Assalamualaikum kengkawan
Hai semua
Sorry lama tak update blog
Busy mengejar statistik
Kenalah dulukan mana yang patut betul tak?
Keja office itu priority barulah yang lain2 menyusul kat belakang :)
Disebabkan yang priority dah selesai meh kita update satu event yang besh ye
SAMBUTAN BULAN PLAYDOH
Sambutan ini adalah usaha untuk mencapai rekod The Malaysia Book of Records
untuk mencipta rekaan PLAY-DOH® paling banyak dalam masa satu hari yang diadakan
pada 26 September (Sabtu). Setiap ukiran dipamerkan di pentas PLAY-DOH® gergasi
dalam pelbagai warna dan kreativiti demi
menampilkan kepelbagaian komuniti Malaysia.
Sambutan
Bulan PLAY-DOH® yang julung kali diadakan di Ground Floor Highstreet 1 Utama membawa persembahan menarik dan
berwarna-warni sepanjang minggu, di mana seisi keluarga mencipta rekaan PLAY-DOH®
berilhamkan Malaysia dan pada masa yang
sama berseronok dengan pelbagai aktiviti
nak joint kena register ye
tiba2 saya ada terlebih satu anak
si aisha tue anak sapa pulak?
arief takjub sangat tengok maskot playdoh sampaikan tak nak pandang camera
sibukla dia cakap "mama dalam tue ada orang"
memangla ada orang takkanla anak kucing pulak dalam maskot tue haiyaaaa
inilah si aisha
nie anak adik saya
puting tak lepas dari mulut tue yang tak tahan tue :)
Set permainan PLAY-DOH® Cupcake Celebration Playset dan Swirl and
Scoop Ice Cream baharu di Sweet Shoppe
lepas daftar ada satu kawasan untuk masuk kelas playdoh
apa lagi..melompat anak2 suka
si arief paling suka tempat untuk buat playdoh nie
asikla sebut "mama arief buat eskrim..mama nak makan?"
khairy & amana memang tak boleh pisah
masuk kelas pun berpangku atas kakak
tue khairy mengamok sebab kakak dia nak amik playdoh dia
okey nie muka pasrah haha
lepas habis kelas.. tangan kena cop sebagai tanda dah "graduate"
haha..kemain lagi suka tangan kena cop budak2 nie
lepas masuk kelas boleh start main playdoh sampai pengsan!!
Di samping
itu, ukiran paling kreatif dalam dua kategori akan memenangi hadiah eksklusif PLAY-DOH®!
Kategorinya ialah 1) Ukiran PLAY-DOH® terbaik (bawah 12 tahun), 2) Ukiran PLAY-DOH®
terbaik (13 tahun ke atas)! Ukiran yang memenangi pertandingan ini juga akan dipamerkan
dalam laman sesawang PLAY-DOH® www.hasbro.com
Amana yang bahagia diapit playdoh
Khairy si cheky bam-bam
Amboi masamnya muka si bujang nie
Masam sebab dia tak suka standstill amik gambar
dia suka melompat2 kejar maskot PLAYDOH.
Ramai yang datang
Boleh main sampai pengsan
Kalau dah habis playdoh boleh request playdoh baru
memang anak2 happy
Kemuncak
sambutan ini adalah usaha untuk mencapai rekod The Malaysia Book of Records
untuk mencipta rekaan PLAY-DOH® paling banyak dalam masa satu hari yang diadakan
pada 26 September (Sabtu). Setiap ukiran dipamerkan di pentas PLAY-DOH® gergasi
dalam pelbagai warna dan kreativiti demi
menampilkan kepelbagaian komuniti Malaysia.
Mengenai PLAY-DOH®
Jenama PLAY-DOH® dengan
bangganya menyambut lebih daripada 50 tahun warisan dalam permainan
berwarna-warni dan kreatif. Sejak ia pertama kali diperkenalkan pada
1956, kompaun PLAY-DOH® telah menjadi mainan kanak-kanak di semua
peringkat umur, menjadikannya mainan kegemaran klasik yang digunakan di
rumah dan sekolah di seluruh dunia.
PALING PENTING ANAK2 HAPPY & I AM THE HAPPY MAK!!
No comments:
Post a Comment