ENTRY-ENTRY BARU..JOM JENGUK

Sunday, April 25, 2021

kita sendiri kena ada saham dlm proses anak belajar mnegaji

Baru2 nie saya dengar kuliah online.

Kata ustaz tue :
"ambillah peluang didik anak mengaji. Mungkin bila dah tahap tinggi2 tue tak yakin nak mengajar.. Yg penting masa awal2 dlm proses dia mengenal huruf utk baca Quran tue kita ada bahagian dlm urusan akhirat anak kita"
Terus tersentap sy dengar. Selama nie sy minta husbd hantar ke ustaz. Lepas suami saya makin dekat2 dengan agama... Suami sy ajar semua anak mengaji. Saya pandang je. Memang sy nak tanggungjawab mendidik agama anak tue di bahu suami pulak.
Tapi peemulaaaya bukan suami yg nak ajar tapi anak2 yg dah tak nak mengaji kat ustaz. Diorg suka mengaji kat rumah dari menunggu giliran mengaji beramai2 di surau..
Masa mula2 amana cakap nak ngaji dengan papa diorg saya warning siap2.. Kena marah jangan mengadu dgn mama. Bagai disangkalah memang melalak semua🤣
Tapi gigih diorg. Hati kental. Kalau mama sorylah.. Mama sanggup carik ustazah lain😆Kena marah pun anak tetap mengadap papa diorg. Dan semua pandai2 je mengaji.. Terutama amana...
Tapi lepas dengar ustaz tue cakap saya tersentaplah. Sy pun kena take part. Sy dah terlepas amana dan arief.
Amana dah baca quran. Lancar. Bak kata papa dia "tajwid amana lagi elok dari mama dia" grrrr
Arief lagilah dia dah belajar sepenuhnya di madrasah. Memang ustaz ajar sehinggakan sy tengok arief membaca satu-satu huruf. Dia bukan hafal surah2 tetapi dia baca huruf dan tajwid satu-satu. Alhamdulillah..
Khairy dah banyak baca.. Dia belajar dengan papa dia.. Dah banyak dah..sy terlepas jugak..
Tinggal adam je.. Itupun adam dah byk juga kenal huruf..
Beza bila anak belajar dengan mak nie.. Diorg belajar pun manja2.. Boleh menyandar2 bahu.. Sempat lagi membising hal mainan diorg.. Dengan papa korang jgn haraplah..
Jomlah kawan2.. Ambil peluang masa anak2 kecil. Kalau abc beria2 kita ajar anak.. Kenapa tak boleh ajar alif ba ta? Ambillah bahagian pahala utk urusan Quran anak kita..





Thursday, April 22, 2021

Bayar Fidyah Dimana?

 

Rakan-rakan yg nak bayar fidyah, sedekah, zakat boleh buat di
Madrasah Darul Atiq
tempat anak saya Amirul Arief belajar.
Boleh wasup atau pm ustaz
Zizan Al Atiq
.
Hp +60 19-300 0713
Jemput share.







HAMBA HUTANG




Sejak saya faham apa itu hutang riba bersungguh-sungguh sy jauhkan diri dari hutang. Tahun ini 6 tahun dah sy tak ada buat loan baru..Rasanya kalau tak diberi hidayah sy dah tambah loan utk rumah atau kereta lagi dengan gaji yg makin naik plus 2 hutang yang dah habis..

Tapi saya faham.. Sy nie dah 40. (Read Nabi Muhammad wafat umur 63 tahun lebih kurang) Dah dekat menuju akhirat. Tak ada satupun harta yg sy boleh galas kat bahu utk bawak masuk dlm kubur.
Sebenarnya bila kita kurang hutang. Kita lebih banyak cash. Kita boleh tukar cash di dunia nie utk jadi cash di akhirat.
Memberi.. Memberi.. Memberi..
Memberi pd org yg disayangi, mak ayah anak2
Memberi pada yg berada di jalan fisabililah- org belajar agama, tahfiz etc etc
Memberi anak2 yatim dll
Tak ada yg rugi..
Sejak sy lebih kerap memberi..
Lebih banyak rahmat Allah datang.
Anak2 sihat. Jarang sakit. Khairy yg sakit jantung pun dipermudahkan urusan kesihatannya (sy tak akan lupa jasa Dr
Zubaidi Ahmad
yg nasihatkan sy bersedekah atas nama khairy dengan niat dimudahkan urusan jantung khairy)
Keluarga kecil kami lebih aman.
Gaduh suamisiteri biasalah 😆
Tapi Suami pun lebih berlemah-lembut dengan saya. Selalu juga cuba happy kan sy walau hal kecil2.
Anak2 memang aktif tapi menurut kata2 saya.
Saya pun tidaklah jatuh miskin dengan memberi malah hutang ada yg habis..
Saving ada juga sedikit2 compare dulu.
Boleh belanja parents dan kawan juga kucing2😆
Btw memberi nie sy tak maksudkan amount ye..
Rm1 kalau selalu beri pun memberi juga namanya..
Allah kan tau kemampuan kita.
Tapi Allah juga tahu jika kita menyalahguna istilah "mampu" .
Sy memang takut..
Pahala sikit. Dosa banyak. Hutang pun banyak. Jangan ingat hutang tue tak dipersoalkan. Sedangkan org yg mati syahid tetapi ada hutang pun Nabi tak nak solatkan (betulkan kalau salah).
Apa lagi kita nie.. Bukan mati syahid. Hutang je berkepuk2..
Tetapi kalau suami nak tambah harta dengan beli cash saya tak kisah. Saya bagitau husbd nak beli tanah dekat dengan madrasah anak.. Boleh je.. Tapi jual rumah puchong. Supaya dpt tanah dan rumah yg free riba. Tanah dlm 200k dan buat rumah dlm 100k.
Semoga ada rezeki kami. Insya allah.. Berdoa selalu semoga Allah beri jalan dpt tutup satu persatu hutang dan sebagai gantinya dapat harta yg lebih berkat dan bernilai di dunia dan juga akhirat.

Saya tidak mahu jadi hamba hutang sampai tutup mata.
Say cuma mahu jadi hamba Allah.
Yang sudah punya uban di kepala insaflah..
Uban tue tanda panggilan kubur.
Cukup2lah berhutang dan menggalakkan org lain berhutang.
Belajarlah dalam-dalam bab hutang.
Jgn amik remeh lagi2 bila dah beruban.