ENTRY-ENTRY BARU..JOM JENGUK

Thursday, June 16, 2022

Bila anak tak sihat..

amacam tempat homescholl anak saya? Nature kan? Seberang jamnatan tue sampailah kentempat homeschooll Adam&Khairy. Di sini mereka bersilat, memanah, mengaji dan ilmu akademik lain.


Hari ini jadual aktiviti di homescholl adalah memanah.
Memanah adalah aktiviti outdoor yg anak2 tunggu selain bersilat.
Tetapi semalam Adam demam panas.
Sebelum tue Khairy seminggu alami bengkak kelenjar. Doktor cakap sebab infection.

Bila anak2 sakit.
Saya Ila Saleh  lebih suka post mortem diri sendiri.
Di mana kesilapan saya sendiri dari tunding jari pada orang lain

Kesilapan yg pertama adalah kurang berdoa utk kesihatan anak.
Bila lihat kesihatan anak di tahap yang baik kita leka.
Ya kita manusia selalu leka..
Take things for granted.

Kesilapan kedua
Bila lihat anak sihat saya tak bertegas dengan jadual supplement mereka.

Khairy sepatutnya setiap hari ambil zaiton.khairy tak pernah culas ambil zaiton sejak dia berusia 6 bulan utk kesihatan jantungnya.
Zaiton ada pelbagai kebaikan bukan hanya utk jantung malah sebagai booster utk up imuniti.
Melihat khairy sihat dan dia pun dah besar saya berpendapat dia tau makan supplement sendiri.
Rupanya saya silap.
Anak tetap anak..
Kalau bapak anak pun payah makan supplement..apatah lagi anaknya 😂

Adam pula akan makan vitamin kanak2 nie selang hari.buat masa ini vitamin ini paling sesuai utk adam kerana inilah vitamin yg paling elok kandungan ingredients yg sy jumpa.
Tak ada soy,tak ada gluten,tak ada gelatin, tak ada GMO.. walau ada sedikit gula inilah yg terbaik pernah saya jumpa.

Walaupun bila anak sakit saya post mortem diri sendiri..tapi sy juga tahu inilah bukti kuasa Allah.
Di posisi kita sebagai  hamba Allah  pasti kita akan sakit walau mcm mana kita jaga diri  sebab kita bukan Tuhan.

Adam masih tidur.
Selepas dia bangun nantisaya akan bagi Adam liposomal Vitamin C sepeket lagi.
Semalam sebelum tidur Adam dah makan sepeket.
Biasanya kalau anak demam panas memang saya akan bagi mereka makan liposomal selang 2,3 jam.
Saya juga akan temam Adam berendam dengan air lemon dan magnesium flakes.
Insya Allah semoga Allah berkati usaha kita sebagai ibu dan kurniakan kesihatan yg baik selepas ini pada Adam.



Pada yg bertanya kos supplemet anak2 ini:

Zaiton Minsyam Softgel  R.M.42 ( 60 softgel)
-biasanya bertahan 2 ke 3 bulan sebab khairy suka buat taktik skip zaiton bila dah makin besor nie.

CGN Gummies Kids Multivitamin R.M.60 (60 softgel)
-3 bulan sebab budak manja nie suka makan selang2 hari.

Liposomal Vitamin C R.M.150 (30 pek)
- makan hanya bila perlu sebab harganya kayangan😆
-biasanya bertahan berbulan.more than 4 month sebab anak jarang sakit.
-liposomal nie remedi backup bila anak demam panas dan ia bukan supplement harian sebab kayangan sangat harganya utk saya.

No comments: