ENTRY-ENTRY BARU..JOM JENGUK

Monday, August 27, 2012

Review : True Harmony Spa Part 2 & Reborn Foot Refleksologi @ Alamanda

Lepas balik dari umh mil&amp dan tahlil saya sakit bahu yg amat sangat. salah tidur ke dah tua ?? huwaaa.. . en papa dah urut tapi tak berkesan.. haiyaaa.. nak nangis pun ada.. tercabut tangan en papa nak urut hari2..belum lagi dengar saya dok membebel sakitla.. sakitla..lenguhla..bla bla bla.. kalah arief menangis hihi..

pastu teringat pakej facial   True Harmony Spa yang dah berabad-abad dibeli tapi tak pegi pun. lima kali hokey.. rugi..rugi..  Mintak izin en papa nak kuar hari raya kelima (khamis) untuk set appoiment untuk facial. En. Papa izinkan. Tapi sebelum pegi saya mesti masak dulu tau. Supaya en papa tak susah nak jaga anak2 + sibuk nak carik makan budak. ibu mithali kononnya.. rasa tak selesa nak berjimba bila menyedari anak2 dan suami tidak disediakan makanan terlebih dahulu..  kalau semua siap saya pun boleh berjimba dgn happy muahaha.

Facial tak menghampakan lebih2 lagi bila dikenalkan dengan lagi satu pakej untuk buang sel mati etc etc di samping pakej yg memang saya amik. memang fabulous.muahhhhhhhhh... muka jadi putih & bercahaya, kulit warna jadi sekata. tapi sori ye..  i tak mampu nak beli pakej yang lepas diskaun pun rm950 (5 pakej). ada balance lagi 3 treatment nie pun punya payah nak habis lagi mau tamak  nak tambah lagi lima pakej baru? homaigoddd... lagipun dengan harga gitu & tambah sikit saya dapat sambar designer beg sebijik atau  dapat meja makan utk umah baru.. dasar kedekut.. bukan kedekut jimat..haha.. habiskan dulu tratment yang ada jangan tamak..  lepas tue ingat nak urut & scrub sekali tapi katanya rm180.. ok jugak tapi tiba2 hati teringin nak merasa urutan tempat lain.. boleh buat review baru kat belog jugakkan? bijak sifir :)

Memandangkan True Harmony Spa kat Putrajaya, saya terus teringat ada satu tempat urut dalam Alamanda Putrajaya. Selalu saya pusing2 kat Alamanda saya tengok ramai jugak yang keluar masuk. Tempatnya berdepan Parkson. Berdepan kids playground. Habis facial drive dengan "sopan" ke Alamanada. Carik tempat solat dulu. Habis tanggungjawab pada Allah baru syok nak berjimba2kan? 

Carik tempat yang saya imagine dari tadi &  terus masuk membawa bahu yang sakit nie ha. Terus amik pakej urut satu badan RM75. Itu sebelum jumpa tukang urutye..Lepas dia urut best terjebak lak amik scrub. RM114 pulakkkk. Sebab kalau amik scrub. urutan akan disambung lagi 20 minit.. Serius sedap gilerrrrrrrrrrrrrrrrr dia urut. Dia tekan kat urat2 yang spesifik. walau minah tue tak reti cakap melayu dengan jayanya dia tetap berjaya urut saya dengan sedapnya... Dia cakap Mandarin. Melayu sikit & guna bahasa isyarat + memek muka. Macam ayam itik je bila cakap :)  Nama dia Mary ke Meggi. gasakla.janji i ingat muka dia haha.. Dia scrub sekali sambil urut.. heaven.. kat bahagian belakang saya yg mmg ada sakit desicated disc tue dia tetap urut tapi slow dari tempat lain & lega rasanya.. And tak yah nak mandi2 ye sebab dia akan bawak towel panas & lap sampai bersih belakang kita.. saya mmg malas nak mandi2 nie. masa dah terangguk nak scrub dah terfikir jugak. alahaiiiiiii lecehnya nak mandi2. tapi rupanya tak yah mandi hihi.. kekurangan kat sini cuma tempat urut dipisahkan langsir sahaja & saya boleh dengar tukang urut lelaki kat sebelah. tapi takdela dia jenguk.. saya je rasa unsecure.. plus kain untuk berurut tue rasanya ramaila yg guna. so uolls bolehla bawak kain batik sendiri kalau nak lebih selesa rasanya.. yang lain semua bestttt & ok..

RATING
(1-Tak Best Sangat-Sangat ; 5-Sangat-sangat Best)
Massage : 4.5
Scrub : 3.5
Foot Massage: -
Facial : -
Kebersihan : 3
Persekitaran : 3.5
Keseluruhan : 3.7

 Tapi serius part urut tue mmg heaven 
lagi pun tempat nie memang lebih kepada urutan bukan facial atau lain-lain.
Saya nak pegi lagi!!!!!

3 comments:

just azura! said...

waah macam seronok pi urut-urut ni..tapi akalu ada lelaki sekali,, sereeem laa..hehe

Mama Murai said...

fuhh... dengar bunyi heaven tu pun dah menaikkan semangat saya... tapi jauh sangatlah :) he he he. Cari kat Labuan, sure tak dapat...

Mama Zharfan said...

part yg tak secure ie ada tukang urut lelaki tu--me memang tak berani--sbb me suka shower lama2 lps urut +scrub hehhe