ENTRY-ENTRY BARU..JOM JENGUK

Wednesday, August 17, 2011

PESANAN BUAT SUAMI OLEH DATO' FADZILAH KAMSAH

Sebenarnya saya baca pesanan ne  semasa buka hp semalam  melalui hp kesayangan saya (bukan iPhone ye, mak tak berlebih duit nak beli iPhone ne) jadi saya rasa pesanan ini amat bagus untuk yang merasa diri mereka adalah seorang suami. Jadi saya search kat Uncle Google dan saya jumpa pesanan ini di banyak blog dan website.Entah kenapa saya klik tipskahwin.com. Nak kawin lagi ke?? Muahahaha..

Dulu saya pernah bercita-cita untuk bercinta hanya sekali. Kiranya 1st love terus ke jinjang pelamin. Tak tercapai pun. Kenapa? Lain kalila buat entry tue. Eh malas la. Citer lama walau masih berbuku di hati. Ada yang saya masih ingat sampai sekarang sebab saya rasa ada silap saya serba-sedikit kerana mengikut rasa sakit hati kerana patah-patah perkataan yang dikeluarkan oleh "si dia" amat menyinggung hati saya walau sebenarnya ia boleh dibincangkan elok-elok. Sebab sakit ati punya pasal tetttttttttttt PUTUS!! Tapi ada jugak yang kalau saya jumpa saya suruh Arief & Amana yang ala-ala bodyguard ne guna senapang gajah tembak sampai tergantung kat langit ke 7!! Eh bape kali ko bercinta ne?? Muahahaha...

Tapi alhamdulilah saya bertunang dan berkahwin hanya sekali. Kami bertunang setahun lebih dan tipulah kalau tiada dugaan. Hanya cinta&jodoh yang kuat je yang buat kami sampai ke jinjang pelamin. Macam biasa saya memang perempuan kolot dalam sesuatu hubungan. Pada saya lelaki yang amat memainkan peranan penting. Kalau dia sungguh-sungguh Insyaallah ke jinjang pelamin tapi  kalau dia "ala-ala" je sila amalkan konsep "pinggan tak retak, nasik tak dingin, ko tak hendak aku lagi tak hinggin!!"

 Hopefully sehingga akhir hayat saya & En.Papa boleh memegang amanah rumahtangga ini lebih-lebih lagi dengan kehadiran dua amanah besar (Amana& Arief). Isk melalutla intro ne..Mehla baca pesanan Dato' Fadzilah Kamsah. Bagus dan sila tampal guna gam gajah kat dalam kepala memasing..

1. Selalu menghargai usaha dan penat-lelah isteri, terutama isteri yang bekerja dan sama-sama terpaksa menanggung hutang suami (zaman sekarang ne kebanyakkan isteri bekerja membantu ekonomi keluarga..tabik springgggggggggg)

2. Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga luas-luas. Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan tersumbat di telinga kiri. Sambil tu otak suami kenalah memproses informasi yang diterima daripada isteri dengan bijak serta prihatin. (dah kawin mana nak dengar sangat isteri bercakap, dulu2 kita lak naik lemas asik call kita ekekeke)

3. Jangan sekali-kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri menghias rumah dengan mak anda kecuali masakan/cara menghias isteri anda lebih baik dan canggih dari emak anda. (kalau ada suami yg buat macam tue sila duduk balik dengan emak sendiri ye dan ajdi anak emak semula)

4. Jangan demand sex sekiranya isteri tak ada mood atau letih. Agama suruh kahwin bukan semata-mata untuk penuhi nafsu syahwat saja (no komen..hihi)

5. Kalau pasangan dah ada anak, sama-samalah menjaga anak. Benih dari awak juga.. Ada suami, isteri sedang makan disuruh cebok kencing n berak anak sedangkan suami duduk tersandar kekenyangan macam maharaja ("amana cakap dengan papa adik berak, mama nak masak ne.." pastu terdengarla En. Papa cakap "adik berak? berak puas-puas dulu nanti papa cuci" masa cakap ne En.Papa jenguk dari bilik game. kiki)

6. Jangan sekali-kali duduk tersandar depan TV atau relax-relax sedangkan isteri bila balik dari kerja, buka saja kasut terus masuk dapur, memasak, mengemas, membasuh, kejar anak dsbnya. Berbulu mata dan sayu hati isteri bila kami tak cukup tangan nak menguruskan rumahtangga sedangkan suami lepas tangan (buat masa ne saya lagi suka saya sensorang kat dapur yang kecik ne.Kalau dua-dua kat dapur belanggar bontot je.lagipun saya je yang tahu kat mana barang-barang di simpan. kalau tidak "la, mana awak letak jag" "la , mana awak letak jag yang besar tue" adeh tensen mak...kiki.tengokkan anak pun dah cukup..Oh lagi tak suka sidai kain .menci...oh kalau nampak pinggan tak bercuci sila tolong cuti oh..bla bla bla ....)

7. Sekiranya suami makan dahulu, tinggalkan sedikit lauk utk isteri. Jangan bedal semua sampai turn isteri yang tinggal cuma ekor ikan sekerat, janggut sotong dan ekor taugeh (tak penah lagila..)

8. Kalau nak ajak member bertandang ke rumah, beritau isteri dulu, kalau boleh sehari-dua in advance. Jadi bolehlah dia memasak yang best-best dan mengemas rumah cantik-cantik. Bayangkan perasaan isteri kalau tetamu datang terpacak sedangkan kain-baju masih berlonggok belum sempat dilipat, permainan anak masih berselerak dan isteri cuma masak mi maggi saja (please inform in advance..mekacih)

9. Jangan sekali-kali menyakat isteri tentang saiz badannya yang semakin sihat atau semakin melidi. Tengok body sendiri dalam cermin dulu (muahahah sila tengok gambar dolu-dolu)

10. Jangan kentut depan isteri. Masa bercinta dulu kenapa boleh control kentut? ( tak senonohkan?)

11. Hormatilah ibu-bapa dan kaum keluarga isteri walaupun anda cuma main wayang, bodek mereka masa nak mengurat isteri anda dulu. Jangan sekali mencaci mereka walaupun secara bergurau. (masa nak pandai pulak buat baik ye tak?)

12. Jangan kedekut dengan isteri serta keperluan rumahtangga. (malunya kalau kedekut sedangkan itu tanggungjawab sang suami, eh jangan tak tau ada lelaki macam ne saya dah jumpa kesian sangat tengok isterinya)

13. Jagalah maruah anda sebagai suami dan lelaki. Selagi boleh, jangan bebankan isteri dengan masalah kewangan anda. Selalunya perempuan ni, semakin suami “degil” tak nak minta pertolongan, selagi itulah dia rela nak tolong.( baik betul isteri-isteri sekarang tapi silalah sediakan backup untuk diri sendiri sebab peristiwa yang banyak berlaku patut jadikan pengajaran. Saya ada backup ke? Takde pun hahaha)

14. Jangan bersepah dan bersikap pengotor. Dah buka baju, letakkan dalam bakul baju kotor, dah guna cungkil gigi, buanglah dalam bakul sampah, bila dah guna ubat gigi bubuh balik penutupnya, dah ambil sesuatu barang simpan balik ditempat asal, dah berak flush. Susah sangat ke nak buat macam tu? Semua nak kena ajar ke?(si tukang sepah lagi ramai dari tukang kemas, memang stress..kak mar meh tolong.kak mar-maid indon yang mak saya upah setiap 2 minggu sekali mengemas umah mak)

15. Rajin-rajinlah bertanya isteri kalau dia perlukan bantuan anda dengan kerja rumah/menjaga anak.
Tapi jangan tanya dua tahun sekali. Jangan tunjuk rajin bila ada tetamu di rumah saja.(ada ye orang macam ne, suka berlakon?)

16. Hormatilah isteri anda sebagaimana anda mahu dihormati. Isteri pun manusia. Allah berikan banyak keistimewaan kepada para isteri tapi diputar-belitkan tafsirannya oleh orang lelaki untuk kepentingan diri sendiri.(contohnya siapa boleh beri?)

17.. Jangan main kayu tiga dengan perempuan lain. Main lain lagi tak boleh. Kalau isteri awak yang buat, tentu awak tak boleh tolerate, jadi mengapa isteri awak kena tolerate kalau awak buat? (no turn back, sekali buat saya lari dengan Double A.sanggup ???)

18. Kalau tak menyukai sikap atau perbuatan isteri, tegurlah secara baik, jangan asyik nak menengking aja. Kalau awak sakit nak mati nanti, siapa yang kena jaga awak? Bai jual roti? Apek jual sayur? Jiran sebelah rumah awak? (BETUL..BETUL.. VOTE DATO'..KLIK BUTANG "LIKE" JUTA-JUTA KALI)

19. Kalau isteri nampak tak sihat, cepat-cepatlah bawa jumpa doktor. Tunjuklah anda mengambil berat tentang dirinya. (awak sakit belakang? jom pg  KPJ...jumpa Dr Mazlan.  awak rehat kat hospital.. Kan awak ada insuran bayar tapi tak guna buat pe? cutekan??kiki )

20. Berbincanglah dengan isteri sebelum sesuatu keputusan dibuat. Walaupun suami megah ada kuasa veto, tak jadi bapok kalau pendapat isteri diambil kira. Pokok pangkalnya ialah timbangrasa dan saling menghargai. Cubalah ketepikan ego yang keterlaluan. Bukannya laku bila dah mati nanti. (aah kalau mati bawak kain kapan jela..)

21. Dalami agama dan bimbinglah anak isteri dengan ikhlas seperti yang dituntut agama. Ingat, kalau seorang suami masuk syurga, besar kemungkinan isteri pun masuk syurga. Kalau suami masuk neraka belum tentu isteri juga masuk neraka. Kalau isteri masuk neraka, besar kemungkinan suami juga masuk NERAKA tapi kalau isteri masuk syurga belum tentu suami pun masuk syurga.Ini bukan rekaan saya tapi saya dengar dari seorang ustaz.( syahdunya dengar nasihat Dato ne. Saya "LIKE" bilion-bilion. Pada saya kalau nak melembutkan hati isteri&anak-anak cuma di atas tikar sejadah. Kalau itu pun tak mampu buat janganlah nanti tanya anak2 atau isteri kenapa tak hormat sang suami. Tanya diri dulu adakah kita "hormat" Allah?)

22. Berusahalah dengan ikhlas untuk mempertahankan keharmonian rumahtangga. Jangan buat apa yang isteri tak suka. Percayalah, kalau suami buat baik sekali dengan isteri, isteri balas sepuluh kali (alahai bape kali nak tekan button "LIKE" ne?)

23. Jangan buat donno kalau isteri merajuk atau berkecil hati. Kalau perlu minta maaf, minta maaf, kalau perlu dipujuk, pujuk. Hati orang pompuan ni sensitif. Kalau kami rasa suami tak ambil kisah, perasaan bagai dihiris-hiris. Perkara yang dipandang remeh oleh suami boleh menjadi kanser kepada isteri. Kepada para suami khususnya dan kaum lelaki amnya, janganlah dianggap masalah hati dan perasaan orang perempuan ni enteng sahaja. (pujuk hati sendiri ditemani anak-anak yang comel.. sob..sob..sob.. plus nangis-nangis sambil sebut "mak, nak balik umah mal" ekekek)

Allah s.w.t. berfirman, “Dan ketahuilah bahawasanya Allah mengetahui apa yang didalam hatimu, sebab itu berhati-hatilah dengan Tuhan”

Hah dah habis... penat nak buat caption komen tue.. Sila amik iktibar para suami..Nanti saya nak cari pesanan untuk isteri pulak la..kiki. Baru kena batang hidung.. Tapikan ada tak yang tak kenal Dr Fadzilah. Mustahil tak kenal.Kalau la ada yang tak kenal..kalau ye ..mesti cakap gini "yela dia perempuan mestilah dia backup perempuan..." Kiki nama pun ala-ala gegirlkan.. Hep jangan marah ye Dato'.......



12 comments:

Mama Zharfan said...

tips yg sgt bagus..cuma kalau suami nak praktik 100% tu, rasanya one in a million kot heheh

chilun @ cik pau @ bibimie said...

kat mana nak klik butang like? hehehe...

Liza said...

Panjangnya tips. Kira bertuah dah tu suami uruskan anak-anak, faham gak keletihan kita setelah penat bekerja di ofis...

e.l.i.z.@ said...

nk klik like kt semua tips tuh..mmg kena copy paste kasi laki eli gak ni hihihi

transformed housewife said...

jenuh nak baca perabis tadi. hehehe. utk isteri pun ada pjg mcm tu jugak ke agaknya?

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) said...

MZ: memang sukarkan MZ?

Pau: dah komen ne kira like la tue kiki

Liza: alhamdulilah. part anak2 tue mmg syukur sangat2

eli: bagi jangan tak bagi.. mana tau nanti eli dapat BMW sbb tips ne..haha

TH: nanti ila cari..harap pendek jelah..haha

syarmy said...

hahha dh emel dh kt dia..dia pun dh reply "Tq. insya allah abg cuba buat yg terbaik."
harap² melekat dlm kepala la kan..
BMW tu nakkkkkkkkkkkkkk :P

e.l.i.z.@ said...

alamak..tak perasan dia x logout gmail dia

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) said...

eli: muahaha tetiba je hsbd eli komen sini.. rupanya ada org tak logout

e.l.i.z.@ said...

haa tu la pasal hihi sib baik perasan..kalu tak, kompom ila pening hihi

ummiarissa said...

hmmm..kalu suh suami baca..dibacanya sepintas lalu je ni...tu pun mungkin skip-skip ..lompat2...tak baca habis...he he he

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) said...

UA: tampal kat dinding..nanti senyap2 dia baca A-Z haha