ENTRY-ENTRY BARU..JOM JENGUK

Friday, May 18, 2012

Baking class? With Handsome Chef@Hilton? Sponsored by Naturel Organic


Pa, B ingat B nak belajar buat roti ke kek ke tiramisu ke boleh?
Tak payahlah! Bukan saya hari-hari nak makan kek!
(sabar jelah bukan nak support isteri nie, kang dia jugak yang makan)
Ala, awak masak je sambal sardin pun dah cukup. Tak payah awak penat-penat. 
Tepung penuh satu muka. Pastu kek awak keras.
 Baling kat dinding pun dinding boleh  pecah!
Lari masuk bilik.Mengadu dengan Amana pulak
Amana, Amana kan suka kek. Ok tak kalau mama masuk kelas buat kek?
Mahal ke masuk kelas buat kek tue mama?
Mama boleh jadi pandai  ke kalau masuk kelas tue?
Mama buat cekodok pun  kejap jadik kejap tak jadik.
Selalunya tak jadikkan?

SABAR JELAKAN? BAPAK DENGAN ANAK SAMA JE!
OK FINE MAMA NAK NGADU DENGAN ARIEF PULAK!

Bagai rezeki turun dari langit tau bila:
"I dapat nama you dari bla bla bla.. You nak join tak event baking
 tapi you kenalah review event nie dalam belog you. Nak?

I blur okey..I blur ... OMG...
I dapat join tanpa sebarang bayaran?
Ok akan kubuktikan daku adalah bakal MasterChef Malaysia
Muahahaha

  Alamak macam mana i ada kat event nie?
Nasibla yang jaga registration nie suweet-suweet semuanya :)


Ada 6 sesi:
1.Bread & Breakfast with Naturel Organic
2. Experience making Naturel Organic bread recipes
3. Talk With Dietitian
4. Easy breakfast sides cooking demo
5. Bread Baking & tasting
6.Hi-Tea

1.Bread & Breakfast with Naturel Organic
Cik Tania Lee (Brand Manager)  sedang memberi penerangan tentang produk
 Naturel Organic. 
Kempen 'Join the Naturel Living" mendukung 3 konsep utama:
Eat Healthily, exercise regularly, enough rest &relexation 

 Iklan kejap:
Minyak zaiton "Extra Virgin" Organik Naturel diperbuat dari buah zaiton yang ditanam secara organik dan melalui proses tekanan untuk mendapatkan pati minyaknya. 
Minyak ini bermutu tinggi kerana melalui proses tekanan yang pertama.
 Ini untuk memastikan ciri berkhasiat seperti polifenal (sumber antioksida)
 dan Vitamin E dikekalkan sebanyak mungkin.
Sumber antioksida mencegah keradangan dalam sel-sel arteri 
dan memperlahankan proses pembentukan plak.
 Minyak zaiton "Extra Virgin" Organik mengandungi asid lemak monotidak tepu yang tidak akan menyumbatkan arteri jantung.
Ok reader memang tak suka baca fakta kan?

Senang citer Minyak zaiton "Extra Virgin" Organik adalah sesuai untuk penjagaan jantung.

2. Experience making Naturel Organic bread recipes
Amana! Arief! Mama dah jadi chef tau!
 Tengok mama pakai topi tinggi!

 Semua peserta dibahagi kepad group masing-masing.
 I dengan writer dari HerWorld Magzine.
 Walau dia dok pintal rambut dia dengan macam-macam gaya i rasa dia ala-ala model.
 Chef kat Hilton memang hensem-hensom ek? 
Hai Papa.. Papa nak tau asistant chef pun dah hendsome; apatah  lagi Chef :)

Ok I bagi tengok gambar Chef sikit ye...

Percaya tak? I yang buat nie? tak caya?
Ok fine. I kena perli dengan Chef
'I tengok tangan you pun i tau u cucuk-cucuk doh nie guna hujung jarikan?
 Bukan tapak tangan kan?
Chef Michael Elfwing yang hendsome! I nie baru pestime uli-uli tepung tau.. 

