ENTRY-ENTRY BARU..JOM JENGUK

Saturday, April 19, 2014

BUAIAN AKIKAH / BUAIAN BERENDOI



Salam
Meh citer buai pulak
Dulu time Amana akikah tak merasa pun buai2 ne
Buai biasa yg spring tue je
Pastu adik-beradik saya beli bunga lilit2 je keliling besi buai
Itu pun rasa suka tgok effort adik-beradik 
Nak nanges tengok diorang semua sesungguh hati nak meraikan kelahiran anak buah pertama diorang Siapa lagi kalau bukan si Dalia Amana yang mengada-ngada sekarang
Masa Arief buat kat umah family kat Ampang..memang takde berbuai2 nie..cukur jambul je
Time Khairy paling sedih..Takde apa pun..kecuali keluar masuk hospital..
Takpe ye Khairy ..mama akan ganti satu masa nanti majlis Khairy yang best ye..
Harap dimurahkan rezeki mama & dipanjangkan umur Khairy..
Kalau masa majlis tue dibuat;  Khairy masih muat dalam buaian nie mama tempah ye..
Ok jom citer pasal buaian yang menawan..daku tertawan ne..

Kalaulah masa tue Amana dapat berendoi dalam nie wahh? Happening gitu..Macam puteri raja.. nak2 mak dia pulak bersimpuh kat bantal putih munge besar tue..iskkk mak dia pun macam permaisuri :)


 Apasal colorful sangat nie? HOMEIIII

 Bantal yang hijau pink tue boleh pinjam ke?

Pandangan dari sisi mengusik hati
Isk macam pelamin kahwin pun ada

Okla lupa nak puji bantal munge besar gergasi nie..
 ada batu berlian yang memancar2. mana nak dapat bantal nie ek?
 kidnap bawak balik umah mau berebut2 budak2 ne nak duduk

Itu tanglung ke? Bahaya kalau Khairy nampak..mau digigit sampai hancur..
 mau dia bawak tidur dalam buaian leterik dia

 
Amboi amboi amboi
Siap ada air renjisan mawar
Memang havoc ye..mcm pengantin..

Ok dah habis view?
Nak tau pakejnya?
Berbaloi dan berpatuttan
Pilih mengikut budget anda ye?

 
Pakej Do It Yourself (DIY)  (RM150)

-Buaian bayi (beserta bantal dan tilam bayi)
-Carpet Bulu
-Peralatan merenjis
-Hiasan (lantern, bantal, teddy bear)
-Bantal untuk ibu
-Lampu
-Tiada backdrop disediakan
 P/s: Anda boleh pilih theme color anda tapi anda perlu pasang sendiri. Pick up point di Kajang, Bangi, Serdang, Putrajaya

 
Pakej Simple (RM 250)
-Buaian bayi (beserta bantal dan tilam bayi)
-Carpet Bulu
-Peralatan merenjis
-Hiasan (lantern, bantal, bunga, teddy bear)
-Bantal untuk ibu
-Lampu
-Backdrop
P/s: Anda boleh pilih theme color anda dan KAMI akan pasangkan dirumah anda. Tiada kos pengangkutan di kenakan untuk kawasan Kajang, Bangi, Serdang & Putrajaya. Luar kawasan ini ada kos tambahan.
 
 
Pakej Edgy Look

Harga bermula RM350 ke atas!
Yang ini custom design. Anda beri kami konsep anda,nak bunga sakura, nak modern look, nak vintage?  kami akan design untuk anda. Harga boleh dirunding!
   
 
Pengantin kecil di dalam buaian indah nan rupawan
Membuat yang melihat hati tertawan
Marilah para ibu bapa-ibu bapa sekalian
Order dengan Puan Sarina yang menawan
 
Towkey buaian:
Puan Sarina : 017 259 4029
 whatapps/sms/call

 
 
 

3 comments:

Liza Yati said...

Wow. Best pakej DIY tu. Tp nanti kenduri kt kampung... Huhuhu...

ayu Ismail said...

Memang comel sangat..tak dpt buat utk anak2..ada rezeki ibuayu buatlah utk cucu..hahaaa

Nida Mohd said...

Ya Allah serius cantik..sy pn x pernah buat mjlis berendoi..cukur jambul simple2 je..