanpa batas.” (QS. Az-Zumar: 10)

Sebagai suami aku seharusnya berjiwa murabbi. Seorang murabbi seharus nya lebih banyak memuji daripada mengeji, memujuk daripada mengutuk, mengajak berbanding membentak, melapangkan daripada menyusahkan… sayangnya, aku tidak sebegitu. Kekadang aku terlalu cepat menghukum. Sedangkan telah berkali-kali diperingatkan oleh orang yang bijaksana, “sesiapa yang cepat menghukum tidak akan sempat memberi kasih sayang!”

Lalu, di akhir lembaran ini sekali lagi… ku ulangi ayat pertama dalam surat ini, “maafkan ku wahai isteri kerana tidak memaafkan mu!”

P/S: SAYA ADA SIAPKAN SATU SAJAK NAK MASUK CONTEST.. NANTILA KALAU SENANG2 SAYA LETAK KAT SINI YE.. KALAU TERSIAR KAT MAJALAH TUE ADALAH HARAPAN TERCALON MENANG.KALAU TIDAK HAHA.. KORANG JELAH YANG BACA YE..


Salam Jumaat dari My Little Angle

Membelek2 gambar lama tetiba ternampak gambar ne..
Amana cutenye masa kecik2
Arief boleh naik motor duit syiling jelah ye
Nanti besar sikit bawak kakak ronda2 naik motor
Macam pakcik madan bawak mama masa dulu2

semoga Jumaat hari ini memberi keberkatan & kebahagian pada semua
Semoga keluarga kita semua sentiasa dilindungi oleh Allah
Semoga kita peka dengan segala petunjuk yg Allah beri
Jangan hanya memandang luaran
Pekalah pada gerak hati
Gerak hati tidak pernah menipu
Lebih2 bila anda seorang isteri & ibu
Anda akan diberi anugerah khas yang tiada ternilai
Gunakannya untuk melindungi keluarga anda
Insya Allah semuanya akan selamat
Amin



Wednesday, April 17, 2013

Ramadan Saya


Amana: Mama kenapa pakcik madan (adik lelaki saya)  nangis masa acu (adik bongsu saya) kawin?
Mama: Nanti bila Amana kawin baru Amana faham. Masa tue Arief mesti nangis jugak.
Amana: ooo..ye ke (sambil memandang Arief)
Amana: Arief, nanti masa kakak kawin Arief mesti nangis tau macam Pakcik Madan.
Mama: (blurrr..eh salah cakap ke?)

dahulu adik lelaki saya ini sangat2 dimanjakan.. geram betul tau.. semua nak .. semua  dapat.. games, motor, etc etc..mungkin kerana dia satu2nya anak lelaki dalam 5 beradik.. makin usianya meningkat kreadibiliti(eceh perkataan) sebagai satu2nya anak tunggal lelaki semakin ketara.. bila ayah kurang sihat dialah yg berulang-alik menghantar ayah ke hospital.. .. dia yg dahulunya sambil lewa.. dahulunya tidak amik kisah kini semakin bertanggungjawab.. usia mungkin mematangkannya.. lebih2 kakak2 semua dah jadi milik org..

masih teringat lagi bagaimana dia melindungi saya.. kasih sayangnya dalam bantahan dan kemarahannya.. dia mahu saya bertemu jodoh dgn lelaki yg baik.. mungkin padanya kakaknya ne macam angle kot haha.. so mesti juga dapat lelaki yg baik2 dan serba sempurna.. tapi adikku sayang jodoh itu Allah tentukan sejak di Loh Mahfuz.. sebegitu juga jodoh kakak2mu.. terima kasih kerana sehingga saat ini diri ini masih dilindungi dari kejauhan darinya.. dia melindungi dalam diamnya..  

oh salah satu kenangan.. saya study belakang umah je jadi adik lelaki saya ne memang dipertanggungjawabkan utk hantar saya pg balik kelas.. adik saya hantar saya kuliah naik motor baru yg dibeli kengkonon khas utk hantar saya g kelas.. dan kesannya semua ingat adik saya ne boyfriend saya masa kat universiti..haha.. semua tak berani ngorat .. sehinggalah ada seorang teman bertanya"wahhhh ila sekarang ada boyfriend ye.." masa tue saya blur.. "siapa?" "aikkkk.. buat2 nak tanya pulak..ala yg hantar kuliah tadi" muahaha.. ye.. inilah boypren saya sejak kecil..  patutla kat universiti takde boyfriend cehhhh...

dan ada satu citer lagi.. masa tue saya ke shoping complex di mines.. saya terpisah kejap dgn adik lelaki  saya sebab saya pegi tengok2 barang lain.. then saya datang balik kat adik saya sambil tunjuk barang yg saya beli.. muka adik saya berubah & ada satu girl menjeling saya & adik saya.. dalam hati saya "eh budak ne jeling2. cucuk mata baru tau jadi kasim selamat!" adik lelaki saya dah buat muka serbasalah.. dalam perjalanan nak balik adik saya membebel kat saya "ne angah punya pasalalh ne.kalau tidak madan dah dapat ngorat budak cun tadi tau! mesti dia ingat angah ne girlfriend madan! lain kali malaslah nak jalan dengan anagah!dah selalu jadi macam ne tau tak!!" erkkkkkkkkk.. saya ke yg salah? "jom..jom kita carik balik budak tue nak?sapa suruh tak cakap tadi?" saya balik dgn gelak2 habis tapi adik lelaki balik dgn rasa sebal haha...

umurnya kini dah menginjak 28 tahun.. semoga ditemukan jodoh dgn wanita yg memahami dirinya & tanggungjawabnya sbg anak lelaki.. adik saya dah cukup matang utk beristeri dan saya sangat berharap saya masih ada/ ada utk turut sama menguruskan perkahwinannya nanti.. bila? entah  lorrr..

dan setiap kali saya melihat arief saya nampak bayang2 adik lelaki saya.. manja sangat2 dgn saya.. sebagaimana madan manja dgn mak dulu.. dan saya dapat lihat Arief juga akan membesar dan melindungi kakaknya amana sebagaimana adik lelaki saya melindungi saya.. insya allah..




Friday, April 12, 2013

pelbagai cerita pelbagai kisah hanya dalam beberapa hari sahaja -pindah umah, S3 & maid penipu!

as salam semua...
apa khabar semua?
hopefully semua sihat hendaknya..
terasa lama sungguh tak update & tak menjengah FB. walaupun kawan2 FB seciput cuma tapi kebanyakkannya kawan2 comper yg sudah pasti update hal contest & i really love to read all the status.. nak2 yg asik update menang & menang dan menang.. sangat teruja tapi movement mak buyong macam tue jugak haha.. oh kenapa ya saya tak update FB & blog beberapa hari ini... pelbagai cerita yang berlaku hanya dalam beberapa hari sahaja..

Officially dah pindah rumah
perghhhhhhhhhhhhhhhhhh punyalah penat.. remember ye nampak mak buyong macam buat sikit tapi pergerakan mak buyong & kuderat bukan macam masa tak jadi mak buyong.. senang nak tau ..cer bawak bola 10kg/beras 10kg..ikat kat perut & bawaklah jalan sambil buat keja.. nak tengok sampai mana tahan.. sampai mana mengah & sampai mana mampu nak buat banyak2 keja.. en papa selalu jugak ke rumah kajang nak mengemas.. mencuci & entah apapa2lagi.. kami pindah hari isnin lepas..terpaksa amik cuti sbb umah apartment tak leh punggah barang time weekend.so 2 hari sebelum pindah en papa asikla dok remaind "kena cergas ye la(ila-nama manja saya..kihkih)..kemas barang kalau tidak nanti kita  tak boleh pindah isnin.. saya dah sewa lori ne" so apa yg saya buat? buat blur & usap2 perut..kahkah.. pastu en papa akan sambung balik "kalau awak laratlah ye" muahaha.. TAPI.. jangan tak tau.. saya gagah jugak mengemas.. saya target satu2 almari yg akan saya kemas. memanglah lembab tapi janji buat.. kemas satu locker.. baring..kemas satu locker baring.. sehinggalah hari isnin.. berjaya jugak mengumpulkan barang utk diangkut oleh lori. boleh bayang tak lori 3 tan tak muat? bukan saya ada angkut almari besar gabak.. bila citer dengan mak..mak gelak "mesti mainan cucu mak& menantu mak yg banyak" muahaha.. ya betul..barang anak mak tak banyak pun mak.. sebab anak mak buang semua yg tak perlu.. tapi cucu& menantu mak enggak taulah..

Badi S3
hurmmmmmmmmmmmmmmm.. mengeluh panjang2.. sebelum ne kan hp saya kena curi & then alhamdulilah saya menang S3 semula dalam satu contest MPH. NOWWWWWWWWWWWW S3 masih ada tapi dah tak boleh digunakan.. again.. saya tak tau nak cakap apa.. and hanya diam & relex.. kali ne bukan kena curi tapi anak kesayangan saya si amirul arief punya angkara.. saya mengemas dapur utk pindah tue.. en papa sibuk cuci akuarium.memindahkan ikan ke dalam akuarium kecik.. datanglah si arief yg mugil itu.. TIBA2 ada bunyi PLOP..& En papa menjerit nyaring.. saya pun menjenguk & en papa tengah pegang S3 saya yang dah basah.. aduhai amirul arief ...

Kenapa Arief letak hp mama dalam akurium?

Arief nak amik gambar ikan tue..

Arief, tahu tak mama dah tak join contest & mama takkan menang hp lagi?

Biarlah (sambil buat muka & berlalu pergi)


huwaaaaa... biarlah .... itu si bijak ne jawab? takpela mama redo.. anakkan? nak kata apa kan? takkan sbb hp tue saya nak pukul2 tangan dia sampai gangren pulak.. ye dok? yela nak .. mama pakaila hp cikap papa semula.. kadang kala masih tanya .. mana hp mama? lepas beberapa saat arief akan jawab semula ohhhhhhhh arief letak dalam akuarium. sambil senyum2 manis.. ye kawan2 itulah sebabnya saya tak boleh nak reply/ coment FB status kawan2..

Maid penipu!
Sebelum ini saya penah pakai maid selama 2 week & saya sangat sedih maid tue tak dapat jadi official maid saya kerana dia mengandung.. dah setel & semua duit dah dapat balik.itupun puas jugaklah nak dapat balik duit tue dari agency. itu maid yg pertama punya kes...

datang maid ke dua dari agency yg lain. hanya 3 hari ye kawan2.. start selasa hingga semalam sahaja. saya hantar dia balik. Bagus. Lega kepala saya! Nanti saya ada kuderat & rasa nak bercerita saya cerita dengan berjela2nya. cuma nak pendekkan citer saya buat paling ringkas..

1. dahla tak reti buat keja, saya yg buat keja, anak2 pun takboleh nak handle, masak hapah pun tak reti termasuk basic utk budak2 tapi itu semua saya boleh ajar dengan kesabaran kalau bukan penipu!

2. penipuan 1- hari kedua di rumah saya, saya&en papa  balik malam sbb meting kat luar sampai umah hampir jam11.30 malam. kat muka pintu melalak2 kata anak dia mati di indon. mintak nak balik indon & request supaya tak bagitau agency. lepas 5 hari berjanji akan pulang ke rumah kami semula. No way man.. ko baru datang aku nak buat charity? saya bukan bodoh macam tue! org bodoh&termakan dengan air mata ko je yg nak support ko balik! sebab itu saya benci maid yg muda2! saya lagi prefer seperti yg ada di rumah mak & dua org kakak di ofis ne sebab yg tua2 nie datang mmg utk bekerja, takde tanggungjawab di sana. mereka cuma pikir nak carik duit sahaja dan yang penting tahu nak handle budak2. ada rasa kasih pada anak2.. bukankah itu tujuan saya nak amik maid selain bantu urusan kerja rumah. saya bukan nak maid yg gatal & penipu..menangis sana sini nak tarik simpati! saya bagitau agen & agen siap hantar org dia di indon utk periksa. penipu tahap gaban sbb anak dia masih sihat! apalah punya mak sanggup kata anak mati utk menipu?

3. penipuan 2-esoknya pura2 pengsan.padan muka walau doktor tahu menipu tapi doktor tetap cucuk drip. rasakan! tapi dia tak berani nak pengsan depan saya.kenapa? cuba ko pengsan depan aku .. sebab saya boleh kesan dia menipu ke tak.. jatuh pura2 atau tak.. sebelum tue amana bagitau dia mennagis ..sajalah tue nak suruh org tanya kenapa.. tapi saya cakap dgn amana biarkan kalau dia nangis.. takde org layan dia nangis..  pura2 pengsan pulak..

4.berlaku sinetron di rumah saya bila agency tue datang umah & mengamok sakan kat maid tue. siap ada adengan kena tampar. bukan sahaja dia tipu saya & en papa tetapi juga burukkan agency itu.manalah agen tue tak hangin. kali ini saya basuh cukup2... dia bukak mulut menipu je ..saya betah.. lepas tue agen tue betah..last2 sebab semua penipuan terbongkar terus buat muka kejung. serius saya sendiri tergamam bila agen tue mengamok & tampar maid tue.. anak dalam perut pun terkejut :)

4. selepas pulangkan kepada agency. en papa jumpa PISAU bawah tilam.

alhamdulilah tiada yg cedera sebab kami buat tindakan dgn cepat pulangkan dia.hanya 3 hari sahaja di rumah kami. anak2 dari awal dah tunjukan muka menyampah.especially arief. masa bibik first; arief sendiri yg manjakan diri dgn bibik tersebut tapi dgn bibik kedua nie arief siap menengking & tak bagi pegang dia.. arief yg biasa mudah mesra ne jadi garang semacam.

Reaksi saya? Dari awal saya nak pakai bibik saya memang dah set dalam kepala.. saya takkan buat baik di permulaan. ye memang saya jenis yg lembut hati tapi saya bukan jenis ko baru jejak aku nak acomodate ko macam2.. saya cakap dgn lembut & tegas. ohh sorry aku nak meleweh2 aka ayu2! kebaikan saya datang dgn masa. kebaikan saya datang perlahan2. saya ambil masa & tahu timbang rasa. bukan saya buta kalau maid tue dah penat buat keja seharian.. saya pasti akan suruh rehat jugak .. silap besar saya nak baik dgn org yg baru masuk rumah saya. saya cuma cakap yg perlu2. nak dengar keluh kesah dia? kirim salam. dia datang sini utk jadi bibik so jadi bibik bukan jadi MEM dalam rumah saya. saya bercakap pun sepatah dua sahaja. saya cuma bagi arahan buat apa yg sepatutnya dia buat ... nak tau detail..nak tau masalah ko kat indon.. ko bercerai, ko operate, ko sakit jantung, ko itu ko ini, jiran tetangga ko pendengki, ko miskin, anak ko sakit telinga, suami ko kakijudi,kaki perempuan etc etc NONE OF MY BUSINESS!! FULL STOP!!

Maid ne bila kita baik & dia tengok kita jenis yg mudah kena makan mmg kitalah jadi kuli dia.. Tak perlu nak berlebihan2.. Mula2 datang kita tgok je cara dia. cara dia bekerja. bagi sahaja arahan tak perlu nak rapat2 tanya pasal family dialah itulah inilah.. itu yg naik lemak tak hengat! Kebaikan datang dengan masa.. sebagimana bibik kat umah mak saya. mak tak banyak cakap pun dgn kak mar(bibik mak di umah) tetapi bila dia buat keja bagus mak reward lebih dari biasa... bukan duit sahaja tapi barang2 & makanan.  bila dia nampak ala2 buat sambil lewa mak kurangkan bayaran harian dia.. so maid2 ne akan sedar diri! sebab tue sampai sekarang maid tue suka datang umah mak utk bersihkan rumah..

ehhh kata nak citer sikit je.. oklah dah penat baik pg solat .. nanti ada masa saya cerita camana saya & agen betah pada BIBIK PENIPU tue.. cuma satu saya sedikit syukur saya berjumpa dgn agency yg bertanggungjawab(setakat ne saya lihat bertanggungjawab compare agency yg first tue) & katanya akan ada replacement tapi kalau kali kedua masih dapat maid yg hampeh saya akan nego utk mintak semuala duit kami.. sekian sila pg solat ye mama Amana& Arief.



Friday, April 5, 2013

Wardrobe Built in & Cost

Ini rupanya lemari saya. Saya terpaksa buat jugak almari untuk pindah sebab saya memang takde almari.Umah lama tue pun builtin jugak so takkan nak cabut pulak? Buat rosak je. Baik tinggalkan untuk disewa. Nape saya pilih warna ala2 putih? Sebab dah bosan umah lama warna coklat dah macam raksaksa je tertonggok dalam bilik hikhik


Okey itu dua tkenit kesayangan saya. Masa ne saya tak ikut. En papa yang pegi dengan anak2. Bawak sikit2 barang. Time keja tau. Betapa heaticnya balik keja terus ke umah baru ne. Kontraktor sikit pun tak cakap dah siap. Tiba2 je taraaaaaa.... Yang paling best esoknya saya terus call contractor ne tanya bila dia nak saya bayar.. dia boleh cakap " takpelah kak..payment tue tak penting sangat" Haaa? What? Muahaha.. Tak mo duit ke? Hikhik.. Maybe sebab dia pun lum buat inspection keja staf dia. Dia cakap nak datang dulu tgok keja staf dia.. Baru dia amik balance payment. Tapi sebelum tue kami dah bayar RM2K (deposit utk kabinet dapur + wardrobe)

Oh wordrobe nie lebih kurang 12 x12 sampai atas siling. Harga ok kot.. Tak taulah mahal ke murah RM3400. Yang penting buat&siap ontime tak pening kepala nak kejar kontraktor etc etc.. Senang hati.. yang tau siap jer & bayar.. Habis citer.. Dalam keadaan sekarang saya tak mo  kontraktor buat masalah, lembab etc etc.. Kepala dah cukup serabut.. GRRR..  Nak bukak laci tue dia guna slow apa tah.. kalau slinding door namanya anti jump tapi kalau pintu ne ada namanya "slow dot dot dot" So bila bukak je laci tue takle tersekat2 tapi smooth & balance..cewah..

Sekian. nanti kos dapur kemudian pulak .. assalamualaikum.


Update on 30/11/13:
Sila refer link ini untuk contact no kontraktor almari  di atas

Wednesday, April 3, 2013

UKMSc 1st Checkup & Charges

OTW nak ke UKMSC. Terpaksa bawak budak2 ne sebab takde sapa nak jaga.
Haha.. stress sgt muka amana. Arief cam biasa sangatla mesra camera.
Ada yang cakap "asik-asik Arief"
Amana pun baik jugak cumanya dah besar & keperihatinannya berbeza.
Kalau dah namanya perempuan mestila aspek kecantikan yang dia akan amik berat

"Mama, kuku kaki mama dah panjang macam hantu,  nak Amana potongkan?"

