ENTRY-ENTRY BARU..JOM JENGUK

Thursday, January 19, 2017

Hidup adalah tentang pilihan

Semua orang ada pandangan masing -masing
Semua orang ada perniagaan masing-masing

Dalam group emas kami, ada juga ibincangkan perbezaan syarikat "itu"
Lebih2 lagi bila customer atau prospek tanya
Tetapi untuk kutuk-mengutuk seboleh2 tak digalakan oleh tuan tanah group
Yang dibolehkan jelaskan perbezaan kerana masing2 ada kelebihan tersendiri
Dan terpulang pd customer
(Konsep memberikan pilihan pd customer nie dah saya pakai sejak jual supplement. Kalau ada customer yang minta kebaikan ekstrak kacip fatimah utm ..saya beri..kalau suruh condem supplment lain mcm jsd ke mab ke dan lain2 lagi..maaf saya bukan jenis kutuk produk orang lain. Saya direct cakap..saya tak boleh beri pandangan tentang produk orang lain. Sesuai utk saya belum tentu sesuai utk org lain.. tak sesuai utk saya mungkin sesuai utk orang lain.sesuai sy share .. tak sesuai diam2 sahaja..kenapa nak burukan perniagaan org lain?)

Kalau ikutkan.. ada byk juga cust cakap..
kenapa itu..kenapa ini...
Nak tau..bacalah sendiri..galilah sendiri.. nak condem2 pastu nak condem berjemaah kat ruangan terbuka..tidakla bukan cara saya..

Ikutla keperluan masing2 yg sesuai dgn anda
Hidup nie sama ke?
Keperluan dan kehendak kita sama ke?

Saya ada dengar isu tak semua arrahnu terima POWERGOLD dan isu2 yang lain
Tapi kenapa saya masih pilih nak joint POWERGOLD?

Pertama :saya ada kemudahan di sini
Arrahnu area umh saya sendiri terima powergold
Dah cuba pun
Saya pun tahu sikap sendiri
Saya bukan jenis suka tukar2 tempat kalau dah biasa
Cukuplah satu tempat arrahnu tue saya tahu
Oh sebenarnya di kawasan saya ada 2 arrahnu yg terima powergold😎
So keperluan saya dah dipenuhi.
Itu yg saya teruskan menyimpan dan share
Dan pada yg bertanya2 tentang POWERGOLD
saya beri list arrahnu terlebih dahulu
Dan silalah cari yg terdekat.. kalau anda rasa keperluan anda tentang ARRAHNU tercapai dan masih masih nak joint   POWERGOLD..SILAKAN DENGAN TANGAN TERBUKA
kalau keperluan anda tak tercapai boleh joint yang lain.. HIDUP INI ADALAH TENTANG PILIHAN.
ANDA NAK PAKSA ORANG IKUT PILIHAN ANDA.? ORANG LAIN TUE ANAK KITA KE? Anak sendiri pun memberontak kalau kita paksa ikut pilihan kita.

Kedua: goldbar powergold boleh ditukar dengan emas BK 999
Master stokist saya selalu ada up barang kemas 999 yang boleh DITUKAR TERUS dengan goldbar POWERGOLD
kalau barang kemas ...boleh kata semua arrahnu terima dan barang kemas 999 lebih tinggi nilainya dari barang kemas 916 (barang kemas biasa kita ada tue)

Ketiga: joint POWERGOLD bukan semata2 nak jana income..
Saya mulanya joint POWERGOLD sebab simpan utk anak magic saya.untuk urusan perubatan di masa depan. Saya memang tak suka emas dulu. Mak nak belikan pun saya tak nak. Tak tau nak buat apa kalau ada emas pun.. setakat pakai jd perhiasan ermmm saya tak minat sangat.. pakai rantai pun asik putus.. buat apa? Itu dulu.. tak tau apa kebaikan emas.... sekarang dah tau..saya sharele.. dah kalau share mestilah ada produknya.. kalau kata kenapa share barang kemas yang memang diterima oleh semua arrahnu.. saya tak reti nak share pasal barang kemas lagi..walau ada yg tanya tentang barang kemas.. tak nak share kalau kita lum mahir..nanti jadi lain...kiraan upah..kiraan gram.. emas used..baru.. belum mahir..

Keempat: saya percaya dengan penjualnya
Sya masuk powergold sebab saya yakin dgn penjualnya Nur Zulaikha. Dari dia sy banyak belajar.lepas tue baru upgrade stokist. Lepas tue sy joint group dgn master stokist pulak. Kedua2nya boleh dipercayai.hati saya senang dan tenang. Tak risau org songlap duit ke apa..mana nak cekau duit ribu2 kalau stokist dan master stokist tak boleh dipercayai?

Kelima: fokus pada satu sahaja? Saya bukan orangnya..maaf
Saya jual pelbagai produk kesihatan. Bergantung pd perrmintaan customer saya. Tapi saya pastikan ia punya "kekuatan" untuk dijual. Ekstrak kacip fatimah utm kerana disyorkan dr zubaidi dan ust norhafizah musa.. baybie utk bayi kerana doktor @zulkifli Zulkifli Mohamed Sharif , sutra Watie Marzuki kerana ia bekerjasama dengan Biocorp corpration.. minsyam kerana ia makanan sunnah .. so saya dah biasa dgn pelbagai produk yang punya kelebihan dan kebaikan masing2.. Saya dah biasa... saya amalkan dasar pintu terbuka bukan pintu tertutup..yang penting saya suka...dan sya tak suka condem produk orang lain.  Eh dosa ke kalau saya nak beli emas POWERGOLD..then saya nak beli emas syarikat tue..then nak beli emas syarikat KTJ... duit saya suka syalah nak beli atau joint sesiapa pun.. kan bagus kalau saya ada geng emas yg sekepala walau bukan satu company.. kot2 ada customer yg minat gn syarikat anda.,saya pass jelah customer tue.. bukan susah punnnn.lagipun EMAS TETAP EMAS TAPI EMAS TAK BOLEH BAWAK MATI.. JANGANLA BERMATI2AN SANGAT😅

Keenam: saya dah ngantuk muahahaha.. mekasih baca panjang2.saya sakit perut pulak malam2 buta nie..langsung tak boleh tidur.

HIDUP ADALAH PILIHAN
JANGAN CONDEM PERNIAGAAN/PRODUK ORANG LAIN ;HATI BOLEH BERBOLAK BALIK
TAK SUKA DIAM  JIKA SUKA SHARE ; ITU LEBIH BAIK
EMAS TETAP EMAS
EMAS TAK BOLEH BAWAK MATI😆😆😆😆

#kokoadaikcollection
#kokoadaikblogshop
#kokoadik
#POWERGOLD
#emas

No comments: