ENTRY-ENTRY BARU..JOM JENGUK

Thursday, January 26, 2012

Bayi Tersedak Susu-Pengalaman Saya

Meh saya nak membebel. Semua orang kecoh tentang kes bayi tersedak susu tuekan? Yang kat jalan permata.. Dekat sangat dengan umah mil. Saya tahu semua parents mmg tak nak perkara ne terjadi pada anak-anak. Memang menyedihkan.. So parents please tengokkkkkkkkk sikit nursery-nursery tue.. Kadang-kadang bila tukar-tukar nursery orang dok pokpet kata parents cerewet..NOOOOOOO!! Itu hak kita sebagai ibubapa.. kalau jadi kes macam kat atas apa org yang dok pokpet tue cakap pulak? Kita sebagai parents mmg susah hati tentang penjagaan anak-anak.Selagi baby tue bawah setahun dan tak reti jalan kita anggap baby tue fragile.Bukan anggap memang pun FRAGILE!!

Meh kongsi citer Amana masa kecik-kecik sebab Amana lebih "susah" nak diuruskan berbanding Arief. Amana ne sensetif budaknya. Sejak kecik walau dia tak tau bercakap dia dapat rasa & boleh rasa sama ada org yang menjaga tue baik atau tidak.Dan Amana akan mengadu pada kami dengan pelbagai peel pelik-pelik untuk bagitau apa yang dialami di taska/rumah pengasuh. Pandai ye anak mama ne.Belum pandai cakap tapi dah pandai "mengadu". Dapat anak macam ne mmg bagus sebab kita lebih aware dgn sebarang perubahan cuma yang sengsara sikit sebab daya sensetif tue tinggi..hehe


NURSERY PERTAMA
Masa Amana lahir mak dah cakap carikla pengasuh sebab kalau nursery banyak budak.Nanti tak terjaga. Tapi kami tak jumpa mana-mana pengasuh. Kami jumpa satu nursery yang baru bukak. Baby cuma ada dua je tau.Masa kami datang pun bomba sedang datang cek nursery tue.Kan nak daftar tadika/nursery kena dapat mcm2 sijil keselamtankan? So kami fikir okla.Nursery ne adalah nursery yang berdaftarla kot. Pulak tue baby pun sikit je. Org tue siap tunjuk cara mandi kat saya.Hati dah rasa tak sedap sebab caranya kasar.Ok saya sedapkan hati.Mungkin perasaan mak yg baru dapat anak je..Terlebih sensetif.  Masuk hari ke 2.. Amana dah lain.. Setiap kali hantar dia merenung jauh. Masuk hari ke 3..Lagi lain dia dah mula melalak2 mcm tak keruan kalau nak susu. Macamla kami tak bagi susu.. Dalam masa yg sama saya selalu amik Amana dalam keadaan botol susu berkeladak macam dah basi.Macam susu dari pagi tak berganti-ganti.. Sehingga satu hari saya ajak En. Papa balik awal & ikut jalan lain. Saya tercegat depan pintu & kelamkabut org tue berlari masuk. Saya pun serbu jugak masuk tanpa bagi salam..Nasibla ye.. Depan mata saya Amana dipegang dengan sebelah tangan dikepak. Budak 2bulan++ ye.. Amana merenung je muka saya. Tak tau saya nak cakap mcm mana masa tue.. Saya amik dan bawak balik dengan hati sebal.Amana deman panas tak sampai 3 hari dijaga!! Belum lagi perangai pelik2 menjerit2 yang sebelum ne tak pernah dia buat. Belum lagi jadi penakut dgn air.Sedangkan itu aktiviti kesukaan dia..MANDI... Bila hsbd tanya dari segi botol susu, mandi, etc etc pelbagai alasan diberi.Akhirnya kami tarik Amana. Tak sampai beberapa bulan nursry tue tutup!! BAGUS!! Kalau jaga budak2 ada jugakla yg mati tersedak susu pulak.. Bermula lagi  misi pencarian..


PENGASUH PEMBANTU/IBU YANG MENJAGA ANAK-ANAK SAYA
Nak jadi cerita nampak iklan. dari 3/4  nombor hati saya tergerak kat sini. Alhamdulilah Amana suka sangat tinggal  sini. Masa tue Amana dalam 3bulan. Anak-anak panggil ibu .Sekarang anak-anak semua dijaga semula oleh "ibu" ini.  Saya ada citer kat sini tentang "pembantu/ibu" yang menjaga anak-anak saya. Masa hantar Amana kat sini umahnya tingkat 3 takde lif tau.gagah saya & suami memanjat tiap2 hari asalkan Amana dijaga oleh orang yang amanah. Beberapa bulan jugak dijaga.hampir umur 6/7 bulan; ibu mohon nak kerja sebab kekangan kewangan. Alhamdulilah saya dapat bantu "ibu" anak-anak ne mencari keja... Jadinya Amana dihantar ke pengasuh yang lain...

PENGASUH SEBELAH UMAH IBU
Ibu mencadangkan hantar Amana ke rumah sebelah sebab anaknya,Nabila pun dihantar ke situ. Ok kami follow. lagi sekali Amana buat perangai.Malah lagi teruk daripada kali pertama ke nursery.Dah mula semula peel menangis menjerit-jerit. 2minggu sahaja org tue jaga. Selebihnya mak saya jaga disebabkan Amana asik demam. Mak jaga ok; hantar balik dah mula perangai menjerit-jerit. Dan paling kronik Amana takut tengok botol susu. Percaya tak? Tak pernah-pernah jadi. Amana macam nampak hantu bila nampak botol susu. Sehingga 3 hari Amana tak minum susu.Kami guna sudu. Mmmg En.papa naik angin!! Dan ada sekali tue kami terpaksa bawa Amana ke pejabat dari hospital. Bos saya dodoikan & suapkan susu pada Amana. Tuhan je tahu bila Amana nak hisap susu dalam pelukan bos saya selepas 3 hari tak menyusu!! Saya cuma perasan bila nak amik Amana org tue memang dah siap sedia. Setiap kali amik; memang mcm dah tak sabar-sabar sangat nak bagi Amana kat kami. Semua dah ada depan pintu. Dan kerana dah teruk sangat Amana masuk hospital SJMC!! Keluar je SJMC En.Papa terus amik segala barang dari rumah tue. Bayangkan buai, tilam semua benda En Papa angkat sorang2 dari tingkat 3.Anak lelaki org tue nak tolong tapi En.Papa menolak. Terserempak dengn ibu/penjaga Amana sebelum ini; semasa sibuk angkut semua barang. Entah macam mana dalam sebulan hantar ke rumah sebeah tue tak pernah kami jumpa ibu/pengasuh lama Amana ne. Terus dia cakap dia baru nak call kami utk minta kami ambil Amana kerana dia tengok Amana lain macam setiap kali amik anaknya,Nabila. Nabila pun dah tak hantar ke situ. Naluri keibuannya mengatakan Amana dijaga dengan tidak baik kerana sebelum ini dia yang menjaga Amana dari kecil. Katanya Amana nampak lemah & blur.. Ya Allah tuhan je tahu. Tak lama lepas tue orang tue pindah senyap-senyap tanpa jiran-jiran tahu.. Menakutkan tak?

PENGASUH
Hantar ke rumah ini.Mulanya ok.lama-lama Amana dah tak betah.Amana belum pandai jalan&bercakap masa ne. Saya boleh rasakan juga apa yang Amana rasa. Tapi saya tahu Amana merasakan layanan yang tak ikhlas di sini. Anak i kan sensetif orangnya. Siapa yang niat baik dia tahu dan tak ikhlas dia tahu. Selit sikit cerita lain ye..Pernah ada org yang saya tak berapa suka nak memeluk Amana. Amana boleh lari dan memilih rakan yang lain untuk dipeluk.Sedangkan itu kali pertama berjumpa.. Senang citer instinct ibu&anak hanya Allah yang tahu. Jadi apa yg berlaku pada Amana saya dapat rasa.. Akhirnya saya mabil jalan tengah; saya memberitahu cara baik untuk menghantar Amana ke tempat lain. Dan masa saya nak bagitahu saya nak hantar ke rumah lain lagi ketara sikap Amana yang tidak mahu ke sini.Ketika itu saya bawa kereta sendirian. Saya siap cuti lagi. Bukan main gembira Amana mungkin dia ingat saya nak bawak jalan-jalan. Sampai di rumah ne Amana terus mengamok, menangis sehingga saya cuma dapat bercakap diluar rumah sahaja. Akhirnya saya letak Amana dalam kereta dan saya bercakap dengan pengasuh tersebut sendirian. Sebelum balik pengasuh tersebut cuba mencium Amana dari luar tingkap kereta. Tahu apa Amana buat? Amana tundukkan badan sebab tak nak dicium olah pengasuh tersebut. Tapi bila suami pengasuh tersebut datang Amana hulurkan tangan untuk bersalam. So paham-pahamla ye.. Merah muka pengasuh tue. Apa pun yang anak saya alami kat situ saya halalkan.. Jawapla di sana nanti..

TADIKA INDON
Adoi penat nak menaip.Kali ne tersesat ke tadika Indon.Masa daftar nampak Indon tapi katanya cuma datang mencuci tadika. Setiap kali hantar&ambil Amana akan ada sorang budak perempuan Melayu ambil. Amana ok je kat situ masa tue.Anak kawan En.Papa pun dihantar ke situ. Sehinggala budak perempuan tue berenti Amana dah mula demam-demam. Dan sejak itu semua pembantu kat situ INDON!!! Perghhhhhhhhhhhhhhh... Setiap kali amik Amana macam tak pernah minum. Amik je dia dengan pelat pelatnya "haus..haus..haus.." Syahdu je..  Akhirnya dapat tahu dari anak kawan En.papa, minah2 indon tue tak bagi makan&minum termasuk makanan yang mak budak2 ne bekalkan. Menyirap je dengar.. Akhirnya keluarkan Amana. Sebelum keluarkan tegur jugak banyak kali tapi dah namanya Indon paham ke?? Ramai jugak yang hantar ke situ di kawasan rumah kami semuanya tarik keluar anak-anak mereka. sampaikan isteri kawan En Papa berenti kerja terus sebab tak puas hati dengan jagaan taska.. 


EMAK
Akhirnya mak saya jaga sehinggala Arief lahir..Lama jugak mak jaga. Tak tahu macam mana nak balas jasa mak. Dahla mak jaga.Mak amik pagi2 supaya saya tak lewat datang keja.mak masakkan lagi bekal untuk saya waktu malam sebab saya alah memasak masa tue. Cuba cakap macam mana saya nak balas jasa & kasih sayang mak saya?

NURSERY ARIEF & TADIKA AMANA
Arief lahir kami hantar budak-budak ke satu nursery.kali ne kami hati-hati.Kami tanya dari kakak satu pejabat. Anaknya 3 orang dihantar ke situ. Alhamdulilah.Hilang trauma pada taska.Saya ada buat entry tentang taska ne.Boleh baca di sini.. 


KEMBALI KEPADA IBU/PENJAGA ANAK-ANAK
Sekarang Amana dah masuk tadika lain yang hampir dengan rumah ibu/penjaga anak-anak saya ne. Alhamdulilah.Saya senang hati sedikit.Kadang-kadang saya balik lewat sebab "BERKHIDMAT UTK NEGARA" pun sudi mereka menjaganya. Org memberi kita merasa, bila saya dapat bonus saya akan bagi lebih jugak. Bulan-bulan pun saya lebihkan. Tanda penghargaan.. Bukan senang nak carik org yang amanahkan?



Paling penting nasihat saya, sebagai ibubapa peka pada kelainan sikap anak-anak. Walau masih bayi anak-anak akan tunjukkan sama ada mereka selesa/selamat di sesuatu taska/pengasuh. Tengok dari segi senyum tawa/tangisan/kelakuan ketika mandi dan sebagainya.kalau anak-anak nampak lain dari biasa tolongla buat siasatan ye.. Biarla bertukar-tukar taska asalkan anak-anak kita selamat.Taska merata-rata ada tapi anak-anak hanya itu sahaja.Susah payah kita kendung 9 bulan.Menyabung nyawa ketika melahirkan sanggup ke kita kehilangan mereka dengan alsan tersedak susu? .... semoga Allah melindungi anak-anak kita...



21 comments:

Unknown said...

tu yg kadang2 bila bersalin anak kecil rasa nak berhenti kerja.. bila dia dah besar menginjak ke umur setahun baru kembali bekerja..

KaK LimAh Si SupiR said...

susah sbnr ny nk cari org yg jg budak2 dgn sgt cermat

Rinna said...

Menakutkan betul bila nak tinggalkan anak2 kecil kat nursery..kan..

kelenjar getah bening said...

hati hati dalam menyusui bayi...jangan sampe kesedak

Unknown said...

fub, panjang tpi best baca...

seram sejuk lak rasa..
byk tul dugaan awk ek...sabarlah, syukur dah jumpa yg bagus juga akhirnya...

alhamdulillah, ank sya hantar satu taska je dr baby sampai besar ni...

takut dgn mcm2 hal ni kan...

mrs.ecam said...

ermm sye pong dh bnyk kali tukar pngasuh...taska x pnah try lg...last ngan pngasuh skang ni die amatla berkire ngan duit...tp sbb ank yg 1st n 2nd dh besar n tiap kali blk sye akn tnya mcm2...bile tngk ank2 xdek komplen yg teruk2 sye stay jek...xpela duit bleh d crik tp keserasian ank ngan pngasuh tu ssh nk crik kn??? huuu

aanie said...

syukur la amana baby yg bijak....
duduk area mana ek?

Nur Sakinah Ahmad said...

untungla ila dah kembali kepada pengasuh asal..mmg byk dugaan nak taskakan budak2 ni..esp bila masih baby sbb dia lom tahu komplen/mengadu..skrg syukur sgt sbb dpt taska yg baik (murah lg)..hehe

dear anies said...

bla kuar cerita2 mcm ni tetiba sy yg seriau...

Unknown said...

mmg susah kan nak carik pengasuh yg betul2 boleh jaga anak kita dgn baik.. alhamdulillah, anak sy masih ok walau selalu demam bila hantar kt taska..

ngeri gak bc citer awak..

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) said...

aanie: ila tgal puchong

jeBateja said...

pehhhh...nasib baik le wife den duduk ghumah....biarpun tidak sesenang mana....hati tenteram...anak bawah kawalan...

jeBateja said...

pehhhh...nasib baik le wife den duduk ghumah....biarpun tidak sesenang mana....hati tenteram...anak bawah kawalan...

AdaM Hawa said...

lau duk pekan atau bandar memang agak sukar mencari.. lau duk kampung masih lagi ada pengasuh.. susah nak cite pasal pengasuh.. hati tak tenang je nak tinggalkan anak..

Anonymous said...

mcm2 cabaran nk besarkan anak2 kan...syukurlah sbb mak dkt masih blh tgkkan anak2..akak ini parents jauh terpaksa tabahkan hati htr anak kat nursey...tp alhmdulilah setakat ni pengasuh yang ajar baik sgt..dh terasa mcm adik sendiri...:-)

mama aini said...

BMAA..teringat mama waktu ank mama kecil dulu..ya mama pun bersyukur dpt penjaga yg menjaga ank mama spt anknya sendiri..n skrg dia dah jadi keluarga angkat ank mama..hu2x..memang menakutkan kisah penjaga skrg ni..hu2x..

Mama Zharfan said...

tq for this entry..
me tak de pengalaman yg buruk2 sbb IIUM educare so far sgt professional :) syukur alhamdulillah :)
pernah jugak antar my lil ariff to my fren's nursery, sbb tunggu queue utk masuk IIUM Educare, wpun nursery tu kwn me yg punya, tapi sempat gak2 kali my boy dicalarkan kat muka oleh budak2 lain yg lg besar...sbb budak kecik dijaga bercampur dgn budak besar....

obat alami kanker serviks said...

kyk nya ini keluarga yang kompak dech,, anak" nya lucu semua

mampir yah :)

Norlida said...

samelah mase umur anak sy 1 tahun 3 bulan.. sblm tu x nmpk ok je die duk rumah pengasuh tu. Ade seminggu tu die asyik nangis dari ari isnin hingga ari jumaat tiap kali pengasuh tu ambik kat dpn rumah. Then ari jumaat tulah muka anak sy lebam terjatuh dan dihempap kerusi. Tu pun die x inform sy, seminggu anak sy x mkn abis lelangit luka smpi skrg ade kesannye. Kenapelah sy bleh x persan perubahan anak sy mase tu. Sy terus x antar anak ke situ lg, bile dah akhir bulan sy terpakse jugak pergi ke rumah die utk byr yuran tp die tetap ambik n xde diskaun pun wlaupun jage br 3 hari je bulan tu...skrg sy tak tahu nak antar baby baru kat mane since kakak asyik demam je duk kat taska. Ade sape sape tau pengasuh area puchong prima tak

Norlida said...

ila awak duk puchong ape. Pengasuh tu nak jage baby lg tak

jelly gamat luxor said...

wah cantik sekali ni tamplate nya,. mantap dah ane jadi suka