ENTRY-ENTRY BARU..JOM JENGUK

Wednesday, May 19, 2021

KAB GOLD : INSENTIF GOLD MANAGER DAH MASUK :)





Alhamdulillah
Masuk dah insentif sebagai Gold Manager KAB GOLD.
Untuk permulaan tak banyak mana dan santai2.
Yg joint dengan saya pun baru 24orang.
Semua insentif nie masuk dalam Uncang Emas.
Saya monitor memang ada peningkatan gram di dalam Uncang Emas tue.
Saya pun dah wasup admin katanya dah boleh keluarkan emasnya.
Alhamdulillah.
Pada saya kalau dapat insentif nilai 1g sebulan pun dah cukup. Cukup setahun dpt 12gram yg nilainya lebih RM3K. Saya anggap je saving diam-diam utk modal niaga saya bila bersara nanti😄
Btw di KAB GOLD tak semestinya saving di uncang emas. KABGOLD pun ada readystock.
Saya letak di comment apa beza uncang emas dan readystock emas.
sy juga letak di comment readystock emas yg boleh dibeli ya.
Emas readystock nie means beli terus dapat emasnya. Nak pos boleh.. Nak ambil sendiri pun boleh.



Cara paling mudah untuk daftar guna link ini sahaja.
Daftar percuma.
Beli emas baru bayar😁
Beli emas di KAB Gold ada 2 cara :
✅ Pilih item ready stock yang ada sama ada gold bar atau dinar. Beli, bayar dan pilih cara mana untuk penghantaran. Tiada pilihan lain kecuali simpan sendiri emas fizikalnya.
✅ Beli gram emas menggunakan program Uncang Emas. Kita boleh beli gram emas dan nampak gramnya dalam akaun Uncang Emas. Ada pilihan untuk terus kekal dalam akaun atau keluarkan fizikalnya dalam bentuk gold bar atau dinar. Nanti gramnya akan ditolak dari akaun Uncang Emas.
Senang kan?

APA ITU "UNCANG EMAS"
❤️ Beli gram emas melalui program uncang emas. Yang ini macam akaun. Tak ambil bawak balik pun tak apa. Kumpul dalam akaun.
✅ Para pelanggan akan membeli gram emas milik KAB Gold yang dikongsi bersama-sama dengan pelanggan lain. Sebagai contoh, pelanggan membeli beberapa gram daripada gold bar 1 kilogram milik KAB Gold.
✅ Biasanya orang beli uncang emas sebab malas atau takut nak simpan sendiri.
✅ KAB Gold tak kenakan apa-apa upah simpan dalam uncang emas ini.
✅ Para pelanggan nanti akan dapat lihat bilangan gram sahaja dalam uncang emas, bukan gold bar atau dinar.
✅ Pelanggan juga ada pilihan untuk keluarkan fizikal dari uncang emas. Boleh keluar gold bar, boleh keluar dinar. Tiada masalah.
✅ Bila keluarkan fizikal, ada caj premium mengikut item yang perlu dibayar oleh pelanggan.
✅ Kalau masa pelanggan nak keluarkan fizikal dari uncang emas, KAB Gold sudah ada ready stok item apa yang pelanggan nak, maka boleh terus ambil stok tersebut. Kemudian gramnya akan ditolak dari uncang emas.
✅ Jika tiada item pilihan pelanggan dari ready stok, maka KAB Gold tetapkan 15 hari bekerja untuk adakan item emas pilihan pelanggan tersebut.
✅ Pelanggan boleh kosongkan uncang emas dan tiada penalti akan dikenakan.







10g ada readystock 29keping



5g readystock 30keping



1g edisi januari readystock 539 keping



1g edisi febuari readystock 655keping



1g biasa readystock 198keping


No comments: