ENTRY-ENTRY BARU..JOM JENGUK

Friday, October 19, 2018

Untuk semua surirumah chill ya

"Kau ni jadi surirumah, x keje, x berniaga, xde pendapatan, kau tak takut kena tinggal dgn laki kau ke?"

Aik, kenapa nak kena takut plak? Kita yg bekerja ni, sbb tgh prepare utk nk kena tinggal ke? Kita yg berniaga ni, nak bagi ada duit sebelum kena cerai ke?

Pkir la yg baik2, yg positif...dia jadi surirumah itupun sebenarnya satu pekerjaan, cuma bezanya "pendapatan" dia bukan dlm bentuk wang ringgit, Allah "bayar" dgn "masa"....dia dapat tgok anak membesar depan mata dia, dpt jaga anak dgn sendirinya, dapat uruskan umahtangga dia sepenuhnya, dapat layan suaminya dgn sebaik mgkin...

"Masa bekerjanya" adalah utk suami dan anak2nya...

Awak yg bekerja, awk yg berniaga, betulkan la niat tu...awk bekerja, berniaga memg niat sebagai persediaan ke arah berpisah ke? kerana takut laki tinggalkan awk sehelai sepinggang, tanpa duit, tanpa apa2...?

Itu bunyi mcm awak tak yakin yg rezeki datang dari Allah...Allah dah berfirman dlm surah An Nisa, ayat 130, "Dia yg akan mencukupkan jika kedua2nya bercerai..."

Betulkan niat tu dulu, sebab setiap apa yg berlaku dlm hidup ni bermula dgn niat...so, xpyh la niat ke arah tu...keje dan berniaga, bagi ada pendapatan, tapi matlamatnya utk perkara lain, dan bukannya sebagai persediaan utk diceraikan, ditinggalkan...dan usah pertikaikan kenapa org lain x keje mcm awk, x berniaga mcm awk...walaupun awk ada pendapatan, itu bukan "lesen" utk awk nk menyibuk jaga rumahtangga org lain...

Dia pilih jalan dia, awak pilih jalan awak...

Tawakalnya dia terhadap rumahtangganya hanya Allah sahaja yg tahu...doakan yg baik2 utk dirinya dan diri kita...tak semua persoalan itu, perlu ada jawapannya...🙂

No comments: