ENTRY-ENTRY BARU..JOM JENGUK

Tuesday, August 28, 2012

Menyelaras duit raya anak-anak


Amana dah makin besar. Ada keinginan untuk beli macam-macam benda. Dapat mak bapak yang sedikit kedekut hihi sebab tak nak anak-anak terbiasa dipenuhi segala kehendak. Nak2 senang sangat kalau request dari nenek&pakcik makcik. Tak yah mintak pun dapat. Jadinya sebagai parents kena ada kesimbangan. Dengan org lain bukan main tak yah mintak dah dapat so parents kenalah bertegas sikit.







Tapi awal2 untuk tahun nie  En. Papa dah buat pengisytiharan "tahun nie anak-anak papa boleh rasa duit raya masing-masing. Balance baru simpan kat bank" melompat anak-anak. En.Papa cadang nak beli remote car yang bateri untuk anak-anak macam kat shopping complex. Lepas nie tak yahla papa&mama perabih kat shoping complex lagi. 10 minit je 3hingget. lepas nie boleh cakap "tak payah. kat umah dah ada!" Tapi akhirnya tak jadi beli remote car sebab amana dah besar gedabak. bila naik macam kelakar je. so beli motor yang paling besar. nampak sesuai dengan saiz amana. bila saya suggest beli satu motor & satu keta en papa tak setuju sebab anak2 akan berebut.. ye ke?  





keta myv yang comel tue nak disumbat dengan dua motor.. kalau tak turunkan seat belakang mmg ada yang kena tinggal kat kedai. harga amana punya motor  rm250 & arief punya rm180. total rm430. okla masih berbaki lagi duit raya untuk disimpan dalam tabung haji anak-anak. kasihan anak-anak tak merasa pulak duit raya mereka kalau semuanya disimpan.

saya ada personal view tentang duit raya anak-anak... duit raya anak-anak adalah hak anak-anak tak sepatutnya kita sebagai parents guna untuk penuhi kehendak kita seperti makeup, rokok, spa, baju atau kehendak2 kita yang lain. Tetapi jika dibeli keperluan anak-anak seperti susu dan lampin tidak salah. ini kiranya kategori darurat kalau susu & lampin anak2 pun kita dah tidak ada duit nak beli tak salah untuk guna duit raya anak-anak. kalau ada lebih duit kemudian hari gantila semula hak anak-anak kita ye.. anak-anak pun ada perasaan. bila tahu duit mereka diguna tanpa kebenaran mereka untuk kehendak yang tidak sepatutnya (keperluan lain tau), percayalah sampai besar mereka ingat sikap kita yang tidak amanah..

Kalau kita memberi duit raya kepada anak kawan-kawan kita atau anak2 jiran janganla kita memikirkan pulak apa yang makbapak diorang nak guna dengan duit itu. Duit raya tue dah kategori sedekah. kita beri dan kita lupakan dan biarkanlah parents budak tue nak manage duit tue camana. jangan sampai terdetik di hati "tak naklah bagi duit kat budak nie sebab nanti makbapak dia beli bla bla bla bukan budak tue yang dapat" itu dah jatuh tak ikhlas tau...
tima kasih mama &papa yang izinkan kami merasa duit raya kami tahun nie ye.

Macam nielah saya susun anak-anak pulak dalam MyV kami yang comel tue. Arief dok kat seat belakang. ditengah2 antara motor mainan tue. amana dok kat depan dengan saya jadi co-pilot :) papa jadi driver yang disayangi :)

akhirnya kat rumah saya & en papa pening kepala tgok anak-anak yang macam cacing kepanasan nak main motor 24 jam. ala mula2 je. dah lama2 nanti redalah rasa tue.mcm kita budak2 dulu. yg lawaknya sebab anak2 yang dok merengek2 nak main ..sabtu malam en papa bawak budak2 main kat bawah rumah sampai jam 12 malam.. ngantuk mama korang kat umah.. erkk tak ngantuk sebenarnya takut jer..

7 comments:

Aishah Jahirah said...

duit raya saya dulu pun mak simpan dlm tabung haji...ye la tu hak anak2 kecuali betul2 kecemasan xde pilihan tu pnjam la dulu...

syiela said...

tu hak mereka kan.. saya pun siap menyimpan dah..

anak2 saya masih tak pandai lagi so semuanya masuk bank :)

Ikhlas Dari Hati.... said...

betul tu ila, duit raya anak2, hak anak2 walaupun kita boleh je kalo nak pakai duit tu. Macam ila juga, akak akan pastikan tak banyak sikit pun adalah utk tabungan. dan kita bagi chance kat anak2 utk beli brgn yg diorg suka (tp mcm akak - pantau gak apa yg diorg nak beli, sebab takut membazir dan tak berbaloi). Mensukakan ati anak2 juga adalah dituntut dan pahala buat kita. ;)

Mama Zharfan said...

me simpan dlm yippie-maybank ajer, thn ni tak byk pun duit raya diaorg ;)

norhidana said...

seronoklah 2 bradik tuh.... sorang satu takdelah gaduh2 kan

norhidana said...

seronoklah 2 bradik tuh.... sorang satu takdelah gaduh2 kan

Ummi Danish said...

same mcm danish punya.. tp belikan scooter je sbb kaki tak samapai :)

mula2 je seronok.. lame2 biasa je, yg plg skit hati bila gi shopping complex dia bg alasan nak main kete lak.... aduhh

p/s: byk kan duit raya anak2 tahun ni, alhamdulillah rezeki mereka :)