ENTRY-ENTRY BARU..JOM JENGUK

Sunday, May 27, 2012

Sekaki payung dan sebotol ribena saksi kasih sayang

 Amirul Arief yang semakin besar dan bijak. Tahun ini bulan Oktober genapla usianya tiga tahun. Anak yang tidak banyak kerenah, anak yang tidak mudah jatuh sakit (kecuali kulitnya sensetif) tapi anak yang amat manja. Tidunya mesti di celah ketiak mamanya. Kalau dia terjaga tidak cukup dengan hanya tepukan di punggung. Ia perlu diselimutkan. Selepas itu dipeluk erat. Jangn sesekali dilepaskan kecuali dia telah nyenyak.


Dalia Amana; tahun ini usianya genap lima tahun. Kadangkala timbul rasa bersalah kerana sering didenda kerana Arief. Kami ingin terapkan sikap tanggungjawab padanya. Dia mesti menjadi seorang kakak yang sentiasa memerhati kelakuan adiknya dan memimpin adiknya melakukan perkara-perkara yang betul dan baik. Jangan mementingkan tv dan cartoon sahaja. Tetapi sering kali kami terlepas pandang.. Dia hanya anak kecil dan hanya berusia lima tahun! Maafkan mama.Maafkan papa..

Panas terik. Amana memayung diri. Arief membasahkan tekak. Tak pasti kenapa En.Papa suka sangat belikan air ribena untuk anak-anak. Anak-anak pulak boleh minum air ribena yang masam nie. Saya minum sampai tertutup2 mata menahan kemasaman.. Ke saya je yang rasa masam?


Dik, panas ye.Meh kakak payungkan..

 Mama, papa dah pergi kat sana! 
Biarlah mama memang teringin nak tengok progress rumah kita 
tapi bila dah sampai sini mama tak tahan bahangnya.. GRRR

p/s: Rumah baru kami progressnya amat baik. Kalau ikutkan dah mula kena installment rumah sebab progress dah 60/70% siap tapi sebab masalah dengan bank sampai kini belum lagi bayaran dibuat. Nanti saya citerkan di lain entry ye. Report telah dibuat pada bank; kecuaian org lain kami yang terima padahnya. Sakit hati betul.Kesian En.Papa dahla sibuk; kena pulak asik follow up hal bank nie. Saya? Saya senyum & tolong bagi semangat :)

Quote Of The Day
Kasih ibu sehidup semati
Kasih pada suami sentiasa di  hati
Kasih pada anak-anak tiada galang ganti



14 comments:

Chic Na said...

kanak2 mmg suka minum ribena kot. ok la byk vit c. :)

RIZZNA said...

Syoknya ribena. Cold drink under d sun plus payungan from sis..hehe..

umiawadah said...

saya juga sedang seronok melihat perkembangan 'projek' saya ni...masih lagi tak siap sikit-sikit...seronokkan,teruja sangat tengok bakal rumah baru kita..

mamaRIFQY said...

wah..best bile progress rumah dah makin baik kan??
Arief dah nak masuk 3years ye..dah besar dah

TS said...

saye pon suke air ribena..wee...
waahh..rumah baru ek kak.. :)

shark said...

kasih ayah kekal selamanya :)

norhidana said...

sedapla air ribena tuh, akak pun layan gk... heheheh

Nazirah Azeman said...

quote of day day tuh best bace.nak ckit ribena adik blh?

Unknown said...

aloo comelnyer diorang ni... ;)

transformed housewife said...

kami tak pergi lg tgk setakat mana dah siap rumah kami. teringin jugak nak pergi tapi asyik ada je urusan2 lain.

Sarah Mnasir said...

ara pun suka ribena ;D

syafisyifa' said...

wah dah nak naik umah baru...tahniah ye...semoga mudah urusan

madammondoq said...

my son tak gemar pulak minum ribena ni.. dia lagi suka vitagen

CantikHijabku said...

Bestnye bile dapat duduk rumah sendiri. :)