ENTRY-ENTRY BARU..JOM JENGUK

Wednesday, November 21, 2018

2 jenis sabar

Ada 2 jenis sabar:
Sabar dalam melakukan ketaatan , sabar dalam menahan diri dari melakukan kejahatan.

Ada lelaki, taat solat, taat puasa, jaga nafkah isteri dan sebagainya, tapi tak dapat sabar dari mengurat wanita yang dilihatnya cantik dan berkenan di hati. Bergejolak rasa hati nak menghampiri dan berkenalan lebih jauh dan jauh dan jauhh lagi..

Ada pulak wanita dapat menolak gangguan dan godaan, pandai menjaga diri dari bergaul bebas mahupun bergurau senda dengan lelaki2 lain di tempat kerja, tapi masya Allah, malasnya nak dirikan solat, tutup aurat pun liat dan payah.

Sabar mentaati suruhan tapi tak sabar dalam menjauhi larangan.

Sabar menjauhi larangan tapi tak sabar mentaati suruhan.

Dua-dua jenis sabar ini memang susah. Tapi, antara dua jenis sabar ini, sabar menjauhi larangan lebih susah.

Semua orang mahu masuk syurga, tapi lupa pulak nak hindar neraka..

Teruskan berjuang melawan nafsu bagi menegak perintah Allah dan menghindar laranganNya. Saya tahu ia tidak mudah.. semua orang sedang berjuang dalam diri melawan ujian-ujian kesabaran ini.

Bagaimana?

1. Tambah ilmu
2. Tingkat iman
3. Berlatih dan terus berlatih. Kadang  kalah kadang berjaya, usah putus asa.

#kaunselingSAS
#repost

No comments: