ENTRY-ENTRY BARU..JOM JENGUK

Wednesday, August 15, 2012

QUOTE YANG BUAT SAYA TENANG & INSAF :)

REZEKI KITA ADALAH DITANGAN ALLAH
 BUKAN DITANGAN MANUSIA
APABILA SATU PINTU DITUTUP JANGAN BERDUKA
KERANA ALLAH AKAN BUKA PINTU YANG LAIN UNTUK KITA
DENGAN SYARAT TENANG & BERSABAR & BERDOA

PEREMPUAN ITU DIUJI DI SAAT TAK PUNYA APA2
SEDANGKAN LELAKI DIUJI KETIKA PUNYA SEGALANYA
so sila beringat ye :) muahaha

HATI MANUSIA TIADA GUARANTTE AKAN SETIA 
WALAU KITA SENTIASA MENGINGATI SI DIA
TAPI KASIH ALLAH SETIA SELAMANYA 
SELAGI KITA MENGINGATINYA

CINTA ITU ANUGERAH ALLAH
JIKA ANDA TIDAK MENGINGATI ALLAH
JANGAN TERTANYA JIKA SI DIA BERPALING ARAH

APABILA MENUNAIKAN SURUHAN ALLAH
INSYA ALLAH ADA PENGHARGAAN DARI NYA
TETAPI DENGAN MANUSIA
BELUM PASTI ANDA DIHARGAI
JADI BERHENTI PLEASE SESIAPA
JADILAH DIRI SENDIRI

DENGAN BERSEDEKAH TIDAK AKAN MENJADIKANAN ANDA MISKIN
LEBIH-LEBIH LAGI JIKA SEDEKAH ITU TIDAK DIKETAHUI SESIAPA

DOA IBU TIADA HIJAP DENGAN ALLAH
JADI BERBAIK SANGKALAH DENGAN IBU ANDA

IBU MERTUA JUGA SEORANG IBU
 KASIHLA IA SEBAGAIMANA KITA MENGASIHI ANAKNYA
JIKA TIDAK MAMPU MENGASIHINYA
CUKUPLA SEKADAR MENGHORMATINYA

ANAK-ANAK ADALAH HARTA AKHIRAT
DIDIKLA MEREKA SEBAIKNYA
SIKAP KITA MENJADI IKUTAN ANAK-ANAK
CUBALAH JADI SEBAIK-BAIK MANUSIA DI HADAPAN MEREKA
WALAU SEBENARNYA AKHLAK KITA TIDAK SEBAIK MANA

TERLALU CEPAT MASA BERLALU
MELIHAT IBU YANG SEMAKIN TUA
MELIHAT ANAK-ANAK YANG SEMAKIN DEWASA
SEDARLAH KITA JUGA MENINGKAT USIA
INGATLA MATI KERANA KITA TIDAK HIDUP SELAMANYA
TIDAK PERLU EGO DENGAN ALLAH
KERANA DI AKHIRAT SANA KITA DIHITUNG OLEHNYA

SIHAT SEBELUM SAKIT
SENANG SEBELUM SUSAH
BERINGAT-INGATLAH SELALU

SAHABAT SUKAR DICARI
HARGAILAH JIKA ANDA PUNYA WALAU SEORANG

MASA BERSAMA ANAK-ANAK HANYA SEKETIKA
SEKEJAPAN MEREKA DEWASA
JANGAN BIARKAN MASA MEREKA BERLALU PERGI
SEDIAKAN MASA BERKUALITI UNTUK MEREKA
SUPAYA APABILA MEREKA DEWASA
MEREKA AKAN MENGINGATI DETIK2 BAHAGIA ITU

MASA UMPAMA EMAS
SEMUA DIDUNIA BOLEH DIBELI
BOLEHKAH MASA DIBELI?
JADI HARGAI MASA & JANGAN BIARKAN IA BERLALU DENGAN KERUGIAN
TANPA MEMBUAT SESUATU YANG MENDATANGKAN HASIL
 HASIL DARI SEGI PAHALA, WANG DAN KASIH SAYANG


SELAMAT HARI RAYA :)
muahaha iklan hari raya utk semua ye

4 comments:

KhaiRin : anies said...

best!

SALAM AIDILFITRI!
jemputlah dtg ke rumah!

MamaEma said...

Selamat Hari Raya ..Mohon kemaafan sepanjang perkenalan kita

mummY daniSha said...

sy pun suke jgk!

Mama Zharfan said...

touching la plak all these quotes...