ENTRY-ENTRY BARU..JOM JENGUK

Saturday, July 16, 2016

Selamat Ulang Tahun Yang Ke 3 Adlan Khairy

SELAMAT HARI LAHIR ADLAN KHAIRY YANG KE 3 TAHUN

rasanya dah dekat 8 bulan tak letak gbr sendiri kat FB. Apa taknya alahan preggy tak sanggup nak letak muka pucat lesi. Tapi sebab hari nie besday si special adlan khairy genap 3 tahun mehla letak gbr dgn si special nie. Tadi saya ucap "selamat hari jadi yg ke 3 tahun ye khairy" sepatah je jawapan khairy "ok" .

Saya senyum je.. dia masih kecil dan tak tau mcm mana sy struggle membesarkan dia lebih2 lagi setahun yang pertama. Dan sampai sekarng masih berdebar-debar tiap mlm menjelma. Cuma takla seteruk dulu.tiap2 malam pegang dada khairy dan goncang2 sampai dia menangis cuma nak pastikan dia masih bernyawa atau tak.. alhamdulilah masih "superman" tapi dia nampak normal.. syukur
jugakkan?

Ada saudara yang cakap.. adlan khairy nampak lain dari anak2 saya yang lain. Cakapnya lembut dan manja.nampak penyabar..saya sendiri mulanya tak perasan..tapi selalu jugak tengok bila arief berkasar contohnya ketuk kepala khairy dengan mainan..khairy sekadar usap2 kepala sendiri dan senyum.. kalau dah sakit sangat baru dia nangis.. kalau ditolak dia bangun sendiri dan tak cakap apa..paling teruk dia lari menyorok belakang saya..mungkin sebab dengan khairy saya belajar jadi seorang yg sgt penyabar. Sejak dlm kandungan perlu sabar walau belum tentu anak tue keluar bernyawa.. cuma doa dan harapan je yang ada.. dia menangis..saya tak marah..dia meraung2 saya dodoi2 jugak walau perit pembedahan masih baru. Dia nazak saya hanya simpan sendu dlm bilik sambil tahan perut yg masih sakit, dlm pantang mandi air sejuk, dlm pantang tdo tak selesa di hospital, dlm pantang tgok anak kena cucuk sana sini semuanya kena sabr..dan mungkin tertumpah kesabaran tue pada khairy.. dan paling sabar bawa khairy tunaikan umrah..kenangan paling manis dlm hidup sepanjang jadi ibu... bahagia dan puasnya esegala kesabaran diganti Allah dengan jemputan ke sana..

BFF cakap sejak khairy lahir rezeki saya makin murah.. ye ke? Alhamdulilah tapi yang pasti walau tak kerja 2 tahun utk menjaga khairy Allah cukupkan..dia lebih mengetahui keperluan hamba2nyakan?

Tak semua ibu merasai pengalaman mcm nie dan saya pun kalau boleh tak nak ibu2 rasa yg sama. Tapi dah jadi ibu terpilih kena terima dan reda barulah jadi survivor.. 3 tahun khairy boleh bertahan.,insya allah dia mampu bertahan 30 tahun lagi.. tetapi pengharapan sy pd dia sebagai seorang ibu tidakla seperti kepada anak2 yang lain..cukupla dia ada di sisi dan jadi insan yang baik dan beriman dalam hidupnya.. tentang akademik dan rezeki Allah lebih tahu yang trbaik. Takkan mama paksa khairy belajar utk dapat gred yang tinggi kalau itu memudaratkan jantung khairy.. cukup seadanya utk bekalan kalau2 mama pergi dulu..

Selamat hari lahir yang ke 3 tahun adlan khairy yg sgt special💖💖
bulan depan tolong jaga baby baru 😆😆
Walau khairy dilebihkan di sana sini moga2 anak2 lain paham apa sebenarnya yang tersirat dan tersurat.insya allah☺

Thursday, July 14, 2016

PERSEDIAAN BERPANTANG


 Salam semua
Ada kawan-kawan yang PM tentang persediaan untuk berpantang 
Terutama tentang supplement yang perlu di amalkan
So saya buat entry lumpsum
Nanti saya share je dengan kengkawan saya
Pada yang goggle dan terbaca blog nie
Boleh follow kalau sesuai ye

Anak dah nak masuk 4
inilah kali pertama rasanya berani nak share apa yang saya buat persediaan utk berpantang
Saya pakai apa yang serasi dengan saya
Pengalaman dari 3 anak sebelum nie
Kalau rasa membantu boleh ikut
Kalau rasa tak yakin 
Boleh tanya pada yang lebih pakar :)


Okey kali nie saya beli je sendiri persiapan untuk luaran
Tak payahla nak suruh mak bidan sediakan
Lagipun kali nie saya tak pakai mak bidan yang sama
Sekarang nie banyak produk2 yang mudah digunakan
Saya beli di satu website

 

Bolehla jenguk2 di website nie..Pelbagai jenis produk  untuk ibu-ibu
Jenama Nona Roguy, Tanamera dan lain-lain
Pilih je ikut kesesuaian budget
Mesti nak tau saya beli apa kan?
 
 Inilah yang saya borong 
Saya campur2 je produk
Bukan dosa pun hihi
Ada Nona Roguy dan Tanamera
Nampak tak tungku tue. Untuk mak baby katanya boleh panas dlm microwave je
Tapi saya nak stim biasalah
Seram plak panas dlm microwave hihi 
Harga refer kat web tue ye
Semua jelas & terang bederang


Untuk kali nie saya buat persediaan dengan book makanan di Pantang Food. Makanan disediakan 3 kali iaitu lunch, makan petang dan dinner. Dari review nampak ok. Nanti saya dah lalui saya akan full review ya. Saya ambil untuk pakej 2 minggu trlebih dahulu. Lepas tue saya akan sambung lagi.Insya Allah kalau service okey dan memuaskan



 
Untuk supplment dalaman pula saya consume apa yang saya consume masa bersalinkan Khairy. Bersalinkan Khairylah saya betul2 menjaga diri sendiri. Dulu saya main makan je apa yang orang sediakan. Badan lambat jugak baik. Sakit-sakit dalaman jugak. So masa Khairy memang saya jaga diri sendiri sebab saya kena sihat dan kuat untuk menjaga si special Khairy.Lagipun masa Khairylah kesihatan dalaman saya lebih teruk. Sebabnya dalam pantang ceser saya tak mcm pantang. Sebab Khairy asik melalak sebab masalah jantung dia tue. Berpantang dengan Khairy di hospital hampir sebulan. Dengan stokin dengan badan yg masih tak sihat.Mandi air sejuk. Takde istilah pantang sebenarnya masa Khairy. 

Inilah yang saya makan masa pantangkan Khairy selepas keluar hospital slepas Khairy warded hampir sebeulan di High Depency Unit HUKM dan supplement nie semua  sangat2 membantu recover badan saya selepas itu

1)Ekstrak Kacip Fatimah UTM-RM90
Banyak kegunaan Ekstrak Kacip Fatimah UTM ne tapi saya ringkaskan untuk kegunaan wanita bersalin sahaja ye.. Antara kegunaannya mengatasi masalah peranakan jatuh, mengecutkan rahim , memberi tenaga selepas bersalin. Penting sangat supaya cepat sihat untuk jaga anak-anak. Bukan sorang anak je ada 4 ank hokey!!Senang cerita bacalah pengalaman saya pertama kali consume Ekstrak Kacip Fatimah UTM nie di link ini Pengalaman sendiri consume Ekstrak Kacip Fatimah UTM

2) Virgin Coconut Oil UTM-RM59
mesti ramai yang tanya kenapa semua jenis produk UTM je? Salah satu sebabnya produk UTM nie dah jalani ujian makmal dan R&D. Produk-produk UTM bukan produk OEM . Pada yang tak tau produk OEM tue apa meh saya jelaskan produk OEM tue adalah produk yang dibuat disatu kilang dan kita letaklah apa2 jenama pun. Janji ada fulus.lebih kurang gitulah.. paham tak?  
Kerana itu saya pilih produk-produk UTM yang ada R&D dan dosnya telah ditentukan sesuai untuk pengguna.Kegunaan Virgin Coconut Oil UTM nie utk ibu mengandung adalah ia antiviral dan antifungal. Virgin Coconut Oil UTM juga melawaskan sistem penghadaman. Kan kalau dalam tempoh berpantang susah sangat nak membuang sebab minum air pun catu2. Masa pantang Amana ya allah sampai 2 week tak membuang. Stressnya Allah jelah tau. Walaupun saya makan ubat bagi membuang dari hospital tak jalan pun. Masa preggy nie pun saya makan Virgin Coconut OIl UTM. Kurang mual dan bertenaga sikit.

3) Habatussauda Minsyam-NAQI-RM42
Nie pakaging baru dari Minsyam. Sama dengan Habatusauda Minsyam pakaging lama tue. Cuma dah ditingkatkan pembungkusan dan botol.Now dalam bekas kaca.Penutup pun macam antibiotik dari klinik tue. Kedap udara supaya kualiti terjamin dan ada Halal dari JAKIM sekarang.
Saya makan Habatussauda Minsyam-NAQI masa berpantang  kerana ia boleh mengecutkan rahim dan menyembuhkan luka dalaman dan dapat memanaskan badan. Selain itu ia dapat menambahkan jumlah pengeluaran susu. 

4) Zaiton Minsyam-NAQI-RM36
lok diamalkan kerana ia dapat membantu melancarkan pengedaran darah dan memelihara kecantikan dalaman wanita dan dapat dijadikan sebagai aromatherapy

Inilah yang saya consume masa menjaga Khairy dulu. Syukur alhamdulilah sihat jugak walau "berperang" dengan macam2 masalah. Nasib tak meroyan!!


 

Baybie Wash-RM29.90

Untuk baby ye bukan mak baby
Cukup-cukupla apa yang dah mak baby beli utk diri sendiri kat ats tue
 Sejak-sejak joint team organik nie saya dah jadi selective sikit
Takle cerewet sangat
Tapi memilih sikit
Baybie Wash nie SLS, PARABEN, ALCOHOL, FRAGRANCE FREE (TENGOK GAMBAR)
Kali nie saya tak beli dah produk2 glamer di pasaran
Biarlah tak glamer asal saya tau siapa founder
Untuk bayi kali nie saya gunakan Baybie Wash yang diformulasi Dr Zulkifli Sharif
Ada ekstrak bidara dan lavender oil
Cuba gogle apa kegunaan bidara utk bayi dan orang dewasa ya..

Itu jelah yang saya share ye
Ini pun dah habis ringkas
Yang barut bekung baju etc etc
Boleh gogle dari blog-blog lain pula ye
Anak dah masuk 4 saya lebih utamakan kesihatan
Nak cepat sihat  dan nak cepat pulih
Barang-barang lama ada ..pakai je..beli sikit2 je..
Tapi ada jugak barang2 yang dah hilang
Kena jugak beli baru
GRRRR