ENTRY-ENTRY BARU..JOM JENGUK

Tuesday, December 21, 2010

Nyawa di hujung tanduk

Masa tangan sedang menaip ne pun masih terasa debarannya. Masih terasa ketakutan & kecemasannya. Masih terasa kelam-kabutnya situasi itu.
Alhamdulilah saya selamat...

Pagi tadi dalam perjalanan ke office seperti biasa kami mesti melalui selekoh itu untuk ke lebuhraya MEX Highway. Dengan kadar kelajuan seperti biasa malah mungkin lebih perlahan kerana jalan licin akibat hujan malam tadi. Tiba-tiba di selekoh itu kereta tiba-tiba tidak dapat dikawal. Masih terbayang macam mana En.Papa memusing setering beberapa kali, masih terbayang macam mana kereta berpusing dan beberapa kali berada di tepi penghadang ke dalam gaung, masih terbayang kuatnya gengaman saya kepada tali pinggang keldar sambil memegang lengan En.Papa dan masih teringat macam mana air mata menitis ketika kami selamat dan macam mana saya beristigfar beberapa kali semasa kejadian itu.

Yang terbayang cuma wajah Amana yang menangis pagi tadi kerana ingin memakai baju tadika yang baru diberi oleh cikgunya semalam (baru semalm saya membayar yuran tadika Amana untuk tahun hadapan), wajah mungil Arief yang saban pagi menangis hendakkan susu untuk sarapan pagi sebelum ke nursery, gelak ketawa kami seisi keluarga ketika ke Carefour yang baru dibuka di kawasan perumahan kami semalam dan wajah En. Papa yang menyatakan masih lapar kerana nasi claypotnya yang dipesan terlalu sedikit dan semua yang jadi sebelum-sebelum itu....

Alhamdulilah kami masih selamat. En.Papa berulang-kali memujuk menyatakan semua masih boleh dikawal kerana kereta dipandu perlahan tapi mana mungkin saya menahan ketakutan kerana gaung itu terlalu hampir!! Sepanjang-panjang perjalanan ke pejabat saya hanya termenung. Beberapa kali En.Papa memujuk dan memeluk dan katanya "saya jangan panik kerana itu membuatkannya panik" Tapi saya hanya ibu yang memikirkan anak-anak kalau saya & En.Papa tiada masih adakah yang ingin menjaga mereka?? 

Dalam masa yang sama saya amat-amat bersyukur tiada satu kenderaan pun yang melintas di kawasan itu terutamanya motosikal.Alangkah berdosa rasanya ketika  kami sibuk berusaha menyelamatkan nyawa kami dan kami selamat tetapi kami telah menyebabkan nyawa lain tergadai. Syukur  yang tak terucap dengan kata-kata..

Kalau saya yang memandu saya tidak pasti saya masih mampu mengawal kereta atau tidak.Pasti kaki mengelabah antara menekan brek dan minyak. En.Papa masih sempat tarik handbreak tadi.. Macam mana pun itu semua Allah yang mengaturnya dan saya amat bersyukur.....

Note: Tayar kereta di bahagian belakang pancit sejak 2 minggu yang lepas ( tiba-tiba teringat ngomelan En.Papa) dan jalan raya yang licin kesan hujan semalam membuatkan kereta comel kami  tidak boleh dikawal. Sebelum ini saya pernah nampak kereta dipandu seorang gadis di selekoh yang sama berpusing-pusing seperti kereta kami dan dia selamat tetapi cepat-cepat dia keluar dari kereta dan menangis di tepi jalan... Masa itu saya berkata di dalam hati "kasihanya gadis itu macam mana saya boleh menolongnya kerana saya telah berada di jalan di bahagian atas yg cuma mampu melihatnya dan bahayanya gadis itu meluru keluar begitu kerana kereta yang datang tidak akan nampak beliau".

6 comments:

Liza said...

Alhamdulillah... ila selamat.. kt area mana tu?

Rizziela said...

Alhamdullilah...semuanya selamat

Fauziah said...

arrghh.. cuak nyer... mujur selamat. alhamdulillah...

Mama Zharfan said...

alhamdulillah segalanya selamat..me paham sbb my SiL pernak accident terbalik pusing2 keta..she's safe and it was like miracle--kebetulan time tu dia baru abis pantang lps bersalin...

Nur Sakinah Ahmad said...

syukur ila dan suami selamat. sy yang baca ni pon seram sbb kita lalu jln yg sama! sy penah terbabas tp sempat t'selamat w/pon keta remuk teruk..yang penting slmt..

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) said...

Liza: kat selekoh bentuk bulatan sebelum sampai ke tol MEX

Cik Paun & Rizzela: alhamdulilah..seramsejuk lagi

MZ& Kinna: memang yg alami je tau takutnya camana