ENTRY-ENTRY BARU..JOM JENGUK

Friday, December 30, 2011

"Saat Magikal anda bersama LipIce"

Saat magical untuk seorang ibu adalah saat bersama anak-anak. Dan saya rasa saya patut berikan tajuk entry ini "Saat Magical Saya dan Anak Bersama Lipice" Sebenarnya saya pernah buat entry lipice sebelum contest ini bermula lagi. Boleh cuba klik pada link ini.

Saat-saat Magical Saya&Anak Bersama Lipice


Biasalah anak dara walau baru umur 4 tahun keinginan nak bersolek mesti ada. Dah namanya mama sporting; saya calit-calit jugakla kat Amana kalau dia dok merenung saya pakai make up. Baru-baru ne saya dapat lipice free!! Jadi saja saya war-warkan "ini gincu Amana ye, jangan amik gincu mama" Oh sikit punya suka!!  Betapa teruja seorang budak kepada alat solek sehingga ada soalan-soalan yang mengeletek hati saya sebagai mama..


Dalia Amana memakai LipIce semasa menjadi model onlineshop kami


Semasa mula-mula memakai LipIce:
Amana: Mama, minum air ke? Boleh ke?
Saya: Aahla.. mama tengah minum airla. Kenapa pulak?
Amana: Nanti..kalau minum air gincu (LipIce) Amana ne hilang sebab kena air..
Saya: (tergelak-gelak dalam hati sahaja . Kecik hati pulak puteri kecil ini nanti. patutla dari tadi tak minum-minum air) It's okay. Boleh minum... tak hilang lipice Amana kat mulut tue. LipIce kekal lama ikut darah kulit kita..
Amana: Oh ye ke?? ..Amana minumla..



Ketika di Bawa Ke Kedai Mamak

Saya nak bawak dia ke kedai tetapi ketika itu Amana belum mandi. Baru bangun tido. Alah kedai mamak je pun. Cuci muka sikit cukuplakan?.. Keluar je dari bilik air selepas cuci muka..
Amana: Mama, kalau keluar kena makeupkan? Mana lipice Amana?
Saya: (tepuk dahi) Ala dekat je.. Amana kan duduk dalam keta je..
Amana: (Muncung sedepa!)



Persiapan Ke Majlis Pertunangan Sepupu

Saya nak ke rumah sepupu untuk majlis pertunangan.. Saya belum makeup tapi saya tengok Amana macam kucing hilang anak. Resah gelisah. Sikit-sikit selongkar beg saya.. Bila saya tanya kenapa.. Diam sahaja.. Sampaila saya naik angin dan bertanya:
Saya: Apa Amana selongkar beg office mama tue? Nanti hilang tag mama, kad mama. Macammana mama nak masuk opis?
Amana : (Dengan muka sedih..) Amana carik lipice..
Saya: (Adoi..anak..anak..)

Jangan jadikan entry ini satu isu kerana mengenalkan alat solek terlalu awal kepada kanak-kanak.  Kadangkala sebagai ibu kita cuba memenuhi keinginan anak-anak tetapi dengan risiko yang paling minimum.  Saya merasakan lipice adalah lebih selamat jika dibandingkan sekiranya si kecil saya menggunakan lipstik saya yang lebih sesuai untuk orang dewasa tanpa pengetahuan saya. Oleh itu Amana mempunyai lipstik sendiri-----> Lipice di dalam beg makeup Princessnya.

Untuk makluman juga lipice adalah pelembab bibir yang saya gunakan sejak umur saya 18 tahun ketika saya mula menjejak kaki ke universiti. Saya ingin bibir saya kemerahan dengan semulajadi dan kekal lama tetapi saya tidak mahu mengunakan lipstik kerana merasakan terlalu awal untuk seorang penuntut mengunakan lipstik ketika menghadiri kuliah. Dan lipice adalah pilihan saya sejak berumur 18 tahun sehingga kini..mmm Sekarang saya berusia 32 tahun.. T____T

2 comments:

KhaiRin - anies said...

patut la mak ngah nmpk santekkkkkk

Em's Family said...

tak masuk contest ni sebab tak de model nak tolong hehehe.. takkan gambar i pulak kan.. ape pun good luck! all thebest!!