ENTRY-ENTRY BARU..JOM JENGUK

Saturday, May 26, 2018

KWSP

Mutakhir ni semua giat membincangkan isu 2% KWSP untuk para isteri, hasil manifesto kerajaan Pakatan Harapan yang nak dilaksanakan.

Ada yang bangkang dengan alasan yang mencadanglah kena laksanakan dengan dana daripaa mereka.

Ada yang bangkang sebab memang dah hari-hari bagi nafkah kepada isteri dan belikan isteri macam-macam.

Yang isteri mestilah sokong sebab akan ada simpanan untuk hari tua.

Tapi sebab bulan Ramadhan ni bulan tak nak gaduh-gaduh, kita nak ‘bunuh dua ekor burung dengan sebiji batu’. Kill two birds with one stone la maknanya.

Apa kata, bulan ini kita jangan fikir dlu nak bagi ke tak bagi.

Bulan ni sebagai pemanas badan, 2% tu, atau sekadar mampu, kita sumbang dulu ke Gaza.

Kebetulan kami tengah cari sumbangan untuk belikan baju raya untuk 350 orang anak yatim dan 350 balu syuhada’, para ibu mereka.

Yelah, suami puan acah-acah tak nak bagi pun nanti raya belikan juga baju baru.

Isteri tuan, acah-acah marah pun dia tahu suaminya tetap akan manjakan.

Last-last tidur sebantal, tarik selimut yang sama juga.

Tetapi anak-anak yatim ini, mereka dah tak ada bapa untuk belikan mereka baju raya. Emak mereka kalau sejuk malam-malam bangun cari stokin 'spare'.

Sahabat-sahabat ada yang tanya, penting ke belikan mereka baju raya?

Saya jawab, bagi saya penting. Saya sedih kalau anak-anak orang lain beraya dengan baju baru, dan anak saya pakai baju lama.

Lagi-lagi untuk kebanyakan anak ini, inilah peluang mereka dapat baju baru setahun sekali, masa raya.

Sama juga dengan emak mereka.

Emak-emak anak yatim ni tuan-puan, merekalah yang paling banyak berkorban. Mereka kalau ada duit sikit, akan belikan untuk anak-anak dulu, barulah fikirkan untuk diri sendiri.

Semua NGO buat projek baju raya baru untuk anak yatim, tapi kami satu-satunya yang buat untuk ibu-ibu mereka tau.

Tahun lepas bila kami maklumkan NGO akan taja baju raya bukan untuk anak mereka sahaja, malah untuk mereka juga, terperanjat mereka. Terlompat-lompat gembira. Nasib baik saya dah berkahwin dan orang rumah jeling-jeling tajam sampai mereka takut nak ucap terima kasih lebih-lebih.

Tulah untungnya saya berada di Gaza, kahwin dengan isteri syuhada’. Sakit mereka saya rasa dan kongsi. Airmata mereka saya kesat dan sekat. Apa yang orang lain tak nampak, kita nampak dan buat.

Jadi kepada para suami, balik renung isteri dan hargai pengorbanan mereka. Nampak je asyik tidur tapi tidur tu lepas penat berhempas-pulas mengatur rumah dan bersilat dengan anak.

Kepada para isteri, jangan pula merasakan bahawa suami kedekut dan tak nak berkongsi. Korang bukan nampak dia curi-curi pandang masa korang tengah memasak, bersyukur sebab dapat isteri lengakp serba-serbi.

Kalian pelengkap satu sama lain, takkan nak gaduh sebab KWSP.

Fikirkan ibu-ibu tunggal di Gaza ini yang sudah hilang tempat bermanja. Fikirkan anak-anak yatim ini yang bukan macam anak kita, tak ada tempat meminta.

Sebab tu, untuk bulan ini, Ramadhan ini, KWSP tu kita nak tukar sikit. Jadikan KWSP kali ini, Keluarkan Wang untuk Saudara Gaza. KWSP juga.

InshaAllah, Allah berikan keberkatan kepada rumahtangga.

Isteri yang setuju, tag suami yang dikasihi. Suami yang setuju, tag isteri yang dicintai. Lepas tu transferlah sikit. Takkan tag je.

Sepasang baju untuk anak kalian di Gaza ni nilainya RM100 sahaja. Sehelai baju, kemeja dan seluar. Untuk ibu mereka pula boleh dapat jubah. Sasaran kita 700 penerima, dengan nilai RM70,000.

Sumbang melalui akaun rasmi NGO Persatuan Cinta Gaza Malaysia,

Maybank 5648 1050 7826
Maybank 5648 1050 7826
Maybank 5648 1050 7826

Kalau nak tanya apa-apa, whatsapp je saya di Gaza ni hah,

Nadir Al-Nuri +60197095092
Nadir Al-Nuri +60197095092
Nadir Al-Nuri +60197095092

Terima kasih sudi baca sampai habis. Terima kasih dua kali yang tag dan share. Terima kasih tiga kali yang sumbang sekali.

Semoga kalian dihimpunkan bersama anak-anak para syuhada’ yang kalian gembirakan ini di syurga.

p/s : Cuba tengok gambar budak ni sebelum dan selepas dapat baju baru tahun lepas. Tak ke ‘priceless’ senyumannya?

Nadir Al-Nuri,
26 Mei 2018
Gaza

1 comment:

Azian Elias said...

Me n hubby langsung dah tak ada KWSP dah.