ENTRY-ENTRY BARU..JOM JENGUK

Sunday, February 26, 2017

Adam Ziqri menemani Adlan Khairy di HUKM

Assalamualaikum kawan-kawan mama
Ingat saya lagi tak?
Sayalah si magic Adlan Khairy

Kalau nak tau gambar nie Khairy sendiri yang request saya ambik. Terjerit-jerit dia "mama amikla gambar haily..amikla gambar haily" Okey nak..mama perkenan kan..walaupun gambar senget kira bersyukurlah..sapa suruh korang semua rosakan tab mama nie.. Tab saya nie camera belakang dah rosak..blur giler..yang camera depan je berfungsi.. tapi sengetla sebab nak kena adjust bagai.. haha..janji ada..janji khairy diam tak jerit-jerit..grrrrr....

 Wad Peadiatrik kat HUKM memang best..kat bahagian tengah tue memang ada gelongsor dan pelbagai alat mainan..so budak-budak tak le bosan menunggu.. ada sekali kitaorang pergi bahagian mainan nie kena alih sebab ada bocor ke apa tah..air bertakung je.. Khairy dah biasa datang.. siap berlari-lari dari jauh nak main..sekalinya tak ada.. terus muka hampa and tunduk je ajak balik umah haha.. nasib baik kali nie ada.. 


 Kali nie saya bawak Adam Ziqri ke hospital. Latih dari kecik Adam teman Khairy pegi hospital. Amana & Arief dah biasa dah teman Khairy. So kali nie train Adam pulak. Biar dari kecil dia tau abang dia nie magic.. Nanti esok besar dia tak banyak cerita bila Khairy mintak teman pegi hospital.betul tak? Biar dari kecik kita didik anak-anak sama2 susah supaya sampai besar kasih sayang tue kekal. Supaya Adam pun paham saya bukan saja-saja nak manjakan Khairy.. Khairy magic so  semua anak-anak saya kena tahu dan paham situasi..

Seminggu sebelum appoiment kali nie Khairy kena ambil darah.. Setahun adalah sekali atau dua kali ambil darah untuk periksa tentang tyirod.. Kalau nak tahu salah satu punca denyut jantung tinggi adalah kerana tyirod. Dulu saya pun kena buat ujian tyirod. Saya takde masalah tyirod. Khairy pun takde.. Struktur jantung pun cantik..tak ada kecacatan langsung..so camana dia dapat SVT? Itu semua rahsia Allah.. tak ada nak pertikaikan lagi..saya reda dan Khairy masih nampak sihat walafiat..Dia memang special & magic..

 Opss sambung cerita..seminggu sebelum appoiment kali nie Khairy kena amik darah. Lepas amik darah dia balik dengan muka sedih... "mama haily tak mo dah pegi hospital.doktor jahat.dia amik darah haily..sakit..tengok baju seluar semua darah" Kesian tengok baju dia penuh dengan tompokan darah..camanalah dia melalak tue... saya tak ikut ..masa tue jaga adam..khairy pegi dengan papa dia.. saya peluk2 khairy dan cakap "ala doktor nak amik sikit je.. simpan banyak2 dalam badan pun buat apa kan?" Khairy angguk2 and peluk saya kuat-kuat..alahai hailyyyy

 Appoiment kali nie kena jugak buat ECG untuk tahu kadar denyut jantung dia.. Gambar atas nie gambar appoiment sebelum nie.. saya ambik gambar kat entry yang nie. Disebabkan Khairy masih ingat dia kena ambil darah seminggu sebelum tue.. jadi nak ambil bacaan ECG kali nie susah sikit. Dia macam takut asik bergerak-gerak.. Siap Khairy warning pegawai yang amik ECG tue.."jangan buat haily sakit..nanti mama haily marah.kan mamakan? mama marahkan?" 

Saya urut-urut je kaki Khairy..pujuk-pujuk dia.. yang tampal-tampal kat badan tue bebrapa kalilah kena cabut sebab tak dapat bacaan.. nak cabut balik sakit jugakla untuk budak kecil..melekat kat kulitkan... Tapi saya dah lalilah..setakat hal kecik-kecik nie dah tak rasa apa.. mak dah sado..

Pegi hospital kali nie rsa penat sangat.. rupanya sebab bawak si montel adam.. 
huishh patah pinggang angkut beras lebih 5kg nie haha 
ada stroller pun dia duduk bila nak tdo je
yang laian merungut2..membising je mulut nak mama dia peluk
Huwaa penatla adam teman abang khaiy pegi hospital
Boleh kurus macam nie
dahle lama  sampai masuk waktu zohor..sikit lagi nak habis zohor haha
Dalam keta tidur berdengkur-dengkur si adam
dia pulak lebih penat  

Camana hasil appoiment kali nie?
sama je..
reda jelah
janji khairy masih depan mata
masih melompat-lompat
masih senyum & ketawa
Pun dah 1000 syukur
Doakan Khairy terus magic ye kawan-kawan
Thanks



No comments: