ENTRY-ENTRY BARU..JOM JENGUK

Thursday, April 28, 2022

Berehat di Majlis Ilmu


Saya tak ingat sejak bila saya berkeinginan nak selalu hadir majlis ilmu.

Saya rasa turning point hidup saya lepas khairy lahir.
Sebab sy diuji mcm2 masa tue.
Tapi sebelum tue pun saya dah suka tengok kat tv bila ada habib Ali Zeanal.
Saya mesti duduk depan tv mengadap kuliah Habib Ali.

Lepas khairy lahir..
Sy memang duduk rumah..
Selalu sy mengomel dgn khairy yg baby di tepi sambil tgok habib ali di tv.
"Nanti one sweet day kita akan hadir majlis mcm nie.kita akan tengok habib ali live depan mata kita!"

Alhamdulillah
Selepas beberapa tahun khairy lahir..
Suami pula berubah..
Masa khairy lahir tue dah berubah..tapi slow motion.
Nampak sgt struggle suami nak kembali pd fitrah
Sy tak tegur langsung apa yg suami buat
Tapi sy doakan suami siang malam
Semoga dia diberi kekuatan untuk lawan yg batil dlm diri sendiri.

Alhamdulillah 
Usia 40 suami dah pecut berubah selepas pulang umrah.
Dan sy tak mampu nak follow dah..haha
Sebab suami nie daya ingatannya kuat dan dia jenis detail..
Sy nie jenis main2 agaknya
Sy selesa buat yg sy suka dan pelan2 baru pandai..ala senang citer sy nie lambat menghafal haha..
And sekarang sy ikut je mana2 kuliah yg suami hadir.

Antara perkara paling happy adalah bila suami bawa saya kuliah live habib ali Zeanal.
Bukan sekali tapi setiap Jumaat!
Dan semuanya terhenti bila kubido!

Sebelum kubido tue sy sgt puas hati sebab suami tunaikan impian sy nak pergi semua majlis ilmu asatizah yg saya minat. 
Dan paling sy happy adalah dpt duduk satu majlis ilmu dengan USTAZ ADI HIDAYAT DARI INDONESIA.

Alhamdulillah sekarang kami nak duduk lepak lama2 sampai tengah malam utk majlis ilmu pun tiada apa nak dirisaukan..
Takde risau esok lambat pg kerja..baju opis tak gosok..baju anak g nery tak siap bla bla bla

Now masa dlm gengaman kami
Duit?yelah dah tak kerja kan?
Dua-dua pulak tak kerja haha..
Tapi kami yakin rezeki tue hak Allah
Kami bertawakal utk hidup di jalan Allah.

Smlm rasanya majlis ilmu nie plus suami sembang2 dgn ustaz hampir 12 mlm kot
Tapi dulu kami pergi kuliah Habib Ali pun sampai rumah kami around 1 pagi juga.
Tapi dulu kami nak berlama2 di majlis ilmu kena pilih hari tak kerja tapi sekarang tidak lagi.
Hari2 boleh lepak dan berehat dlm majlis ilmu.
Best!

Sy doakan kawan2 yg teringin lalui bahagia duduk dlm majlis ilmu pun diberi kesempatan sebelum dipangil Allah.
Doa saja sentiasa..
Allah faham keinginan hamba2NYA..

No comments: