ENTRY-ENTRY BARU..JOM JENGUK

Thursday, August 16, 2012

Kepada suami-suami yang suka meninggalkan isteri keseorangan di rumah. Sila ambil iktibar! Menyesal dah tak berguna!

KUALA LUMPUR: ‘Hidup kau tidak selamat, aku pasti kau mati.’ Itu kandungan nota ditinggalkan dua lelaki selepas menodai seorang wanita berusia awal 20-an di rumahnya di Bandar Teknologi Kajang, di sini. Dalam kejadian jam 3.30 petang Jumaat lalu, itu, dua lelaki berusia 30-an terbabit dipercayai meninggalkan nota berkenaan untuk ditujukan kepada suami wanita itu yang tiada di rumah. Sumber berkata, ketika kejadian mangsa yang bersendirian di rumahnya berada dalam bilik air untuk mandi.

“Mangsa terkejut apabila melihat dua lelaki tidak dikenalinya berada di rumah.
Belum sempat menjerit meminta bantuan jiran, dua lelaki terbabit mengeluarkan senjata lalu mengugut untuk mencederakannya.
“Bimbang dengan ugutan berkenaan, mangsa mendiamkan diri sebelum kedua-dua tangan dan kaki diikat manakala mulutnya ditutup dengan kain,” katanya.

Menurutnya, dua lelaki terbabit merogol mangsa bergilir-gilir sebelum melarikan diri dengan meninggalkan nota berkenaan. Mangsa yang berjaya membuka ikatan di tangan segera menghubungi suaminya sambil menangis. Dia bagaimanapun tidak mampu memberitahu kejadian menimpanya itu kepada suami sebelum menamatkan perbualan. Mendengar cerita isterinya, suaminya yang berada ditempat kerja menghubungi jirannya bagi meminta bantuan.

Kira-kira 10 minit kemudian, suami mangsa dihubungi jiran berkenaan yang memaklumkan isterinya ditemui dalam keadaan lemah dan ada bahagian badannya yang masih terikat "Mendengar penjelasan itu, suaminya bergegas pulang ke rumah. Selepas mangsa menceritakan hal sebenar kepada suaminya, si suami memeriksa seluruh rumah tapi tiada barang yang hilang. Pemeriksaan lanjut mendapati pintu belakang rumah dipecah dipercayai oleh dua lelaki itu untuk Pemeriksaan lanjut mendapati pintu belakang rumah dipecah dipercayai oleh dua lelaki itu untuk memasuki rumah berkenaan.

Suami mangsa menemui satu nota ditinggalkan di hadapan pintu. Mangsa kemudian membawa isterinya membuat laporan polis di Balai Polis Kajang.
 
 
p/s: Kepada suami-suami yang memang menjadi satu habit meninggalkan isteri kat rumah dengan alasan nak main bola, nak jumpa kawan, nak lepak-lepak, nak pegi kedai kopi, dan pelbagai alasan yang mementingkan diri silalah amik iktibar. Lebih-lebih lagi pada suami-suami yang meninggalkan isteri secara berjadual contohnya hari rabu mesti takde kat rumah sebab main bola atau masa tue time pegi kelab dangdut :) Sedar tak penjenayah nie memerhatikan kita? Dia ricky je time kita tak ada..  Kalau dah jadi menyesal pun tak berguna. Nak menghantuk kepala kat dinding kat cermin  sampai pecah pun tak guna. Masa tinggalkan isteri tak pulak fikir. Masa tue baru sibuk cakap meyesal itu ini.
 
Dalam masa sesaat semua boleh jadi. Rumah yang ada pengawal keselamatan siap pakai pistol pun orang berani pecah masuk inikan pulak umah anda yang takde CCTV or ADT jauh sekali nak pakai pengawal keselamatan. Jagalah isteri sebaik-baiknya jangan biar orang amik kesempatan pada kelalaian kita dengan segala macam alasan yang mementing kan diri.
 
Tapi pada yang memang perlu bertugas ambillah langkah-langkah keselamatan dengan tinggalkan anak isteri kat rumah yang boleh dipercayai (mak, kakak) atau pesan pada jiran ke etc etc.. Scarylah banyak orang jahatla... Ini laporan Julai 2012. Baru lagikan?

10 comments:

are_lin@yu said...

bahayanya..gila seks ke apa ni..huhu

transformed housewife said...

kesiannya. apala yg suami dia dah buat sampai org2 giler tu dendam sgt.

Eye_nee said...

Takutnya...pelbagai perlakuan manusia yg tidak lagi normal sekarang ni..apa tujuan dia meninggalkan nota sebegitu..ada masalah ker dgn suami wanita tu..namun yg lebih kasihanya..ISTERI...jd mangsa...

Unknown said...

ooo..scaryy..ada grill ke pagar berlapis2 pun tak guna..ada duit lebih baik install home alarm.. kalau ada intruder automatic dia bunyikan siren..at least si penceroboh tu terkejut..jiran2 pun boleh alert bila dengar siren..

Wonderful Life with Mary Kay said...

Kesiannya kat bini dia.... Mmg, penjenayah ni dia siasat dulu. Kawan suami dah 2 org penjenyah rompak bini dia dpn rumah. Suami belum blk kerja.. Bwk lari kereta. Nasib dia sempat bawak kuar anak2 dlm keta...

|| NaFiRaa || said...

Ya Allah.. Takutnye~

nazayiena said...

Takutnya dan geram pun ada bila baca,tu klu ada berita2 rogol & bunuh nie malas nak baca tp semua tu nak kena kita alert.

:: Riri-Fatieha ::~ said...

Ya Allah, scarynye.. skrg ni mcm2 jadi...

Mooniqueen said...

Rasanya, husband dia ni ade buat Hal kot... Tp kesiandekat si isteri yg menjadi mangsa... Ya Allah Mintak Simpang dr kita semua...

Mama Zharfan said...

sgt scary..kejam nya perogol2 tu...nasib baik dia tak bunuh that lady..