"Perut mama dah besarlah sakitla nak tunduk2 potong kuku. Amana pun tak boleh potongkan sebab kuku kakikan keras.Amana bagitau papa mintak potongkan kuku mama. Dulu masa mengandung Amana papa yang potongkan. sekarang ne papa buat2 tak nampak jeeee. Amana tolong remaindkan papa"

"Ok, nanti Amana cakapkan"

muahaha.. ye mak2 sekalian gunakan anak anda sepenuhnya :)


Kat sini ada tempat untuk bagi anak2 main. Masa ne saya naik sendiri ke UKMSc. En Papa pergi parking. Masuk je klinik ne budak2 ne dah pandai explore sendiri. Saya g kaunter tengok2 dah lesap.. Rupanya diorang dah jumpa sudut mainan. Bagus!
sampai2 terus amik air kencing& dapat tau result masa tue jugak. Result tue nanti bawak kat doktor sendiri.  Ukur berat (hihi dah naik banyak..)

Gambar terbalik. Ini ubat2 yg saya dapat. Biskut tue anak2 yg dapat. Sebab doktor nak diamkan diorang. Tobat lepas ne tak mo bawak diorang. Kacau je. Doktor tak kisah tapi saya yang hangin. Dengan Amana yg sibuk usik barang2 doktor. Bila saya cakap barang2 tue dia boleh pegang kalau jadi doktor & jawapan spontan dari Amana "EHHH...AMANA TAK MO JADI DOKTOR BABYLAH. AMANA NAK JADI DOKTOR LAIN" tergelak2 doktor tue dengar.. Arief yang anak omak tue siap mengadu kat doktor "DOKTOR, ADIK NE NAKAL DIA SUKA TENDANG MAMA SAMPAI SAKIT". Budak2 berebut2 nak tgok baby dalam skrin & doktor printkan 3 gambar akhirnya. 2 utk Amana &Arief & 1 untuk simpanan doktor.


Ok ini yang nak tau kan? Charges RM293. Sebenarnya tak semahal ne tapi ubat tue yang mahal. Doktor memang dah bagitau awal2 ubat Probiotik (tgok gambar atas) tue mahal- RM161. Kena makan sebulan.  Saya alami keputihan yg teruk. Selalunya doktor akan bagi ubat peluru-Canesten (tgok gambar atas) sahaja  tapi rupanya doktor siap check saluran peranakan.Huwaaaaaaaaaa dah mula rasa ketakutan nak beranak tue..  Ubat tue kena masukan ke salur peranakan 3 hari berturut2. Consultation doktor tak mahal mana cuma RM50 je. Klinik charges RM70  tue saya tak tahu untuk apa. Mungkin documentation kot.. Laboratory tue maybe pemeriksaan air kencing RM11.60 je so total up RM293.40. Tongokla bil kat atas tue ye..

Kiranya saya jumpa ne saya bukak bukulah & confirmkan yang saya nak bersalin dgn Prof Azurah ne. Orangnya nampak lembut sangat. Prof Azurah benarkan saya buat checkup dengan doktor lain kat klinik berhampiran rumah yang selalu saya buat checkup tapi dengan syarat masuk minggu ke 36 saya kena jumpa Prof Azurah semula sehingga bersalin.

Walaubagaimanapun selepas sesi interview .. Prof Azurah dapat tahu saya ada desicated disck & Prof cadangkan saya jumpa pakar tulang di UKMSc juga supaya Prof Azurah tahu situasi tulang saya ne. Katanya baik dia tahu situasi nie awal2 sebab kemungkinan untuk epidural / bius etc etc tue ada so kena tahu di bahagian tulang mana yg bermasalah. Saya memang dah jangka.. Saya ada terangkan di sini kenapa saya pilih UKMSc dan ini salah satu sebabnya yang saya tahu akan terjadi. So next month saya kena jumpa pakar tulang & Prof Azurah semula utk clarify masalah desicated disc ne dan selepas tue boleh continue dengan doktor di klinik berhampiran rumah. Minggu ke 36 dan seterusnya baru jumpa Prof Azurah semula..

Mudahkan? doktornya flexible. Prof  tahu agak sukar untuk pesakit2 ulangalik ke UKMSc setiap bulan. 
Ubat & vitamin kalau masih ada Prof Azurah tak kisah kalau kita tak mo pun.
Ok next month saya update lagi.
Adios