ENTRY-ENTRY BARU..JOM JENGUK

Sunday, May 20, 2012

entry sebelum tido

esok keja.. sekejap je cuti dua hari habiskan? masa sekarang semakin cepat berputar. puasa dah nak dekat. tapi posa ganti lum habis. and yg paling best tak ingat berapa hari yg tertinggal. grrrrr....seperti biasa saya ganti je sebanyak yg boleh..

hari nie mmg penat yg amat. celik je mata en papa dah takde. dah pegi keja. ahad pun keja? ada event kat opis. katanya akan cuba balik awal sbb nak amik report card amana. tapi sampai rumah jam 5 petang jugak. en papa takde jawapnya mmg sayalah buat semua. selalunya kurangla kepenatan sbb anak2 en papa uruskan. saya masak n uruskan kain baju. dah en papa takde anak2 pun saya uruskan. mmg penat. saya buat 3 keja dalam satu masa. dah mcm bibik je. masak+kainbaju+siapkannbdak2.

en papa sampai umh dlm jam 5 lebih. lagi 15 minit taska nak tutup kami sampai. keputusan amana ada yg dapat 100, 90++,80++.. ok je utk bdk tadika. saya dah cukup puas hati. janji dia pandai membaca cukupla utk bdk tadika. paling saya happy bila ustazah kata dia pandai jawi. pandai alifbata. itu yg pentimg utk saya utk usiatadika nie..

tapi yg nak tgelak cikgu kata amana suka tdo dalam kelas. sampaikan exam pun dia tdo. tapi yg pelik cikgu cakap bila bangun tdo dia boleh buat semua yg cikgu suruh. bila nampak dia ngantuk cikgu suruh dia main. elok pulak tak ngantuk.kiki. pastu sibuk berborak.. hishh mcm makcu dia masa tadika jer.. tapi cikgu kata amana menurut perintah. apa cikgu suruh dia buat. tapi kekadang dia nak buat apa yg dia nak je. dia nak baca mukasurat 2 janganla suruh dia baca ms lain..

saya ada meting luar dari 27-29. ingat nak amik cuti lepas tue. nk bawak amana jalan. cuti sekolahkan? tak kisahla mana2. genting lagi ker? takpun cameron. takpunjanda baik.. tak pun kolam bawah umah je haha..

ok bye. slmt malam semua. jumpa esok.insya allah..

5 comments:

sarina saleh said...

ewahhh mak cu dia tak pernah tidur dlm kelas time tadika. cume kuat nangis je. hahahaha

kinna said...

ila, pegi melaka best gak. a famosa tu ada mcm2. dr zoo smp org mkn api smp water park.

-bebelmakcik- said...

wah best nie mama nak bawa kids pegi jenjalan.. nak ikut jugak laa macam tuh ! boleh tak ? :)

Liza said...

Hrm... Jalan2 theme park la best.Try Gambang.. Tgk cam best jew..

Azhariah Zuber said...

pegi cameron lahhh