Satu hari ada 24 jam
Setiap manusia dapat tempoh masa yang sama
Baik lelaki atau perempuan. Baik yang muda atau yang tua.
Yang dah kahwin atau belum kahwin semua dapat 24 jam jugak.
TAPIIIII kenapa sejak jadi mak ne masa 24 jam nie macam tak
cukupppp jerrr. Dulu masa bujang & cuma memegang status sebagai anak mak je takle busy macam nie.. sampai nak makeup pun takde masa.. masa bujang
dulu regim 3P tak pernah tinggal ye.. pencuci, penyegar & pelembap.. sebab
tue kulit I lincin masa bujang dulu haha.. sekarang? Haiiii nak picit jerawat
pun tak sempat :(
Bila jadi ibu nie bukan waktu makeup, aktiviti shopping atau aktiviti spa yang diutamakan tetapi bila jadi ibu nie
yang paling dikesalkan adalah terlepas momen-momen melihat perkembangan
pembesaran anak-anak.
Freelance writer.
That’s my novel :)
Normal kehidupan
lebih-lebih lagi kat KL nie ..suami isteri bekerja untuk menampung keperluan
hidup . Kalau gaji 4K cukup ke kalau hidup kat KL nie? Tak cukup!!! Itu
sebabnya kebanyakan both parents kat KL ne bekerja. Nak bayar keta, rumah,belanja
makan minum, taska,transit, sekolah anak-anak dan senarai yang ada semakin
panjangggggg.. so marilah kita keja beramai-ramai ye kaum ibu.. niat yang
ikhlas untuk membantu suami dan rumahtangga. Bekerja bukan semata-mata untuk beli makeup atau handbeg branded ye.. saya dah keja hampir 10 tahun handbeg branded cuma dibeli kalau menang
contest atau dapat imbuhan sebagai freelancer writer.. hasil contest & writing pun kadang-kala
digunakan juga untuk keperluan rumahtangga .. so nampak tak? bekerja bukan
untuk memenuhi kehendak diri sendiri melainkan untuk memenuhi keperluan
keluarga.. kalau bukan kerana tuntutan kehidupan mustahil saya tinggalkan
anak-anak untuk dijaga oleh orang lain :(
Me with Dalia Amana.
Masa nie Amana setahun lebih.
Saya tak taulah
ibu-ibu yang lain tapi ini diri saya..
eh saya confirmlah ibu-ibu yang lain pun merasa yang sama.. bila babysitter atau maid terlebih dahulu nampak progress anak-anak kita.. apa ibu-ibu
rasa ye? teringat dulu babysitter Amana
cakap “Amana dah boleh merangkak”
bila dengar punyalah happy tapi dalam masa yang sama tak dinafikan rasa sayu
bertandang di hati “kenapa bukan saya
sebagai ibu yang melihat semua itu terlebih dahulu?”
Dalia Amana (6 tahun)
Itu cerita tentang Khairy..bagaimana
pulak dengan Amana? Amana yang kini dah berumur 6 tahun. Tahun depan dah nak
masuk 7 tahun. Khairy bertuah sebab saya menjaganya dari lahir. Tapi Amana?
Sedari 2 bulan dah dihantar ke babysitter.
Ketika itu saya bekerja sepenuh masa. So berapa banyak masa yang saya
peruntukkan untuk Amana dalam sehari?
24 jam – 8 jam(masa di
pejabat)- 6jam(waktu tidur) = 10 jam sahaja masa yang tinggal
10 jam inilah masa
untuk menempuh jem ketika pergi dan balik kerja, beli barang dapur, masa untuk
menguruskan rumahtangga contohnya kemas rumah , memasak, urusan kain baju yang
tak berkesudahan dan macam-macam lagi urusan yang lain.. Akhirnya kurang 5 jam
masa yang tinggal untuk Amana…
Me with Amirul Arief
(4 tahun)
Masa untuk Arief pula
bagaimana? Bila Arief dah ada..kena bahagi dua..tinggal berapa jam? Khairy dah
ada bahagi pulak 3.. haishhh.. haishhh..akhirnya masa untuk setiap anak hanya tinggal kurang dari 2 jam.... Kesian
anak-anak.. So camana saya nak ada masa atau saat-saat bersama dengan setiap anak-anak?
Itulah sebab kita
perlu ada “OUR TODAY MOMENT” iaitu masa berkualiti
yang kita khaskan untuk bersama anak-anak. Masa yang kita peruntukan untuk membahagiakan anak-anak dan aktiviti tersebut
akan menjadi kenangan untuk anak-anak. Tidak kiralah apa sahaja aktiviti tetapi
ia akan menjadi sesuatu yang manis dan indah. Segala tugasan rumahtangga dan
urusan pejabat ditolak ke tepi hanya untuk
“OUR TODAY MOMENT”
Bear in mind ye saya dah ada 3 anak.. Dalia Amana (6 tahun)
Amirul Arief (4 tahun) dan Adlan Khairy. Macam mana saya nak peruntukan masa
berkualiti aka “OUR TODAY MOMENT” untuk anak-anak sedangkan masa untuk diri sendiri pun tak
ada?
Selain mandi kolam
saya selalu bawa anak-anak ke taman. Ini pun taman di rumah Puchong.
Kadang-kala sangat rindu rumah Puchong kerana di situ banyak kenangan manis
tercipta bersama anak-anak. Mandi kolam dan bermain di taman adalah rutin hampir
setiap minggu kecuali jika cuaca tidak mengizinkan seperti hujan.
Oh ya kawan-kawan tau
tak? Menurut survey, masa yang
diperuntukan oleh ibu-ibu bekerja bersama anak-anak adalah 2.5 jam kurang
daripada surirumahtangga. Sebab itu saya sangat cemburu dengan surirumahtangga..
Dan bersyukur saya kini juga punya
pengalaman sebagai surirumahtangga selama 9 bulan. Ia bukan mudah hokey!! Sila
tabik spring pada semua surirumahtangga!
Sekarang kami dah
pindah Kajang.. dah takde kolam renang macam rumah lama di Puchong tapi depan
rumah ada taman... Saya & husband beli kolam nie untuk letak kat poarch
rumah kami. Amana &Arief dah terbiasa mandi kolam kat rumah Puchong so kolam plastik nie sebagai gantinya.
Kadang-kala saya duduk di tepi kolam melihat Amana&Arief bermain sambil
menyuap mereka makan.. suweetkan? Semoga tiap masa..tiap detik yang saya
peruntukkan menjadi kenangan manis bila mereka besar nanti..
Last but not least
jadilah ibu yang memperuntukan masa untuk anak-anak.. “OUR TODAY MOMENT”
dengan anak-anak akan mereka ingati sampai mereka dewasa.. Kita perlu lebih kreatif
lebih-lebih lagi jika kita adalah ibu bekerja..hishh ibu yang memegang status
“suri rumahtangga” pun heatic jugak tau..saya tengah merasai pengalaman jadi
surirumahtangga ye… nak makan pun tak sempat..kalau sempat makan pun makan
dengan laju sebab takut baby bangun.. Kalau pakai kain batik masa buat kerja
rumah memang berbelas-belas kali kain
batik terlucut tau sebab kelamkabut buat macam-macam keja.. All in onelah
katakan! kitalah bibik, kitalah cikgu,
kitalah cuci toilet,kitalah tukang masak,,kitalah referee bila anak-anak
bergaduh.. adehhhh…
2 comments:
kalau ikutkan hati saya, nak benti jaga ank sendiri kat umah... tapi tak mampu...kadang2 anak sakit pun kit aleh cuti sari je... sedih...
Lama jgk cuti tanpa gaji ya Ila,bolehlah merasa jadi housewife sepenuh masa,semoga Khairy akan bertambah baik kesihatannya.
Post a Comment