ENTRY-ENTRY BARU..JOM JENGUK

Tuesday, January 17, 2012

Review : True Harmony Spa, Putrajaya - Voucer Groupon

Muka berseri-seri sebab nak pergi spa. Yang suka sangat ne sebab nak dating dengan sahabat sejati. Kawan dari sekolah rendah tau. Cer kira dah berapa puluh tahun ? Dari umur 12 tahun sampai dah umur 32 tahun ne.. Dah lama sangat tak jumpa almaklum sejak2 ada anak&keja masing2 sibuk 24jam. Mana sibukkan keja opis, mana sibukkan keja umah, anak-anak,suami lagi. So lepas bincang-bincang kami decide nak dating dekat spa. Saya ada citer kat sini kronologi pembelian voucer Groupon ne. Voucer ne saya beli RM68 je! Sebelum keluar Amana dah merayu-rayu kat pintu "Mama nak ikut pegi spa dengan ibu Myza" Kena jerit satu kali dengan En.Papa terus senyap.Haha


Pakai spec takut terlanggar anak orang. Setiap kali saya bawak keta saya akan pakai spec. Buat keja opis pun saya pakai. Saya rabun jauh. So kalau sapa-sapa nampak saya tegur je sebab saya memang tak nampak orang. Laki sendiri pun saya tak nampak kalau dah jauh. Main agak-agak je.haha.. Tapi lum lagi kejadian terpeluk laki orang lain.Kiki. Saya sebenarnya masih belajar bawak keta. Saya memang anak manja bila kawin dah tukar posisi pulak jadi isteri yang manja mengada-ngada pulak. Semua berhantar berambil. Tapi sejak Arief lahir saya nak berdikari supaya senang bawak anak-anak shoping haha.. Senang saya nak ke rumah emak kalau En.Papa ada misi-misi khas.


Spa ne dekat Presint 15. Kalau pegi Presint 15 masuk kat Jalan Diplomatik tue.  Area Mydin.
 Sederet dengan 7-11. Best jugak kat situkan? Macam-macam ada.
Lunatots, Piza, Domino. Tapi KFC&McD takde pulak..
Isk gemuksssss.


Kelakarla orang True Harmony ne. Masa datang saya mintak izinla nak amik gambar. Diorang boleh cakap "tak tau lor boleh amik gambar ke tidak" Aikk tak tau maksud "promotion" kot. Sahabat saya yang supportive ne cakap "Aiyaaaaaa..ini blogger maa. Free promotion pun tak nak ke?" Kiki. Gelak guling-guling dengar statement sahabatku. Macamla i ne REDMUMMY. Last-last amoi tue reply "U amik gbr lepas treatment boleh?" Itu pun lepas calling sana-sini. Dok pehe apa dia cakap..sebab cakap bahasa dia. tapi best betul sahabat saya ne sporting habis & selalu supportive apa yang saya nak buat.


Puan, puan masuk bilik ne ye. Ok. Bersih. I loike. Meh nak story sikit. Saya dah pergi satu spa guna salah satu voucer yang saya beli. Kita namakan spa X. Tapi saya tak buat entry sebab semuanya FAIL! So saya sakit ati; sikit pun saya tak buat entry. Kang saya komplen macam2 sampai lak surat saman.haha.Lagi satu saya kalau tak suka memang jangan harap saya nak letak dalam blog comel saya ne. Semua serba serbi fail. Kebersihan, urut, scrub, facial semua fail. Sebab tue bila saya datang ke True Harmoni ne saya tak letak high expectation sebab dah melalui pengalaman yang pertama dengan spa X tue. Tapi bila masuk sini first impression - boleh bagi banyak bintang ne..


Puan letak barang-barang berharga kat sini ye.Ada kunci Puan simpan

Wah siap ada tempat letak barang.Ok lulus lagi.
Dimulai dengan sapuan losyen yang amat-amat sejuk di belakang badan. Sejukkkkkkkkkkkk sangat.Kalah ais. Apa tah nama losyen tue. Yang saya tahu tujuannya nak tanggalkan sel-sel mati & bagi circulation pada kulit belakang. Then sesi urutan yang bersungguh-sungguh. Then skrub yang bersungguh-sungguh sampai rasa nak tanggal segala kulit badan. Hehe. takde satupun bunyi nak promote atau apa. Jadi saya dapat melalui sesi urutan & scrub dengan tenang. Lepas tue masuk pulak kat sauna. Eh sauna dia bukan portable sauna. Kat spa X guna portable sauna! Adoiiiiiii..Dahla masa nak masuk  tue basah dengan peluh-peluh org sebelum tue. Yukk so geli tau. Tapi kat sini sauna dia macam bilik air kecil yang cuma ada tempat duduk. Bukan dalam pintu kayu.Mmg macam bilik air. Ok bersih. Kering. I loike.



Ok ini alat-alat untuk facial
Masa ne baru dia promote. Lagipun saya yang tanya. Saya ada masalah dgn blackhead. Uolls ada petua tak nak hilangkan blackhead/whitehead atau apa2la namanye ne.. So dia cadangan saya amik facial yang ada special mesin. Saya dengar je dulu.. Dia guna besi tue sampai nak nangis rasanya. tapi memang dia buat betul-betul bukan macam Spa X. Kalau Spa X tue; Amana pun menang ye. Amana pun boleh buatla kalau setakat pegang-pegang muka je. Cetttttttt. True Harmony ne buat mmg sungguh-sungguh. Pastu ada buat steam muka. Sebelum-sebelum ne yang saya tau steam tue mesti rasa panas untuk kembangkan pori-pori mukakan? Tapi yang dia buat ne wahhhhhhhh macam muka saya disirami air hujan yang sejuk. Titisan-titisan air hujan yang nyaman. Waduh-waduh. Bila saya tanya katanya muka saya tak sesuai guna yang panas so dia guna yang sejuk. Oh kat spa X; mesin stem muka rosak!! Nyampah..  Last sekali letak masker kot. Memang dia tunggu kering-kering baru dia cuci. Kat Spa X tak sampai bebrapa minit dah suruh cuci. Hello!!


Lupa lak sebelum buat facial. Ada buat foot spa. Janganla korang harap spa kaki tue ada sesuatu yang special sangat. Takde. Masuk je kaki kat situ. Katanya dia ada letak apa tah. Lagi satu yang saya suka walau staf True Harmoni ne bukan Islam tapi  dia jaga juga perasaan kita. Dah pegi spa sah-sahla tanggal semua ye tak? Masa urut or scrub dia guna towel untuk tutup bahagian-bahagian tertentu .  Takle dia main bukak macam apa jekan? Lepas foot spa ne letak towel kat kaki utk kita lap. Letak pun elok-elok je.Layanan memang  ok je.. Ke sebab diaorang tau saya nak buat review? haha

Sepatutnya mula jam 10.00am habis jam 12.00tghari tapi akhirnya habis hampir  jam 1petang. hehe. Best..Best. Saya selesai je dah nampak muka sahabat saya tersengih-sengih + berseri-seri duduk kat kerusi luar tue. Terus pulak sahabat saya tanya. Nak kongsi pakej tak? Pakej apa pulak ne? Dah sah-sah sahabat saya dah terpikat! Mereka tawarkan pakej dengan harga Groupon RM68 untuk 10 sesi. Sahabat saya ne bukan jenis suka membazir tau. Sahabat saya kata "10 too muchla" So True Harmony benarkan kami kongsi pakej. Sorang 5. Saya pulak tak mo pakej RM68 tue saya nak special for facial je. Opssssss I pun dah terpikat ke? Sebab bila kuar terasa ala-ala Vanida Imran kiki

 Akhirnya sahabat saya tue beli 5 pakej dengan harga Groupon RM68 x 5 = RM340
dan saya beli pakej facial untuk sejam RMXX x 5= RM?? kiki. 
Syuhhhhhhhhhh.. Biarlah rahsia..haha

RATING
(1-Tak Best Sangat-Sangat ; 5-Sangat-sangat Best)
Massage : 4
Scrub : 4
Foot Massage: 3 1/2
Facial : 4
Kebersihan : 4
Persekitaran : 4.5
Keseluruhan : 4

Nampaknya cita-cita nak jadi seorang pengkritik spa tidak berjaya kerana dah sign mati 5 kali facial dengan True Harmony Spa.Haha. Tapiiiiiiiiii next month ada satu lagi spa nak pergi dengan adik pulak.
T_____T

Tips Kepada Pengusaha Spa
Jangan sibuk dok promote macam-macam masa sesi treatment berjalan. Biarkan tretment kamu yang buat "promosi" itu seperti True Harmony Spa ne. Rimas tau masa nak relek-relek orang dok promote macam-macam.Lainla kalau client kamu tanya.

Tips Kepada Pengunjung Spa
Cuba buat appoiment awal pagi.Macam saya buat appoitment 10 pagi.Mungkin sebab tue treatment semuanya terbaik. Tapi sepatutnya awal pagi, tengahari atau malam spa tue kenalah bagi treatment yang terbaikkan?



Dah sampai umah jam 3.30++ petang. Aduh takutnya.Janji nak balik jam 12.00 tghari.Jadinya beli piza nak tutup perut&mulut anak-anak & En.Papa. Sebelum keluar pagi-pagi dah belikan nasi lemak,mee goreng & kuihmuih untuk sarapan. Sampai je rumah Amana & Arief yang comel dah terlompat-lompat. Amana siap tanya "Kenapa mama tak nak bawak Amana pegi spa" Wahhhhhhh pandai ye baru 5 tahun dah pandai sebut spa.Advance anak mama. Sampai umah tengok singki macam ada habuk-habuk. Apa ne? Jawapan Amana " Mama, cuba rasa kuatkan angin kipas umah kita? Papa lap kipas!"

Oh! I lap u Pa. Dah la benarkan B pergi spa, papa lap pulak kipas kita yang maha berhabuk tue.
Bolehla lain kali pegi spa lagi.Teeeeeeeet.. 
(color pink baru nampak mcm cinta sangatttttttt.MUNTAH)


10 comments:

kasihredha said...

akak suka gi facial...bila kena belai...bestnya tidur...rehatkan minda juga :)

mama aini said...

ehem lama juga mama tak lawat spa ni..ha2x..sbb skrg dah melawat ke PPUM..hu2x..

AdaM Hawa said...

bestnya.. dah lame tak buat..

Mama Zharfan said...

review yg bagus ..and so far semua spa (rasanya dh dekat 10 spa yg me pernah pegi) yg me pegi memang mcm yg ila tulis dlnm review ni hehhe no bad experience yet...except one..yg me kena paksa2...last2 kena bayar RM100 wpun actually me menang contest..hampeh

☆♥L@dy @yU♥☆ said...

best badan jadi fresh lepas tue kan

Zarul Umbrella said...

spa=wanita
wanita=spa
kalau lelaki masuk spa=gay
mcmana tu?

Unknown said...

wah best best ni...dekat pun dekat ngan umah umi..leh la pegi hehehe...pasni nak bukk groupon lak ekekkee

KaK LimAh Si SupiR said...

xpenah pegi spa..nk jgk rase :P

dear anies said...

berseri2 ;-)

SNM said...

Kalau di Putrajaya ni, sy selalu pergi D'Aura Spa...area situ jugak. So far, servis mmg terbaik (^^,) Pekerja pun mmg friendly. Hehehe...