ENTRY-ENTRY BARU..JOM JENGUK

Friday, August 24, 2018

ADlan Khairy ijn 040718

 Entry Khairy ke IJN saya tak buat lagi
Tiap kali saya ke IJN saya akan letak dalam blog
one day Khairy ak baca :)
Tak silap masa ke IJN nie saya masih lagi dalam cuti raya
Berayalah sekali kat IJN
Saya bagi sarapan biskut coklat best dulu kat Adam debab
 


 

Bil hari kali ini
Consultation,ubat, ECG dan eco sahaja.
Kos rawatan jantung memang mahal..baik ubat atau peralatan..
Jadi harapnya tak adalah soalan dan kata2 bodoh mcm yg diterima oleh mak bayi yg didera dan diletak dalam peti ais tue..lebih kurang je soalan org tak berhati perut nie

"Kenapa bekerja..dah tau anak sakit jantung"
"Kenapa niaga online jugak walau kerja dah selesa"
"Kenapa niaga online jugak tak cukup ke gaji opis?"
"Mana suami? Dia tak boleh tanggung ke?"

Kalau saya dapat soalan mcm tue ada jugak yang saya tendang ke paya. Biar mati lemasπŸ™„ Memang pernah dapat pun..cuma saya nie pikir panjang..kang apa2 jadi sapa pulak nak jaga Khairy?😏

Takkanle saya nak heboh suami sy pg pos barang, suami saya jumpa supplier kalau supplier saya lelaki, suami saya bagi modal bila saya datang stress sibuk nak resign.. suami saya tak reti nak promo kat FB..suami saya tak reti berblog.. pernah dia jaga akaun tapi saya stress sebab seposen pun dia sibuk carik kat mana lesapnya.. susah kalau lulusan akauntan jaga akaun..yg seller pulak kena menjawab🀣 jadi saya cakap jgn kacau saya niaga..kalau mcm2 ada tue maksudnya untung..kalau takde tue pepahamlah.. tapi setakat Nie alhamdulillah.. stok habis boleh beli stok baru tanpa hutang.. medical Khairy dapat support jugak.. tak senang tak susah..cukup.fullstop!

Alhamdulillah kami masih ada kerja dan ada niaga online.. sikit sebanyak sgt membantu menguruskan medical cost Khairy. Sebagai parents kita pasti akan cuba berusaha dengan tulang empat kerat sendiri untuk membesarkan anak. Selagi boleh! Tak akan meminta2 pada orang luar. Allah pun dah berikan jalan dan ruang cuma kena usaha keras sahaja.

Sejak Khairy lahir alhamdulillah semua kos kami masih dapat tanggung sendiri walaupun sampai satu tahap ..hampir2 rumah pertama kami dijual untuk kos rawatan Khairy.. Cumanya mungkin Allah kasihan pada kami..itu rumah pertama kami memulakan hidup.. rumah yg jadi tempat kami belajar erti satu kehidupan..percubaan nak menjualnya tak berjaya. org lebih suka sewa rumah tue.. pasti ada hikmahnya Allah tak izinkan kami jual..mungkin jadi sumber kewangan kami dihari tua nanti..siapa tahu kan? Almaklum org takde pencen.. kita merancang tapi perancangan Allah paling hebat dan terbaik.

Bila tengok kos Khairy yg perlu kami sediakan saban bulan. .. bersyukur mampu bayar walau rolling sana sini.. tapi Lum pernah ye saya salahguna duit customer untuk kos medical Khairy.. kejujuran tue sesuatu yang sangat mahal.. takkan saya gadaikan.. lagipun customer saya selalu sokong saya.. dulu beli produk2 kesihatan Kokoadik Blogshop..bila saya dah menjual pandora emas Kokoadik Gold. diorg beli emas pula.. bila saya jadi dealer Public Gold pun joint juga.. insya Allah takkan saya khianati kepercayaan semua customer yg baik budi.

Bila tengok bil Khairy .
Saya memahami perasaan org yg ada ahli keluarganya yg sakit dan perlukan kos yg tinggi setiap bulan.. ditambah pulak mereka tak ada sumber kewangan.. hanya mengharap ihsan rakan2.. simpati sangat.. dan saya dah berjumpa kes realiti walau hanya kenal di alam maya.. semoga dimudahkan urusan adik itu..Bila kita rasa sukar..lihatlah org lebih sukar.. Pasti kita akan lebih faham erti syukur, sabar ..walaupun kadang-kadang telepas jugak perasaan tak sabar tue..huhu...

Macam biasa Adam Debab sampai tertidur tunggu Khairy Magic
Si Khairy pura2 tidur
Katanya amikla gambar dia sekaliπŸ˜†

Doktor happy dengan progress jantung Khairy...
Doktor cakap kalau rate jantung Khairy yang lama; doktor pun demam menengoknye🀣
Tapi yang geramnya masa buat ECG below 100 jumpa doktor terus naik sampai 160+
Akibatnya naik lagi dos ubat propanolol πŸ˜…

Rajin-rajin makan ubat Khairy ye
Doktor cakap kalau terpaksa akan buat treatment tapi bukan sekarang
Sekarang consume ubat je dulu
Mama anggap je treatment tue takkan dibuat langsung!
One fine day Khairy akan sihat mcm budak biasaπŸ‘©‍πŸ‘¦
Lagipun selepas 5 tahun baru jumpa ubat yang match dan sesuai dengan Khairy
Baru 6 bulan Khairy makan ubat baru dan doktor masih cari dos yang sesuai lagi
Bersabarlah dengan sabar dan solat kan Khairy Magic
Semuanya akan baik dengan masa, usaha dan doa berterusan.

 
 
Satu hari nanti Khairy mesti sihat
5 tahun dah kami hadapi bersama
Hanya kami yg tahu strugglenya sejak dlm perut
Satu hari nanti bila Khairy sihat.. ...
Bila Khairy jadi anak lelaki bujang yg macho mama nak Khairy joint sukarelawan..Palestine ke Syria ke.. rugi masa muda di sia-siakan.. Allah dah pinjamkan masa yg banyak untuk Khairy jadi Khairy kena gunakan sebaik-baiknya

Insya Allah mama yakin Allah akan panjangkan umur Khairy.. teringat dulu mama selalu doa sepanjang menjaga Khairy dari lahir ketika bayi..
"kalau besar nanti Khairy akan jadi anak yg merosakkan agama, ambillahnya nyawanya sekarang..tetapi jika besar nanti Khairy jadi anak yang akan memperjuangkan agama..panjangkanlah umur Khairy ya Allah"
Semoga dipanjangkan umur Khairy dalam keberkatan.. semoga dipanjangkan umur Khairy untuk berjuang demi agama.

Mama Khairy
IJN
040718


3 comments:

Anis Azalea said...

Semoga doa mamanya terkabul untuk khairy.

Liza Yati said...

semiga Ila kuat untuk anak-anak!

Mama Zharfan said...

touching :(
moga one day khairy sembuh sepenuhnya..amiin