ENTRY-ENTRY BARU..JOM JENGUK

Thursday, July 1, 2010

Makan suap



Perkara yg paling seronok dapat makan bersama anak2.Melayan kerenahnya.Meyuapkan dia makan. Walau penat baru balik keja.Penat masak.Penat menyiapkan baju2 utuk esok tapi kasih ibu melebihi semuanyakan??

Selalunya saya akan makan dgn Amana.Kami makan sama-sama tapi saya selalu habiskan makan dengan cepat untuk amik kesempatan suap Amana.Amana pun pandai bila tgok saya habis makan je dia akan cakap "Mama suaplah Mana".. Adakah saya terlalu manjakan anak? Taklah..10tahun dari sekarang mungkin dia dah tak nak saya suapkan dia dan saya akan menyesal terlepas peluang itu hari ini. Kawan2 nak tau sehingga saya dah jadi seorang mama saya tetap  akan amik kesempatan untuk minta mak saya suap bila ada peluang. Tangan ibu takkan sama dgn yang lain bukan?

Masa saya anak dara..hehe..Masa belum kawin maksudnya saya selamba je minta mak suap walau depan makcik2 saya. saya tak malu pun dan mak saya dengan bangga suap kami adik beradik.Kalau ikutkan masa tue kami semua dah 20an ..

So apa salahnya kalau saya suapkan Amana yg belum cecah 3 tahun ne sedangkan saya yang dah hampir cecah 30 tahun ne masih makan bersuap dgn mak??

1 comment:

sariena said...

ala ina smpi skrg mls nk gune tgn hahahha