ENTRY-ENTRY BARU..JOM JENGUK

Thursday, October 14, 2010

FROM KOREA WITH LOVE-PART 1


Alhamdulilah saya dah selamat tiba di Korea. Sampai di Inceon Airport dalam jam 7.00am waktu Korea. Dari guide yang kami dapat kami perlu pegi kat desk KOICA kalau tiada staff kami perlu pergi sendiri ke training center tue. Memandangkan tiada sesiapa di desk KOICA Kami pun nak  beli tiket bus tapi kelakar diorang tak tau tempat tue walau kami dah tunjuk map. Dahle cakap macam ayam itk. Akhirnya konduktor bus yang baik pergi semula ke desk KOICA..... TADAAAAAAAAAAAAA!!!! Tetiba je ada staf tue kat situ haha.. Akhirnya kami diuruskan oleh staf KOICA. Dikumpulkan dengan participant dari Vietnam dan beliau belikan kami tiket ke Hotel Ibis di Suwon, Korea.

Gambar ne diambil masa dalam keta mak. Tengokla si Arief menempek je kat saya. Ohh..buat saya lagi rindu pada si debab. Alhamdulilah tiada drama airmata lebih-lebih lagi Amana. Mungkin dah kerap ke airport menghantar mak, mil & adik saya ke Mekah juga kerap hantar papanya ke airport buat dia more relex.  Cerdiknya si Amana. Siap tunjukkan pada  mak &mil saya tempat melambai yang sesuai "meh ..meh ..babye kat sini" Amana bukan babye saya sangat. Dia sibuk babye kawan saya Azlin. "Bye kawan ,mama..Bye kawan mama.." Boleh gitu?? haha. Buat saya kuat. Mungkin hati saya sedih setinggi gunung Everest kalau dia menangis2 dan berpaut di kaki saya...

Di airport sebelum berlepas.
Amana sibuk nak dududk di pangku MacDonald


Good girl...Amana memang sehebat papakan?? Pandai melindungi rasa hati atau dia tidak faham saya tak akan balik beberapa hari. Banyak kali saya bagi tau "Mana, mama nak pegi keja naik kapalterbang. pergi Korea; 17 hari.Amana jangan nangis ok?" Amana akan jawab "Ok Mama! Amana tak nangis. Amana jaga adik. Jaga papa..Tapi mama jangan balik lambat ye.Kalau balik lambat Amana pukul mama!!" Apa maksudnya?? Dia masih tak faham. Mungkin Amana ingat saya akan balik lambat  dari nursery seperti biasa jika  saya atau En.Papa  ada kerja urgent di pejabat.

Saya yang mencium Arief berkali2.. Serasa akan rasa rindu yg amat pada badan mungil itu yang saban hari di pelukan saya tanpa jemu. Dalam airport saya langsung takleh tido padahal badan amat penat. Teringat anak2 dan suami yang pertama kali ditinggalkan selama ini. Ini adalah kali pertama saya terpisah selama ini dengan En.Papa. Selalunya paling lama seminggu sahaja. Tapi perpisahan sesekali mungkin baik kerana kita akan lebih menghargai setiap masa ketika dapat bersama.. Betul tak??






1 comment:

kakyong said...

singgah.. baca citer g korea...
wah.. kalo kakyong x tau la nak camno nak berpisah lama2 dgn anak2..