ENTRY-ENTRY BARU..JOM JENGUK

Wednesday, June 1, 2022

HIJRAH KAMI..NIKMATI KEZALIMAN INI..


Amana baca berita 1 MEI tentang pelitup muka dan MySejqhteruk ...
Spontan  cakap "rugila sesiapa yg terpaksa amik V tue.yg sukarela tue takpela..diorg memang nak.. kalau yg terpaksa tue tahu akhirnya begini mesti diorg pun akan bertahan mcm mama"

Saya senyum dan jawab "tak semua ada kekuatan nak bertahan. Lebih-lebih kezaliman yang seolah-olah tidak nampak penghujungnya.
Ada yg baru kerja.baru nak merasa ada gaji. Ada yg kena tqnggung family. banyak hutang.. mestilah takut hilang kerja..mama lain..mama dah pernah diuji lagi dahsyat dari nie. Tersungkur habis.berat mama terus jatuh 55kg mcm berat sebelum kawin. Amanaa tengok sebab discriminate V nie mama kurus tak?"

Amana bantai gelak.. nak cakap terus-terang mak dia gems takut kena lepuk.ketawa jelah dia mampu.

Amana cakap lagi "mesti diorg yg hina2 mama menyesal kan? Apa pun tak dapat. Bukan dpt duit pun hina discriminate orang tak v..dosa je dapat"

Saya senyum lagi. Anak sy dah besar.dia melihat struggle kami suami isteri. Setiap kali lepas meting online amana lihat muka suram sy sebab dlm meting pun tak habis2 citer bekshit. ada satu masa kami dihalang masuk pejabat sebab tak v. Amana pun dengar kami melalui proses kaunseling kementerian secara online. Amana melihat saya jawab surat2 tunjuk sebab pd pejabat dan kementerian. Kemuncaknya bonus saya yang berbelas2 K ditahan.. kalau campur papanya lebih kurang 30K lah kalau refer bonus tahun lepas.


Semoga anak2 saya menjadikan perjalanan kami satu teladan dlm hidup mereka. Buat apa pun utamakan hukum Allah.
 biar kita jadi minoriti pun asalkan tak melawan ketetapan Allah. Buat apa jd majoriti yang telah disebut dengan jelas di dalam Al Quran. Papa&mama kamu dihina kerana memilih utk jadi minoriti.. 
Orang yg mengaji Al Quran pasti tidak akan menghina orang lain  dengan mempermainkan konsep majoriti vs minoriti ini kerana mereka tau kedudukan mereka di mana.

Yg haram tetap haram. Yang syubhah perlu dielakan. Pasti ada sebabnya Allah gariskan halal, harqm dan syubah. Kita nie hamba yg dicipta. Mustahil kita lebih bijak dari Allah& Rasullulah.
Ikut gerakan hati dan istiharah.dlm hadis ada sebut..MINTALAH FATWA DARI HATIMU. 

Di permulaan org yg gengam hukum Allah dan tak ikut mainstream dilihat bodoh. Tapi Allah ada dan pasti akan bela kita. Tempoh discriminate itu adalah masa Allah menguji tahap keimanan kita.adakah tetap bertahan atau mengalah dengan tekanan dan fear mongering dunia.

Biar satu dunia dilanda ketakutan.tetaplah pegang yg benar.sebab kebatilan tak akan kekal lama. Perhatikan baik2 jika agamamu disentuh Dan  diubah.. itulah tanda2 fitnah sedang berlaku dan lari jauh2 darinya. 


Dan janganlah kita juga menjadi seperti mereka yqng pernah menghina kita.  Selepas kebenaran ini terserlah kita  wajib bersyukur byk2 pd Allah. Mereka yg pernah menghina tetap saudara semuslim kita. Lebih2 yang dah nampak tanda menyedari kekhilafan mereka. Allah Maha Pengampun dan merima taubat hamba2NYA yang ikhlas. Jangan biarkan rancangan jahat mereka untuk memisahkan ukhwah muslim berjaya. Solat dah rapat.. semoga rapat kembali hati sesama Muslim.

Kita mungkin terlepas fitnah dunia kali ini tetapi di depan sana banyak lagi plan kufar untuk menghancurkan kita. Doa banyak2 semoga kita dapat mengesan setiap rancangan jahat mereka dan menjauh dari semuanya.
Pada yg kekal menghina dan masih tidak nampak kebenaran ..sungguhla seperti yg ada di dalam Al Quran.. bukan mata dimuka yg buta tetapi mata di jiwa yg buta.

Dengan kezaliman  ini Allah gerakan kami meninggalkan semuanya.. hijrah .. mengubah hidup kami dengan putaran 360° .. 
Kalau dulu urusan akhirat disesuaikan dgn urusan dunia kami.
Tetapi insya allah kini urusan dunialah yg perlu disesuaikan dengan urusan akhirat kami.
Semoga dengan kami melepaskan urusan dunia ini yg penuh dengan fitnah ini..
Allah reda dan kurniakan kami anak2 dan keturunan yg berjuang di jalan Allah kelak.
Insya allah. Amin

Kami akan cuba ikut kata2 Rasullulah " ya rabb aku akan nikmati kezaliman ini asalkan KAU tidak marah kepadaku"

No comments: