ENTRY-ENTRY BARU..JOM JENGUK

Sunday, July 22, 2018

Boleh pilih suami lagi best? Pernah juga terbaca..

"Doktor, saya nak mintak balik rumah hari ni boleh?Suami dan mak mertua saya dah bising, anak saya dah 2 malam asyik menangis tak mau tidur."
Tersentak saya mendengar permintaan itu.

Ibu muda beranak 4 ini sedang mengandung anak ke 5 mereka. Usia kandungan 28 minggu. Beliau di masukkan ke dalam ICU disebabkan jangkitan kuman di dalam darah. Sepsis.

ICU= Intensive Care Unit
Unit Rawatan Rapi.

Betapa rapinya rawatan di sini sehingga setiap denyut nadi pesakit di perhatikan. Sehingga setiap titik air yang keluar masuk daripada badan pesakit di kira. Tiada pesakit yang tidak tenat saja-saja dimasukkan ke dalam ICU. Setakat sakit biasa-biasa, tidak perlu di rujuk kepada Pasukan Bius & Rawatan Rapi. Hanya bila keadaan pesakit kritikal.

"Maaf Puan, kami tak boleh benarkan. Keadaan Puan masih kritikal."

Demamnya masih tinggi, 39.6oC.

Nafasnya laju, kerana darahnya berasid disebabkan jangkitan kuman lalu paru-paru bekerjasama dengan buah pinggang untuk mengurangkan tahap asid dalam darah.

Tekanan darah juga rendah perlukan ubat sokongan.
Jantung berdenyut sangat laju.
Kuman juga hidup riang di dalam sampel darah pesakit yang di ambil.

Antibiotic yang di berikan untuk membunuh kuman pun baru dua tiga hari diberikan.

"Susah doktor..anak saya tu baru setahun, dia memang menyusu badan dan tidur dengan saya malam-malam. Dia tak mahu dengan suami atau neneknya.."

Adei..parah..

"Adik, awak ni masih letih, bernafas pun laju tercungap-cungap perlu oksigen..macamana awak nak balik rumah?"

Dia terdiam. Angguk.

"Boleh ka doktor terangkan kepada suami dan mak dia? Tadi mereka datang marah-marah saya sebab saya tak sihat dan tak boleh balik rumah lagi.."

"Boleh adik. Nanti saya bercakap dengan mereka. Adik berehat lah dulu ya? Jangan fikir banyak sangat..kesihatan awak tu lebih penting..Doa minta Allah mudahkan semuanya, ok?"

Begitulah nasib seorang isteri dan juga seorang ibu yang baik. Hal kepentingan diri dia, sentiasa dia letakkan belakang sekali. Dah lah sedang mengandung, sakit tenat sampai kena masuk ICU, anak menangis di rumah pun suami nak dia settle kan juga?? Apa guna awak jadi bapa dia kalau macam ni pun masih kena isteri buat semuanya??

Cuba fikir dalam-dalam, lagi susah ke lagi senang hidup awak kalau awak paksa isteri balik rumah juga dan kemudian keadaan dia makin teruk sehingga tidak dapat diselamatkan? Anak yang dalam perut tu dah pergi bersama dengan ibu dia. Anak awak yang paling besar baru darjah 1. Yang kecik sekali baru umur setahun dan masih menyusu.

Hanya kerana awak tak dapat tidur malam sebab anak awak meragam, awak hilang terus isteri awak tu selamanya. Anak-anak awak turut kehilangan ibu kandung mereka.

Memang la isteri awak tu wonder woman. Semua dia boleh buat. Tapi kekuatan dia pun ada limit juga. Berkorbanlah sedikit masa tidur tu. Tunaikanlah janji nak bersusah senang, sehidup semati dengan isteri awak tu.

Kerja suri rumah, penat. Isteri seorang yang buat memang tak cukup tangan. Perlukan bantuan suami. Kalau mampu carikan pembantu untuk isteri, lakukanlah. Jika tidak, awak sebagai suami lah tolong dia uruskan rumah . Awak sebagai bapa lah tolong uruskan anak-anak.

Ini tidak.

Anak nak ada ramai-ramai. Setahun dua dah nak tambah anak. Isteri awak buat macam dia orang gaji. Bila dia tak sempat urus diri, kurang menarik awak pergi cari tarikan kat tempat lain. Sedangkan masalah ni bermula puncanya daripada suami yang tidak menunaikan tanggungjawab dia dengan betul.

Ada baca perkongsian seorang bapa hari tu, anak perempuan dia yang masih kecil cakap kepada dia, nanti besar dia nak jadi lelaki lah, senang. Kenapa senang? Sebab papa lelaki, balik rumah je boleh rehat main-main telefon. Kalau jadi ibu semua kena buat. Letih! Baik jadi lelaki.

Agak-agak daripada mana anak tu belajar kalau bukan daripada contoh teladan sekeliling dia? Tak hairan lah kalau sekarang ni banyak kes kecelaruan gender.

Dalam setiap perkahwinan ni kena ada semangat kerja berpasukan. Saling bantu membantu, saling bertolak ansur, saling memahami, tidak mementingkan diri sendiri, tidak menjulang ego sendiri, kena sentiasa ada komunikasi yang baik terutama di antara suami dan isteri.

Mohon layan isteri anda dengan baik dan adil. Jangan biar isteri anda merana dalam diam. Dia boleh bersabar. Namun sabarnya ada limit.

Dia boleh redha dengan nasibnya di dunia. Sebab dia tahu, Allah nanti bagi dia pilihan di akhirat untuk kekal bersama dengan suami dia ni, ataupun pilih yang lain yang lebih best lagi.

No comments: