ENTRY-ENTRY BARU..JOM JENGUK

Wednesday, January 4, 2023

Welcome 2023.. Gud Bye 2022 yg penuh cerita duka

Tahun 2022 telah berlalu 
Tahun 2023 telah bermula beberapa hari.
Bila saya sebut tahun begini tidak bermakna saya menyambut tahun baru Masihi..

Tahun lepas 2022 penuh dengan air mata kerana penghijrahan total kami bermula..
Resign kerja, jual rumah2 kami,  berhentikan persekolahan anak2 dan terus pindah membawa anak2 mengikut haluan istiharah dan  iman kami.
Tahun yang menguji kekuatan kami sekeluarga termasuk anak2 yg masih kecil ini terus bertahan dengan fitnah dunia..
Saya bersyukur kerana dapat sokongan kuat ibuayah dan adik bongsu saya.
Bersyukur juga kerana rakan2 setaqwa membantu penghijrahan kami.
Bersyukur kerana owner madrasah mengajak kami tinggal bersama.
Dengan tinggal bersama di madrasah membuatkan jiwa kami yg rapuh kuat dengan solat jemaah dan majlis zikir.
Ya duduk di madrasah walau hanya beberapa bulan sangat menguatkan jiwa kami.
Terima kasih TokAyah, TokMak, Ustaz Amin, Ustaz Fendi dan Ustazah Mira..
Menerima kami yg ketika itu hanya bawa hati yg perit.
Merka tahu cerita kami dan mempelawa kami tanpa  prejudis🥰
Terima kasih pada mak angkat juga yg selalu buat saya rasa ada tempat untuk mengadu... Dan tiap kali pandang mak angkat kurang sedikit rindu pada mak saya...
Yang pernah berhijrah sahaja yang tahu bagaimana rasanya duduk di satu tempat yg asing tiada langsung saudara mara..
Kalau berhijrah kerana utk bekerja sambung study dll ..takkan sama rasa dan ceritanya berhijrah kerana penindasan dan kezaliman manusia

Bersyukur urusan pendidikan anak2 juga selesai satu per satu..
Malah yg buat saya terharu Amana yg baru masuk ke sistem pondok  dapat juga jadi antara pelajar terbaik hanya dalam tempoh lima bulan..
Arief seperti biasa dia relek berjuang dengan diri dia sahaja haha
Khairy dan Adam dengan aktiviti yg menyeronokan di "homescholl" sebagai anak kecil yg puas bermain bersilat,memanah, mandi parit, memanjat pokok, mengaji dll..

Rupanya baru 10 bulan kami di tempat hijrah.
Jika sempat berpuasa tahun 2023 ini genaplah setahun kami disini mengikut kalender Islam kerana saya sangat pasti kami berada di tempat hijrah ketika bulan puasa  tahun lepas.
Ketika bulan puasa tahun lepas saya duduk di madrasah dan kerap masak kudap2 berbuka untuk anak-anak madrasah.
Malah kami beraya juga di tempat hijrah.

Semoga 2023 membuka lembaran baru kerana 
Saya telah melihat kerosakan,kesakitan  malah kematian yg berlaku hasil fitnah ini termasuk di dalam kalangan ahli keluarga sendiri sepanjang dua tahun fitnah dunia ini melanda..
Cukuplah apa yg saya lihat ini mengukuhkan lagi iman dan pegangan saya menolak yang syubhah apa lagi yg haram.

Untuk tahun 2023 ini saya akan teruskan aktiviti seperti biasa uruskan persekolahan anak2, pengajian kitab, mawlid dan online business.

Sungguh Allah sangat baik dan halus kasih sayangnya pd hambanya yg teraniya..
Saya pernah berjanji terbinanya rumah non riba kami saya akan lupakan keperitan discrimination ini.
Allah guide satu persatu urusan kami dari awal pembelian tanah sehingga pemilihan kontraktor.
Ada hiccup di antaranya tapi kami serah saja pada Allah kerana dia lebih tahu.
Bagus juga dijauhkan kami di permulaan pembinaan rumah kami dari mereka yg tidak sesuai  supaya tidak timbul masalah lebih besar dan melibatkan kos yg lebih banyak.

Syukur sangat kerana Allah izinkan pembinaan rumah non riba ini bermula juga..

Alhamdulillah asbab discriminate bakal selesai segala hutang dan terbinanya rumah non riba.

asbab discrimination saya dapat hadir kuliah agama setiap hari

asbab discriminate saya kembali meniaga online kembali seperti mana ketika saya bercuti tanpa gaji ketika menjaga khairy yg sakit jantung dahulu..

Sungguhla Allah memberi Khairy sebenarnya adalah sebagai persediaan untuk kezaliman dunia yg kejam.

Kelahiran khairy membuatkan saya belajar tentang pemakanan sunah, pemakanan sihat,supplement, perjuangan bebas riba, online shop.. semua ini sangat berguna sebagai bekalan kami menghadapi fitnah dunia dan kezaliman majoriti.




No comments: