ENTRY-ENTRY BARU..JOM JENGUK

Thursday, February 9, 2017

Till jannah ke till jahanam?

Member tanya best ke kahwin?

Nak jawab best atau tidak, kita jawab dalam bentuk soalan.

Beli kereta baru, best tak?

dia jawab best lah. Tapi pening juga bulan-bulan nak kena bayar bank, setiap tahun wajib renew roadtax, kadang-kadang setiap 2-3 tahun dah kena tukar tayar. Itu belum battery, minyak hitam dan lain-lain. Minyak petrol dah tentu wajib. Kalau kemalangan lagi pening . Salah orang ok lah, salah kita kering poket.

Tapi kau tetap sabarkan, tetap jaga kereta, tetap basuh bila kotor, tetap beli accessories, sedangkan kau rasa sangat terbeban. Kau akan mula faham dari sedap kepada tanggungjawab. Tanggunjawab inilah yang membuatkan  kau akan jaga, baiki mana yang tidak elok.

Kadang-kadang  tiada siapa pun tahu kau  tidak bayar bank, diam membisu. Sebab kau faham itu AIB jika orang lain tahu. Sampai satu tahap, kereta dah cecah 40 tahun, kau lagi sayang, walaupon buruk, dah menopause, absorber tahap Rheumatoid arthritis  kau tetap sayang. Sebab  'sentimental value' sangat dekat dengan jiwa kau.

Begitulah alam perkahwinan. Best itu hanya sementara, ia akan jadi satu nilai yang tidak berapa penting  buat engkau dan tanggungjawab itu  mengatasi segalanya. Perkahwinan adalah kehidupan. Kehidupan yang penuh cabaran setiap masa dan keadaan.

Jika kau berjaya harungi kehidupan ini dengan penuh TANGGUNGJAWAB, KECINTAAN, KASIH SAYANG, KESETIAAN, KESABARAN KERANA ALLAH DAN RASUL. insyaallah akan jadi CINTA TILL JANNAH. Sebaliknya Jika kau kecualikan الله  dan Rasul. Tunggulah TILL JAHANAM.

-EncikMatt-

Punca -punca terbaru saya terpaksa pertahan ke till janahh haha


Inilah yang bawa saya ke till jannah ..insya allah
Semoga saya dapat masuk syurga atas kesabaran melalui semuanya bersama "hantu tepong gomak" nie

No comments: