ENTRY-ENTRY BARU..JOM JENGUK

Tuesday, May 22, 2012

Terima kasih kawan-kawan FB & Blog

Alhamdulilah hari nie dah diumumkan yang adik saya berjaya masuk akhir untuk contest yang saya minta jasa baik kawan-kawan untuk like entry semalam. sehingga saya buat entry nie yang dah like adalah seramai 87 orang sebenarnya. Untuk masuk akhir kena cukupkan vote & selepas itu akan dinilai dari segi kreativiti. Selain daripada adik hantar gambar yang  seperti di atas nie adik ada buat pdf seloka dan dua lagi keping gambar. Nak baca tak? Lagipun dah ada kat wall Fruitale mehla kita kongsi ye..
SARINA TELAH PUNYA PACAR,
SUFIAN KERAP DATANG MENGANGGU,
“I HANYA INGIN BELAJAR” ,
ALASAN SUFIAN SETIAP MINGGU.

DI DALAM KELAS ASYIK MENYEMPIT,
HINGGA SARINA RASA TERSEPIT,
SARINA CUCUK MATANYA DENGAN PENYEPIT,
HINGGA SUFIAN MENJERIT SAKIT .

TIBA MASANYA MERINTIH SAYU,
SARINA DITINGGAL KEKASIH HATI
BADAN KURUS UMPAMA KAYU,
KERANA KECEWA MAKAN HATI .

SUFIAN MULA HADIR DI MATA,
DATANG BERSAMA PENAWAR MULIA,
RUPANYA SUFIAN PUNYA SEGALA,
HATI BERSIH JIWA CERIA.

SARINA MULA RASA TERIKAT,
HATI MULA MEMBUKA RUANG,
JIWA JUGA RASA TERPIKAT,
HATI YANG KOSONG MEMBERI PELUANG.

SUFIAN PANDAI MENGAMBIL HATI,
BILA MENJEJAK KAKI DALAM FAMILY,
KAKAK GEMBIRA , ABANG MEMERHATI,
AYAH SUKA, IBU LEBIH HAPPY.

DUA TAHUN TEMPOH PERKENALAN,
SEGALANYA DITIMBANG AKAL DAN HATI,
30 JUN 2012 BAKAL DISANDINGKAN,
SEBAGAI TANDA JANJI DIMETRI.

MAJLIS KAMI MAKIN DEKAT,
TIDAK SANGKA ADA PERADUAN MENARIK HATI,
KAMI INGIN MENCUBA BAKAT ,
DALAM “FRUITALE BUAH HATIKU EDISI CINTA SEJATI”.

JIKA DIPILIH SEBAGAI PEMENANG ,
HADIAHNYA NANTI SEBAGAI HANTARAN,
JASA TEAM FRUITALE PASTI KAMI KENANG,
NASI MINYAK SEBAGAI PERTUKARAN .

SAMPAI DI SINI SELOKA HATI
KAMI MENGHARAP HANYA YANG BAHAGIA
TERIMA KASIH “FRUITALE BUAH HATIKU EDISI CINTA SEJATI”
KERANA MEMBUATKAN BAKAL PENGANTIN RASA CERIA
Seloka nie cerita betul 100%. haha. Mestilah berharap nak menangkan? Sebab nak buat hantaran kahwin hehe. Tapi saya dah cakap dengan adik contest nie dah ada pro comper yang join siap buat video lagi iaitu Hdayat yang sentiasa murah rezeki. ekeke..Boleh ke seloka nie beat video????

Quote Of The Day
Tak cuba tak tahu

9 comments:

mamaRIFQY said...

wah..insyaallah ade rezeki tuh..ila kalo menang, dapat ape??

oh dayat join jugak ye

lieyalatif said...

Wahhhh best2 seloka ni.... Sgt kreatif....

Insyaallah moga ade rezeki tuk menang... Good luck!

Mama Zharfan said...

all the best :)

Arina Shamsul said...

insyaallah,kalau rezeki tidak kemana dear :)


mudah2an menang :)

rasp said...

all the best...
insyaAllah kalo dah rezki...
tak kemana kannn...

Fabulous Me said...

chaiyok!

madammondoq said...

wah.. good luck for ur sis!!!

KhaiRin : anies said...

apa hadiahnya nnt?

Sharidawati Shahrudin said...

all the best ye utk contest ni ..mana tau ada rezeki boleh menang !!!!