ENTRY-ENTRY BARU..JOM JENGUK

Saturday, June 4, 2022

Taman Syurga Adalah Ubat Keletihan Yang Paling Mujarab


Kami dah kembali ke tempat hijrah almost 5 days.
Rasa dah lelah  mengemas dan sampai tahap kemas sikit pun dah nak "berangin" 😓

Rasa geram sebab penat mengemas tapi rumah tetap tak kemas yg membolehkan saya Ila Saleh lepak di keseluruhan rumah. 
Mungkin juga masih teringat rumah sendiri yg walau taklah sekemas galeria tapi rumah sendiri itu serba lengkap dan sempurna...hurmm baru rasa rumah itu sempurna sangat selepas kehilangannya😓

Semalam suami dah bagitau plan beliau nak keluar hari ini  tapi saya bertegas tak bagi keluar sebab saya tahu ubat keresahan dan kepenatan nie cuma di satu tempat.
MAJLIS ILMU AKA TAMAN-TAMAN SYURGA.

Suami beria cakap nak keluar.
Saya pulak beria susun jadual TAMAN SYURGA.
" Bang esok pagi saya nak pergi kuliah duha ustaz yus..esok lagi best sebab  ada mawlid jugak dalam kuliah ustaz yus.. magrib pulak ada mawlid kat rumah sheikh atau tawajuh kat madrasah.. saya nak pergi"

Suami cakap nak keluar uruskan hal dia jugak.. saya cakap dah lama sy tak pergi kuliah.dah 5 hari tak pergi.suami lainlah.. boleh kata hari2 kuliah subuh dengan sheikh🙄 sy cakap terus terang ..saya penat..sy nak rehat.bawak sy pergi kuliah sebelum saya membebel non stop sebab rumah bersepah 🤣

Suami mengalah jugak jugak bila tengok saya dah sebut2 nak pg kuliah..nak pergi kuliah..kalah budak kecik nak gula2

Akhirnya  pagi dapat pergi kuliah dan mawlid dengan ustaz yus. Kuliah kitab "peringatan tentang umur insan"  Happy sangat..seronok sangat..pulak tue pagi2 sarapan berdua je dengan suami 🥰 balik rumah bagi anak2 makan.. 
Lepas tue rehat dan takde nak marah rumah sepah kecuali ingatkan amana sidai kain. Zohor dan asar berlalu dengan rehat bergurau-senda dgn anak.
Magrib pg rumah sheikh ada mawlid dan kuliah ringkas.dapat pulak hadiah sugi dari rakan jemaah..

Alhamdulillah betul2 saya dapat dlm rehat dalam TAMAN SYURGA. Rasa recharge tenaga balik. Esok bolehla sambung membebel kemas rumah sebab dah dapat tenaga balik🤣

No comments: