ENTRY-ENTRY BARU..JOM JENGUK

Friday, May 25, 2018

Selamat hari lahir Adlan Khairy. Bulan islam

Selamat hari lahir anak magic Adlan Khairy
Khairy lahir 9 Ramadan
Secara pembedahan
Dipercepatkan selepas 2tarikh sebelumnya juga dipercepatkan

Alhamdulillah 5 tahun telah berlalu
Khairy berjaya "melepaskan" diri dari sebarang pembedahan dan treatment yang "berat" buat masa ini dan juga harapnya seterusnya..
Insya Allah ..Adlan Khairy akan bertahan sampai mama tutup mata

Terima kasih sebab Khairy bawa mama terbang ke Mekah dan Madinah.
Khairy buat mama sedar banyak perkara.. tentang masa..masa bukan untuk disia-siakan.. tentang hutang..hutang perlu diselesaikan bukan ditangguhkan..
Tentang nyawa.. bila2 boleh diambil
Tentang umur..mama bukan muda lagi..

Paling penting tentang kasih sayang Allah.. nak apa2 mesti minta pada Allah dahulu..bukan orang..bukan makhluk.. Allah paling sayangkan hamba-hambaNya itu adalah kenyataan..janji Allah pasti dan Allah tak pernah menipu..

Semoga Allah sentiasa berikan yang terbaik untuk Khairy.. semoga panjang umur dalam keberkatan..

😎sampai sekarang frust nama Khairy tak de letak ramadan..haishh

1 comment:

Ann Ishak said...

selamat hari lahir khairy, semoga sentiasa sihat dan dilindungi dari sebarang masalah