ENTRY-ENTRY BARU..JOM JENGUK

Tuesday, November 13, 2018

Cinta tak boleh dipaksa

Kalau dia sayang pada kita maka memang dia akan sayang pada kita tanpa perlu dipaksa atau disuruh.

Islam bukan agama hitam dan putih yang tiada cinta dan perasaan hanya nass dan hukum syariat... BUKAN.. Agak lucu dan menggelikan orang yang bercakap soal hukum dalam hal yang melibatkan ruang lingkup perasaan.

Atau bercakap soal perasaan dalam ruang lingkup yang melibatkan hal permasalahan hukum.

Salah tempat!

Diriwayatkan pernah ibu kita Aisyah RA (wafat 57 H) ketika marah, pernah berkata kepada suaminya, kekasihnya, juga rasul-Nya:

أنت الذي تزعم أنك نبي

'Kamukah yang mendakwa bahawa dirimu seorang nabi?'

[HR. Abi Ya'la dalam musnadnya, ya ada yang dhaifkan tetapi masih banyak riwayat lain yang memberi maksud tentang isu ketegangan emosi suami-isteri seperti ini]

Kalaulah orang lain yang mengatakannya, sudah tentu jatuh kufur tetapi ini bukan topik hukum, sebaliknya topik hubungan suami-isteri, topik cinta dan perasaan, topik yang kamu budak-budak jangan ikut campur atau sibuk mahu PM tepi...

Topik ini bukan topik hukum-hakam dan keputusan sebaliknya topik ini ialah soal hati dan perasaan, kematangan dan kasih sayang antara insan...

Sisi lain hadith المرء مع من أحب seseorang itu akan bersama dengan orang yang dicintainya (HR. Abu Daud dan Al-Tirmidzi) bukan sahaja mesti semata-mata di hari akhirat tetapi juga di dunia ini...

Kalau sudah tidak ada cinta, sudah lama mereka akan bercerai dan meninggalkan satu sama lain...

Cuma kadang-kadang mereka sendiri tidak sedar mereka saling mencintai, hanya menganggap perlu duduk bersama kerana ada keperluan dan kerana ada sebab-sebab khusus...

Ada yang telah hidup bersama selama dua puluh tahun sebab malas nak fikir soal kena kahwin dengan orang lain...

Alasannya malas... (itu juga termasuk jenis-jenis cinta)

Kalau sudah benci dan tiada lagi cinta, dia akan menjadi rajin walaupun terpaksa panjat naik turun mahkamah!

Itu pun masih ada yang dapat dipujuk, jika kena betul ayat dan caranya....

No comments: