ENTRY-ENTRY BARU..JOM JENGUK

Monday, July 9, 2012

Sungguh bahaya bila seorang perempuan stress!!!

 Amana, mama bawak Amana & adik pegi kolam tapi tengahari
mama nak keluar. Amana tak boleh ikut tau.
Kenapa? Mama nak kuar dengan kawan mama ker?
Aah (tak pun saja je jawab gitu)
Okla mama nak borak-borak ye?
Aaah.
Okla.. Mama bawak Amana mandi kolam dengan Adik
pastu petang mama keluar borak-borak dengan kawan mama ye.

See? See? See? Seorang ibu takkan sampai ati nak tingalkan anak daranya.Lebih-lebih lagi anak dara tue asikla dok mengendengggggggggggg kat tepi kitakan? Sebelum pegi macam-macam nasihat saya bagi. Cer tengok cekak tue. Sejambak bunga. Bunga lagi besar dari muka tuannya. Dah macam mak joyah dah mama tengok haha

Amana jangan nakal kalau tidak ini last time mama bawak
Amana jangan jalan jauh-jauh nanti org culik anak mama
Amana jangan lari-lari nanti mama sakit belakang nak keja

Semua jawapan : ok mama
Dan semuanya tipu :(

Tapi part yang paling best:

Amana, mama tak bawak adikla.
Mama tak boleh control dua-dua nanti mama sakit belakang
Aaah mama tak payah bawak adik.
Adik tue lasak suka lari sana-sini. Penat kita nak kejar ma.
Pastu adik suka kacau orang. Dia bukan tau malu.
Ewahhhhhhhhhh.. Nak ikut punya pasal dia saja je tambah cerita.
Sedangkan selalunya dia yg jadi kepala dalam semua cerita

Amboi merahnye mak ngah. Satu sut merah. Baju tue dia yang pilih nak pakai. Saya dah pilih baju lain tapi baju tue yang dia nak pakai jugak. Pastu dia padankan dengan cekak bunga setaman tue sendiri. Pastu pandai-pandai amik lip ice dalam beg makeup mama.. HAIIIIIIIIIIII 

 Tiba-tiba je rasa bersalah beli cekak tue untuk Amana kikiki
Stroler nie memang berjasa sungguh pada dua beradik nie
Caya tak? Stroler nie dinaiki sekali gus oleh dua beradik nie kalau kemana-mana
Kalau stroler nie boleh cakap..mmm tak tau lah dah berbakul-bakul kena hamun kot :)

 Sampai-sampai je.. Mama, Amana lapar lah. Ehh?
Kasih seorang kakak. Tadi dia yang dok promote jangan bawak adik dia. Tapi bila kat sini dia sibuk berlakon. Arief meh meh dok tepi kakak. Kita makan eskrim sama-sama.
Sayu pulak hati saya...

 Niela tempat eskrim kegemaran anak dara sorang nie- Cream Fudge Factory.
Amana request nak eskrim yang ada biskut oreo.
Total RM14.80 rasanya termasuk tax bagai. Tapi tak lebih RM15.

 Cepatla ma amik gambar Amana. Amana dah dok diam-diam nie.
Masuk belog ye tunjuk kat kawan mama. GULP...

Lepas tue pergiCarefour, Parkson and kat sini...
Percaya tak sampai je kat depan Bodyshop nie tetiba Amana hilang. Rupanya dia terselit kat celah-celah orang yang tengah tengok blusher. Dia sorang je budak tenit kat situ. Siap amik brush tue & amik blusher tester bawak lari keluar sebab ramai yang nak test. Hadoiiiiiiiiii.. Betul bak kata mak saya "nie nanti lagi dahsyat dari adik(adik bongsu saya)  nie kalau pasal bergaya"

Blusher nie macam makcu punyala. Beli satu untuk Amana. Nak bawak pergi scholl.
HAAAA? Manyak cantik?

Dialah peneman saya. Dialah tempat bergaduh. Dialah tempat mengadu perasaan. Dialah segala-galanya untuk saya. Sejak dari dalam perut dia berkongsi rasa suka, gembira, derita. Walau sukar untuk handle anak ini sebenarnya jika nak dibandingkan Arief sebab moodnya yang tak menentu. Tapi bila kadang-kala tak terlayan sikapnya yang sukar dibaca & saya mula nak naik angin; saya salahkan diri sendiri kerana mengikut rasa diri yang tertekan masa mengandung dia dulu. Memang betul pun.. Peel anak-anak tue ikut mak masa mengandung. Dulu tak percaya tapi bila dianugerahkan dua anak nie saya percaya kata-kata tue 100%!
  
Ok ini yang berjaya "bazirkan dengan Amana" Ehh terselit plak botol susu untuk lil Arief. Saya cuma ada dua helai jeans je. Lagi dua skirt jeans. Kengkonon untuk mengekalkan keremajaan tapi nak nampak sopan bila pergi umah makcik /pakcik/nenek so saya beli 2 skirt jeans. So total ada 4 jeans. Tetiba semalam masa nak kuar dengan Amana saya tercarik-carik jeans kegemaran saya. HILANG! Sah tertinggal umah mak masa adik kawin. Sebab kat situ lah last saya pakai.. Malas nak pening-pening beli je baru. Lagiun Google tengah sale. Kiki.. Yela sale sangatla.. Kasut tue bila pakai rasa sedap. Terus beli. Total Kat Parkson tak banyak mana RM130++ je. Pastu Kat Carefour RM50++.

HAAA. Ini sebenarnya terapi penghilang stress. Amik dan amik dan amik. Dan yang tak paham saya beli brush blusher tue sedangkan harga nya RM75? Makan khepce memang stok berbulan nie kalau makan sorang. Haha.. Itulah bahaya kalau perempuan nie stress.. wink wink wink..

Shimmer Cube aka eyeshadow RM79
EDT Moroccon Rose RM79
Cheek Colur Baked aka blusher RM63
Brush Foundataion Extra Virgin (haha macam minyak Naturel je ) RM75

Total up kira sendiri! Campur sekali kat Parkson & kat Carefour hampir RM500
Muahaha. Bagus! Puas hati!

18 comments:

KhaiRin : anies said...

sm la kite...kalu stress nk kuar konon2 cuci mata..tup tup terbeli itu ini..sedar2 da separuh purse terbangggg

.: iEyLa :. said...

last2 kepenatan amana...hiks..
abis shopping kak.. :)

Sue-Rya Qistina said...

fuhhhh..mujurlah saya bukan kaki shopping sbb mmg tiap2 bulan buat bajet..heheheh..klau x, mau terlebih stress :D

cik Jue Aka Ibu Farisyah said...

nasib baik amana rajin teman mama...comel cekak rambut amana....

Falsya said...

kelakar amana leh berlakon2 mcm bwk adik..hehehe..

Saya Disini said...

wah.bnyke shoping..bestnye

faraherda. razalan said...

Tiba2 mcm best lak klu ade anak dara kan? Boleh bt teman kite g shopping2.

Heee~

syiela said...

bestnya ada anak dara dapat berteman shopping.. huhuhu

MamaEma said...

ema pun kalau nak menyopping akan bawa si kakak....seronok melayan kerenah anak perempuan ni..hilang stress pun..

Rai said...

todiaaa..penangan pompuan stress.. puas hati bila dapat sopping begini kan.. hehe..

|| NaFiRaa || said...

hahaha.. ni betol2 shopping nih..:)

Liza said...

Bestnya shopping. Kena stress selalu ni spy dpt shopping byk2. haha...

norhidana said...

hehehehe... alamak ada lg ntah tak eyeshadow baru body shop tuh... huhuhi...

msredcheesecake said...

MAHAL TUL TERAPI ORG STRESS NI... KALAU SY MURAH JE, MAKAN CEKELAT...HAHHAAA

Norsheila Nasir said...

do follow my blog ya.. :)
http://sheilanasir.blogspot.com

mrs adam said...

saya tak boleh bawa 2-2 anak.tak reti control.hihi

Alynn Nyzaa said...

alynn singgah sambil follow cni #497 :)

jemput singgah http://alynnnyzaa.blogspot.com/2012/06/giveaway.html

yumielufya said...

bestnya Kak Ila shopping..suka tgk Amana..dah pandai nak bermake up bagai dah..paling sedih dia berlakon ajak arif makan ais krim..sayunyaaa.kasih seorang kakak..