Untuk buat pastry nie digalakkan guna; Minyak zaiton "Extra Virgin" Organik Naturel
Nak tau tak bau minyak zaiton nie macam bau pisang.Wangi!


3. Talk With Dietitian

Niela pakar diet I cantik tak? Miss Indra Balaratnam. I suka sangat talk yang dia present and most  important thing barulah i tahu sarapan pagi tue dikategorikan setengah jam hingga satu jam bila kita bangun pagi. Haha. Selama nie I ingat sarapan pagi tue sampai jam 10.00 pagi. Siapalah yang bagi i ajaran sesat selama nie?

4. Easy breakfast sides cooking demo
 Murid-murid jangan asik amik gambar je ye. Meh belajar masak cepat

kalau nak jadi Chef the important thing kena hendsome. Eh ye ke?


 Nasibla panas; kalau tak dah lama amik satu
 Tak sampai sejam, Chef dapat masak 3jenis masakan yang berkhasiat!
Semua masakan nie menggunakan Minyak zaiton "Extra Virgin" Organik Naturel
 yang diperbuat daripada buah zaiton Sepanyol yang bermutu tingi tau.
So kalau anak-anak makan makanan dari sumber-sumber berkhasiat
di samping mengamalkan cara hidup yang sihat
insya-allah anak-anak tiada msalah kesihatan terutamanya obesiti.
Kat Malaysia nie ramai org obesiti...
opss sat i check i punya BMI (Body Mass Index)

5. Bread Baking & tasting
Alamak part nie yang teruja nie, camanlah rupa hasil baking kami ek?
 Ini kawan-kawan punya hasil tangan

Hello! Where my En. Papa? Ada berani  nak test makan?


6.Hi-Tea
Sila telan air liur masing-masing sekarang jugak!





Last but not least
Gambar cun lagi jelita bersama
Team Naturel Organic, wartawan & blogger
TAPIIIIII rasanya dah tahu kenapa En.Papa tak bagi saya join baking class.
hurm..hurm..hurm..
Me with Chef Michael Elfwing
Lelaki pandai masak nampak seksi kan?
Ekeke..Habis gue lepas nie



14 comments:

KhaiRin : anies said...

kalu chef nyer hansome yg tukang mkn = cun! hikhikhik

AyuArjuna BiGoshh said...

event yang sangat beshhh!

Mama Zharfan said...

beshnya event ni..teringin nak join ;)

Asyifa Mustaffa said...

bestnya..sy pun teringin nak join clas2 baking mcm nie...tp x penah berkesempatan....

wan nurul hezrina said...

gelak guling-gulinglah nie tgk gambar last..ayat tak leh blah..heheh..takpelah janji mama dah geti masak roti..btw nurul guna minyak zaiton2=)

Zefa NorAsmara said...

Suka baca entry mama amana. Akan buat pembaca senyum2 sendiri.. :D

bunga_rose said...

betollahh chef & cheff assistant kat situ sumer hensem2 hahhaah

yumielufya said...

bestnyaaa...klau dpt join..Kak ila dh jd chef la..boleh la buat kek nt..jgn baling kat dinding sdh la,tkut pecah dinding nt..hehe

Liza said...

best2... nk p jugak..... nak jugak... huhu...

syafisyifa' said...

hehehe lawak la anak dan bapak...wah besnya event tu

Chic Na said...

wahh bestnya dpt belajar baking. chef hensom plak tu. hikhik.. :)

Nur Shuhada said...

wah bestnye dpt g bljr baking..btw encem kot chef tu :)

~aYu~ said...

kalau dah handsome gitu chefnya.. tentu menu pun sedap je kan.. sekali sekali join camni pun best gak leh tau serba sikit cara masakan seorg chef..

Azian Elias said...

chef hensem sure belajar pun lancar je kan.. terus ingat..