ENTRY-ENTRY BARU..JOM JENGUK

Wednesday, May 30, 2012

Kata hati kecil

Baru sehari tak jumpa anak dah macam apa jer.. Asikla nak citer hal anak. Beruntungla masih mampu bekerja dan tinggal bersama suami & anak-anak. Ada sesetengah yang terpaksa mengorbankan masa bersama keluarga untuk kerjaya dan ada juga yang terpaksa mengorbankan kerjaya untuk anak-anak. Camana pun Allah lebih tahu setakat mana seseorang itu mampu menghadapi segala dugaan. Dugaan diberi setara dengan kemampuan seseorang..

Bila kita dah jadi ibu/bapa nie anak-anak diletakkan di hadapan berbanding pasangan kita betul tak? Tak payah tengok jauh; tengok diri sendiri pun tau. Kalau call mesti nak cakap dengan anak dulu then baru cakap dengan En.Papa. Kalau En.Papa  angkat terus cakap "Nak cakap dengan Amana. / AmanArief buat apa? Lepas tue baru la tanya En.Papa. En.Papa pun sama jugak :(

Setakat 3 hari pegi meting apalah sangat nak rindu kat En.Papa. Tapi ingatan kat anak-anak tue memang tak boleh hilang. Tapi masuk je hari kedua dah teringat pulak kat En.Papa. haha.. (berlagak ye? Kononnya outstation seminggu pun tak kesah kalau En.Papa takde. Anak-anak je takleh pisah walau sehari. Tapi rupanya sama je.. rindu jugakla.. cuma anak-anak tue kadar kerinduaan tue cepat sikit dari rindu kat En.Papa kiki)

Walau sesuatau tempat tue cantik atau hebat camana pun tak bermakna tanpa En.Papa atau anak-anak kat sisi. Dahla hari pertama tidur asik terbangun sejam sekali. Tersedar teringat Arief. Terbangun lagi teringat Amana. Terbangun lagi teringat En.Papa. Sudahnya kepala jadi weng AKA pening . haha

Walau hotel cantik giler manakan sama dengan umah yg super sepah. Walau hotel aman& tenang manakan sama dengan bingit suara AmanArief bergaduh & menjerit + suara En.Papa yang mcm pakai microphone tue. mmm.. Kesimpulan --> hidup tak best tanpa En.Papa yang garang + anak-anak yang nakal!

Entry nie ada kaitan ke dengan gambar? Takde pun..haha. Tapi gambar kat atas tue Amana yang lukis tau. Amana yang bagi penerangan tentang gambar-gambar tue. Yang saya nak tergelak:
a) Ada itik. Amana nak bela itik ke?
b) Itik ada tiga kaki? Bukan dua?
c) kenapa rambut saya 5 helai je? Rambut saya lebat ye
d) kenapa ada adik kecik? Amana nak adik lagi ke? Tak cukup ke Arief yang buat hidup dia miserable?

Sekarang Amana dah pandai lukis love, rumah ada matahari& awan.. Nanti kalau ada yang menarik lagi saya kongsi ek. Chow chin chow..


17 comments:

Nazirah Azeman said...

rambut mama 5 helai je??????alamakkkkkk.

btw amana bg hint nak ade lettew

norhidana said...

sgt cute... lenkali suh amana lukis mama pakai tudung heheheh....
itu mungkin itik dr angkasa lps kot

|| NaFiRaa || said...

comelnye lukisan amana.. kreatif.. hehehehe

melin melinda said...

comel...pandai lah amana ni..kreatif...

transformed housewife said...

kalau terpaksa tinggalkan anak2, kita teringatkan diaorg dulu. Kursus berapa hari lg Ila?

Unknown said...

comelnya lukisan..siap ada pet lagi..hehe..betul..kalau hotel cantik duk ngan anak dgn suami baru best kan..hehehe..

Unknown said...

anak..
anugerah orang paling berharga.

amna said...

bestnya..
semster lepas ad blajar ttg kerja seni dan haptik.. setiap sudut n perincian dalam lukisan membawa maksud tertentu.. terutamanya kanak-kanak :)

*amana nk beli itik, mama :D hik2

el said...

haiii sape2 pun rindu kat anak2 dulu baru en. papa...sllu ke outstation
nak tgk budak2 tu selang 1 jam pun rs x smpi hati..hahah g mn2 pun even ofis 5minit pun dah rindu cam mno hat kalo outstaion smggu bagai

dya nasir said...

tiga kaki tu itik ke??haha

umiawadah said...

pandai pula Amana lukis rambut dia kerinting bukan lurus..kan he he he

*Mrsfarahzaki * said...

bestnya nengok orang cite pasal anak (= cepatla di kurniakan anugerah tu..tak sabar..

AdaM Hawa said...

sonok tgk lukisan budak² ni.. pandai berimaginasi..

madammondoq said...

cantiknya dia lukis... sweet!

mummyrinazone beauty said...

hahaha kelakar amana..btw mmg awak pandai amana=)

Wonderful Life with Mary Kay said...

so comell. ingatkan rambut mAMA AMANA PACAK2...

Sarah Mnasir said...

alala.. pndai amana lukis.. adik n itik tu coming soon eh ? hehe