ENTRY-ENTRY BARU..JOM JENGUK

Tuesday, August 14, 2012

PELABURAN EMAS, PELABURAN KERETA SEWA & AKPK

mmm bosan gak kan asik2 citer makan..makan .makan.. pastu beli shopping raya raya raya.. meh kita citer untuk keinsafan kejap.. keinsafan dari segi financial.. hari nie kat ofice ada AKPK datang. Sapa tak tahu apa tue AKPK g lawat website diorang http://www.akpk.org.my/.

Tadi saya pergi tapi BFF tak pergi. Selalunya kalau dia dengar ceramah mesti saya terhegeh2 pergi. Tak pun klau saya pergi mesti dia terhegeh2 ikut .. mmm..lepas nie tidak lagi   :( takde dah teman terhegeh2 yang nak menemani saya ketika duka dan lara, makan dan minum, diet & masa kekeringan duit.. sapa yg sanggup makan kfc kongsi sama2 sebab dah hujung bulan? org tue mestila BFF kita kan? sampai ati dia nak tinggalkan i kerana offer gaji yang lebih.. dasar materialistik!! oh tapi memang wajib  materialistik supaya tak di bawah pengawasan AKPK..kiki.. meh sambung balik citer AKPK..

saya datang lewat.. dok belakang sekali tapi bila dengar macam best saya ke depan. pulak tue bila  tengok geng2 unit BFF ada saya pun duduk depan.. BFF takde tapi geng unit dia ada so i nyebok je.. i kan boleh  get along dengan sapa2 pun muahaha.. terus ternganga dengar.. seronok & penceramah tue.. i lupa namanya mmg best.. erkk bukan lupa mmg tak tau nama pun..  takle serius dia selitkan pengalaman clientnya.. lawak2 pun ada.. takle dry kepala nie.. penceramah nie jawatannye kounselor kat AKPK kot.. padan muka tak dengar dari awal so  nama penceramah pun tak tau..

korang penah dengar pelaburan sewa kereta.. terus-terang saya memang takkan joint mana2 pelaburan yg saya tidak punya cukup ilmu untuk melabur! dah la duit seciput..lagi nak pinjam duit semata2 untuk melabur yg belum tentu untung rugi tue? ada satu perkara yg saya pun tak berapa cukup ilmu tapi saya yakin untuk joint sebab saya ada at least ye at least basic iaiatu insuran. insuran pun tak mainla company kecik2.. kena company besar spt PRUDENTIAL & MAA Takaful. Baru berani.. Itupun selepas lalui sendiri pengalaman mengunakan medical card dari dua company nie..  Ok sambung citer pelaburan keta.. kounselor nie citer ada satu client dia seorg doktor datang ke akpk kerana dibebani hutang. hutang umah takde, hutang credit card pun takde tapiiiii hutang keta sampai 5 bijik!! wow doktor pun pergi AKPK tau untuk kaunseling. kita bila lagi?

 Sebnarnya doktor nie terjebak dengan pelaburan sewa keta. Dealer car tue cuma mintak 3 month payslip & salinan IC & janji tiap2 bulan masuk 1000 hasil sewa keta. sebijik keta dapat 150-250.. katanya instalment keta pun diorang yg uruskan.. selepas setahun & doktor tue dapat rekrut lagi 2 doktor untuk join ..masalah pun bermula... tak dapat sewa keta, keta tak bayar & the end doktor nie hampir bankrup.. so AKPK tolong settel.. tak pasal2 tiap2 bulan kena bayar bank RM1050 kepada 5 bank berasingan utk mengelakakn diishtihar bankrup. tak silap kalau anda gomen servent dibawah Akta Tataertib & Surcaj anda akan dikenakan tindakan kerana diistihar bankrup. takut gegirl gini tau..  ye ke? ceklah balik ye sebab tak mo diisytihar bakrup so tak nak amik tahu lebih2 .. boleh gitu ? :)

Ok kes pelaburan emas nie.. dah kecoh kan bila Bank Negara telah keluarkan senarai company yang diisytiharkan tidak sah untuk pelaburan emas? Mak saya pernah diapproach oleh seseorang untuk join.. Mak saya nie frankly speaking  dia bukannya belajar tinggi sampai PHD tapi sebagai bekas gomen staf & sebagai eksekutif HR di syarikat swasta so tak semudah itu org nak cong dia ... tapi kalau amana cong nenek caya pulak kiki..   mak selalu suka dengar apa org terangkan dulu & buat research kemudian.. sepatah je mak cakap dengan budak tue "ok bawak emas tue kat makcik jom pg habib jewels kita suruh habib jewal nilaikan" muahaha sampai ke sudah budak tue tak berani.. so pikir-pikirlah sebelum nak join sebarang pelaburan yang anda sendiri tiada ilmu.. swiss cash semua benda tue janganlah join ye.. lebih baik kalau duit berlebih masuk tabung haji utk pegi haji..

balik je dengar ceramah terus call BFF

Amacam ceramah?

Ok best jugak.. tak boring..

Ko insaflah  sebab lepas nie ko tak la shoping lagi

Taklah.. Bila aku dengar aku rasa aku kategori ok..
 aku da buat semua yg kaunselor tue cakap
so boleh shoping sikit2 lagi.. :)

Org macam nie yg tak insaf! PARAH!!

Muahah.. ko lagi teruk.. tak turun dengar ceramah!

Ye kawan-kawan .. bukan makanan je ada piramid tau.. financil pun ada piramid..
piramid paling bawah adalah untuk protection means insuran, second layer adalah simpanan dan yg terakhir adalah pelaburan..

kaunselor tue ada cakap ada seorang client datang dengan beberapa kad kredit .. uncle tue tak minum arak, tak kaki perempuan dan tak berjudi tetapi punya hutang kad kreadit yg banyak kerana menapung medical expences.. hospital gomen? bukan semua free ye.. masih ada yg kena bayar.. 

so kounselor tue kata tukar mind set yg menganggap insuran tue tak penting.
kedekut nak kuar 100-150 sebulan sedangkan effect bila tak amik insuran adalah  sehingga jatuh bankrup
amik insuran utk anak2 kerana jika kita mati etc etc
waris yakni makcik pakcik tak rasa terbeban dgn anak2 kita
sebab kita sbg parents dah sediakan backup utk mereka..
 mmg tak cukup tapi at least ada tau..
kesian kalau apa2 jadi kat kita;
 anak2 kita takde org amik tahu sebabnya
adikberadik kita pun ada tanggungan sendiri
 mereka tak sedia nak menanggung beban anak2 kita
kita tak hidup selamanya ye...

 agak menakutkan sebab dalam umur sekarang sepatutnya saya dah banyak menyimpan... mmmm... dan menyimpan pun kena ikut kemampuan bukan simpan 500 pastu at the end of month kuar 700..
muahah itu tipu diri sendiri kata kaunselor itu..

mmm rasa nak je g AKPK satu hari nanti & tanya berapa saya sepatutnya simpan sebulan
nak harap KWSP je? tak cukup ye..
jangan dah tua bangka nanti dapat surat bangkrup..
mohon dijauhkan..
dah tua2 nak senang2 hati dengan anak cucu
dah tua2 nak senang2 hati mengurus hidup
dah tua2 tak nak hutang keliling pinggang & hingga tak tenang beribadah
dah tua2 tak nak menyusahkan anak2
dah tua2 nak pengakhiran yang mudah

so kena start dari sekarang kena merancang
senang sebelum susah
sihat sebelum sakit
semoga Allah mengatur yang baik2 utk kita smua
dan kita kena berusaha
dan bertawakal
Allah yang menentukan

Sekian




5 comments:

nazayiena said...

Memang betul tu klu nak melabur kena fikir habis2 dulu dan minta nasihat dr org yg berpengalaman.Hubby ada dgr ceramah AKPK nie,dia kata memang bagus.

dear anies said...

sokong 1000%!
tp syg nyer bila kite ckp mcm ni mula la ada sore2 sumbang: "duit xde.. duit xckp...etc" pd hal kalu berbelanja benda lain cm tgk wyg..ada je duitnya.. psg astro boleh..

Nur Sakinah Ahmad said...

sy pernah download buku akpk ttg perancangan kewangan amendentah...best la jugak..

ila tulis pjg2 ni, sikit lg boleh naik taraf jd kaunselor akpk...eh, kaunselor kewangan npk :p

Rosmawani♥ said...

Btul tu.. Ros buat masa ni memang byk beli emas keping.. Nk simpan duit mmg susah :( ros wat pelaburan emas, beli dgn public gold.. :)

just azura! said...

waah entry yang sangat berguna ni...kena berwaspada supaya hari tua nanti tak teruk kena kerja part time pulak sebab tak cukup nak menyara diri sendiri dan keluarga..huhu