ENTRY-ENTRY BARU..JOM JENGUK

Saturday, January 14, 2023

Hanya kerana Allah& Rasullulah


Dulu zaman muda..
Pernahlah terbaca kes-kes macam nie..
Letak jawatan kerana Allah & Rasullulah
Mereka cintakan Allah, takutkan Allah, azab Allah dll..
Masa tue aku kagum..
"Hebatnya diorang tue.. sanggup tinggal kesenangan untuk semua tue"

Tapi sekarang aku faham..
Nikmat cintakan Allah tue lagi besar dari nikmat duduk dalam kesenangan dan keselesaan..
Aku jumpa beberapa orang di tempat hijrah di sini.
Bukan calang2 income dan kerjaya mereka ..
Mula-mula aku jumpa seorang, jumpa yang lain, jumpa lagi yang lain, jumpa lagi dan semoga aku tak akan berhenti jumpa orang begini sebagai sumber kekuatan kami sekeluarga..

Ada kerja bank, keja cukai, keja semigomen dan dengan beberapa alasan yang sama dan ada yg berbeza..
Tapi semua alasan mereka menuju perkara yang  sama..
Takut hukum Allah walau di mata orang lain benda itu sekadar sebesar semut dan langsung tak memberi dosa..
Tapi jawapannya hampir sama "takut Allah.. takut tak dapat nak jawab kat akhirat"
ALLAHUAKBAR 

Mereka tinggalkan kerja dan masa depan yg cerah
Mereka tinggalkan neck tie masing2
Mereka tinggalkan bilik yang berhawa dingin
Mereka tinggalkan peluang meningkatlan kerjaya di dalam dan luar negara
Mereka tinggalkan income sehingga berbelas2 K
Mereka ini ada yg lelaki dan perempuan..
Malah ada yg pasangan suamiisteri..
Mereka mula kerja biasa-biasa saja
Ada yg buka homeschool
Ada yg jadi rider
Ada yang ikuti kuliah sepenuh masa
Ada yg buat kerja part time sana sini

Semoga Allah beri kami semua kekuatan
Kerana tak semudah itu meninggalkan kesenangan dan dunia yg telah dikecapi berpuluh tahun .

Link asal https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10220677472718360&id=1582173137&mibextid=Nif5oz

No comments: