ENTRY-ENTRY BARU..JOM JENGUK

Wednesday, May 26, 2021

KAB GOLD : 10K PELANGGAN DALAM MASA 112 HARI

 




JOM BERKONGSI PERASSAN CEO NYA - USTAZ KHAIRUL ANUAR BASRI


Nak berkongsi sedikit kejayaan sebelum melelapkan mata malam ini.
Suatu ketika dahulu saya bertekad untuk meninggalkan empayar emas yang saya bina selama 8 tahun. Semuanya berjumlah sekitar 8,000 orang.
Ramai yang mengambil berat terhadap saya.
“Eh, serius ke?”
“Tak sayang ke dengan bisnes yang dah lama buat tu?”
“Sayangnya... dah elok-elok berjaya, nak buat company sendiri pulak”.
Yang mengancam dan memberi amaran pun tak kurang ramainya.
“Nanti akan menyesal”.
“Tak payah la pening-pening. Susah nanti”.
“Ni jenis manusia degil taknak dengar cakap”.
Ada juga kawan-kawan yang selama ini bermesra dan bergurau senda... sedih bila difikirkan. Mereka semua menjauhkan diri dari saya seorang demi seorang.
Saya pujuk hati saya. Saya bulatkan tekad. Saya serahkan semuanya kepada Allah SWT.
Sebelum berharap orang lain yakin dan percaya dengan apa yang saya buat, saya wajib terlebih dahulu yakin dan percaya dengan diri saya sendiri.
Percaya sebelum berjaya. Itulah pesan ramai guru saya.
Dan.. Alhamdulillah hari ini...
Saya dan KAB Gold mendapat pelanggan rasmi yang ke 10,000 hanya pada hari yang ke 112 kami beroperasi.
8,000 orang dalam masa 8 tahun Allah ganti dengan 10,000 orang dalam masa kurang 4 bulan.
Dalam erti kata yang lain, lebih kurang 90 orang menjadi pelanggan kami setiap hari. Maka nikmat Allah SWT yang mana lagikah yang hendak saya dustakan?
Syukur Alhamdulillah. Terima kasih yang tidak terkira kepada semua yang percaya dan memberi kepercayaan kepada saya dan team KAB Gold selama ini.
Tanpa sokongan dan dokongan anda, mustahil untuk kami sampai ke tahap ini. Teruskan menjadi pelanggan yang baik kepada kami. Teruskan membeli emas dan bercerita kepada orang lain tentang kami.
InsyaAllah semuanya akan diambil kira oleh Allah SWT di hari akhirat kelak.
Selamat malam. Semoga mimpi yang indah-indah.




Cara paling mudah untuk daftar guna link ini sahaja.
Daftar percuma.
Beli emas baru bayar


Boleh klik link telegram nie ye utk info lanjut tentang KABGOLD.
Saya akan update info dari masa ke semasa di link telegram ini.
Jemput panjangkan link ini kepada rakan2 yang berminat juga ya

No comments: