ENTRY-ENTRY BARU..JOM JENGUK

Thursday, September 18, 2014

Adlan Khairy@HUKM ---> CEK MATA PULAK

Entry ini adalah tentang Adlan Khairy tetapi gambar mula2 sekali adalah gambar abang Khairy si Amirul Arief.. Amana mana? Amana dah beberapa hari request nak duduk umah nenek dia AKA mak saya.. Takpelah bagilah Amana rehat. Kalau tidak asik kena bebel je kat umah nie "Amana tengok adik" "Amana mama nak masak tengok Khairy" "Amana cubalah mengalah dengan Arief" "Amana adik panjat tangga takkan tak nampak!" ... pening Amana dengar mama dia berleter.... Itulah nasib seorang kakak sulung wakaka.. so mama bagi vacation kat umah nenek kiki... Dalam gambar nie Arief tengah stress sebab tak boleh berlari sana sini..siannnnnn...


Selalu kalau cek jantung Khairy  memang cek di HUKMSC dengan Prof Bilkish di tingkat 7 tue tapi kalau cek mata Khairy cek di HUKM govement.. Bayaran RM20 sahaja kalau anda bukan kakitangan kerajaan.. Setiap kali kat bahagian pendaftaran akan cakap "Puan keja gomen ke swasta" Saya jawab "semigov" dan soalan seterusnya  "bawak GL tak?" jawapan saya ialah " ofice saya tak cover goverment hospital" pastu gerenti kat bahagian pendaftaran kerut2 kening... "Eh tadi kata semigoverment? kan ke semigoverment masih cover medical staff di goverment hospital" Saya senyum sambil hulur RM20. Alhamdulilah RM20 mampu bayar lagi...

Dan kebanyakan saudara-mara yg kebanyakannya keja goverment & semigoverment akan  cakap "nasib baik angah keja semigoverment so mesti medical Khairy cover" Lagi sekali nak kena jawab "semua medical Khairy angah bayar sendiri.  HUKMSC tue memanglah angah bayar sendiri sebab itu kiranya hospital swasta tapi masa masuk wad goverment (Prof Bilkish) admitted  Khairy 2 kali di wad goverment di HUKM pun angah masih bayar sendiri" so lagi sekali sedara-mara kerut2 kening.. soalan seterusnya "berapa bil masa admit.lama jugak dia masuk hospitalkan?  "masa first admited tue almost RM1500 yang ke2 admited dah tak ingatla..." Mama Khairy ingat yang first je sebab for me amount banyak juga sebab bukan RM20..muahaha.. yang kali kedua pun lebih kuranglah kot..sungguh tak ingat sebab Khairy memang lebih "mahal" compare dengan Amana& Arief dalam hal medical..   so dah menjawab lumpsum pertanyaan2 yang bertanya tentang bil Khairykan?

Kalau ada yang cakap "napa tak amik insuran? Bukan ke anak2 yg lain  Amana&Arief amik insuran? Kenapa tak amik insuran ..itulah Melayu tak pikir masa depan?" bla bla bla...  Meh sini saya bagi tazkirah sikit.. Saya adalah bangsa Melayu yang tidak pernah menolak kebaikan insuran.. Saya adalah bangsa Melayu yang memikirkan masa depan & kesihatan anak2.. Saya sangup ketepikan salary bulanan untuk insuran anak-anak sebab saya tahu banyak kebaikannya terutama bila anak sakit mengejut..  Saya bukan jenis bangsa Melayu yang cepat2 tutup telinga bila orang cakap tentang insuran.. Keluarga saya semua ada insuran kecuali Khairy. Kenapa Khairy takde? PENYAKIT KHAIRY DIKESAN SEJAK KHAIRY BERADA DALAM PERUT SAYA KETIKA KANDUNGAN SAYA BERUSIA 7/8 BULAN .. haiyaaaa takde syarikat  insuran yg nak cover daaaaa.... syarikat insuran  tau mesti kuar masuk hospital punya.. Insuran kan amik masa sihat bukan amik masa sakit.. Takkan Khairy baru sebulan dalam perut saya dah sign surat insuran ..agak-agakla..

Alhamdulilah Allah masih beri rezeki & alhamdulilah bil rawatan Khairy belum lagi cecah puluh2 ribu tapi kalau ada buat operation di IJN nanti mungkinlah akan berpuluh "K" jugak.. Semoga Khairy tak perlu lalui operation & kalau terpaksa moga ketika itu rezeki mama dia macam hujan lebat masa musim tengkujuh ye.. AMINNN..

Ada pulak soalan nakal.. So sebab tue ke saya pergi ke HUKM? Sebab tak mampu ke swasta? Jawapannya mampu atau tidak itu jatuh pada perkara ke dua. Me & husbd dah pernah discuss if anything semuanya di luar kawalan kami akan jual rumah pertama kami utk cover expencess medical Khairy.. Khairy adalah segalanya.. 

So perkara pertama yang membuatkan kami setia di HUKM ialah.. Adlan Khairy disambut oleh Prof Bilkish (cardiac specialist untuk kanak2)  dari awal kelahiran dan keadaan Khairy dah dimaklumkan dari awal oleh Prof Azurah gyne di HUKMSC. so rekod-rekod segalanya.. deal dgn IJN atau apa2 treatment semuanya Prof Bil yang monitor.. uruskan dari awal sampai Khairy setahun dan sampai bila2lah rasanya.. Alhamdulilah.. Semuanya berjalan lancar.. Insya Allah apabila Khairy pandai solat & doa sendiri nanti saya akan pastikan dalam setiap doanya akan ada nama Prof Bilkish..

Mana nak carik doktor yang magrib2 sanggup turun ke wad nak tengok keadaan Khairy? prof Bil punyalah pujuk saya masukkan Khairy ke wad. Masa tue saya hanya datang untuk injection sebulan. Masa tue jantung Khairy dikesan semakin tak normal.. Lepas bersalin ceser Prof Bil benarkan  bawa Khairy balik sebab rhytm jantung Khairy dah ok.. Mungkin ketaknormalan tue cuma dalam perut je (Mak over stress ke?) Tapi rupanya gerak hati ibu tak pernah salah.. Saya berkeras nak Prof Bil yang suntik Khairy untuk usia sebulan. Sedangkan boleh je suntik dekat klinik2 biasa.. Dahla HUKMSC tue jauh jugak dari umah  Kajang nie.. Saya cakap dengan husbd "kali pertama nie je..lepas nie suntik kat klinik biasa" Rupanya sampai dah setahun masih gigih buat appoiment dengan Prof Bil :) Saya masih ingat camana saya diam membatu tak tau nak jawab bila Prof Bil pujuk nak warded Khairy.. Dan masih teringat bila  nurse2 di HUKM call and cakap "Puan katil dah siap. Prof Bil cakap anak Puan kena masuk jugak. Bahaya.." Hurmmm rasa baru semalam perjalanan yg memeritkan tu saya lalui bersama Khairy...


Hari ni khairy tak behave masa cek mata. Doc dah luaskan mata dia dengan cangkuk  besi. Dengar doktor cakap "spectulum" iskkk entah apa nama besi tue..lebih kurang gitulah.. Cangkuk besi tue akan di cangkuk di kelopak mata Khairy.. So kelopak mata Khairy akan terbuka luas & doktor akan suluh mata Khairy guna lampu dan dibiaskan dengan macam kanta pembesar ke dalam retina Khairy.. Lampu tue doktor sangkut kat kepala doktor.. Dah ala2 orang dalam lombong korek emas... ketuk2 dinding gua nak korek emas.. macam tuelah rupa doktor jadinya..Hati mama Khairy pun dah keras mcm besi. Masa mula2 tgok khairy kena mcm tue masa baru2 lahir  menitik2 air mata tengok tapi now dah kebal .. ada mak2 lain lg hebat diduga..

Tiap kali nak cek mata..kena besarkan mata Khairy dulu.. Kena masukan 2 ubat supaya mata hitam Khairy jadi besar.. Then tunggu setengah jam.. Kalau tak besar jugak..masukkan ubat tue lagi.. Biasanya 2 kali jugak kena pakai ubat besarkan mata hitam dia tue.. Kalau Khairy good boy tak perlulah pakai cangkuk besi tue tapi kalau Khairy tak behave/meronta2 kena pakai cangkuk besi tue tapi sebelum tue doktor akan titik ubat tahan sakit...

Next appoiment doc mata akan cek lebih detail.. Akan buat ujian reflction.. tak paham sangat.. Tapi lebih detail katanya.. Hari nie pun ada tambahan ujian mata.. Ada satu doktor bagi Khairy tengok kadbod macam2 color&kedudukan nak tengok tindakbalas mata Khairy.. Alhamdulilah ujian pada kali nie didapati belum ada lagi kesan  mendakan  ubat jantung di mata Khairy.. Syukur.. Saya selalu perasan mata Khairy selalu berair walau tak menangis.. Doktor suruh urut2 pangkal hidung Khairy tapi katanya doktor akan buat juga ujian untuk next appoiment..

Moga semuanya semakin baik & tabahkanlah hati Mama Khairy nie..






5 comments:

Farah Waheda Wahid said...

dear yang membaca ni pun tak tabah... dan tak sanggup membayangkan...semoga kuat yer menghadapi segalanya dan semoga khairy bebas dari segala macam penyakit... as a mother, I feel you too...tabahkan hati dan terus kuat yer?

Allene said...

semoga khairy sembuh...
prof bil, memang terbaik....

entry terkini...bebel pasal selamat pengantin MADU

mamaRIFQY said...

teringin sgt nak jumpe ila ngn family. nak jumpe kembar iqy. nak jumpe khairy.amana...

kinna said...

kuatnya ila...semoga Khairy akan sembuh sampai bila-bila. Khairy anak yg baik... *speechless*

AyuArjuna BiGoshh said...

be strong ila