ENTRY-ENTRY BARU..JOM JENGUK

Tuesday, October 2, 2018

Jika dah BTL apa yang anda rasa?

TAKDE POMPUAN YG SETUJU UNTUK BTL. KALAU DIA YG SENDIRI NAK BTL BERMAKSUD DIA DAH CUKUP TRAUMA DENGAN SEMUA YG JADI .. 

ALLAH LEBIH TAHU DLM SETIAP KEPUTUSAN DAN APA YG BERLAKU. BTL NIE SATU "KEREHATAN" UNTUK PEREMPUAN YG TERTENTU . TAPIII EHEM BTL PUN BOLEH PREGGY JUGA HIHI..GOGGLE SENDIRILAH YE..

“Isteri xde masalah utk mengandung byk kali, tapi…”

Teringat saya satu kisah yg berlaku pada diri saya, back in 2014…Saya anak dah 3 sekarang, 2 perempuan, 1 lelaki…doktor kata dah cukup dah (faham x?)...kalau diikutkan diri sendiri, memg nak anak ramai, tapi kena fikir kemampuan isteri jgak...boleh atau tak boleh, keadaan dirinya mengizinkan atau tak mengizinkan utk dia mengandung lagi, beranak lagi...

Masa isteri nak melahirkan ank kedua, doctor panggil saya masuk labour room, doktor ckp uri terlekat di rahim...klu dia xdpt pisahkan uri dan rahim, maka dia akan buang rahim...keadaan ini berbahaya dan boleh menyebabkan maut, dia tak boleh tunggu lama2....boleh mengakibatkan pendarahan yg serius…

Doktor minta izin saya utk buang rahim isteri...

Isteri dah nangis2 dh, saya pun tahu sbb apa…kalau buang rahim, dia takkan boleh mengandung lagi dh...dia tak bleh bagi zuriat kat saya lagi dh...saya tgok isteri saya, saya plak rasa sebak, then saya ckp kat doktor, “Kalau ianya melibatkan nyawa, buanglah rahim tu doktor...saya nak isteri saya selamat...bab anak ni, cukup dgn apa yg dh ada, yg saya dh dapat, yg Allah dah bagi…sekurang2nya, saya dh ada anak drpd org yg xde lagi” mcm tu ja nk sedapkan hati saya, dan hati isteri…

“Jangan menangis, jangan pkir byk, abg terima seadanya diri ayg, abg cuma nak ayg selamat sahaja”

Selesai ja pembedahan, anak dah kluar, isteri pun kluar, doktor ckp kat saya, “Alhamdullilah, rahim isteri awk masih ada, uri dapat dipisahkan dari rahim…” Saya bersyukur sgt2, sbb isteri saya selamat…ini yg lebih penting…bab rahim tu, xpkir apa dh…

Skrg anak dh tiga, masa anak no 3 tu, doctor dah buat BTL (google sendiri)…potong terus dah…so, cukup setakat 3…ketiga2 anak keluar dgn kaedah Caesaran…Doktor ckp, perut isteri tu dh nipis, kat tempat luka dia tu, sbb tiga2 anak jarak dekat2 dan diorang potong tempat yg sama…bila doctor kata, ini jalan yg terbaik, maka saya ikut sbb saya sayangkan isteri saya, saya lebih perlukan dia didunia ni…kalau baik utk isteri, maka baiklah utk saya…apa yg saya nak tu, nak anak ramai2 tu, bgkus tepi, baling jauh2…keadaan dan kesihatan isteri lebih penting…

Mgkin jgak Allah uji saya mcm ni, nak tgok saya mampu terima takdir dan ketentuan DIA atau tidak, tentang apa yg saya nak dlm hidup ni...nak anak yg ramai ke, atau nak ada isteri yg sihat dan selamat…namun saya cukup2 bersyukur dgn apa yg saya dah ada, tak lebih, tak kurang, dah lengkap sebenarnya hidup saya…cukup sempurna dah...

Isteri ni, kebanyakkannya xde masalah utk nk mengandung berapa kali pun, as long as kita bertanggungjwb dgn apa yg kita buat...Jgn sekadar tahu buat anak sahaja tapi tak tahu jaga anak...Semoga bermanfaat utk semua yg membaca…anak tu tanggungjawab ibu dan bapa…bukan ibu sahaja…kena sama2 jaga...

No comments: