ENTRY-ENTRY BARU..JOM JENGUK

Sunday, August 10, 2014

Pengalaman Menjadi SuriRumah Selama Setahun-Part 1


Salam semua.. Hari nie entry santai ye.. Saya pun rasa sangat santai nie.. Anak2 semua kat bawah.. Baru lepas siapkan diri.. Dah dekat kul 3 ye.. Haha.. mari kita buat satu entry sebelum khairy melalak bangun tido... Saya dah pasang niat nak buat entry pengalaman saya sebagai housewife selepas genap setahun saya "melepak" di rumah.. So bolehlah sesiapa yang bercita2 nak menjadi housewife tue jadikan panduan ..muahaha.. ingat awak sapa?  celebrity? blogger glamer? pedulikan.. ini blog saya..suka hati saya lah.. kihkih.. Ini adalah entry jujur ye.. so mana yang korang rasa propa je.. silala anggap jujur jugak.. Tak tau nak letak gambar apa untuk entry awal so saya tepek gambar terbaru saya bersama anak2.. fresh from oven.. gambar nie diambil sebelum ke jamuan raya tadika Arief semalam..

Most of member yang berkerja yang tahu saya cuti menjaga anak akan buat statment gini "syoklah cuti lama" "relexlakan dok umah" "bestnye jaga anak2 je tak yah stress kat opis" dan komen2 yang lebih kurang sama..

Dari kalangan yang memang housewife pula akan bagi komen berbeza "penatkan ila?" "camana boleh ke ila biasakan diri?" "stresskan dengan kerenah anak2 & suami yang langsung tak membantu?" dan komen2 lain yg lebih kurang juga sama..

Disebabkan saya dah merasa 10 tahun pengalaman bekerja di pejabat dan setahun menjaga anak2 saya rasa berhak nak buat entry ne..muahaha..baca jelah kalau nak baca ..letih gue nak buat intro tau..

Anak ini penyebab saya "tersadai" di rumah.. Adlan Khairy yang punya masalah kesihatan dan perlu tumpuan penuh.. Takdenye pengasuh nak hadap anak awak yg bermasalah & tak ada pengasuh yang paling baik melainkan ibu sendiri. Am i right?Kita buat point2 ye senang sikit..

STRESS
Sesiapa yang merasakan nak jadi housewife kerana nak melarikan diri dari stress sila pikir semula. Adakah anda rasa dok kat umah tak stress? Dengan urusan rumahtangga yang berpusing2 dan berulang2 setiap hari? Karenah anak2 yang tak bertepi. Anak2 yang dulunya tidaklah manja melampau2..menjadi sangat manja sampai anda rimas dan langsung tidak ada masa untuk diri sendiri? Terkejar2 menghantar anak2 ke sekolah. Terkejar2 menyiapkan mereka ke sekolah. Kalau nak tau pernah satu tahap saya kunci diri saya dalam bilik bersama Khairy. Saya letih bila saya masuk je dalam bilik Amana&Arief mengekor. Nampak je saya naik tangga dah berlari2 dua budak tue ikut sekali. Sudahla dari celik mata saya uruskan diorang.. Saya nak berehat dengan tenang bersama Khairy sekejap pun tak boleh! Korang ingat kalau budak berdua tue masuk bilik boleh duduk diam? Takdenya!! bergaduh..melompat2 atas katil..Mengacau Khairy sampai Khairy pun tak tenang & melalak macam apa.. Boleh bayang stress tak? Sapa kata dok umah tenang& tiada stress?

MACAM BIBIK
Saya memulakan kerjaya seawal usia 23 tahun. Dah biasa bermake up walau bukan heavy makeup. Makeup bukan dengan tujuan untuk menggatal tapi tuntutan kerjaya. Ko nak hadap public dengan muka pucat ke? Ko nak promote company dengan muka tak bermaya ke? Paling tidak saya calit jugak gincu& bedak. Kalau pergi dinner ofice gerentilah tebal sikit make up.. Kalau dok umah apa ke he nak makeup bagai? Anak2 tengok pun pelik & the most important thing "takde masa nak hadap cermin" Nak tanya mirror2 on the wall..sapa yg paling menawan di dunia?..kiki... Mak pernah cakap adik bongsu saya report kat mak "mak, ina jumpa angah pagi2 beli makanan.. kesian sangat angah tak macam g ofis dulu..pakai cantik2.makeup lawa2. dah macam bibik..ina nak nangis" CETT..adik bongsu saya beli rumah di kawasan sama so memangla akan terserempak.. Saya jawab je kat mak "angah takde masa mak..uruskan anak2..lagipun dgn khairy yg macam nie..angah takde mood utk semua benda" mak pun pandang dgn air mata yang bergenang.. adohaiii.. kalau dah sedarah sedaging takkan sanggup tengok adik-beradik dalam kesedihankan? lagi2 kalau mak yang mencuba bahagiakan kita dari kecil tiba2 melihat anak yang disayangi tidak seperti ketika dalam tangungan nya...

KEWANGAN
Saya biasa pegang duit sendiri. Saya juga menyumbang dalam ekonomi keluarga. Bukan sikit2 ye.. Sebab gaji saya pun boleh tahan.. Kalau dah jawatan terakhir sebelum cuti tanpa gaji tue adalah Penolong Pengarah so agak2la gaji camana...dengan tempoh kerja yang dah cecah 10 tahun...sapa kata saya nk berlagak dgn jawatan nie saya babab mata yang membaca tue.. takkan saya nak letak gaji saya kat sini pulak so korang agak2 sendirilah gaji saya dengan jawatan nie dan servise dah cecah 10 tahun ..banyak lagi penolong pengarah  kat dunia nie..saya belum jadi ketua pengarah pun nak eksyen bagai..tapi gaji sebagai penolong pengarah tue dah cukup lumayan utk saya yang sekarang nie tetiba tak bergaji..huwaaa ... Saya cuti tanpa gaji sekarang tanpa sebarang persediaan.. Hantar surat macam tue je..stress woooo... dah biasa membeli itu ini..dah biasa bawak anak2 makan itu ini.. kalau anak nak amik apa2 kat kedai..amik jela tapi bila takde gaji ko nak bayar dgn apa? air liur? dan paling penting saya ada komitment kewangan yg perlu dijelaskan setiap bulan.. kereta ..creadit card.. tanggungjawab sbg anak (walau makayah tak mintak) caner nieeeeeeeeeee? stress tak?

SHOPPING
 Dulu masa keja paling kurang seminggu sekali shopping. Opis kat bangsar. naik lrt sampaila KL Sentral. Tengok tudung& baju2 kat lot2 kedai kat situ. Paling kurang balik mesti ada jinjit 1 plastik. Paling tak kurang berplastik2. Entah apa2 tah yang dibeli..haha..Sekarang? Berani cakap ? "Bang bak 200 saya nak shoping" ada gak yang makan penampor haha.. dan jujur saya cakap bertuahla sapa yg jadi suami saya ..saya tak pernah mintak mcm2.. saya jenis usaha sendiri.. ikut perangai mak saya.. saya bukan pencinta barang kemas.. tapi saya suka jam..suka jam pun saya cuma ada 2 jam je.. satu jam masa bujang.. satu lagi jam masa kawin.. sekarang ada tambahan jam.  2 bijik jam dinding kat umah tue! yang buat saya stress bila masa anak2 nak ke sekolah makin suntuk kiki.. perangai tak suka memintak nie dan usaha sendiri nie tak berubah walau dah jadi housewife.. payah jugak ginikan? so yang jadi suami tue pandai2 la bagi ..tak payah tunggu isteri mintak :P

Mesti korang terus jadi takut baca entri atas nie kan? Terus pikir banyak kali nak bereni keja..haha.. itu adalah perasaan saya pada tempoh awal2 menjadi surirumah.. dan saya akan buat next entry apa perasaan saya kini selepas melalui tempoh setahun menjadi suri rumah..next entry boleh? Khairy dah bangun.. Jangan maree ye..

Hik..hik.. auntie2 takut ye baca entry mama? Gerenti auntie2 tak jadi berenti keja kan? Ala jangan takut.. Auntie2 nantikan entry berikutnya.. Tapi mama nie kekadang temberang..kata ada part 2, part 3..pastu dia lupa haha.. Nanti Khairy ingatkan ye.. Khairy bahagia sangat dengan mama.. So jangan la takut nak jadi suri rumah.. ada kawan mama pujuk mama " jadi surirumah adalah pekerjaan termulia di dunia" so jangan jadikan entry mama sebagai penghalang utk auntie2 jadi suri rumah.. Part 2 insya allah entry best2.. tunggu tau.. BTW mama Khairy dah mampu makeup semulakan?

Mama, entry raya pun tak siap lagi! Siapkan cepat!! Teaser je lebih.. Entry EKF pun mama dah banyak peram..lagi mau janji entry Pengalaman Menjadi SuriRumah Selama Setahun-Part 2! 
Jangan tipu hokkay!! 



6 comments:

Ummu Madihah said...

Salam Ila,

Tergelak Mak Aji bila baca entri ni! Inilah gambaran sebenar suri rumah sepenuh masa dengan anak kecil!

Zefa NorAsmara said...

Lama dah tak singgah sini, baru tahu mama amana dah setahun duk rumah. Apapun yg dilalui, duk rumah jaga anak ttp akan jadi momen terindah dlm hidup seorang ibu. Betul tak?

AyuArjuna BiGoshh said...

tu la...sama cam akk bila dapat duk umah layan anak2 terutama yg kecik tu rasa bestnya duk umh..tp memandangkan biasa pegang duit sendiri ni yang berteka-teki lagi ni huhuhu

Rai Ourkizuna said...

walau apa pun..saya tetap nak jadi surirumah..

tabil ila.. walau pun tanpa persediaan..tapi ye lah kan.. naluri ibu..anak2 lebih memerlukan.. tak sabar baca entry seterusnya.. :D

ibu amoi & raid said...

hai ila,...yg pasal anak2 mengekor tu samelah kite...ilang 2 minit da panggil "ibu kat mane"..selagi x menyahut selagi tu la dia laung...mmg xde masa langsung utk bersendiri dgn tenang..

Deq's Qienz said...

trigin nk marasa suri umah spnuh masa..tp macam tak mampu je..hehee slmt hr raya kak :)